CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

3rd Ramadhan...


As salam....
ramadhan yang ketiga...rasa bermakna puasa kali ni, sebab berjaya solat terawikh di surau. Balik semayang ada Moreh, boleh gosip2 ngan makcik2. Intan payung baru recover demam + batuk+ selsema. walau pun tak sihat tapi intan payung saya tus tetap semangat nak ikut mama dan papa solat kat surau. Tak risau sebab der cepat sesuaikan diri. So saya leh semayang dengan tenang, Hari ni agak tenang sikit perasaan berbanding dengan semalam.

Hasil jumpa Dr pakar sakit puan....my iud memang tak mau beri kerjasama untuk menonjolkan dirinya. So last option, saya kena masuk dalam dewan bedah melalui prosedur yang akan menggunakan ubat bius sebagai pertolongan tambahan. Speechless dan keemooan terlampau apabila Dr kata saya kena masuk dewan bedah 8 sept ni. Tapi apakan daya saya untuk melawan takdir. Mungkin ada hikmah Allah duga saya begini. Cuma...ntah, banyak yang saya fikir.camner kalau begitu....camner plak kalau begini.

harap saya kuat, harap dipermudahkan..Pasrah dan redha ape jua yang akan berlaku pada 8 sept tersebut. Allah tahu ape yang terbaekk untuk saya.cuba untuk kuat kerana kawan2 yang banyak bagi semangat. Tapi apelah daya saya untuk lawan hati yang risau tak henti2 ni.

Harap ada hikmah di sebalik dugaan....moga Allah terus memandangku.aminnn.....


Friday, July 15, 2011

14 CASE OF MARRIAGE

C:\Users\Public\Pictures\Sample Pictures no-repeat;">

As salam....
untuk renungan diri sendiri dan kawan2

CASE 1 Getting married is like
going to a restaurant with friends. You order what you
want, then when you see what the other fellow has, you
wish you had ordered that.

CASE 2 At the cocktail
party, one woman said to another, Aren't you wearing
your wedding ring on the wrong finger??" The other
replied, "Yes, I am. I married the wrong man."

CASE 3Before a man is married, he is incomplete. Then when
he is married,he is finished.

CASE 4 Marriage is an
institution in which a man losses his! bachelor's
degree and the woman gets her master's status.

CASE 5A little boy asked his father, "Daddy, how much does
it cost to get married??" And the father replied, "I
don't know son, I'm still paying for it."

CASE 6 Youngson : "Is it true, Dad, I heard that in some parts of
Africa, a man doesn't know his wife until he marries
her?" Dad : "That happens in most countries son."

CASE7 Then there was a man who said, "I never knew what
real happiness was until I got married, and then it
was too late."

CASE 8 A happy marriage is a matter of
give and take; the husband gives and the wife takes

CASE 9 When a newly married man looks happy, we know
why. But when a ten-year married man looks happy, we
wonder why.

CASE 10 Married life is very frustrating.
In the first year of marriage, the man speaks and the
woman listens. In the second year, the woman speaks
and the man listens. In the third year, they both
speak and the neighbors listen.

CASE 11 After aquarrel, a wife said to her husband, "You know, I was
a fool when I married you." And the husband
replied,"Yes, dear, but I was in love and didn't
notice it."

CASE 12 A man inserted an 'ad' in the
classified: "wife wanted" The next day, he received
hundreds letters. They all said the same thing "You
can have mine."

CASE 13 When a man opens the door of
his car for his wife, you can be sure of one thing :
either the car is new or his wife is new.

CASE 14 Awoman was telling her friend : "It is I who made my
husband a millionaire." "And what was he before you
married him?" the friend asked. The woman replied, "A
multimillionaire."

Monday, July 4, 2011

Akan berada di luar kawasan

As salam....

esok akan ke Gua Musang meninggalkan encik suami yang terchenta dan juga intan payung yang akan dirindui. Dah siap pack dah ape yang sepatutnya di pack. Adehh...selalu cenggini perasaan bila kena berjauhan dengan derang. Rasa tak sedap hati ngan sayu. Dahlah intan payung berperangai baik hari ni. Pastu banyak pulak gelak2 ngan encik suami...adehh...takpelah demi tugas walaupun tak setimpal dengan usaha, ku gagahkan juga, Moga tuhan lihat effort ku. amin.


encik suami...please jaga intan payung baik2 yer. Saya tahu sayang leh jaga fawwaz lagi baik dari mama. Tapi sila bersabar sedikit dengan perangai intan payung yang makin lasak.

Moga perjalanan esok dipermudahkan Nya...aminn.....mode:sila fikir positif saja...jangan terover gembira sangat(selalu pesan ngan diri sendiri)

Tuesday, June 28, 2011

"Kestressan" makin terasa

As salam....

2 hari dah aku balik kerja dalam keadaan stress. aku pun tak tahu aku stress pasai pe. Mungkin sebab penat dah kot asyik jadi mangsa keadaan. Hari ni ada benda yang buat aku stress bila tahu kena tinggalkan intan payung banyak kali dalam bulan depan. Adeh...sayu aku tengok muka intan payung. Muka encik suami sekali. Walau pun encik suami kata.."pergi jer sayang...nak buat camner", tapi aku tahu dalam hatinya mesti agak susah hati. Adoi, penatnyer jadi mangsa keadaan ngan J*R ni.

Mula2 aku try jugak berlagak cool masa mula2 masuk unit baru ni. Tapi bila suatu tahap aku fikir, aku kerja bermatian2 pun untuk ape. Dan bila mana pula melibatkan family time aku, lagi aku rasa stress dan nak rasa marah ngan J*R ni. Tapi seb baik ada dia, encik suami yang faham situasi aku ni.

Semoga pengorbanan kami ni berbaloi.....pendek jer entry ni sebab rasa stress dah rasa dah....adeh...Ya Allah, beri lah kesabaran dan permudahkan setiap urusanku...aminnn

Saturday, June 25, 2011

ceritera yang dah lapuk kot tpi still mahu diceritakan

As salam....

Lamanya tak bercerita, blog pun hampir2 nak bersawang ni. Bukan sibuk sangat pun. Nak dikatakan tekanan kerja, malas dah nak pikir sebab kalau dok tensen pasal kerja pun takkan kemana kan?cuma banyak benda yang berlaku dalam kehidupan aku 2-3 menjak ni.

Cerita pertama

Majlis bertandang untuk adik bongsu ku.(10 jun 2011)

Penutup kepada adik beradik kami. Adik aku yang bongsu dah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jayanya. hari tu kami ke Segamat, so kali ni tiba masanya mereka datang ke Kuala Besut pula. Kami adik beradik merangkap ahli jawatankuasa majlis bertandang telah bertungkus lumus...ceh padahal sebagai penyibuk tak rasmi untuk majlis bertandang tersebut. pepe pun memang best bila boleh berkumpul ramai. Dengan adik beradik dan juga anak2 sedara yang dah lama tak jumpa walaupun jarak dari rumah kat Shah Alam ni bukanlah sejauh mana pun...hehe...jom layan gambau jerlah.

The Day-hari yang sibuk....

orang -orang kuat majlis bertandang.

sepanjang majlis berlansung....ngeee


antara gambar-gambar semasa kejadian...

tu jerlah serba sedikit....banyak sebenarnya gambar2 semasa majlis berlansung tapi saya yang agak kemalasan nak menghupdate blog lately....warghhhh.....



Thursday, June 2, 2011

pelbagai rasa...moga dipermudahkan

As salam....

Hari ni dah lapor diri bertugas di unit baru. pheww...dah lepas satu stage. Moga dipermudahkan selepas ini ape saja yang akan mendatang. Nape ntah rasa macam2 nak masuk unit ini. makin terhimpit dengan masa yang kian hampir. Yelah pekerja K**ntrak lah katakan. Rasa berkecamuk setiap kali isu C*S ni dibangkitkan. bodoh lah J*R.hambik ko aku rasa marah.


Hari ni dah rasa sibuk sangat sampai dah takder mood dah nak layan FB.entah ape yang sibuk pun tak tahulah. Maybe bos gelabah so aku pun jadi gelabah gaks.adehh..moga pesekitaran baru kat tingkat F tu menyenangkan aku. Ini pertama kali aku di sini. dan moga2 aku dapat biasakan diri dengan keadaan tersebut.

moga aku kuat, dan moga diberi kesabaran untuk aku bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir di JKR, Walaupun secebis kepercayaan dalam diri tapi sedikit sebanyak aku tengah belajar menjadi hati kering.Ape saja yang orang cakap pasal keje aku sekarang ni aku terima jer. Kalau orang tanya "tak cari keje lain kew"...jawab jer tengah cari. Moga tuhan mendengar doaku setiap hari...amin..beremosi plak petang2 ni.


Tuesday, May 31, 2011

Pertukaran Unit

As Salam....

hari ni hari terakhir duduk dalam Unit Pewartaan Dan Pembangunan Tepi Jalan. Lepas ni aku kan masuk ke Unit Pengurusan Penyelenggaraan Zon Utara. mmm...shud aku katakan "welcome to hell". Banyak ceritera diperkatakan pasal unit ini. Tapi sebagai insan aku tahu aper yang telah diaturkan walaupun kadang2 kita menolak. "Give it a try"..ape salahnyer kan?Maybe aku akan temui sesuatu.Saper tahu.

Unit Pertama (UPPJ Zon Tengah/ Timur)

first unit bila menjejakkan kaki ke JKR. Pandangan peribadi, unit ni banyak ajar aku sebenarya. Walaupun pada mulanya agak tertekan dengan bosh sebab buat kerja mengalahkan P.A. Tapi sebenarnya dari situ juga mengajar aku macam mana aku nak handle dan sort out problem satu demi satu. Begitu juga pertama kali nak masuk unit ini..macam2 cerita dengar. Tapi bila dah melaluinya..tak rugi pun mencuba. Malah seronok. Harap dapat bekerjasama lagi.

Unit Pewartaan Dan Pembangunan Tepi Jalan

Hadir aku di unit ini adalah diakibatkan mangsa keadaan. Boleh pulak tersalah letak nama aku kan . Takder yang kuar alih2 aku yang kena hantar kat sini. Peritnya bila mula2 nak set up sebab kena cari meja sendiri. kena urus komputer sendiri. Pastu bila masuk , takder replace work sendiri. tertekan..hampir give up. Tapi akhirnya aku rasa best juga dok sini. Mula2 diberikan tugas buat kerja warta negeri selangor adalah perkara yang best pernah aku lakukan di unit ini. Selepas ketiadaan 2 pegawai CFS di unit ini, aku dan seorang lagi pegawai diberikan tugas untuk menguruskan paparan iklan. Tugas ini pun bagi aku best juga walaupun kurang cabaran bagi aku. banyak aku belajar di Unit ini...thank you bos..

Unit Pengurusan Penyenggaraan Jalan Zon Utara

?????????????????????????????????.......aku akan buat yang terbaik.

Tuesday, May 24, 2011

Semua Citer menjadi Satu......edisi merapu

As Salam....

Macam-macam citer yang ada dalam kepala. Macam citer 2 nak bagitahu. Banyak benda yang ingin diutarakan. ok let's go one by one...

Citer Pertama- Review citer Chinese Fairy Tale yang hanya ditonton di rumah

Semalam agenda menonton Nur Kasih tak kesampaian. So Kami menghabiskan masa menonton citer yang di download kat syok.org (sila pegi melawat). Layan citer cina pun oklah.Citer kat tv pun takder yang menarik pun semalam.

Chinese Fairy Tale

Rupa2nyer pelakon kegemaran saya Louise Khoo berlakon citer ni. Antara aktor chinese yang memang kegilaan saya sebab kulit der tanned bagi chinese....weee..sadly citer ni hampes. Bosan sampai menguap dekat 100 kali sebelum we decide baik tido kowt. Citer der pasal "ghost buster" yang jatuh cinta ngan hantu. Macam mengarut. Tapi ada scene gaduh2 lah. Hari tu dah release kat panggung tak pasti sekarang ada lagi ker tak. boleh bagi ranking 2.5/5 jerlah. Tu pun sebab aku nak tengok hero pujaan hati aku tu. Kalau tak..memang tak tengok...suka tang mulut senget der tus..aduh cair.

hensemmmm.....

Citer kedua-alkisah mimpi

macam pelik kenapa harus termimpi seseorang yang kalau boleh dah tak mau dah jumpa der. Adeh. Pelik. Kenapa harus mimpikan makhluk tu. Ape petandanya. Rindu ker..? sangat tak...mm. Maybe mainan tido jer kot. mimpi tu makhluk tu cakap ngan aku tapi aku buat muka selenge jer...haishh..malas nak ingat. Tak pasal2 punah mood aku untuk hari ni.

Citer ketiga- Review Akhabar

banyak2 berita pagi ni..berita ni paling aku tak tahan baca.."ANAK TIGA TAHUN LEMAS DALAM KERETA-AYAH TERLUPA" .kenapalah cuai sangat ayah dia sampai boleh tertinggal anak sendiri sampai lemas dalam kete. Kesian..budak berusia 3 tahun tu menjadi mangsa. so kawan2 kat luar sana..sila berhati2 dan pastikan anak anda sentiasa bersama anda walaupun anda nak isi minyak. Pengalaman sendiri : saya selalu bawak Intan payung isi minyak..walaupun hanya nak g bayar, saya memang pastikan akan bawak der bersama. Rasa tak pantas kalau tinggalkan dia berseorangan dalam kete. Sebab saya tahu walaupun der dok sorang2 dalam kete, macam2 leh jadi. Ok berbalik pada kisah tadi tak pasal2 pagi saya menjadi sayu , Tak habis lagi dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan anak2 yatim kat hulu langat tu, citer ni plak. Haishh.....sebagai seorang ibu, cukup tersentuh kalau baca kisah2 sedemikian. rasa nak balik peluk intan payung sekarang juga...huhuhu.

Citer keempat-Adakah anda?

Baca kisah hiburan Juliana Ibrahim selepas berkahwin dengan suaminya warga belanda. Tak kenal saper juliana Ibrahim..ni gambar der. Selepas berkahwin dia hanya menjadi surirumah tangga dan dah jarang2 tengok der berlakon kan sebab nak utamakan kehidupan rumah tangga der.

Cantik kan dia.

Bukan nak citer pasal kehidupan der sebenarnya cuma mahu share pendapat sendiri. Adakah anda akan berhenti kerja atau tinggalkan segala2nya sekiranya anda sudah berkahwin .It means being a housewife sepenuh masa .Pendapat saya dan bukan nak cakap kat sapa2: rasanya baik jangan..sebab kita tak tahu ape yang akan jadi kat kita nanti. Mungkin suatu hari sekiranya dia takder atau meninggalkan kita, kita akan kehilangan punca sebab kita tak pernah bekerja. Better bekerja juga untuk cari aset sendiri (such as kereta dan rumah dan duit poket) . Kalau bukan diri sendiri pun at least sebagai langkah berjaga2. Bukan doa cuma baik kita berjaga sebelum kena. Bare in mind "always have a back up plan". Personally saya memang tak bulih kalau tak bekerja. Walaupun mungkin saya tiada jodoh JKR nanti insya Allah saya akan terus bekerja. Sebab saya mahukan jaminan hidup saya sendiri sebelum menjamin hidup orang lain juga harta saya dunia akhirat, Fawwaz. Seseorang yang berpengalaman pernah kata...sebanyak mana anda sayang kan orang itu....tinggalkan juga kasih sayang itu pada diri sendiri. Jangan serahkan 100% kasih sayang itu. Betul ker. ?ada betul jugak.

mood meroyan pagi hari ni sebab baca kes budak pompuan mati lemas tu...Hidup memang tak dapat dijangka kan.?


Wednesday, May 18, 2011

Benarkah KLCC dan bendang padi tak bulih bersatu

As Salam....

Macam yer yer orr jer tajuk kat atas. Tapi ni bukan pasal percintaan ke hape tapi tu tagline citer "CUN"..citer yang tak habis2 aku rotate dan tak puas-puas tengok. Banyak kali tengok still leh nenges dan gelak tenpat yang sama. citer ni best (orang lain kata tak best ..biaq pi lah) aku tetap kata citer ni best. Cheq suka ngan Remy Ishak..hehe. Bila cakap kat encik suami tadi tengok citer cun lagi, mesti der kata "nak tengok mamat tu lagi lah tus"...hehe. kamu tetap encik faizal yang paling ensem kat hati saya...kalau tak saya tak kawin lah ngan kamu.(statement tak hengat)


Tapi benar kadang-kadang cinta tak semestinya bersatu.statement ni bukan untuk aku tapi untuk kawan-kawan kat luar sana yang selalu fikir kenapa aku tak bulih bersama si anu hitu atau si anu hini. Memang hidup bukan seperti yang kita harapkan. Macam lah hidup aku jugak. Terlalu bahagia..tapi ada kalanya diuji jugak. Macam kes interview SPA hari tu. Yess memang aku frust dan keputusan interview tu banyak ubah hidup aku lepas tu, Tapi semua tu hanya sementara. Sebab ramai yang menyokong. Ramai yang bagi semangat terutama suami ngan ibu bapa( i really adore them.)

Cinta aku ngan JKR maybe takkan bersatu...hehe. Tapi still percaya akan ada jalan penyelesaiannya. Biar aku bertahan di sini sampai ke titisan darah terakhir. Kalau lepas ni still takder pepe gaks baru aku cari keje lain. Macam tak berusaha lah pulak aku ni...eh..eh. sapa kata aku usaha jugak okey...dah update resume..dah hantar kat company itu dan ini....tapi hati kuat lagi kat sini. Ko tak mahu aku..tapi aku masih setia kat ko JKR. Wahaha....bunyi macam bertepuk sebelah tangan pun ada. Ada Mak kesah. Rezeki bukan kat tangan JKR tapi kat tangan Allah. Kalau Allah kata rezeki aku kat sini walaupun result interview ko gagal...maka saper pun takkan dapat halang.

Teruskan hidup, buat macam biasa dan happy dengan ape saja yang ko lakukan.....semoga tuhan permudahkan ape saja yang akan aku tempuhi lepas ni.aminnn.......:)

Monday, April 12, 2010

pregnant!

baru je terjah face book kawan2 dan blog kawan..sigh, ramai dah batch yang kawin sama ngan aku nak tambah baby. Kawan-kawan encik suami pun ramai yang dah tambah dua. aku still lagi bertiga.huhu...patutnya perancangan nya tahun nilah nak tambah anak, tapi tuelah dikatakan, kita merancang, tuhan yang menentukan..tahun ni gak dapat keje baru, nak pindah umah baru, semuanya memerlukan tenanga yang berlebihan. Nak2 keje sekarang yang banyak outststation, kalau pregnant , camne tuh?

teringin jugak nak merasa pegang baby lagi. kalau dapat girl, nak beli baju cantik2..kalau dapat boy lagi, takpelah, leh pakai baju abang dia yang berlambak tuh..huhu..
bilalah nak g buang IUD ni. pastu nak pregnant..heh.ingat just simple as that ker. maunya lambat aku nak dapat, camner?

tunggulah masuk umah baru dulu...baru fikir..sigh...(kalau bleh sekarang gak nak pregnant..huhuhu)

Tuesday, March 30, 2010

Susah ker untuk jadi yang terbaik?

sigh...baru 6.50 a.m, tapi saya dah terpacak dekat ofis. Saya dah start drive ke office . Selepas insiden train delay masa hujan hari tuh, saya serik nak naik tren lagi. Tapi keinginan bawak kete ni bukan selamnya, sebab nya sekali -sekala saya akan naik tren ke ofis. nak jimat. Hari isnin-samapi hari rabu pula kena berkursus..bahagia sebab tak yah masuk ofis. ni pun saya masuk ofis sebab nak update blog..haha.

berbalik pada persoalan di atas, susah ker untuk seimbangkan hidup sebagai seorang ibu, pekerja, isteri. Kenapa semua itu seperti susah buat saya. Entahlah, susah saya iuntuk seimbangkan kehidupan saya dan bahagikan sama rata kepada ketiga-tiga komitmen itu. mesti salah satu saya terculas. Macam semalam, saya dah balik awal, saya masak untuk suami, tapi bila fawwaz dah start jadi nakal dan tidak mendengar kata, saya jadi down sangat. Tangan saya jadi ringan kat badan dia, tapi last2 saya istighfar, kenapa saya jadi begini..apa masalahnya dengan diri saya. Saya tabik pada ibu2 yang boleh seimbangkan semua tuh.

dalam hal ini, saya tabik dengan encik suami, macam semalam, dia jaga anak saya seharian. Tanpa skip semua keperluan anaknya. Dia mandikan, suap anak dia makan yang dimasak sendiri oleh dirinya. Bagi pakai baju. Saya balik, anak saya dah mandi dengan pakaian tido. walhal, malam sebelumnya dia keje. Sewaktu saya bertukar jadi raksasa semalam pun(haha..apakah ayat ini), dia yang tenangkan saya. Pujuk saya supaya sabar dengan karenah intan payung saya itu.

sigh...betulah apa yang mak saya kata..nak besarkan anak memang perlukan kesabaran. Waktu fawwaz kecik, saya tak merasai tekanan ini..tapi bila dia makin pandai, makin boleh berfikir, cabaran untuk besarkan dia dah start. susahnya untuk saya kawal bahasa dia. perlakuan dia yang cepat meniru(banyak yang tak baik ..ok..). tabiatnya yang suka baling barang...suka menjerit...dah sebagainya...aduh..Ya Allah berlah kesabaran untuk saya jadi yang terbaik untuk anak saya itu.

Friday, March 26, 2010

Perancangan sepanjang Tahun ni-New reveal

salam...

banyak yang saya rancangkan untuk tahun ini. Alhamdulillah, semua azam saya tahun lepas dah tercapai, so tahun ni sebenarnya banyak yang saya rancangkan untuk diri sendiri dan keluarga. Semuanya dalam perancangan.

bulan 5-birthday Fawwaz
Part ni yang paling suka sebab tahun ni saya ngan hubby bercadang untuk organize party yang sederhana besar untuk intan payung saya tuh..so far belum buat ape2 lagi tapi dah ada perancangan untuk buat party tu dekat KFC, dengan tema ' under the sea'. So pamplet dan lokasi tuh saya dah survey sekitar shah alam yang provide party. Yang bestnya saya hanya bayar dan let derang yang uruskan pasal kek, tema party, dan door gift untuk tetamu. Cuma saya ingat nak cari semi-pro photographer untuk acara itew..idham bolehkah.?nanti saya akan tanya dia. ada lagi yang masih dalam persiapan..

1) tema baju untuk saya dan tetamu- ingat nak buat ala2 mesquerade party gitu..haha..
2)nak buat door gift chocolate yang leh print gambar fawwaz tuh untuk tetamu- kak ida
3)hadiah fawwaz-jeng..jeng..jeng..
4)tetamu- selected sahaja..kawan 2 yang tinggal area shah alam insya-Allah akan dijemput.

bulan 6- anniversary saya dan hubby
dalam perancangan, tapi encik suami kata dah ada perancangan nak buat ape untuk kami..hahah..suka2. sebab besanya aper yang encik suami rancang tak pernah tak best. manalah tahu kot-kot..hehe banyak beranganlah aku ni. dalam senarai saya, saya dah tahu nak bagi aper kat encik suami..haha..antaranya:

1) since encik suami suka gadget saya nak bagi dia pendrive yang 16gb tueh ..semestinya stainless steel since masa g dating hari tuh, dia nampak berminat jer dengan benda alah tuh...

gambar ni saya cilok dari Mudah.my..comey-comey

2)Rayban Sunglasses
3)X- box ker-heheh..bolehlah aku join sekali, tapi tengok budget lu..mahal dol...

apelah yang encik suami nak bagi kat saya ek..tapi since hari anniversary jatuh hari jumaat..saya ingat nak ajak dia g bercuti, PD ker, Cameron ker...sekadar perancangan.

bulan 7-trip ke bandung ngan Birthday kami

ha..bulan 7 kami akan ke bandung yer. in suprise untuk hubby. tapi dia dah tahu jugak so tak suprise jugaklah. sempena birthday kami yang jatuh bulan julai. kami pegi berdua jer..so fawwaz kena tinggal. hahaha...takpelah kan. mama ngan papa nak g honeymoon. ni pun dalam perancangan. ingatkan dapat g beijing, nama dah register tapi takder rezeki nak wat camner kan. so pegi bandung jer dulu..

Bulan 7 ni gak kami dapat kunci untuk rumah kami..huhu. tapi tak duduk situ lagi kot sebab banyak lagi persiapan tak buat lagi. kena wiring lu, cat rumah. semua tu lepas kami balik dari bandung. mulai sekarang kena ajar fawwaz tido tanpa kami..bila nak start tuh...entah.

so far hanya itu jerlah dulu..kalau ada tambahan kena update untuk ingatan sendiri.

"saya sayang encik suami dan intan payung saya"

Wednesday, March 3, 2010

Panas.....

salam...
panasnya hari ni..bukan cuaca jer panas tapi keadaan yang panas..cam semalam, nak tido pun susah bila panas. Sian kat anak saya tido semalam pakai pampers jer..terus tak cun anak saya tu.saya plak jangan cakap ar..semauanya pendek2 jer. Tak elok dengan keadaan cuaca sekarang ni. Cepat mendatang kan penyakit.

semalam..keinginan nak minum teh 3 layer terbantut lalu kecewa. Yelah dari tengah hari semalam mengidam nak minum air tu(mengidam?????)..dah beli. sepatutnya lebih sedap kalau diminum terus dari plastik tu since gula melaka dia masih tak tercampur lagi..tapi encik suami sangat rajjin humban semua dalam jug..sampai semuanya bercampur dan jadi tawar ...hangin jer Terus saya jadi emo tak tentu pasal. mood yang pada mulanya baik terus jadi emo..hehe..memang bini encik suami ni suka emo lebey-lebey.encik suami pula tak habis2 minta maaf. hari ni nak claim lagi teh 3 layer tu. kali ni nak minum sorang2 tak nak share(perghhh......perangai bini encik suami ni tak nak ubah2 yer?)

Encik suami study kat rumah semalam..tapi rasanya dia takleh nak study kat rumah, yelah ngan mulut bininya pok-pek...mulut anaknya pun sama naik. sian encik suami.kul baper dia tido semalam pun tak tahu. Memang banyak dugaan bila kena bahagikan masa bekerja dan belajar balik .aku pun sendiri tak leh nak bayang kalau kena belajar balik, dengan rasa penat nya bila balik keje pastu nak concentrate plak nak study..penat badan dan penat otak.

belek surat khabar tadi ada sale 'metrojaya' kat summit usj. Harus ajak encik suami g tinjau ni. Ada hati lagi tu, padahal keadaan kewangan dah tahap negatif...encik suami harap memahami.kawan yang dok shah alam pun sila tinjau jugak yer. rasanya kat tingkat 4. I-City pun tak g lagi. tuelah encik suami ajak hari ahad hari tu tak nak g. pastu tengok blog dayu g sana, cam cantik jer kalau nak tangkap gambar bagi yang gila bergambar macam aku.

Okeylah..that all lah for today...rindu kat little boy saya. tengah buat aper ek dia sekarang. harap2 dia jangan kacau baby yang 'mak ani' baru jaga. baby tu sangat cute. mak ayah dia sangat hensem dan cantik...hai sempat lagi aku cuci mata semalam tengok ayah dia yang cute(cute?)..hahaha..ape nak jadi ngan bini encik suami sorang ni...

saya sayang anak teruna saya.....


bye for now