CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Tuesday, May 31, 2011

Pertukaran Unit

As Salam....

hari ni hari terakhir duduk dalam Unit Pewartaan Dan Pembangunan Tepi Jalan. Lepas ni aku kan masuk ke Unit Pengurusan Penyelenggaraan Zon Utara. mmm...shud aku katakan "welcome to hell". Banyak ceritera diperkatakan pasal unit ini. Tapi sebagai insan aku tahu aper yang telah diaturkan walaupun kadang2 kita menolak. "Give it a try"..ape salahnyer kan?Maybe aku akan temui sesuatu.Saper tahu.

Unit Pertama (UPPJ Zon Tengah/ Timur)

first unit bila menjejakkan kaki ke JKR. Pandangan peribadi, unit ni banyak ajar aku sebenarya. Walaupun pada mulanya agak tertekan dengan bosh sebab buat kerja mengalahkan P.A. Tapi sebenarnya dari situ juga mengajar aku macam mana aku nak handle dan sort out problem satu demi satu. Begitu juga pertama kali nak masuk unit ini..macam2 cerita dengar. Tapi bila dah melaluinya..tak rugi pun mencuba. Malah seronok. Harap dapat bekerjasama lagi.

Unit Pewartaan Dan Pembangunan Tepi Jalan

Hadir aku di unit ini adalah diakibatkan mangsa keadaan. Boleh pulak tersalah letak nama aku kan . Takder yang kuar alih2 aku yang kena hantar kat sini. Peritnya bila mula2 nak set up sebab kena cari meja sendiri. kena urus komputer sendiri. Pastu bila masuk , takder replace work sendiri. tertekan..hampir give up. Tapi akhirnya aku rasa best juga dok sini. Mula2 diberikan tugas buat kerja warta negeri selangor adalah perkara yang best pernah aku lakukan di unit ini. Selepas ketiadaan 2 pegawai CFS di unit ini, aku dan seorang lagi pegawai diberikan tugas untuk menguruskan paparan iklan. Tugas ini pun bagi aku best juga walaupun kurang cabaran bagi aku. banyak aku belajar di Unit ini...thank you bos..

Unit Pengurusan Penyenggaraan Jalan Zon Utara

?????????????????????????????????.......aku akan buat yang terbaik.

Monday, May 30, 2011

Work+Leisure=Moment At JKR

As Salam....

hadoi..baru boleh nak update blog. Lappy kat kat rumah takleh nak buka blog sebab ada detect virus dalam blog saya. Hapekah?huhuhu...caner ek.Janganlah saya terpaksa menutup blog kesayangan ni sebab oleh virus.Ada cadangan ke kawan2.

ok..minggu lepas saya dengan paksa dalam rela telah mewakilkan bos saya untuk menghadiri mesyuarat kat Seremban. Tiba2 bosh takleh g. Saya pula berharap tak yah g sebab nak buat preparation untuk besday fawwaz. Minta pandangan encik suami dengan harapan der pun tak bagi saya pegi. Alih2 kena pegi jugak...seb baik ada geng yang sekepala yang g jugak. kalau tak mau sangap.

lebih kurang kul 4 aku bertolak ke Seremban. Check in kat KLANA RESORT Seremban....weehuuu....besh jugak der punya resort. Tapi ada yang tak best sebab takder astro. Tapi yang lagi haru kena dok sorang2 sebab ganti bosh kan. Requirement2 lain such as iron ngan fridge ada kat dalam bilik. So yang fail hanya takder astro...aduih gila bosan.


Klana Resort..tempat tinggal untuk 3 hari


Klana Resort...hehe

Bilik Saya No 622 (selalu kena tukar kad..adehhh)

Lepas check in...besalah takkan nak dok dalam bilik jer kan. pencarian makanan2 best di Seremban pun bermula. Hehehe....bonus leh jumpa kawan lama, Sakinah. So we all jumpa kat food court dekat Ampangan. Saya try makan chicken chop dan cendol ice cream der. mmm NOt bad jugak, walaupun waitress der kurang mesra pelanggan. Chicken chop der agak garing dan berbeza sikit dengan tempat2 lain yang saya makan..haishh makan jer. ok layan gambar sat.

chicken chop der best....3/5

Cendol ice cream -banyak dan best...3/5 jugak

Yang pasal kerja rasanya tak berminat nak describe sebab meeting2 bos2 kan. So saya sebagai pemerhati jerlah kan. Oklah jugak walaupn kadang2 terbabas juga. ada pembentangan, ada taklimat ada bengkel semua ada lah. malas nak citer....

di sini ku berada selama 3 hari....

kebanggaan kami ..Ir Dato' Hamizan

hehehehe.....bosan.Ni dah hari kedua....

Bengkel habis lebih kurang 4.30 p.m....hehe, dah janji ngan Sakinah untuk pekena nasi arab petang ni. So tepat kul 6 kami bertolah fari hotel ke Destinasi Jalan2 cari makan kat Nasi Arab Damsyik. Kat ampangan tak silap. Memang best. Tak sia2. Thanks sakinah melanja aku. Nasi der macam nasi minyak tapi lagi sedap kot.ayam der besau2 , puas hati makan.

menu makanan.....bulat?ada jugak dalam bahasa arab...shai=Teh.

ngan Sakinah....lama tak jumpa der,

my menu:nasi arab = 4/5 (highly recommended)

manggo lassi : 4/5 ....yang ni pun highly recommended

Nasi ayam Damsyik kat ampangan.

Hari terakhir pula..check in lebih kurang kul 12 tengah hari. Lepas jumaat bertolak balik. Satu lagi destinasi yang dicari..NASI AYAM KENYALANG. orang kata nasi ayan kat sini terbaekk...tapi bagi saya 3/5 jer. Tak ok sangat. cuma ayam der best. And BTW, mee kolok pun ada dijual disini. ingatkan sama macam saya makan kat sarawak, tapi yang ni dogoreng...yang ni 4/5..sedap....adehh. memang balik, seluar jean ketat.


Warung Ayam Panggang Kenyalang.....

Nasi ayam kenyalang. Harga RM 4.50 = 3.5/5

Mee Kolok..yang ni best = 4/5

ok tu jerlah kot....gatal tangan nak update blog..s dah terlerai jua....hehehe




Wednesday, May 25, 2011

Saya penat nak mengupdate hari ni

as salam...

alhamdulillah dah sampai hotel..saya yang menurut perintah dipaksa datang mesyuarat di seremban ni.Penat nak menulis malam ni tapi rasa gian nak citer perkara yang berlaku. t tgu lepas balik saya update ke..banyak sikit citer. Oh by the way..saya menginap di my Klana resort kat seremban. Bilik tip top. Since saya menggantikan bos.Bilik pun haruslah besar kan. 2 katil queen tuss....Dok plak sorang2...tak best.Rindunyer kat encik suami ngan intan payung.

key...penat sangat nak beradu dulu....daaaa

Bila Si Kecil Berkata-kata

As Salam....

Agak tenang pagi ni..Alhamdulillah...emo Nur kasih pun dah takder dah. Cuma masih terngiang-ngiang kata-kata intan payung masa dalam kete semalam.

"mama..ummi kata kek besday fawwaz takder...sian fawwaz..

Speechless dan terharu sebab insan sebesar fawwaz sudah mengerti erti keraian besday dalam hidupnya. Ingatkan tak nak celebrate besday der tahun ni. Sebab hadiah melancong ke Kuching adalah khas mencapai impian der untuk naik kapal terbang. Tapi kata-katanya itu buat kami terkesima dan sentap sebab teruknya kami sebagai ibu bapa yang gagal buat anak kami happy dengan hari lahirnya...aduihh...sian intan payung. Mama akan cuba bahagiakan fawwaz.

So we decide untuk g survey kek besday der hari ni ngan barang2 nak buat goodies beg. Maybe kami akan celebrate besday kat sekolah der. Biar der pun dapat merasai seperti mana kawan2 der yang celebrate besday kat sekolah. Tarikh cadangan ialah 30hb Mei 2011 (isnin) sempena mengambil keberkatan hari tersebut.

Tema kek....Ben 10 ke Ultraman. Intan payung sangat meminati ultraman. Tapi Ben 10 pun ada kelas der sendiri.

cantikkan...ni copy dari gambar jer.....tapi mesti intan payung suka

Ni mesti der tak sabar nak ngap punyer....

Goodies bag nak buat sendiri ker atau nak tempah jer....rasanyer saya dan encik suami ada masa kot nak buat. Hehe..intan payung pun leh tolong. Tapi masalahnya..minggu ni saya kana menghadiri perkahwinan adik saya kat Segamat....adeh...sempat tak. Ikut hati saya nak goodies bag yang leh letak muka intan payung tus...hehe...gempak sikit kan....Saper ada link yang boleh buat personalised gambar intan payung kat goodies bag....haishh.excited pulak rasa bila melibatkan intan payung....mesti der pun suka. Der memang suka kek.


checklist untuk Besday party intan payung:

1) Kek- samada tema Ultraman atau Ben 10( he will decide)
2) Goodies beg- 40 pax.

Harap dapat jayakannya.....we love u intan payung....:)

Tuesday, May 24, 2011

Nur Kasih The Movie:Kau buat aku teresak-esak

As Salam...

Baru jer lepas menuntun Citer Nur Kasih The Movie. First Impression: Sedihhh.....dan citer ni banyak bermain dengan perasaan sampaikan perasaan aku pun terbuai sama. Keluar panggung tiada sepatah kata pun dari aku...lepas tu baru aku buka mulut kat encik suami.."Sayang...citer ni best". Sampai kat Lif semua aku tengok yang join aku tengok wayang tadi semua mata merah....termasuk encik suami...eh..eh..nangis jugak ker der...der kata sebab air cond(ceh cover...padahal aku tahu der pun senang sangat nak nangis kalau melibatkan anak dan emak nisss)....sebelum masuk panggung...dinner dulu kat cafe dekat panggung. Kenyangkan dulu si fawwaz ni sebab mama der nak layan movie.

akhirnya lepas asyik tertangguh.berjaya juga tengok NKTM....tak meyesal punnn.


My point of review.

aku tak tengok drama der so aku kurang fasih jalan cerita sebelum ini. Kalau ada yang compare kan movie ni ngan drama der pun aku tak tahulah..tapi bagi pendapat aku sendirilah.Jalan citer der kemas. Takderlah berserabut..tersusun dan senang faham.Banyak nya Nur Amina diuji...BTW aku suka semua baju2 dan fashion tudung yang der pakai dalam citer ni. Sesuai kalau der pakai tudung untuk selama-lamanya.Baju masa der mengandung pun cantik2...hehe...ape daa...tapi aku suka cara pemakaian der dalam citer ni.Sopan jer...kalau lah kat luar der pun begini....adore him.




Nur Amina a.k.a Tiz Zaqyah= aku rasa der layak dapat pelakon wanita terbaik kot melalui citer ni sebab penghayatanya dalam citer ni berjaya buat aku seolah2 berada sama di tempatnya. Banyak ujian yang diterima tp der still berpegang pada Allah dan kasihnya pada suami. Sedih tak hengat aku bila tengok si Adam masa der accident kat padang pasir tus....aku bayangkan kalau aku mengalami situasi der, kehilangan suami yang merupakan kawan terbaek aku saat ini.Dahlah dapat suami pulak semacho remy ishak....wahaha...saja jer buat lawak...tak mau bagi korang emo pulak macam aku...


Adam a.k.a Remy Ishak:fuhh machoooo......aku start suka der masa citer cun. Sebelum tu suam2 kuku jer aku minat kat der. Berkesan jugak lakonan der .Relax jer....tapi dalam citer ni ada lagi yang menarik perhatian aku iaitu Aidil a.k.a Fizz Fairuz....macam Shah Rukh Khan lah aku tengok der.,lagilah aku minat,.mula2 citer part yang der sedih pasal bini der meninggal tu buruk jap muka der ,,tapi lepas tu bersih jer aku tengok der.....fuhh cairr....sebab memang nampak macam Shah Rukh Khan dalam citer my Name is Khan.


macam sama kan sikit2......

Pelakon kanak2 tu pun memang terbaik....yang miasara tu kelakar....abang der pun sangat pandai berlakon.Lepas ni confirm fofular budak tus....hehehe....

Banyak scene yang buat aku sentap sambil mengalirkan air mata wanita ku(cehhh...kata kental)...antaranya:

1) Part bila adam ngan Nur melukis kat bendang padi....sweet sangat rasa perasaan tu.
2) bila kat jordan masa keretapi meletup...dan adam berdoa jangan amik nyawa Nur (agak2 kalau encik suami sedih tak kalau aku yang berada dalam situasi tus....rasa nya sama jugakkk)
3)Masa Adam sarungkan cincin kat Nur sampai der accident kat tengah pasir sebab nak cari cincin tus....perghhh...
4)part adam dikatakan takder harapan untuk hidup (masa ni aku terbayangkan kalau lah aku yang berada dalam situasi itu...meroyan jap kot aku....ngeeee)
5)masa adam borak ngan mak der dan suruh halalkan makan minum der tus....(aku ase encik suami pun nangis masa ni...dok sok sek..sok sek)
banyak lagi kot.

aduihh....best....

Tapi personally...kata2 dalam citer ni banyak naikkan semangat untuk diri aku sendiri. Tentang rezeki, tentang perjalanan hidup, tentang hidup dan mati dan tentang segala-galanya. Semuanya adalah kahendak Allah. Semuanya di tangan Nya. Semakin kita diuji semakin itu Allah menilai sedekat mana kita denganNya.Dan bagi aku citer memang islamik...saya bagi 4/5 untuk citer ini...sila pegi tengokkk.......tapi nasihat saya yang bawak anak, sila kenyangkan anak anda awa2l agar der tidak menganggu anda untuk membuai perasaan citer ini.....

Semua Citer menjadi Satu......edisi merapu

As Salam....

Macam-macam citer yang ada dalam kepala. Macam citer 2 nak bagitahu. Banyak benda yang ingin diutarakan. ok let's go one by one...

Citer Pertama- Review citer Chinese Fairy Tale yang hanya ditonton di rumah

Semalam agenda menonton Nur Kasih tak kesampaian. So Kami menghabiskan masa menonton citer yang di download kat syok.org (sila pegi melawat). Layan citer cina pun oklah.Citer kat tv pun takder yang menarik pun semalam.

Chinese Fairy Tale

Rupa2nyer pelakon kegemaran saya Louise Khoo berlakon citer ni. Antara aktor chinese yang memang kegilaan saya sebab kulit der tanned bagi chinese....weee..sadly citer ni hampes. Bosan sampai menguap dekat 100 kali sebelum we decide baik tido kowt. Citer der pasal "ghost buster" yang jatuh cinta ngan hantu. Macam mengarut. Tapi ada scene gaduh2 lah. Hari tu dah release kat panggung tak pasti sekarang ada lagi ker tak. boleh bagi ranking 2.5/5 jerlah. Tu pun sebab aku nak tengok hero pujaan hati aku tu. Kalau tak..memang tak tengok...suka tang mulut senget der tus..aduh cair.

hensemmmm.....

Citer kedua-alkisah mimpi

macam pelik kenapa harus termimpi seseorang yang kalau boleh dah tak mau dah jumpa der. Adeh. Pelik. Kenapa harus mimpikan makhluk tu. Ape petandanya. Rindu ker..? sangat tak...mm. Maybe mainan tido jer kot. mimpi tu makhluk tu cakap ngan aku tapi aku buat muka selenge jer...haishh..malas nak ingat. Tak pasal2 punah mood aku untuk hari ni.

Citer ketiga- Review Akhabar

banyak2 berita pagi ni..berita ni paling aku tak tahan baca.."ANAK TIGA TAHUN LEMAS DALAM KERETA-AYAH TERLUPA" .kenapalah cuai sangat ayah dia sampai boleh tertinggal anak sendiri sampai lemas dalam kete. Kesian..budak berusia 3 tahun tu menjadi mangsa. so kawan2 kat luar sana..sila berhati2 dan pastikan anak anda sentiasa bersama anda walaupun anda nak isi minyak. Pengalaman sendiri : saya selalu bawak Intan payung isi minyak..walaupun hanya nak g bayar, saya memang pastikan akan bawak der bersama. Rasa tak pantas kalau tinggalkan dia berseorangan dalam kete. Sebab saya tahu walaupun der dok sorang2 dalam kete, macam2 leh jadi. Ok berbalik pada kisah tadi tak pasal2 pagi saya menjadi sayu , Tak habis lagi dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan anak2 yatim kat hulu langat tu, citer ni plak. Haishh.....sebagai seorang ibu, cukup tersentuh kalau baca kisah2 sedemikian. rasa nak balik peluk intan payung sekarang juga...huhuhu.

Citer keempat-Adakah anda?

Baca kisah hiburan Juliana Ibrahim selepas berkahwin dengan suaminya warga belanda. Tak kenal saper juliana Ibrahim..ni gambar der. Selepas berkahwin dia hanya menjadi surirumah tangga dan dah jarang2 tengok der berlakon kan sebab nak utamakan kehidupan rumah tangga der.

Cantik kan dia.

Bukan nak citer pasal kehidupan der sebenarnya cuma mahu share pendapat sendiri. Adakah anda akan berhenti kerja atau tinggalkan segala2nya sekiranya anda sudah berkahwin .It means being a housewife sepenuh masa .Pendapat saya dan bukan nak cakap kat sapa2: rasanya baik jangan..sebab kita tak tahu ape yang akan jadi kat kita nanti. Mungkin suatu hari sekiranya dia takder atau meninggalkan kita, kita akan kehilangan punca sebab kita tak pernah bekerja. Better bekerja juga untuk cari aset sendiri (such as kereta dan rumah dan duit poket) . Kalau bukan diri sendiri pun at least sebagai langkah berjaga2. Bukan doa cuma baik kita berjaga sebelum kena. Bare in mind "always have a back up plan". Personally saya memang tak bulih kalau tak bekerja. Walaupun mungkin saya tiada jodoh JKR nanti insya Allah saya akan terus bekerja. Sebab saya mahukan jaminan hidup saya sendiri sebelum menjamin hidup orang lain juga harta saya dunia akhirat, Fawwaz. Seseorang yang berpengalaman pernah kata...sebanyak mana anda sayang kan orang itu....tinggalkan juga kasih sayang itu pada diri sendiri. Jangan serahkan 100% kasih sayang itu. Betul ker. ?ada betul jugak.

mood meroyan pagi hari ni sebab baca kes budak pompuan mati lemas tu...Hidup memang tak dapat dijangka kan.?


Monday, May 23, 2011

Al Kisah Nur Kasih

As Salam....

sepatutnya malam ni saya , encik suami dan intan payung akan menuntun Nur Kasih Kat Summit Usj.suka pegi kat sini sebab tak ramai orang dan yang penting dekat dengan rumah. So Lepas tengok movie boleh berlengah2 lagi sebab dekat.Tapi sebab keadaan semua orang yang tak mengizinkan (encik suami dan saya sakit kepala...whut a coincidence kan?)hehe...so kami decide untuk menuntun esok jerlah. Haishh...tertangguh lagi. caner nak buat review untuk movie of the week ni. Tup2 jumpa laman sesawang ni. klik kt sini
http://beautifulnara.com/review-filem-nur-kasih-daripada-seorang-pembaca-beautifulnara/.
so masing punya2 pandangan lah. Ramai kawan-kawan saya kata citer ni kurang best. Antara review der...hehe...saya copy jer...

salam..

abg nara..saya fahana..

saya nk kongsi sedikit la pendapat saya tentang filem terbaru,NUR KASIH THE MOVIE (NKTM)..sy baru je g tengok tdi kat midvalley..jam 11.15pg,kira batch 1st la..saya pun bkn la pndai sgt nk kutuk ke komen ke mcm penggiat seni professional lain..kta2 ni lahir ikhlas dari hati,seorang penonton biasa..

Firstly,klau diberikan peluang untuk bgi mrkah,saya nk bagi 9.5/10 mrkah..klmhn dia cuma 1,ending dia agk kabur sikit..tentang siapa yg mati sebenarnya,coz memg jelas2 nmpak adam tak meninggal kerana ada penderma untuk dia dan penderma tu yang mati,tetapi bila scene yang aidil cakap,”sya snggup buat apa shja demi nur selagi sya masih hidup”..sya pelik,kenapa,adam da mati da ke?..tapi adam mati ketika usia tua..itu je la..

tapi yang lain superb..mmg best..dari segi lakonan,teknik gambaran,cara ambil shoot,semua ok..lawa pulak tu gmbar yang diambil..lgi 1,endingnya unik,dan sememangnya adalah penutup untuk rangkaian kisah nur kasih..mungkin pengarah mahukan begitu agar penonton tidak lagi meminta sambungan kisah cinta ni..
segala scene yang di ambil,semua ada mesej tersendri,dan terikat antra 1 sama lain,klau terlepas 1 scene,mka kita x fham seterusnya..jadi kena fokus..

jlan cerita tersusun,x ada cacat cela..dan boleh mmbuatkan penonton menangis..lakonan pra pelakon juga mntap dan natural(remy ishak,tiz,fizz fairuz dn lain2)..sya boleh bagi tepukan gemuruh..serius..terutamnya watak knak2 lakonan miasara dan seorng lagi knak2 lelaki yang memegang watak ilyas,natural dan selamba,watak ini la yang menceriakan disebalik kisah2 sedih yang dipaparkan..tabik spring..
lokasi yang dipilih juga cantik..jordan..

kira mcam real la lakonan para penduduk Jordan sana..rasa macam tengok cerita arab pun ada..siap ada scene tembak2 lagi..kira plot cerita dah diadun cantik.. lagu2nya juga disusun cantik sesuai dengan part dn jlan2 cerita..menyebabkan kita bleh terbuai dengan cerita dan emosi kita trut sama menyelami cerita ini..thniahh pengarah muzik,hafiz hamidun..

panggung tadi memang penuh..tak ada kerusi kosg pun..tu baru yang 11.15 pg punya part..belum lg yang 5 lagi tygn selpas 11.15pg pda hari ni..mmg sambutan luar biasa..rmai makcik2 yang g tengok..memang best tengok suasana tadi..meriah..

secara jujurnya,saya nak ucapkan tahniah kepada pengarah,kabir Bhatia,penulis skrip,mira Mustafa,para pelakon dan krew rangkaian NKTM,coz Berjaya mghasilkan cerita bermutu,dan memberikan kerjsama yg cemerlang untk cerita ini..syabas dan teruskan berkarya..

dan klau mau tahu,sya memilih menonton NKTM dari Pirates or Caribean yang baru,sebab, da lama sya menunggu sambungn cerita ini..saya hrap penonton lain dapat menonton filem ini dn nilaila sendiri..berbaloi tiket anda tu dengan cerita yg anda nak tengok ni..saya harap anda bersetuju dengan kata2 saya ni..sekian..~~fahana..


makin rasa nak tengok ...tengok saya punya pendirian bagaimana pula tentang citer ni.Tapi malam ni saya dan encik suami akan menonton movie di rumah...mudah sejak boleh download citer ni.So boleh menuntun citer di rumah . Citer pe...jeng...jeng...citer hantu (favourite kami).Tajuk der Chinese Ghost Story.t saya citer key....

Sunday, May 22, 2011

Cuti -Cuti Kuching-Day 2 (Seronok + Penat+Pancit)-Part 2


Sambungan daripada Part 1:

Lepas habis melawat Kampung Budaya Sarawak...sangat penat dan pancit. Since esok flight pagi so memang kena pegi terjah kedai kek lapis Sarawak. Fikir punya fikir dan atas bantuan encik garmin juga kami berjaya sampai di kg Gersik di mana terletaknya Kedai kek Lapis Dayang Salhah...yang meletop gitus. Perut pun bulih tahan lapar so sesi test kek lapis satu persatu bermula. Mula2 jer rasa teruja lepas tu muak nyer. Tapi yang bagusnya, pembeli bulih try sampai nak termuntah sebelum membeli. Tak tahu nak pilih yang mana satu, so saya tanya kepada kakak2 kat sutu yang mana paling best dan fofular orang suka beli. Kakak tu kata "siti nurhaliza masa datang sini der beli kek lapis "evergreen"...so harus amik. Yelah siti nurhaliza punya taste..kenalah cuba. Kek lapis lady gaga poker face pun ada...aduih pendek kata macam2 ada.mmm...sebat jangan tak sebat.


lepas menghabiskan duit kat Dayang Salhah...kami bertekad untuk cari mee kolok dan laksa sarawak yang direcomend oleh orang tempatan (pekerja kat hotel) kat pasar satok. Lokasi der bukan lah kat pasar satok sangat tapi berdekatan. Ok clue nyer, kedai kedua dari kedai hartz Chicken Buffet (sila cari kedai ini kalau mau try laksa sarawak dan mee kolok best) memang terbukti sangat best. Tak lah kami balik K.l dalam keadaan frust sebab takleh try makanan wajib sarawak nis...two thumb up makcik. walaupun gerai biasa jer tapi mabelus.tak caya sila try sendiri.Teh C peng der pun leh tahan. Oh lupa nak mention kat boyan tu teh C peng lagi sedap dari kat sini.


laksa Sarawak dan mee kolok...terbaekk kat sini

Lepas tu ke water front lagik sebab nak cari tempat yang wajib bergambar. Alah yang ada tugu kuching tu.Saya memang sangat penat dah..tapi encik suami kata nanti menyesal kalau tak amik gambar kat sini. Parking memang susah yer sebab tugu ni kat tepi jalan. So sila cari shopping berdekatan. Kalau tak silap saya..kami park kat satu mall ni . Parking der 1.00 jer. Tapi lupa nama per mall ni.Lepas penat posing kat tugu kucing tu...ternampak gintell (yang urut badan tus) ada juga kat sini. Oh please saya memang perlukan urutan badan. Sangat penat.lepas diurut..baru rasa best. Tapi tulah kami lagi tak subuh lagi tu tak reti nak balik..hehe...


so balik hotel dan zzz.....

So hari ketiga...dah nak balik. Sedih pun ada sebab akan balik pada rutin asal balik. Banyak tempat sebenarnya yang kami nak pergi . Salah satunya Pasar Sarikin yang hanya buka pada sabtu dan ahad..kempunan. Tapi takpe kalau ada jodoh kita jumpa lagi Sarawak.So far memang satu pengalaman yang baru buat kami. Sangat best dan encik suami len kali jom kita buat lagi percutian gamble seperti ini....ummuuahh.....fin.

sampai berjumpa lagi Sarawakk......

Cuti -Cuti Kuching-Day 2 (Seronok + Penat+Pancit)-Part 1

As Salam...

Hari kedua di Kuching. Sarapan yang sangat hebat sebab buffet der banyak dan sedap. Lebih kurang 10.30 a.m kami bertolak ke Sarawak Cultural Village a.k.a Kampung Budaya Sarawak. Perut pulak tiba2 meragam. adeh...tapi seb baik tak mudarat sangat. Garmin encik suami pulak pada mulanya bawak kami ntah ke mana ntah. Boleh pulak Kampung Budaya Sarawak tak boleh calculate route dalam garmin. Hulu sangat agaknye. So nak tak nak kena lah tanya jugak orang tempatan. Seb baik laluan der still di atas landasan. Buatnya yang nak pergi tu hulu tapi kami kat hilir, memang naya.


Berkat kepakaran encik suami tentang jalan ni akhirnya kami sampai jugak kat situ. Memang hujung dunia lah. Sampai kat situ lebih kurang kul 12 lebih. mengikut front desk tuh penghuni2 kat rumah situ tengah berehat, So kami dibagi option samada nak berjalan2 dulu atau nak makan dulu. So perut still lagi kenyang we decide untuk teruskan berjalan. By the way performance kul 11.00 a.m dan 4.00 p.m. So nak catch up performance tus kami teruskan menerjah dari satu rumah ke satu rumah yang ada di situ. Oh ye, bayaran untuk masuk ke Kg. Budaya Sarawak RM 60.00. Agak mahal tapi berbaloi, sebab menjelejah kampung ini seolah2 sudah menjelajah seluruk etnik2 di Sarawak ni. Layan gambar dululah.


Selepas bayar untuk masuk, kami dibekalkan dengan passport. Macam pegi ke Taman tamadun islam dulu. So kami kena dapatkan cop untuk setiap rumah yang kami lawati. Rumah pertama yang kami lawati ialah Rumah Bidayuh dan Next rumah Iban.Nak citer lebih pun tak reti..layan gambar jerlah.

Rumah bidayuh
aktiviti:try guna kisar padi, try alat muzik der, try guna sumpit

Rumah Iban...rumah der cantik...

BTW, kat kampung budaya ni kita leh sewa costume etnik2 kat sarawak dengan harga 10 hengget jer. Tapi leh pakai untuk jalan2 kat tempat terdekat jew. Atas nasihat akak tu, saya dipakaikan dengan costume Puteri Iban. Sarat nyah. Ngan mahkota bagai. So hasilnyer....hehehe.Encik suami dan intan payung tak mau join saya. padahal akak tu beria suh intan payung pakai ala2 paklawan iban (pakai cawat) . Sebab tulah der tak nak.

macam lawak pun ada.....layankan jerlah.

Lepas tu perjalanan diteruskan dengan rumah penan, rumah orang ulu dan macam2 rumah lagi, Setiap rumah ada keistimewaan der sendiri. Tapi kebanyakkan rumah derang ni tinggi. Penat mak nak mendaki. Kalau bawak baby, memang penat lah nak memanjat. Seb baik intan payung relax jer. Dahlah mulut tak mau diam. Semua orang mau disapa nyer. Rasa nyer setiap rumah yang kiterang masuk, semua orang nak kawan dengan dia. Kuat tul penangan intan payung. Next rumah just layan gambor jerlah. Tak ingat nak describe satu-satu.


Rumah orang ulu dan Orang Melanau.Lps jalan penat minum air....heaven

Banyak-banyak rumah..rumah yang yang kira bersih dan kena buka kasut ialah rumah melayu. Macam malas masuk pada mulanya sebab rumah melayu memang biasa kita tengok di mana. Tapi sebab nak penuhkan cop kami masuk juga.Buat pertama kalinya intan payung belajar main congkak. Saya ngan encik suami pula ke dapur tengok camner kuih sepit (love letter) dibuat.Rumah melayu sarawak lebih kurang rumah kat Melaka, sebab reka bentuk der cantik.Next rumah cina. kami tak singgah sebab hampir kul 4 .00 p.m. Dan saya dah penat. Rasa cam nak duduk jer. cop pun tak amik. Terlepas satu cop.

Rumah Melayu dan Rumah Cina....

Pukul 4.00 p.m, persembahan kebudayaan pun bermula. Semua tarian2 etnik kat sarawak dioersembahkan satu persatu. Berwarna -warni itulah yang boleh dikatakan dengan persembahan derang. Terhibur dan hilang penat tawaf kampung budaya ni. pukul 5.00 p.m kami meninggalkan kampung budaya dengan perasaan puas hati. Cuma satu je, tak sempat nak beli seveniur kat situ. Adeh, terkilan sebab takder kenangan yang boleh buat balik. Takpe ar cukuplah gambar sebagai kenangan.


persembahan budaya....rocks!

Best dan pancit.....



Bersambung Part 2- Kek lapis Dayang Salhah ngan Land mark Sarawak.....