CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Monday, July 25, 2011

ber"movie"an dan jalan-jalan cari makan

As Salam,

Weekend yang indah datang lagi. Sepatutnya hari Ahad saya akan ber"outsation" ke Perak tetapi atas sebab-sebab "saya yang menurut perintah" maka saya tak dapat menyertai Mr H dan Mr M berauditan. Sorry guys, bukan salah saya. Saya hanya lah mereka yang selalu menjadi mangsa keadaan. Ok just forget about it.

Untuk Hujung minggu kali ini, ada beberapa citer yang saya berjaya khatam. Thanks to encik suami yang sangat memahami saya yang memang tak suka duduk rumah pada hari minggu. Walaupun der kena kerja tapi tetap dia berusaha untuk gembirakan hati saya dengan ajak nuntun movie.Cadangnya untuk menonton Transformer tetapi sebab tempat duduk agak terhad saya memilih citer Mr Poppin's Penguin. First expectation taklah tinggi sangat
cuma saya berpendapat citer lakonan Jim Carrey tak pernah mengecewakan. Citer2 lakonan beliau cam Yes man dan Fun with Dick and Janes pun saya suka. So this is the review..

Mr Popper's Penguin.

gambar gewdiks 2 beranak sebelum masuk wayang....hehehe

Terbaekkk dan non-stop laughing yang boleh saya gambarkan mengenai citer ini. Sangat best macam kata BFF saya , Auni. Dan highly recommended pegi tengok sekiranya anda sedang berjiwa kacau. tapi masa saya nuntun citer ni mood saya okey jer. Star rating =4/5(agak terbaek jugak).

Lepas watching movie, we all bercadang nak makan2 lah pulakkan. Lepas jelajah dan mengambil kira condition kedai yang berada di situ, satu kedai ni yang sangat menarik hati dan mata. Nama restoran ni nama nya "MANDY'S". Namanya pun western so makanan pun mestilah ala2 western gitus. Decoration kedai ni sangat menarik dan saya teka pemilik kedai ni peminat tegar The Beatles sebab banyak gambar dan benda-benda yang mengaitkan kumpulan tersebut. Dan jangan risau, ada logo halal dan kami pun dah check yang menyediakan masakan der orang islam.Check this out..:-

Decoration der sangat cantik dan organized.

best dan rasa romantik kat Mandy's ni...

lagu-lagi oldies turut dipasang dikedai ini..haish romantiknyer rasa. Lagu favourite saya "close to you" pun ado. Hehe...saya order Fish and chip. Harga rm 11.80 dan dengan hanya tambah RM 2.80 boleh dapat Mushroom soup dan minuman (tea, coffee dan soft drinks)...berbaloi. Encik suami order Mix Grill dan minuman chocolate blended.It cost RM 19.80. Tapi best sebab mix grill tu der mix kan dengan daging ayam dan lamb. semuanya sedap dan sangat puas hati. Harga pun berbaloi kot dengan kesedapan makanan tersebut.

mushroom soup=4/5
Fish n chips=4/5
Mix Grill=4/5

Movie best dan jalan-jalan cari makan pun best. Alhamdulillah.

Selain tu ada jugak movie yang dah berjaya menonton di rumah.

1) Pochong Ngesot (genre=Indonesia)

gambar agak scary

Star Rating=2.5/5 (citer agak mengarut)

Citer pasal hantu tapi tak best lansung dan mengarut sangat. Just nak tengok jew, boleh lah.

2) X-Men First Class

Terbaekkk...dan best. Walaupun tak menonton kat pawagam tapi tetap puas hati cerita der. Banyak aksi dan faham. Baru tahu rupa-rupanya Charles Xavier ( Mr X) dan Erick ( Magneto) adalah best fren yang berlainan sikap. Sangat banyak aksi dan boleh dikatakan tak bosan.


Star rating=4/5

3) Fast and furios 5

Best jugak, orang lain dah tengok pun tak kecoh2 kan. Tapi macam sumething missing lah. Bukan pilihan saya honestly citer ni. Saya lagi prefer Tokyo Drift kowt. Pilihan masing-masing sebab encik suami kata citer ni best.


Star rating= 3/5

tu jerlah kot hehehe....simple tapi weekend yang sangat tidak mengecewakan...



3 comments:

Unknown said...

Cool...
Nak pinjam cd blh ;)

MAMAFAWWAZ said...

bole...
yang X men tu jer i tengok kat dvd yang len tus i tengok yang downloadnyer...hehe

TeeTwiddle said...

close to you is my favorite song too! heheh... :P