CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label Jom Tengok Wayang. Show all posts
Showing posts with label Jom Tengok Wayang. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Nur Kasih The Movie:Kau buat aku teresak-esak

As Salam...

Baru jer lepas menuntun Citer Nur Kasih The Movie. First Impression: Sedihhh.....dan citer ni banyak bermain dengan perasaan sampaikan perasaan aku pun terbuai sama. Keluar panggung tiada sepatah kata pun dari aku...lepas tu baru aku buka mulut kat encik suami.."Sayang...citer ni best". Sampai kat Lif semua aku tengok yang join aku tengok wayang tadi semua mata merah....termasuk encik suami...eh..eh..nangis jugak ker der...der kata sebab air cond(ceh cover...padahal aku tahu der pun senang sangat nak nangis kalau melibatkan anak dan emak nisss)....sebelum masuk panggung...dinner dulu kat cafe dekat panggung. Kenyangkan dulu si fawwaz ni sebab mama der nak layan movie.

akhirnya lepas asyik tertangguh.berjaya juga tengok NKTM....tak meyesal punnn.


My point of review.

aku tak tengok drama der so aku kurang fasih jalan cerita sebelum ini. Kalau ada yang compare kan movie ni ngan drama der pun aku tak tahulah..tapi bagi pendapat aku sendirilah.Jalan citer der kemas. Takderlah berserabut..tersusun dan senang faham.Banyak nya Nur Amina diuji...BTW aku suka semua baju2 dan fashion tudung yang der pakai dalam citer ni. Sesuai kalau der pakai tudung untuk selama-lamanya.Baju masa der mengandung pun cantik2...hehe...ape daa...tapi aku suka cara pemakaian der dalam citer ni.Sopan jer...kalau lah kat luar der pun begini....adore him.




Nur Amina a.k.a Tiz Zaqyah= aku rasa der layak dapat pelakon wanita terbaik kot melalui citer ni sebab penghayatanya dalam citer ni berjaya buat aku seolah2 berada sama di tempatnya. Banyak ujian yang diterima tp der still berpegang pada Allah dan kasihnya pada suami. Sedih tak hengat aku bila tengok si Adam masa der accident kat padang pasir tus....aku bayangkan kalau aku mengalami situasi der, kehilangan suami yang merupakan kawan terbaek aku saat ini.Dahlah dapat suami pulak semacho remy ishak....wahaha...saja jer buat lawak...tak mau bagi korang emo pulak macam aku...


Adam a.k.a Remy Ishak:fuhh machoooo......aku start suka der masa citer cun. Sebelum tu suam2 kuku jer aku minat kat der. Berkesan jugak lakonan der .Relax jer....tapi dalam citer ni ada lagi yang menarik perhatian aku iaitu Aidil a.k.a Fizz Fairuz....macam Shah Rukh Khan lah aku tengok der.,lagilah aku minat,.mula2 citer part yang der sedih pasal bini der meninggal tu buruk jap muka der ,,tapi lepas tu bersih jer aku tengok der.....fuhh cairr....sebab memang nampak macam Shah Rukh Khan dalam citer my Name is Khan.


macam sama kan sikit2......

Pelakon kanak2 tu pun memang terbaik....yang miasara tu kelakar....abang der pun sangat pandai berlakon.Lepas ni confirm fofular budak tus....hehehe....

Banyak scene yang buat aku sentap sambil mengalirkan air mata wanita ku(cehhh...kata kental)...antaranya:

1) Part bila adam ngan Nur melukis kat bendang padi....sweet sangat rasa perasaan tu.
2) bila kat jordan masa keretapi meletup...dan adam berdoa jangan amik nyawa Nur (agak2 kalau encik suami sedih tak kalau aku yang berada dalam situasi tus....rasa nya sama jugakkk)
3)Masa Adam sarungkan cincin kat Nur sampai der accident kat tengah pasir sebab nak cari cincin tus....perghhh...
4)part adam dikatakan takder harapan untuk hidup (masa ni aku terbayangkan kalau lah aku yang berada dalam situasi itu...meroyan jap kot aku....ngeeee)
5)masa adam borak ngan mak der dan suruh halalkan makan minum der tus....(aku ase encik suami pun nangis masa ni...dok sok sek..sok sek)
banyak lagi kot.

aduihh....best....

Tapi personally...kata2 dalam citer ni banyak naikkan semangat untuk diri aku sendiri. Tentang rezeki, tentang perjalanan hidup, tentang hidup dan mati dan tentang segala-galanya. Semuanya adalah kahendak Allah. Semuanya di tangan Nya. Semakin kita diuji semakin itu Allah menilai sedekat mana kita denganNya.Dan bagi aku citer memang islamik...saya bagi 4/5 untuk citer ini...sila pegi tengokkk.......tapi nasihat saya yang bawak anak, sila kenyangkan anak anda awa2l agar der tidak menganggu anda untuk membuai perasaan citer ini.....

Tuesday, May 17, 2011

Cerita tentang makan Dan Wayang ( 2+1=obses)

As Salam...

Kami yang suka makan dan cuba makanan yang baru. Tapi yang ni bukan tempat yang baru lah, cuma kalau pegi IKEA mesti akan makan di sini sebab sukakan makanan der yang murah dan juga superb. Ahad ( 15hb May 2011) encik suami ajak g IKEA, saja cuci2 mata dan berwestern(saya memang suka makanan western..tapi saya tetap melayu). Sampai jer perkara pertama ialah terjah tempat makan der yang kat tingkat 2. jom jenguk gambar jerlah.



Pilihan saya: Chicken Leg with herb sauce (betul ker ntah,,,main taram)

Pilihan Si Dia: Meat ball ( yang ni memang kena try )..superrbbbb

Kalau yang ada anak kecik tu jangan risau...kid meal pun disediakan. Macam fawwaz yang berlidah melayu dan hanya mahukan nasi pun leh makan nugget der( budak2 memang sukakan nugget kan). Rasa tak cukup topup lagi ngan chicken wing...tak cukup lagi tambah muffin ngan tart.Last2 makanan der yang paling banyak.Haishhh..sebab nak ikut mama window shopping yang memerlukan masa yang agak lama, so memang kamu kena makan banyak..t kebulur kat dalam tus....mmm....



mm....tak tahu nak komen pe...

untuk citer terbaru lak...baru jer nuntun movie ngan Auni, citer PRIEST. Dahlah nuntun dalam 3D. mula2 ingatkan tersalah tengok citer ker sebab der pasal agama CHRIS**N.tapi lama2 tu fikir sebab tu banyak aksi dan plot citer yang best. So tak sia-sia tengok 3D. untuk citer ni bleh bagi ranking: 3/5. Auni kata der leh bagi 3.5/5. First time kot pendapat kami sama yang mengatakan citer ni best. Tapi rasanyer citer ni tak sesuai bawak anak2 kot sebab kuat sungguh elemen agama tuttt tu.

make sure jangan tenung sangat salib tu ( gelap hati karang ..dah lah memang tak baper nak cerah....hehehehe)

Sunday, May 15, 2011

LU LANGSI LU MATI.....

As Salam

hehe...tajuk yang tak hengat, padahal saja jer nak bagitahu yang semalam g tengok wayang ngan encik suami ngan intan payung kat Sunway Pyramid citer K.O.N.G.S.I, mula2 dah tak semangat nak tengok sebab my friend bagitahu yang citer ni agak buhsan. Seat pulak dapat yang paling depan pulak ..sakit leher dongak2 kepala. Ada tu yang dok seat paling depan siap baring terus macam kat rumah sendiri (tak pasal2 intan payung pun nak buat perangai tak senonoh tus...haishhh). Hasil nya...pemerhatian aku dan encik suami yang suka tengok wayang = 3.5/5. So not badlah..nak kata best sangat pun tak der lah jugak.Nak kata busan pun tak jugak.Moderate lah. Tapi banyak aksi lawan2 shaheizy Sam.(aku ase saper tengok citer der memang takkan menghampakan) . Aku rasa der versatile. Lawak pun banyak..kira bulih buat encik suami ketawa terbahak-bahak(besanyer der senyum jer) . So aku rasa citer ni best jugak. Kawan2 yang nak teragak-agak samada nak g tengok ker tak..pergi tengok, tak rugi kot.

"lu langsi lu mati"

aksi menggedik mak fawwaz ..hehee


Bapak Fawwaz pun mahu menggedikss?

Satu lagi citer yang telah ditonton ngan encik suami ngan intan payung minggu ni ialah citer THOR. Ha, yang ni highly recommended sebab sangat best. Kalau yang suka citer perang-perang tu, sangat sesuai g tengok citer ni. aku keluar wayang pun dengan perkataan "wow" sebab banyak sungguh aksi citer ni. Dan bulih buat intan payung terlekat kat seat sebab best.Pelakon der sangat tough dan hensemm......ish ish..hensemmm......yang ni bulih bagi 4.5/5.Ape lagi..kasi terjah lah.



So Lepas ni cadangan citer yang nak g tengok bersama : Nur Kasih The Movie dan semestinya citer Abang Johny deep saya "pirates Of Carribean.tak sabau rasanyer.Citer "karak"pun nak g tengok jugak tapi berdua jer (kena cari masa nak g dating ngan encik suami).


wajib tgu


suam2 kuku jer nak tgu