As salam....
Selesai jugak audit di Kedah. Best sebenarnya audit kali ni sebab banyak makanan2 yang tak pernah jumpa kat KL kat sana. Dahlah disambut dengan pemandangan-pemandangan yang best juga kat sana. Yelah, aku memang adore dengan pemandangan bendang padi yang menghijau itew. oohhh, jatuh cinta.tak caya tengok ni
indahnyer kan?
siyes saya terkenang citer "Cun"
Lebih kurang kul 4.00 petang saya sampai di Kedah. Check In hotel dan lepak-lepak with my roomate sepanjang 4 hari tu, Si Chuah. So malamnyer, kami di bawa oleh ketua Audit , Mr H, kat tempat makan-makan dia sewaktu zaman sekolah der kat Medan Selera Teratai. Char kuey Tiau der sangat mari okey. Walaupun ala2 mamak, tapi berlainan sikit dengan mamak di KL. tempat der dekat dengan hotel so kami jalan kaki jer ke sana. Hasrat nak g pusing2 kat kawasan tersebut terbantut sebab hujan. Gambar pun lupa nak snap, sebab bagi saya makanan der takder lah spesel sangat. ( gila berlagak ko wan...ekekekek)
Malam pertama makan malam kami
Hari pertama...destinasi jalan-jalan cari makan ialah selepas waktu bekerja iaitu Laksa kat Teluk Kechai. Kata orang laksa kat sini best. Walaupun Zaim dan Ishak ( budak2 elektrik) dah cakap kat saya jangan bagi harapan yang tinggi tapi semangat untuk mencuba tetap tinggi. Dan kesimpulannya, memang tak best sangat pun. Kecewa dengan kuah laksanya yang cair . Tapi yang pelik ada sambal kelapa yang kena makan bersama laksa tersebut, Pun tak bagi kepuasan kat saya..star rating 2/5.
Nama tempat laksa tersebut
bolehlah...yang bekas kecik tu sambal der.
Malam plak, kami ke Nasi Royale pulak. Yang ni sebab dah bagi cadangan kat Mr. H sebagai tempat buka pose beliau. Tempat der kecik jer..first impression, macam geli geleman jugak tekak sebab semua kuah dicampurkan bersama-sama, dan kebersihannya pun agak kureng. Sebab kenyang lagi dan perasaan kecewa terhadap laksa tadik masih berbaki, so makan sikit jer. tapi walawey, rasa kari de terangkat sangat, Memang puas hari setakat ni. Kuah der pun agak manis2 sikit, so memang kena dengan selera saya yang berlidah kelantam...ngee...yang ni two thums up. Lokasi der..t korang google jerler ek, sebab agak terkenal kot kat Kedah ni.
nama tempat der....best2
Saya order yang ni..nampak bersememah kan, tapi rasa der "wow"
sempat lagi amik gambar sebelum mamam....mekasih yer chuah.
Hari kedua...saya jumpa makanan yang best kat Kuala Nerang, Memang makanan ni saya tak pernah rasa kat mana2 pun. Mengikut kata Mr.H, Gulai kawah umbut pisang ni jarang terdapat kat mana2. makanan ni mengingatkan saya tentang satu makanan kat Kelantan, tapi kat sana mereka guna umbut kelapa. Tapi Kat Kuala Nerang , mereka guna umbut pisang hutan yang dimasak bersama gulai kawah...memang best dan terangkat..makin berlemaklah.
ohhh...dah jatuh cinta..mana nak cari kat KL ni yer?
Malam plakss....Mr H bawak kami kat kedai makanan kawan ayah der, nama der BOb Char Kuey Tiau.. Destinasi der dekat kat ngan hotel kami. Jalan kaki pun sampai kot, tapi ada kubur, so memang taklah kot .Best dan Maweles gak tapi tangan guwe gatal2 kena gigit ngan menatang kat kedai tus.Satu pattern yang saya dapati kat Kedah ni, mereka suka buat kedai makan depan umah mereka.Senang nak g tukar baju ngan semayang kot, tapi memang autentik.
Hari Last kat kedah, budak2 elektrik ( zaim dan Ishak) bawak kami g makan dekat satu port dekat kuala kedah. Nama tempat tu Pak engku Otak2 Kukus. Memang ramai orang yer masa kami sampai kat kedai tersebut. Mereka suggest supaya saya try otak2 kukus der, memang terangkat jugak dan first time tengok dan rasa otak2 kukus ni, Kalau ada yang frozen dah lama bawak balik.
otak2 kukus...
kat dalam der..bersememah jugak...tapi two thums up...
Dan satu lagi menu maweles kat sini, gulai ikan ape ntah..(sebab tak tahu nama ikan tersebut). ikan kembung kot ek. Ni pun sangat sedap, memang setiap meja memang semua order ikan ni. Dan semestinya fresh.Kenyang, Alhamdulillah....
gulai ikan kembong kot ek...lupa nak tanya pakcik kedai...
so kawan2,,,since kedah ni banyak tempat makan2 yang best..so mai kedah ramai2 yer....insya-Allah, will rotate here soon with encik suami and intan payung...peace yo!
2 comments:
dulu laksa teluk kechai sedap..skrg dh kurg dh...
Pak engku otak2.kat ne tu ye...area kuala...?? Restoran oasis ke?
Post a Comment