CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, July 30, 2011

harapan Ramadhan

As salam....

Angin ramadhan semakin terasa kenyamanannya. tak sabar dan syahdu terasanya. Mungkinkah ramadhan kali ni akan sama seperti ramadhan sebelumnya atau ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

oleh yang demikian, banyak penambahbaikan yang ingin saya capai untuk tahun ini termasuklah mahu bersederhana terutamanya tang shopping dan berbuka puasa

Untuk Ramadhan kali ni kalau boleh:-

1) nak solat terawikh dekat masjid/surau-besanya kekangan intan payung. Rasa tak bersedia nak bawak der ke surau sebelum ni. Tapi Insya-Allah tahun ini mahu bagi pendedahan kat dia
2)sahur-nak cuba bangun sebelum encik suami bangun. Tahun2 sebelumnya, lepas ready semua baru encik suami kejut saya, Terukkan. Memang saya susah sikit nak bangun pagi. Itu kelemahan saya. Tahun ini Insya-Allah saya bertekad untuk bangun pagi.
3)Nak khatam Quran-tahun lepas pun macam tak tercapai. susah tul bila dah bekerja ni. Balik umah dah penat.Tahun ni insya-Allah, sebelum masuk zuhur saya nak try baca quran dan harap dapat habis .
4)nak banyakkan solat tahajjud dan solat taubat-insya-Allah
5)nak banyak bersedekah

anyway bloggers....selamat menyambut ramadhan ek.


Friday, July 29, 2011

Malaysia-Tanah Tumpah darahku.=Bola

As salam....

Negaraku.
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan Maju...
Lalalalalala..(sambung sampai habus yer, makesure bersemangat)

Demi rasa kecintaan pada Negara, saya encik suami dah intan payung yang pada mulanya memang tak pernah amik port pasal bola, berjaya menurunkan diri di stadium untuk menonton perlawanan akhir Malaysia Vs Singapore (tiger Vs Lion). Memang bersemangat dan rasa bangga sangat apabila sukan Bola sepak boleh menyatukan rakyat Malaysia menjadi satu.

kami yang bersemangat dan Cintakan Negara...go Malaysia


Kisah bermula apabila saya merancang untuk menonton bola sepak bersama kawan-kawan BSFJ dan idea untuk mengajak encik suami dan intan payung bersama. Selama ini hanya menonton di rumah pun rasa seronok, so mahu merasai pengalaman ke stadium dan perasaan berasak2 sesama sendiri. Ini pengalaman yang pertama yer, dan memang berbaloi walaupun ada rungutan encik suami yang memang tak suka suasana berasak2 dan jem apabila perlawanan habis. Tapi saya memang enjoy dengan keadaan huha berikut. Perasaan menjerit menyokong, bertempik pada pihak lawak..sangat releasekan perasaan. No wonder mengapa orang lebih suka menonton bola sepak di stadium.

Perasaan mengujakan....semua menjadi satu.

Pagi pagi kejadian, saya ada kursus di Hotel Legend bersama geng2 sekepala...untung ija (mummy maira dan adam) pun adalah peminat bola yang tegar dan akan bersama-sama saya ke Bukit Jalil. Kalau tak mau saya seram juga. So Lepas course kami salin baju kat toilet kat the mall dan pakai baju masing2 dan berkejar menaiki LRT ke Bukit Jalil. Masuk dalam LRT memang ramai yang dah memakai baju pasukan Malaysia. Perasaan sangat lain dan bangga sangat bila pelbagai warna kulit dan bangsa menjadi satu bila melibatkan Negara.(senyum sampai telinga bila mengingatkan kembali).

kami yang bersemangat..hehehe

Tepat kul 6.30 petang,saya dimaklumkan oleh ketua rombongan untuk berkumpul di gate Hijau. Since saya datang asing dengan encik suami, satu lagi insiden panik yang saya tak dapat lupakan. adengan mencari dalam keadaan resah. Call pulak memang fail. Saya hanya berdoa agar saya akan ternampak kelibat 2 beranak itew, naseb baik msg boleh. Akhirnya, kami dipertemukan begitu juga dengan yang lain., Macam dah tersurat segala halangan dipermudakan pada petang itew. Lebih kurang kul 7.30 p.m kami dan dapat tempat duduk dan bersedia untuk menonton Malaysia Vs Singapore.

padamu Malaysia...

tepat 8.45 p.m, perlawanan bermula. Memang sangat mengujakan bila menonton secara "live". bertempik , bersorak dan dengan sendirinya melompat apabila gawang Singapore dibolosi walaupun dalam separuh masa kedua. Ape pun saya tabik spring pada penyelamat bola sepak pada hari itu, Khairul Fahmi a.k.a Apek...tak sia2 saya minat kat der dan jersey intan payung pun saya memang cari yang no 22 (jersey apek) sebab kemampuannya. Cuma agak kecewa, sekiranya Dato' Rajagopal menempatkan apek semasa perlawanan pertama di Singapore, maybe kita berpeluang menang. Takpelah, yang penting kami dah berjaya melalui pengalaman pertama menonton bola sepak di stadium. Membawa intan payung memang tak menyusahkan pun. Saya still enjoy dan tak menggangu langsung fokus saya. Tahniah intan payung sebab berkelakuan baik . Len kali mama bawak lagi intan payung key. Encik suami terbaik seperti selalu dengan kerjasamanya. Tak pernah culas dan sentiasa boleh diharapkan. Kawan-kawan BSFJ, anda best nak2 pembeli tiket Encik effendi dan pengurus program encik adly. Len kali jom kita gathering cenggini lagik...hehehe.

go..go...Malaysia (hakim, adly, fendi aka aboh, kemal, wani
di atas:luqman)

Pada Mu Malaysia....cuba lagi lain kali.apepun korang terbaekkk nak2 abang apek...hehe



Thursday, July 28, 2011

Saya Wanita yang bertuah itu....(^_^)

As salam...

Alhamdulillah...27.7.2011, genap umur saya yang ke 29 tahun(tak perlu rahsia kowt, ape ada pada umur). Setahun lagi umur ku bertambah dan semoga semakin banyak benda manfaat yang akan saya lakukan. Jangan dibazirkan kehidupan yang sekali ini. saya bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku dan memberi kesempatan untuk aku mengecap nikmatMu yang tak terhingga. Memberi peluang padaku untuk hidup disekeliling orang yang aku kasih dan cinta.

saya bertuah kerana hidup dikeliling dengan orang-orang yang menyanyagi saya. Pagi2 lagi semasa bawa kereta, ibu saya dari kampung telefon wish besday. Terasa bersyukur kerana ibu ku itew masih mengingati hari lahir anaknya ini. Dan insya-Allah saya juga akan terus mangingati besday intan payung walaupun dia sudah besar,

kawan-kawan yang tak lupa wish ungkapan keramat itew. Sungguh saya terharu dan rasa sangat dihargai.

dan yang paling penting, encik suami adalah orang pertama yang tak pernah lupa untuk mengucapkan ungkapan indah itew, Walaupun bagi orang lain, hari lahir sekadar biasa, tapi bagi saya dan encik suami, hari jadi saya, dia dan intan payung adalah sesuatu peristiwa yang sangat besar hidup kami.

tapi yang kelakarnya pula, di hari lahir saya kali ini , saya ditugaskan untuk menjadi puan pengerusi majlis untuk mesyuarat warga BSFJ. berdebar, cuak dan tak tenteram...semua perasan ada.Bukan ape, dah lama kot tak berada di khalayak ramai. Untung jugak ada teman, kalau sorang2 mau terkucil jugak. alhamdulillah, urusan itew pun dipermudahkan...amin Ya Allah.

dengan hisyam..partner emcee of today...:)

emcee of da day....hehe....

dan tahun ini..adalah yang terindah seperti selalu, Terima kasih encik suami di atas kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi.Sesungguhnya saya wanita bertuah kerana disayangi oleh anda.Terima kasih kerana tidak pernah mengecewakan saya. Tak pernah memberi ruang untuk saya bersedih di hari lahir saya ini.saya bersyukur kerana saya wanita yang dipilih Allah untuk menjadi isteri anda kerana anda seorang yang penyayang. Terima kasih love.

saya sukaaaaaaaaaaa sangattt........

ohhh...chenta

Monday, July 25, 2011

ber"movie"an dan jalan-jalan cari makan

As Salam,

Weekend yang indah datang lagi. Sepatutnya hari Ahad saya akan ber"outsation" ke Perak tetapi atas sebab-sebab "saya yang menurut perintah" maka saya tak dapat menyertai Mr H dan Mr M berauditan. Sorry guys, bukan salah saya. Saya hanya lah mereka yang selalu menjadi mangsa keadaan. Ok just forget about it.

Untuk Hujung minggu kali ini, ada beberapa citer yang saya berjaya khatam. Thanks to encik suami yang sangat memahami saya yang memang tak suka duduk rumah pada hari minggu. Walaupun der kena kerja tapi tetap dia berusaha untuk gembirakan hati saya dengan ajak nuntun movie.Cadangnya untuk menonton Transformer tetapi sebab tempat duduk agak terhad saya memilih citer Mr Poppin's Penguin. First expectation taklah tinggi sangat
cuma saya berpendapat citer lakonan Jim Carrey tak pernah mengecewakan. Citer2 lakonan beliau cam Yes man dan Fun with Dick and Janes pun saya suka. So this is the review..

Mr Popper's Penguin.

gambar gewdiks 2 beranak sebelum masuk wayang....hehehe

Terbaekkk dan non-stop laughing yang boleh saya gambarkan mengenai citer ini. Sangat best macam kata BFF saya , Auni. Dan highly recommended pegi tengok sekiranya anda sedang berjiwa kacau. tapi masa saya nuntun citer ni mood saya okey jer. Star rating =4/5(agak terbaek jugak).

Lepas watching movie, we all bercadang nak makan2 lah pulakkan. Lepas jelajah dan mengambil kira condition kedai yang berada di situ, satu kedai ni yang sangat menarik hati dan mata. Nama restoran ni nama nya "MANDY'S". Namanya pun western so makanan pun mestilah ala2 western gitus. Decoration kedai ni sangat menarik dan saya teka pemilik kedai ni peminat tegar The Beatles sebab banyak gambar dan benda-benda yang mengaitkan kumpulan tersebut. Dan jangan risau, ada logo halal dan kami pun dah check yang menyediakan masakan der orang islam.Check this out..:-

Decoration der sangat cantik dan organized.

best dan rasa romantik kat Mandy's ni...

lagu-lagi oldies turut dipasang dikedai ini..haish romantiknyer rasa. Lagu favourite saya "close to you" pun ado. Hehe...saya order Fish and chip. Harga rm 11.80 dan dengan hanya tambah RM 2.80 boleh dapat Mushroom soup dan minuman (tea, coffee dan soft drinks)...berbaloi. Encik suami order Mix Grill dan minuman chocolate blended.It cost RM 19.80. Tapi best sebab mix grill tu der mix kan dengan daging ayam dan lamb. semuanya sedap dan sangat puas hati. Harga pun berbaloi kot dengan kesedapan makanan tersebut.

mushroom soup=4/5
Fish n chips=4/5
Mix Grill=4/5

Movie best dan jalan-jalan cari makan pun best. Alhamdulillah.

Selain tu ada jugak movie yang dah berjaya menonton di rumah.

1) Pochong Ngesot (genre=Indonesia)

gambar agak scary

Star Rating=2.5/5 (citer agak mengarut)

Citer pasal hantu tapi tak best lansung dan mengarut sangat. Just nak tengok jew, boleh lah.

2) X-Men First Class

Terbaekkk...dan best. Walaupun tak menonton kat pawagam tapi tetap puas hati cerita der. Banyak aksi dan faham. Baru tahu rupa-rupanya Charles Xavier ( Mr X) dan Erick ( Magneto) adalah best fren yang berlainan sikap. Sangat banyak aksi dan boleh dikatakan tak bosan.


Star rating=4/5

3) Fast and furios 5

Best jugak, orang lain dah tengok pun tak kecoh2 kan. Tapi macam sumething missing lah. Bukan pilihan saya honestly citer ni. Saya lagi prefer Tokyo Drift kowt. Pilihan masing-masing sebab encik suami kata citer ni best.


Star rating= 3/5

tu jerlah kot hehehe....simple tapi weekend yang sangat tidak mengecewakan...



Thursday, July 21, 2011

Mengenang Kenakalan Itew.....

As Salam....

Rasanya dah 4 tahun aku memulakan karier, namun kenangan persekolahan memang tak boleh dilupakan. Sangat manis untuk dikenang kembali. Dan bila dikenang sangat rindu kat kawan-kawan. Mana ek kawan2 dan geng2 saya dulu, Si Nini, Mokwe dan Linda.

Sebenarnya tingk 1-3 saya bersekolah di sekolah arab. Kenangan kat situ memang totally saya lupa sebab tak banyak gambar. Lepas PMR saya ke Sekolah Teknik. Kelas KEJURUTERAAN (KA2) tetap dalam kenangan. Disini saya mengenal nini, mokwe dan linda maka terbitlah "Geng Ujala". Napa namanya lagu tu..sebab kami suka nilakan baju sampai biru. saper yang sezaman ngan saya mesti kenallah nila ni. famous kot ek?

Geng ujala (dari kiri:mokwe, linda, Nini dan juga saya)
belakang:Sir Maidin, ajar subjek English

ngan cikgu kimia....hehe..geng suka lawan cikgu dan suka juga bodek cikgu...ngeee

Banyak kegiatan2 yang kami lakukan bersama termasuklah study bersama-sama. Dating pun pakat jugak. Nak dikatakan kami ni laku, masa ni memang semua dah ada pakwe....ngeee..mokwe lah yang paling ramai peminat sebab ngan muka comey der dan badan pun kecik jer. Linda ranking kedua...nini plaks couple ngan budak sekelas. Saya takyah cakaplah, saya mempunya encik suami dah masa ni. so memang tak pandang orang lain dah...hehe...

Gambar kecik jew sebab tak maulah kecoh2 kan....tu encik suami saya.Alhamdulillah berkekalan...

Kelas KA2 sentiasa dalam ingatan sampai bila2. Budak pompuan hanya ada 10 dan selainnya adalah budak lelaki. Memang semua baik2 dan juga nakal-nakal, tapi bukanlah jahat. Biasalah budak2 baru nak kenal dunia. Masa ni rasanya ada lawatan tapak ke mana ntah. Tapi kami dijahendaki berjalan start dari sekolah sampai ke Kuala Besut. Jauh tu jalan. Yang bestnyer, kami sekelas ada T-shirt sendiri. Hehehe..kenangan yang sangat indah.

KA2 selamanya di hati.

Geng KA2 yang pompuan pun ada yang sepakat walau ada lah jugak gaduh2 manja sampai pada suatu masa aku kena dipanggil pada PKHEM sebab nak settlekan pergaduhan antara geng aku dan juga geng yang satu lagi( tak yah sebutlak kot...hehe) dah lah PKHEM tu garang nak mampus. Memang dari dulu kalau gaduh2 aku yang selalu kena jadi orang tengah. hehe...tapi apepun korang sangat best. tengok kita leh pakat pakai seluar yang corak lebih kurang sama, leh huha bersama-sama. Even Zafirah yang skema tu pun leh masuk port.saya, mokwe , linda dan Nini takyah cakaplah, memang the "kecohwest" dalam kelas.Tak pernah dok diam, ada jer aktiviti yang dirancangkan. nak lompat pagarlah, nak g beli kopok lepas preplah, keluar outing sama2lah nak curi2 tengok tv waktu malamlah...macam2..indahnyer kenangan itew.

Serikandi-serinkandi Kelas KA2..masa ni ada kelas malam kot.Bila ek nak jumpa
Adda, Nini, Ain(dah pernah jumpa kan?), Mokwe, Jue, Nor, Zafirah dan Tuan Emma. Bila nak wat reunion niss....adehhh

ada lagi gambar2 lama yang disimpan kemas dalam lipatan...rindunya kenangan lama...


ngan Linda...baru balik dari kelas lukisan kejuruteraan. Selamba kami pakai selipar g kelas..hehehe

masa perkhemahan kepimpinan...(geng2 langgar arahan termasuklah aku yang memang susah nak timer arahan kan.)

Terima kasih SMTB kerana mendewasakan aku...sayang kamu SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BESUT Selamanya.....ummuahhh...

Terima Kasih kerana mempertemukan "kami"



Wednesday, July 20, 2011

summary "movie" yang saya berjaya Khatam..

As Salam....

Minggu lepas saya berjaya khatam beberapa movie hasil download encik suami...asenyer tak payah g cinema dah lah, sebabnya saya boleh tengok movie kat rumah jer...hehe, best2. Dah lah leh guling2 sambil makan chips lagi.

CITER PERTAMA-KL Gengster


secara keseluruhannya BEST sangattt........berbeza dengan citer Lu Langsi Lu Mati. Nak2 ada Aaron Aziz pulak yang berlakon memang best. Tapi dalam citer ni ada satu watak yang menarik perhatian saya. Lakonan SOFI JIKAN, saya paling suka. Paling saya menyampah ialah lakonan SUL (Syamsul) sebab agak kepoyoaan. Citer ni senang difahami dan senang nak faham.

Star Rating: 4/5
Palakon Pilihan:Sofi Jikan (kalau tak tahu..yang dok sebelah syamsul tus)

CITER KEDUA: 3.2.1 Cinta


citer ni suam2 jugak..macam mengarut pun ada jugaklah nak lakonan si Diana Amir tus. Agak menyampah gakslah saya tengok citer nis. Lakonan Farid Kamil pun ntah pepe...poodahh

Star Rating:2/5
Pelakon Pilihan :piere Andre (jangan harap aku nak suka si Diana Amir)


CERITA KETIGA:Kungfu Panda 2


citer ni berjaya buat intan payung khatam citer ni 5 kali sehari dan berjaya hafal dialog2 dalam citer ni. Bagi saya pulak, ok ..fun jugaklah, tapi takder lah sampai nak tengok 5 kali sehari...adehhh. Tak pasal gaduh nak tengok tv ngan der.

Star Ratin:3.5/5
Pelakon Pilihan: Si Intan Payung yang dok demo gaya bear tus....*hehehe*


CERITA KEEMPAT-sekali lagi


Yang ni lagilah buat aku rasa nak tertido. Citer yang salah ker atau pelakon...takkanlah.Lisa Surihani berlakon tak best...shaheizy Sam Pun hampeh....yang Mia Sara tu leh tahan. Yang ni lagi takder satu pun yang aku suka tengok....

star Rating:2/5
Pelakon Pilihan: takder

CERITA KELIMA-Harry Potter

Yang ni tak download..yang ni g tengok masa dating ngan encik suami hari tuss....mmm...tak memuaskan hati juga. Jalan citer slow. layankan jerlah

Starr Rating :2/5
Pelakon Pilihan:mm...tiada juga

Ada banyak list citer lagi nak khatam ni
1) Transformer
2)Red Riding Hood
3)Pocong Ngesot(tgu encik suami teman baru berani)
4)Flat 3A
5)Green Lantern

harap berjaya mengkatamkannya....adehh!

Tuesday, July 19, 2011

Suprise For Him.....:)

As Salam....

short plan...buat superb result. semuanya mahu kelihatan hebat di matanya. Selalu asyik der buat suprised gempakss kat saya. Sekali -sekala saya buat suprised untuk Birthdaynyer ape salahnya kan.

Saya sampai umah dah nak kul 6.30 p.m. Yelah, beli kek,beli kelengkapan nak masak dan serba-serbilah. Si dia plak dok call saya dah sampai umah lom..dah amik anak lom....hehe. Berbaloi gaks tipu der.

suprised saya pada dia....ala2 candle light dinner di rumah. Si intan payung saya rasuah g tengok movie agar saya leh bleh berdua dengannya....menu: spagetti(cepat dan kepakaran saya)...sweet candle...beautiful card..dan paling takleh blah banner yang saya cilok dari besday intan payung..(sorry yer intan payung)..dan minuman cocktail.(pastikan ada cop halal).perfect!



Persediaan akhir....

Encik suami sampai umah lebih kurang 7.3o p.m....agak terkejut dan terkesima sebab puan isterinya buat suprised kat dia. hehehe....lepas solat, have a candle light dinner with him...romantiksss!

birthday Boy!

candle light dinner with him...

Dan lupa juga ngan intan payung....ngeee....


love them very much.....meraka adalah jiwa ku...



-Signature


testing....nak guna signature..harap berjaya

Monday, July 18, 2011

entry untuk Chenta Hati Saya :encik suami..

As salam

Hari ni adalah hari keputeraan encik suami saya...dah tua dah ek encik suami?. Tapi takpe kita sama muda kan..hehe. Entry ni khas untuk anda encik suami saya. ummuahhh.


Encik Suami, Wan Mohd Faizal Hasan@ Wan Ali( perghh penuh derr)

Selamat hari jadi sayang..semoga panjang umur, ditambah2 rezeki dan juga bahagia bersama anak dan isteri sampai akhir hayat(saya dan intan payunglah tus). Sila list down kan hadiah yang anda mahu. Tapi saya tahu anda mahukan yang satu itu. Sabar ek..tengah diusahakan. Insya-Allah sayang.



Sayang,
Tiada ada hadiah yang paling bermakna dapat diberi pada sayang melainkan kasih sayang yang tak terbelah bahagi dari kami untuk sayang. Paling diharapkan ialah sayang sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa.


Sayang
Semoga setahun lagi usia kita bertambah lagi memberi menfaat pada hidup kita. Jangan siakan setiap kenangan antara kita okey. We proud have you. sayang bukan setakat suami, ,alah juga teman setia di saat mama susah juga senang. Kita nangis sama2..dan kita juga pernah ketawa bersama2. Kita juga adalah saksi injakan usia anak kita. Semoga kita akan menjadi satu selama-lamanya...aminnn

sayang...
selamat hari jadi lagi sekali.....We love you.....kita sambut di mana tahun ni...hehehe....

we love you papa....umuuahhhh

Sunday, July 17, 2011

"Date"=spent quality time with Chenta Hati

As Salam....

Last saturday..saya ada interview. Sepatutnya hari tu merupakan hari dating saya dengan encik suami. Dah lama rasanya tak spent masa bersama. Dua2 sibuk dan ada jer halangan time nak keluar bersama.Intan payung kena ditinggalkan buat ke berapa kali nya...hehehe.

So pukul 7 pagi saya keluar rumah since interview kul 8.30. Sesi interview berjalan dengan jayanya. Tak mengharap juga akan dapat ke tak. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat..so habiskan jerlah kontrak kat JKR tus. Kali ni dapat interview under IJM. Saya masih sayangkan JKR tapi nak buat caner kalau orang tak hendak buat perlah kita nak sibuk2 tunggu lagi. Macam pengarah saya selalu kata....kena sentiasa ada backup plan A-Z. So ini adalah back up plan saya. Masih mengharap tapi bukan bermakna saya harus menutup peluang pada pekerjaan lain. Siyes saya katakan "passion" saya adalah dalam senggara jalan...tapi sekiranya jodoh saya dengan JKR ni tak panjang saya redha...dan kenangan bersama JKR yang pernah saya coretkan itulah yang akan saya kenang sampai bila-bila...sob..sob..sedih plak kan...

oklah...lepas interview. Encik suami ajak saya g tengok wayang kat Sunway Pyramid. Cadang nak tonton "transformers"...tapi since transformer penuh. so encik suami beli citer Harry potter untuk sesi "date" saya kali ini. Sebelum menonton haruslah sesi makan2 dulu. 2-2 adalah penggila sushi...so pukul 10.00 pagi dah hentam sushi jusco. hehe....heaven.

breakfast wih him....hehehe

tayangan Harry Potter kul 12.30 P.m..so ada masa lagi nak berpeleseran. Untung pula ada Pameran kereta mewah kat ruang legar Sunway tus...let the picture do the talking....hehehe

kete dier hebat.....super marbelus

memang "cool"

ok, review saya pasal citer Harry Potter..bagi saya yang tak berapa nak ikut citer harry potter ni...citer der still leh difahami dan best jugalah. Tapi sebab mengantuk..leh saya tertido di tengah2 citer tus. Bila tersedar balik....sambung semula menonton. Seb baik encik suami dah download citer ni kat umah. So taklah rasa kecewa sangat sebab leh catch up kat rumah.so saya leh bagi citer ni 3/5. Kalau sesapa yang mengikuti rasanya citer ni bestlah kot ek?

formal kan baju saya....yelah kata g interview.,,tu seb baik blazer dah buang...hehe

sebelum tayangan bermula....with Him....hehehe

lebih kurang kul 3.00 pm lepas tu kami bertolak pulang ke rumah. Sian pulak kat intan payung kena tinggal. So maybe next time kena apply cuti seharian untuk dating ngan encik suami...hehe....anyway, suka sangat bila dapat spent masa dengan dia. Thanks encik suami...ummuah