CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label u purple my heart hubby. Show all posts
Showing posts with label u purple my heart hubby. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

"Date"=spent quality time with Chenta Hati

As Salam....

Last saturday..saya ada interview. Sepatutnya hari tu merupakan hari dating saya dengan encik suami. Dah lama rasanya tak spent masa bersama. Dua2 sibuk dan ada jer halangan time nak keluar bersama.Intan payung kena ditinggalkan buat ke berapa kali nya...hehehe.

So pukul 7 pagi saya keluar rumah since interview kul 8.30. Sesi interview berjalan dengan jayanya. Tak mengharap juga akan dapat ke tak. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat..so habiskan jerlah kontrak kat JKR tus. Kali ni dapat interview under IJM. Saya masih sayangkan JKR tapi nak buat caner kalau orang tak hendak buat perlah kita nak sibuk2 tunggu lagi. Macam pengarah saya selalu kata....kena sentiasa ada backup plan A-Z. So ini adalah back up plan saya. Masih mengharap tapi bukan bermakna saya harus menutup peluang pada pekerjaan lain. Siyes saya katakan "passion" saya adalah dalam senggara jalan...tapi sekiranya jodoh saya dengan JKR ni tak panjang saya redha...dan kenangan bersama JKR yang pernah saya coretkan itulah yang akan saya kenang sampai bila-bila...sob..sob..sedih plak kan...

oklah...lepas interview. Encik suami ajak saya g tengok wayang kat Sunway Pyramid. Cadang nak tonton "transformers"...tapi since transformer penuh. so encik suami beli citer Harry potter untuk sesi "date" saya kali ini. Sebelum menonton haruslah sesi makan2 dulu. 2-2 adalah penggila sushi...so pukul 10.00 pagi dah hentam sushi jusco. hehe....heaven.

breakfast wih him....hehehe

tayangan Harry Potter kul 12.30 P.m..so ada masa lagi nak berpeleseran. Untung pula ada Pameran kereta mewah kat ruang legar Sunway tus...let the picture do the talking....hehehe

kete dier hebat.....super marbelus

memang "cool"

ok, review saya pasal citer Harry Potter..bagi saya yang tak berapa nak ikut citer harry potter ni...citer der still leh difahami dan best jugalah. Tapi sebab mengantuk..leh saya tertido di tengah2 citer tus. Bila tersedar balik....sambung semula menonton. Seb baik encik suami dah download citer ni kat umah. So taklah rasa kecewa sangat sebab leh catch up kat rumah.so saya leh bagi citer ni 3/5. Kalau sesapa yang mengikuti rasanya citer ni bestlah kot ek?

formal kan baju saya....yelah kata g interview.,,tu seb baik blazer dah buang...hehe

sebelum tayangan bermula....with Him....hehehe

lebih kurang kul 3.00 pm lepas tu kami bertolak pulang ke rumah. Sian pulak kat intan payung kena tinggal. So maybe next time kena apply cuti seharian untuk dating ngan encik suami...hehe....anyway, suka sangat bila dapat spent masa dengan dia. Thanks encik suami...ummuah


Thursday, May 8, 2008

C.I.N.T.A

What L.O.V.E that meas to you? Everyone interpret it differently. i have special meaning when talking bout love...

1. Cinta tue bila kita rasa tenang bila bersama dengan nya..tak meluat, tak rasa nak muntah..nak gelak memanjang ngan lawak2nya..

2. Rasa rindu bila si 'Dia' tiada di sisi. Teringat wajahnya..pastue leh senyum sorang2 bila terinagt gelagat dan lawaknya(ya..suami saya seorang pak lawak).

3. Selalu tertanya2 ape yang dier tengah wat sekarang...tak sabar nak dating lagi.

4. Kalau tak dengar suaranya dalam sehari mau jadi angau.. so hubby kena tepon hari2.

5. C.I.N.T.A itu bila kita boleh berkongsi hati dan perasaan...memberi dan menerima...boleh jadi suami, teman,kawan baik dan segalanya tanpa syarat..chewahhh...

6. And Yess..me ngan hubby still lagi bercinta dan masih berusaha untuk lebih menyayangi antara satu sama lain..dan bukti C.I.N.T.A kami ialah..fawwaz.

dating kat Mid Valley

hari Rabu i got sick and got M.C. Hubby pun e.l coz nak jaga wife dier yang sakit tue..tiba2 terkeluar idea bodoh nak g tengok wayang kat midvalley. So haruslah siap2 kan. Kiteorang tengok citer'congkak'..not badlah, since aku memang penggemar horror movie. Actually hubby nak g redeem kad mesra dier tue tapi unfortunately takder..so jalan2lah ngan keadaan hidung berair n tekak perit, tapi kalau bab jalan2 takper..malaslah nak citer ,let the picture talking to u all k..hehehe..enjoy.




masa mula2 sampai kat Mid Valley..

makan2 lepas tengok wayang...papa pnyer nasi lemak

me pulak..asam laksa lah..(my favourite)

balik tue g amik fawwaz plak...

kalau dapat main kete camnilah dier..

thanks to papa coz support everything..love u..muahhh.nanti nak g foot spa plak ngan hubby..alah yang guna ikan tue...hehehe..