CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label unforgettable memories. Show all posts
Showing posts with label unforgettable memories. Show all posts

Monday, August 1, 2011

cerita Ramadhan dan Citer Si tangan bertuah,

As salam...

Alhamdulillah, dah berjaya harungi hari pertama dengan jayanya. Rasa sangat sekejap dan rasa lancar jer berpuasa hari ini. Menu berbuka, sangat simple, saya :bihun sup encik suami :nasi tomato dan intan payung :nasi ayam hainan.

Tahun ni saya berpeluang sembahyang sunat tarawikh kat surau, alhamdulillah intan payung sangat bagus , tak naughty dan memberi kerjasama yang sangat tinggi, Awal2 lagi dah bagitahu der nak g semayang kat surau. So masa membeli belah kat tesco, nampak longgokan kopiah ngan songkok. Since songkok der dah banyak, so intan payung nak kopiah plak. Katanya nak bawak g masjid..:)

motip der:ntah....:)tetap apple of my life

bakal imam muda....amin....:)

sahur pun saya berjaya masak untuk encik suami, Takderlah beria tapi masak jugak key. Menunya nasi air jew tapi memang sangat suka.

so citer yang nyaris basi juga, encik suami dapat hadiah saguhati dalam peraduan KFC. Dapatlah B.B . proud of him..memang dia gila peraduan.mula2 saya memang hangin sebab terlalu addicted dengan peraduan, tapi bila dapat hasilnya...saya pulak menyokong beliau. Daebak lah encik suami (bak kata anak saudara saya)...we proud of you.jom layan gambar. Dah ngantuk.

cayalah....

Last but not least, review citer untuk minggu ni...

tolong awek aku pontianak!

citer ni pun saya tonton kat rumah jer hasil download dari encik suami. Sangat kelakar dan taklah klise sangat. Boleh layan lah bak katanya. Zahiril memang best dan sazzy falak super duper awesome cantik. sangat light jer citer der tapi still leh faham. tapi kalau g tengok kt pawagam tak berbaloi sangat kot. Seb baik saya tonton kat rumah jer. oppsss star rating=3.5/5.


Friday, July 29, 2011

Malaysia-Tanah Tumpah darahku.=Bola

As salam....

Negaraku.
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan Maju...
Lalalalalala..(sambung sampai habus yer, makesure bersemangat)

Demi rasa kecintaan pada Negara, saya encik suami dah intan payung yang pada mulanya memang tak pernah amik port pasal bola, berjaya menurunkan diri di stadium untuk menonton perlawanan akhir Malaysia Vs Singapore (tiger Vs Lion). Memang bersemangat dan rasa bangga sangat apabila sukan Bola sepak boleh menyatukan rakyat Malaysia menjadi satu.

kami yang bersemangat dan Cintakan Negara...go Malaysia


Kisah bermula apabila saya merancang untuk menonton bola sepak bersama kawan-kawan BSFJ dan idea untuk mengajak encik suami dan intan payung bersama. Selama ini hanya menonton di rumah pun rasa seronok, so mahu merasai pengalaman ke stadium dan perasaan berasak2 sesama sendiri. Ini pengalaman yang pertama yer, dan memang berbaloi walaupun ada rungutan encik suami yang memang tak suka suasana berasak2 dan jem apabila perlawanan habis. Tapi saya memang enjoy dengan keadaan huha berikut. Perasaan menjerit menyokong, bertempik pada pihak lawak..sangat releasekan perasaan. No wonder mengapa orang lebih suka menonton bola sepak di stadium.

Perasaan mengujakan....semua menjadi satu.

Pagi pagi kejadian, saya ada kursus di Hotel Legend bersama geng2 sekepala...untung ija (mummy maira dan adam) pun adalah peminat bola yang tegar dan akan bersama-sama saya ke Bukit Jalil. Kalau tak mau saya seram juga. So Lepas course kami salin baju kat toilet kat the mall dan pakai baju masing2 dan berkejar menaiki LRT ke Bukit Jalil. Masuk dalam LRT memang ramai yang dah memakai baju pasukan Malaysia. Perasaan sangat lain dan bangga sangat bila pelbagai warna kulit dan bangsa menjadi satu bila melibatkan Negara.(senyum sampai telinga bila mengingatkan kembali).

kami yang bersemangat..hehehe

Tepat kul 6.30 petang,saya dimaklumkan oleh ketua rombongan untuk berkumpul di gate Hijau. Since saya datang asing dengan encik suami, satu lagi insiden panik yang saya tak dapat lupakan. adengan mencari dalam keadaan resah. Call pulak memang fail. Saya hanya berdoa agar saya akan ternampak kelibat 2 beranak itew, naseb baik msg boleh. Akhirnya, kami dipertemukan begitu juga dengan yang lain., Macam dah tersurat segala halangan dipermudakan pada petang itew. Lebih kurang kul 7.30 p.m kami dan dapat tempat duduk dan bersedia untuk menonton Malaysia Vs Singapore.

padamu Malaysia...

tepat 8.45 p.m, perlawanan bermula. Memang sangat mengujakan bila menonton secara "live". bertempik , bersorak dan dengan sendirinya melompat apabila gawang Singapore dibolosi walaupun dalam separuh masa kedua. Ape pun saya tabik spring pada penyelamat bola sepak pada hari itu, Khairul Fahmi a.k.a Apek...tak sia2 saya minat kat der dan jersey intan payung pun saya memang cari yang no 22 (jersey apek) sebab kemampuannya. Cuma agak kecewa, sekiranya Dato' Rajagopal menempatkan apek semasa perlawanan pertama di Singapore, maybe kita berpeluang menang. Takpelah, yang penting kami dah berjaya melalui pengalaman pertama menonton bola sepak di stadium. Membawa intan payung memang tak menyusahkan pun. Saya still enjoy dan tak menggangu langsung fokus saya. Tahniah intan payung sebab berkelakuan baik . Len kali mama bawak lagi intan payung key. Encik suami terbaik seperti selalu dengan kerjasamanya. Tak pernah culas dan sentiasa boleh diharapkan. Kawan-kawan BSFJ, anda best nak2 pembeli tiket Encik effendi dan pengurus program encik adly. Len kali jom kita gathering cenggini lagik...hehehe.

go..go...Malaysia (hakim, adly, fendi aka aboh, kemal, wani
di atas:luqman)

Pada Mu Malaysia....cuba lagi lain kali.apepun korang terbaekkk nak2 abang apek...hehe



Thursday, May 22, 2008

THE STORY ABOUT ME N U..

haha..sajer jer nak bukak cerita lama antara i n hubby..terjumpa gambar2 lama masa mabuk bercinta lu..hehe sajer jer nak tayang kat blog..sesaper yang rasa nak menyampah..sila getout from blog ni sekarang gak yer...

we all couple since form 4 lagi. Bermula ngan gaduh2 sayang, terus melekat la plak.hehe..maybe sikap penyabar hubby tahap gaban ngan perangai baran aku dan angin satu badan yang menyebabkan hubungan kami kekal sampai sekarang.

masa ni nak chinese new year..kiteorang beli lucky bamboo untuk sesama sendiri, kiranya cam anak angkatlah saper yang leh jaga pokok tue jangan bagi mati..biasalah pemenangnya mestilah sidia coz sifat papa yang memang penyayang orangnyer.Pokok tue hanya tahan seminggu jer dengan aku berbanding papa punyer. rasanya ni kat Midvalley agaknyer.

ni plak kat genting..lepas main2 kat outdoor. ader makhluk Allah yang dengki kata kami pakai baju sama cam waitress..biarlah.memnag dari dulu lagi sampailah dah ader nak ni..aku n papa suka pakai baju sedondon. memnag itu niat kami sampai bila2..biar pun anak dah berderet2 dah pun.tradisi pakai baju sedondon ni akan kami pertahankan sampai bila2.

candy yang hubby bagi suprised kat aku..walaupun taklah segah maner tapi suka sangat..sikap papa yang mama suka jugak ialah suka wat suprise kat mama. ni sebelum gula2 ni kami kerjakan yer..coz kami ilah penggila gula2 dan coklat. ni kat stadium shah alam kot.


candle light dinner ngan papa..tempat tak ingat.tapi sangat best. Papa tahu aku ni suka makan..so sellau bawak g tempat makan yang berbeza dan lain tempat untuk gembirakan hati aku..nak2 kalau tension belajar..haha..he know the right time to make me happy.

banner pertama masa pegi kat ulu -yam..kiteorang pun suka berenang. Dan papa ajar aku berenang. Yelah kami sama budak kg..so terjun sungai tue biasaklah..aktiviti berenang ni dulu wajiblah kalau hari minggu. yelah, hubby baru beli kete masa tue..asyik berjalanlah.

raya haji pertama lepas bergelar tunang..hehe masa ni takleh balik coz cuti sehari jer. pagi raya tue shahdu tul...masa dok semayang pun menitis air mata..rupa2nya bukan aku sorang ,member sebelah pun sama hehehe. Cam best g semayang kat masjid shah alam ngan tunang.

terubat gak sedih coz papa belanja KFC Pada pagi raya tue. ni tengah sedih ni tau. Ayah ngan mak tepon dari kg ucap selamat hari raya haji sambil perli2 tak balik ker..semua orang tengah bergembira di sini..lagilah sedih. Nasib baik papa ader..hehehe

tuelah serba sedikit..nanti nak wat episode lah.."The chrinocles of us" leh tak?..hehehe