CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Sunday, July 3, 2011

Jalan-jalan Cari makan- Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram

As salam....

Destinasi jalan-jalan cari makan kali ni ialah Aroma Ikan Bakar kat pantai Jeram. Destinasi kali ni sebenarnya lebih kepada serampang dua mata sebab hasrat mulanya nak g Kelip=kelip kat Kampung Kuantan. So sebelum aktiviti tengok Kelip-kelip tu kena lah makan dan mengisi perut dulu.Pepatah pun ada mengatakan "gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati"..hehe...pepe jerlah.

Perjalanan menerusi lebuhraya LATAR mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Kuala Selangor. Lagipun tol pun free kan so layankan jerlah. Kalau sebelum ni mengikut encik suami perjalanan ke Kuala Selangor lebih kurang sejam. Kami bertolak dari rumah pukul 4.30. So lebih kurang 5.30 p.m kami sampai di sana. campur tolak nak cari tempat lagi. Thanks to encik GPS yang bawa kami ke sana.

perjalanan melalui LATAR, susur keluar ke Kuala Selangor dan cari signboard Jalan Pantai Jeram

Sampai sana memang orang dah ramai. Ada perasaan tak sedap hati memula sebab mungkin takder tempat duduk. Tpi seb baik sebab awal lagi agaknya, kami dapat tempat duduk yang agak strategik jugaklah nak melantak. Lepas book tempat duduk dan order minuman dulu, so pencarian seafood yang bakal dihumbankan ke perut bermula. Di ada stall yang boleh kita pilih makanan2 laut kat situ. Compare ngan Muara ikan bakat kat Klang, kat sini lebih kecil dan kurang sistematik sikit tempat pilih2 tus.Tapi bab kefreshan makanan2 laut sini lagi fresh dan yang penting2 udang der bsau2...aduh tergoda.

aktiviti pilih makanan..dan hasilnya:lumayan.

Antara menu yang kiterang pilih setelah meminta pandangan orang yang tulis2 tus...ni pun kurang mesra alam jugak sebab tak banyak yang dapat disuggestkan, yelah orang ramai kan, takkan nak layan ko sorang plak kan...hehe...but customer is always right kan.

ni menu-menunya:

1) Kepah masak serai
2) ikan sembilang masak asam pedas
3)ketam masak cili
4)sotong celup tepung_sotong der besau2
5)udang masak butter prawn-udang gred A uolssss
6)siakap masak masam manis
7) sup isi ketam-ni terbaekkk dari ladang

Selepas order menu..sementara nak tgu siap, kami ke pantai yang berdekatan. Nice view compare to Muara kot. Sebab anda bulih main air dekat sangat dengan kedai der. Fawwaz pun suka sebab leh main pasir. Memang hasrat kami nak datang awal sebab nak "catch up" sunset kat sini. Romantik wey....

Sunset di Aroma Ikan Bakar..

pantai sekangkang kera jer dari kedai...hehehe

Kurang dari 30 minit rasanya , menu yang diorder pun sampai. Agak efisien jugak kedai ni. Perut pun dah lapau so makan jerlah. Hasil rasanya....

macam nak makan 10 orang kan....layankan jerlah.....

ketam masak cili=kurang mantap.
kepah masak serai=terbaekkk dari ladang
sembilang masak asam pedas=terbaekkk
siakap sweet n sour=kurang mantap sebab ikan der tak garing

sup isi ketam=highly recommended
sotong celup tepung=tak best
udang butter prawn=bulilah tahan..

lepas habis makan ,aktiviti membayar sebelum diberi berapa bintang untuk kedai ni. owh okey...overall 3/5 jer. Takderlah sebest yang seperti yang diceritakan. Harga pun taklah semurah yang diperkatakan. So nilai2 sendirilah yer.. sebab tak larat nak habiskan, so tapau buat balik. Bulih makan dalam 2 hari lagi ni..hehee..bab fasiliti, kedai ni sama ngan muara, ada provide surau ngan tandas..so ok.

Lepas solat maghrib, aktiviti mencari kelip2 diteruskan. Hampir sesat dan melalui perjalanan yang agak scary, tapi sampai juga. tapi kecewa sebab ramai orang dan intan payung yang awal2 lagi kata tak mau naik bot. Maybe der dah fobia masa naik bot kat Kuching aritus...adeh. tapi takpe sebab encik suami kata , len kali kita datang kita terus shoot sini...weehu. Maybe tengok muka isteri der yang kecewa dan macam tak nak berganjak selagi tak naik...hehe...Childish tul saya. Dahlah makan tak sedap sangat..pastu hasrat nak tengok kelip2 tak tercapai.Maybe next time.


No comments: