CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Monday, August 31, 2009

Puasa Ke-10-EEEE Takutnya

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah sepuluh hari kita berpusa.Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.1 Malaysia, rakyat didahulukan Pencapaian di Utamakan. Tetapi dengan keadaan sekarang ni certain tempat saja yang mengamalkan satu Malaysia rasanya. Mahu atau tidak, sentimen kaum still lagi ader.Contoh mangsa sentimen kaum ni adalah saya.Saya keje kat company C***,dan saya merupakan satu-satunya Jurutera Melayu yang perempuan. Pada mulanya saya di ajar untuk buat design dan semua yang patutlah seorang jurutera buat.Tapi sekarang kerja design makin kurang dan mereka slow2 suruh saya buat submission pada Majlis(Authority). Takutlah saya akan sehebat jurutera bangsa mereka.Tapi aku tak kisah, selagi ader keje saya akan anggap itu sebagai ibadah.Kalu nak di fikirakan memang sakit kepala.oklah stop pasal tue, kan tak pasal2 saya masuk ISA plak.

oklah just nak update pasal puasa semalam. semalam kiteorang pegi bazar ramadhan kat seksyen 18..fuhhh tak bestnya.dahlah orang nya ramai...berhimpit2.mahal plak tue...ya rabbi, apelah nak jadi ngan diaorang ni..taulah nak cari untung tapi jangan melampau sangat. Macam sayalah, beli air yang harga 3.oo tapi tawar tak rasa gula pun.Kalau nak buat mahal pun biarlah bendanya ok kan..on da way nak balik tue, saya menyaksikan satu pergaduhan.Si M ni terjerit dengan kata2 kesat kepada si C.pada mulanya nak marah gak pada si M ni..dah lah fawwaz ader kat situ, terkeluar plak perkataan yang tak sepatutnyalah di dengar oleh budak kecik.tapi rupa2nya si M ni marah yang Si C teguk air setan tue di khalayak ramai dalam bulan yang mulia ni. Yelah taulah ko tak disuruh berpuasa tapi at least hormatlah kami ni..dahlah satu blok tue kedai2 , ramai orang yang lalu lalang.aku sendiri pun terhidu bau air setan tue. nasib baiklah abang tue just tumbuk sikit jer, kalau dia buat lagi teruk lagi...huhu nauzubillah.nilah kalau mereka yang tak sensitif bila duduk di kalangan pelbagai bangsa ni.Saya, Suami dan fawwaz terdiam kejap bila dengar Si M marah2.

So petang semalam gak dengan jayanya saya telah membeli kapsul bawang putih kat farmasi.Kami berbuka kat rumah kawan saya semalam. Laki dia pun satu hal lah..saya malas nak citer keburukan rumah tangga orang lain tapi cukuplah saya katakan di sini, suami2 di luar sana tolonglah hargai isteri2 mereka.jangan senang jer nak lepas tanggung jawab yang Allah berikan pada merea. Nauzubillah.Tribute for micheal jackson....

Saturday, August 29, 2009

tak rugi kalu cuba...lepas ni habislah kapsul bawang putih kat farmasi

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang
melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000
dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti
dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang
timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan
Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di
sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya
sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu
alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan
dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu
ditarik
balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan
ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak
diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate
dari
semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang
dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana
ia
datang?

2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud
saya
ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7
hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala
ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita
sendiri
tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan
lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang
terancang seperti ini.

3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh
mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800
sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI
satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini
pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa
sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari
penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan
terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak
wang
yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa
masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus
memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika
virus
ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang
ISLAM?...
yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan
sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai
sebulan
mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK
KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA
KAMI
SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang
ada
dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak
kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan
tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh
ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah
menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak
dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah
H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian
saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau
SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita
fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang
perkara ini.
Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP
NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan
kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak
mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan
penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan
terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah
diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada
sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya.
Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya
juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui
oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema,
anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan
H1N1
kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya....
kalau
kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul
tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan
kecut
dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,
kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu
kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan
dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing
memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih
dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih
adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara
rawatannya

1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya,
hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di
seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap
pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la
saman saya.
Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Puasa yang ke-7-Akhirnya terpaksa keluar gak...

fuhhh..baru je selesai solat terawikh dengan hubby...sangat indah bila dapat bersolat berjemaah dengan yang tersayang.walupun banyak gangguan daripada fawwaz tapi akhirnya kami dapat gak selesaikan solat terawikh tue.heeee fawwaz ni buat kami rasa nak gelak ngan gelagatnya.geram jer.terpaksalah solat kat rumah yelah kalau solat kat masjid mane nak letak si kecik tue,dahlah suara cam tak payah pakai mic kuatnya..kalah tok iman di buatnya.tapi nak buat camner, kitaorang semayang dalam bilik permainan dia.

hari ni terpaksa keluar gak g shopping kat tesco walaupun amat takut ngan virus H1N1..ramai gak orang kat tesco.Tapi kalau kami layan jer ketakutan tue dan dok memerap je dalam rumah cam minggu lepas...sangat boringnyer cam nak mati sebab terlalu bosan.si Fawwaz tue lagilah, meragam coz tak leh nak kuar.Yelah, memang biasanya hari minggu kami memang tak lekat kat rumah, ader jer tempat yang nak g terjah. tue kerajaan tak ishtiharkan darurat,kalau darurat camnerlah,terpaksa berkampung dalam rumah sepanjang hari ..no work, no sightseing no shopping(kinda scared ha), no jalan-jalan.. no everything...

sian so fawwaz ..dah lama tak kuar g jalan kan?

so kesempatan yang ader ni kami beli barang2 dapur..so esok leh masak2 kat rumah.ingat cam nak wat ayam papriklah esok.semestinya yang tak pedas sebab si Fawwaz tue tak makan pedas..atau, masak makanan lain untuk dia. Fawwaz plak sampai tesco, lepas kena cubit sebab nak tolak troli laju-laju,terus tido dalam troli(tak bolehlah kalu tak cubit...dia sangat tak dengar cakap), bayang kan banyak barangyang dah beli kena reserved suku jer coz ader budak besar dah makan space dalam troli tue...sian fawwaz. penat agaknya.
Ni memang dia nangis ek, bukan lepas kena cubit.

hari ni berbuka ngan KFC...papa yang belanja.Papa makan ngan nasi, aku plak cam trauma ngan nasi lately, Hopefully, target untuk turunkan berat badan berjaya sebelum raya..so far dah timbang baru satu kilo turun...tue pun dekat 2 minggu tak makan nasi...lama lagilah kena puasa nasi...adoiii seksanya nak cantik ni. tapi tak makan nasi ok gak, badan rasa ringan.puasa tak lesu.tapi dah membesar dari kecik ngan nasi, kadang teringin sangat tapi dah masanya aku control my weight...saya sangat takut ngan gambar saya sendiri.
dah gemok!!!!!

masa ni saya rasa cam kurus sikit...

BTW, dah tukar background blog..tapi still heran maner yang 3 column blog tue, walupun kelebaran dah bertambah, tapi still lagi 2 column gak, Saya rasa saya dah ikut instruction dengan betul tapi takpelah, dah dapat background yang cantik, so ader mood ckitlah nak update blog.

Thursday, August 27, 2009

Hormon ke yang salah....

saya selalu camni..sekejap saya aseorang yang periang, happy. dalam sekelip mata saya bleh jadi penyedih dan cepat terasa hati. hormon ke yang salah atau saya ni seorang yang over sensitif...selalu mengalami situasi begini and i hate when the situation that i will face. What wrong with me actually..period. Not at all.

i hate when i tell somebody that i want to discuss something with him later and suddenly he expect that i will discuss about it now...im online ok..i need some space after facing the workload for whole today.can you understand.no you dont.

i hate(dunno what to express my feeling right now) when my mother try to tell me what i must do now. i dont know but everytime she call i refused to answer her. let my fawwaz talk to her but for sure it is not me..because talk to her make me fell sad and dull...oh ...i hate this feeling.

hormon ke yang salah...ntahlah.

hari ke 6 puasa.....................update yang nyaris2 expired

salam....kali ni update lambat ckit. biasanya update lepas sahur tapi sahur pagi tadi rasa ngantuk..lagipun lambat bangun..nasib baik dah masak nasi siap2 sebelum tue...

so hari ni cam biasa...hari yang penat gak. hari ni pun tak habis2 jugak keje untuk projek kat ulu tiram..heeeee rasa berserabut tullah ngan work load.kalau gaji naik sekali ngan workload yang bertimbun takperlah gak. tapi hari ni sangat best coz mengkarung tak datang.bleh plak.bulan ni jer rasanya dah 3 kali dier tak datang.kalu kami yang buat gitu alkisahnya sejam lah kena khutbah ngan dier. pernah gak tanya kenapalah perangai dier camtue..teruk bebenorlah.sebab tue lah kami gelar dier mengkarung. ader ke lagi gelaran yang sesuai untuk dier so bagi menghormati bulan yang mulia ni..rasanya gelaran tue jerlah yang paling baik aku bleh kasi.

2,3 hari ni masa bawak kete ke ofis asyik dok teringat persiapan raya..rasanya baru jer pose kan..hehehdah berangan dah pasal persiapan raya.ader checklist nak buat pasal persiapan ni...

FAWWAZ
1)baju raya fawwaz(check)
2)baju jalan2 untuk ray kedua untuk fawwaz-nak cari baju kolar kaler merah so bleh matching ngan mama n papa(will do)
3)sandal fawwaz-rasanya nak beli sandal crocks kat dier since sekarang ni crocks pun leh jumpa kat pasar shah alam(will do)
4)sampin fawwaz(will do)
5) songkok fawwaz-rasanya kena beli yang barulah since kepala dier dah semakin membesar.(will do)

PAPA
1)Baju raya-will do
2)baju kemeja untuk raya kedua(check!)
3)sampin(check)
4)butang baju melayu(will do)

MAMA
1)Baju raya(check-2 pasang)
2)tudung raya(will do)
3)kasut raya(will do)

LAIN-LAIN
1)Kuih raya auntuk balik ke 2 belah rumah(will do)

eh ape lagi lah nak prepare ni...kalau dapat bonus untuk raya ok jugakkan bleh save untuk bagi duit raya....hehehe gawat2.pening kalau fikir pasal duit ni.Malas nak fikir ,janji semangat raya tue ader.

hehehe.....panjanglah plak update ...

Wednesday, August 26, 2009

puasa ke -5...eeeee ngantuknya.

alhamdulillah ..selesai gak bersahur pagi ni.husband pun dah masuk sleeping ugly dah...eh tak baik lah sleeping beauty...sedar2 tak sedar dah hari ke 5 kita berpuasa.

semalam merupakan cabaran pertama saya berpuasa kerana sebelum tue saya 'uzurun'. not so badlah, cuma saya terpaksa berhadapan ngan karenah2 colleugue yang non muslim yang dengan selambanya teguk air depan kita..biasalah dieorang bukan puasa pun kan so sendir mau ingat lah...tapi hormat bleh...korang memnag lah tak baik...(seb baik bulan pose kalau tak dah kena sumpah seranah dah ni)

ader satu projek saya kat ulu tiram kat johor bharu kena comment teruk dari owner in terms of design ngan structural..yang bengangnya designer tue mati2 kata aku ubah structure..padahal dier yang letak column kat situ alih2 dia kata aku yang suka2 letak.bukan ko ke yang kena decide nak letak mane column tue..tugas aku just design jer kan. kan semua boss taruh kepercayaan kat ko...geram gaklah bila salah sendiri tak nak ngaku..yang sadisnya lagi bos dari johor pun datang semalam...so semua bos kat sini dah jadi kelam kabut berlakon yang masing2 banyak keje..padahal ekseyen jer lebih tapi sebenarnya...hampeh.aku plak di bagi task yang aku kurang faham..tapi aku tanya detail bos tue cam tunjuk muka cam petai...takkk tak...cam kerdas barulah power ckit keburukannya. tolonglah, aku ni engineer muda, supposely ko tue engineer tua bagilah tunjuk ajar kat kami key..aku bengang betullah ngan engineer tue. die baik tapi kadang 2 agak mereng la dier punya perangai..kadang baik nak mampus..tapi lepas tue kalu ader masalah, kena tiauw ngan client, mulalah buat muka kerdas balik...bedolah(bodohlah..heheh pose kan.)

puasa ni balik kul 4.30, tapi still lambat gak sampai coz jem..agaknya kul baper dieorang balik, kul 3.00 ke coz jalan yang nak g amik fawwaz tue jem teruk.janji ngan papa nak jumpa kat depan kilang kul 5.30 tak kesampaian alih2 kul 6 baru sampai, terus g bazar ramadhan. hari ni hubby makan char kuey tiau yang sedap tue, roti boom untuk si kecik ngan mine makan kueytiau goreng campur mee. tak best okey..seb baik lah murah so tak terasa hati sangat,last2 hubby gak yang kena habiskan.

malam semalam tak berterawikh ngan suami coz masing2 penat agaknya..even though aku lepas solat maghrib terus down..so fawwaz asyik main ngan papa dier. kalau papa dier keje pagi camtuelah..selagi papa dier tak tido selagi tuelah dier nak main..nak cater balik kot masa ngan papa dier. minggu depan hubby keje malam...camnerlah agaknya. tak bestnya. takleh buka pose sama2...takleh prepare sahur sama2...tak bestnya...hubby bila hubby nak tukar keje agaknya.???????????malas nak tanya, sebab jawapannya tetap sama.

semalam gak insiden rumah budak kilang dier kena curi.beras...makanan lah...ape2 jela kan.yang curi tue pulak housemate dier..last2 laki aku yang memang baik hati gak yang kena g tolong..aku memang tak suka kalau bab nak masuk campur hal orang ni..memang lah kena tolong kan tapi kalau melibatkan hal orang ni kami sebenarnya amat berwaspada sebab dah kena dah sekali kena tipu sebab nak tolong orang lah ni...kesnya takyah lah citer..lain tahun key..dahlah ibu tunggal key..pastue apehal2 nak nangis depan laki aku..aku takderlah kat tempat kejadian..tak baiklah aku ni kan...ke jeles....yelah memang aku jeles sebab banyak kawan2 dier ngaper tiba2 cari laki aku plak...kalu bab peristiwa gembira ngaper tak cari plak. laki saya memang suka tolong orang key...pastue orang suka sangat amik kesempatan kat dia tu...dah lepas dier balik semalam saya diam jer..dengar jer dier citer..malas nak menyampuk lebih2. pastue suh g umah plak tue kata takut tue datng balik nak amik barang dier nak suh laki saya plak jadi pak guard tak bertauliah kat situ..so suggest dier bawak temanlah..manalah tahu ape2 kan.cuma saya bagi peringatan..jangan pisang berbuah dia kali dah lah.

oklah yek..nak g semayang solat subuh plak.wish hari ni hari yang gembira ngan tak boring key...saya sangat boring keje waktu puasa.

oklah...rasanya that all untuk entry kali ni..kalau rajin nak update untuk 30 hari berpuasa ni...insya-Allah..hehe nak uplaod vidoe pasal denggi tapi versi kelantan.kitaeorang tak henti gelak sebab kelakar giler.

Tuesday, August 25, 2009

hari ke 4 puasa....

fuhhhh...baru jer bersahur.menu hari ni maggi....serius tak ingat nak beli lauk masa g bazar ramadhan semalam...so malas nak masak nasi so hubby bagi suggestion kita masak maggi nak?

a little conversation with hubby pasal fawwaz yang tak nak tido semalam...kiteorang telah memaksa fawwaz untuk tido dengan bukak almari pakaian..kiteorang takutkan dia kalau fawwaz tak nak tido mama letak dalam tue, terus dia diam tapi kaki masih gerak2...hai fawwaz ni. sebelum tue dia adakan sessi karaoke dalam bilik tue...lagu tak faham plak tue..

lupa nak update lauk berbuka semalam...mine roti john yang tak ok...bukan nak kondemn key tapi serius tak sedap dahlah mahal plak tue...heran kenapalah lagi puasa lagi mahal plak harga makanan, bukanke puasa tue bulan bersedekah, so dah tahu tak pandai nak wat roti john kenapa still nak jual..ader kaitan ker?what ever..hubby plak nasi kerabu, best sebab orang kelantan yang buat tapi nasi kerabu ngan ayam percik pun 5 ringgit gak...what the price?

semalam pertama kali ramadhan kali ni kami berterawikh bersama...indahnya saat tue.papa jadi imam dan saya bilalnya. walaupun berdua jer, ader insiden sebelum tue yang saya rasa bersalah sangat. Bilik yang kedua kami ader spare tilam untuk tetamu yang datang rumah ni, so saya sandarkan kat dinding..tengah2 solat maghrib, si kenit fawwaz tolak tilam tue dan kena saya...tang tue gak saya hold solat dan cubit dier sampai dier nangis...rupa2 nya tempat saya cubit tue dah kebiruan..sian anak saya ok...saya pun tak sedar saya cubit dier...ngapelah saya ni, rasa bersalah sangat. Fawwaz maafkan mama key.lepas buat salah saya sapukan ubat kat dier.dia ok balik...saya berazam lain kali saya saya just akan tegur dan kawal sikap baran saya tue..memang kadang2 saya kurang sabar sikit ngan kenalakalan fawwaz..hubby lebih sabar sikit daripada saya...oklah tue jerlah entry kali ni..saya nak g solat subuh dan prepare myself nak g ofis...hai camnerlah kat ofs hari ni...sangat busan nak g ofis....

sorry key fawwaz..mama janji tak mo cubit fawwaz dah.Love you so much.

Monday, August 24, 2009

Puasa ke tiga kena g site measurement...

kul 3.30 aku dah sampai umah hari ni sebab g site measurement dekat ngan umah aku..huhu...lepas tue bolehlah blahkan. seb baik le kautim ngan remy ngan iswandi. best kuar g site rather dok dalam ofis buat design..

so hari ni nak makan aper ek...ntahlah.jap lagi nak g bazar ramadhan before amik si fawwaz.rindu sama itu budak kecik. tapi kalau amik awal2 nanti dier tak mandi lagi tak makan lagi ..nak tengok tak gambar fawwaz main badminton A.K.A golf..entahlah mane satu dier nak main ntah..nak kata main badminton tapi gayanya cam main golf jer... tengok gayanyer tue....cam main golf kan?


libas jangn tak libas...

ni lagi....

oklah cukuplah update untuk hari ni....kalau bleh nak terus updatekan blog ni agar tak bersawang..

hari ni takder citer kat ofis coz sekerat hari jer masuk ofis...so kenalah tgu esok.lagi pun mengakarung tak datng hari ni...mood hari nu...seindah suria walau pun mendung kat shah alam coz dapat kuar dari ofis....kalau hari2 cam ni takper...hehehehe....keylah saya nak g bazar ramadhan..nanti update makanan malam ni key...

Sunday, August 23, 2009

2rd puasa...

hari ni dah masuk hari ke 2 puasa...camner nga pose everybody, mine alhamdulillah. semalam suami saya tak jadi keje, jadi emo saya bertukar jadi baik.ape saya masak untuk berbuka semalam, saya masak spagetti makanan laut(spagetti seafood). resultnya jugak ok. Suami saya makan dengan berselera.

malamnya suami saya g terawikh, so saya khutbah kat dier kalau dier jadi keje petang tue mesti tak g tertawikh kan. Saya rindu nak g terawikh, sejak fawwaz lahir tak berpeluang nak g terawikh cam zaman bujang dulu, it mean almost 2 years saya melepaskan saat2 semayang terawikh. bukan tak berterawikh lansung, saya tetap berterawikh sorang2 kat rumah tapi saya rindukan nak berterawikh kat masjid, merasai beramai2 solat terawikh.

tahun ni insya-Allah saya akan bergilir pegi terawikh atau bersama suami nagn fawwaz pegi terawikh...nak jugak train si fawwaz g masjid kan. tapi...bleh ke?sebabnya mesti dier takleh tahan untuk berkelakuan baik enven though 5 minit pun. maybe kami akan buat sistem giliran.malam ni suami saya pegi, malam esok, saya pulak yang pegi.

Teringat plak masa first puasa ngan suami...saya tengah pregnant masa tue. so nak bangun pun tak larat. seminggu pertama hubby saya sahur sorang2. baiknya suami saya tue. minggu ke dua saya paksakan diri utuk temankan suami bersahur. pun suami saya yang sediakan semuanya...saya akui masa mengandungkan fawwaz keadaan saya sangatlah teruk.

so sekarang ramadhan datang lagi...kali ni waktu bersahur lagi mudah coz kami bangun fawwaz still lagi tido, so ape yang dah beli petang tue just panaskan..nasi plak masak sebelumya. Berbuka pun kami dah boleh makan bersama sekarang. Teringat dulu masa fawwaz kecil, kami kena gilir buka puasa..demi anak tercinta.Alhamdulillah..semuanya dah balik seperti sedia kala sejak fawwaz besar ni...so camner kalau ader anak kecik balik dalam hidup kami nanti????persoalan yang besar tue...

Saturday, August 22, 2009

selamat berpusa semua...

salam ramadhan semua....rasanya dah sekerat hari kita mengharungi puasa. so far ok kan. First sahur tadi saya tersedar lambat nasib baik lah suami saya ader. kiteorang dah beli lauk dari semalam, so panaskanlah pagi ni dan semuanya di buat oleh suami saya...terima kasih encik Faizal.semuanya sebab saya perang mogok..nak tahu kenapa sebab semalam dia call yang hari ni dier terpaksa keje..dahlah dari kul 3 ke pukul 11..hangin jer saya. sebenarnya dah janji nak bukak pose sama2 alih2 dier kena keje plak...

saya masih geram tentang insiden tue...bukannya tak bleh keje tapi sebab dier dah janji buatkan saya nak marah,kecewa. ingatkan nak masak spagetti seafood hari ni tapi mood pun dah takder. ni pun tak beli ape2 pun lagi raw material nak masak malam ni. semuanya sebab tue..hati saya sangat sakit.

pagi tadi pun saya bangun lambat..so maybe dia pun rasa bersalah.so fawwaz pun dia yang uruskan..kain yang saya basuh malam tadi pun dier jemurkan.makanan fawwaz pun dia yang sediakan.saya akui saya ni agak emo kalau merajuk.saya geram.

tapi rasaya dah cool sikit kot...nampaknya terpaksa g membeli belah kat pasar ramadhan hari ni..takpun kalau hubby saya bangun jap lagi. maybe saya kerahkan die saja yang pegi barang2 untuk buat sapaggeti hari ni. dia memang bleh di harapkan..cuma kenapa hari ni..1 st day puasa die kena keje.kerjalah hari lain.

seb baik ader si fawwwaz ni yang ubatkan rajuk hati mama ni.dia tahu hari ni puasa so dier pun tak nak makan.bukan tak mask untuk dier, tapi nak minum susu jer. ni tengah proses nak tido, nanti bangun makan yer sayang...comel manja mama ni kalau tido....

tak sedarla bila puteraku ni dah besar....

Thursday, August 20, 2009

aku dah bosan jadi penunggu tak bertauliah....

salam semua..hari ni ader mood ckik nak berblog....busan sangat ngan keje.bukan takder keje, tapi ntahla boring ngan keje sekarang. satu lagi perkara aku dah bosan tgu surat dari JKR, bila nak sampai. hari2 aku dok check dalam post box tue tapi still takder ape yang ditunggu.

hari ni mengkarung bising lagi..yelah selagi Mr C ader kat ofis lagilah dier buat sibuk..WTF lah. Memekak jer. Nyampah.hish...tak sukalah ngan bos2 kat ofis yang gila kuasa semua. Tpai banyak2 yang ader...mengakarunglah yang paling aku benci. Ntahlah...sejak insiden yang dier brain wash aku hari tue aku dah hilang respek kat dier. aku kena jumpa dier pun sebab terpaksa...yelah semua keje kena menerusi dier, semua kena inform..agaknya nak berak pun kena bagi tahu dier..nasib baik tak payah.

im...bored. tapi 1-2 hari ni dapat kekuatan untuk teruskan hidup. Hidup kena dihargai, manelah tahu nanti dah takder kat dunia ni. tapikan pernah gak terfikir kalau sesok aku ditakdirkan mati aper yang aku nak buat. tak nak fikir lah takut....bekalan pun tak cukup lagi.

bilalah surat dari jkr ni nak sampai...tak sabar nak tahu keputusannya. kalau tak diterima pun still nak tahu resultnya..huhu...cepatlah surat tue sampai.

Saturday, August 8, 2009

hai everyone

Lamanya tak berblog...lebih kurang 4 bulan meninggalkan arena blog ni.bukan aper, tahler sibuk kot ngan rutin harian. pagi, dah bergegas ke office, balik keje dah penat dan terbongkang dah lepas mandi..so dah tak sempat nak jengok blog kesayangan.bukannya tak rindu nak berblog tapi ntahla..semuanya dah jadi tak betul sejak keje kat ofis baru ni. betul lah kata pujangga lama"ape yang kita suka tue tak semestinya baik untuk kita, dan tak semua yang kita benci tue tak baik untuk kita.anyway..hari ni mood untuk menulis kembali ...takder banyak perubahan sebenarnya dalam hidup aku..cuma bertambah gembira coz fawwaz dah pandai bercakap. so dialah kawan karib aku setakat ni selepas hubby. telatahnya selalu buat kami gembira dan bersyukur kepada tuhan kerana kurniakan anak seprti fawwaz.

lately, macam2 masalah kat ofis yang aku hadapi. tapi dorongan daripada hubby dan fawwaz buat aku tak lemah semangat. aku kena kuat untuk menghadapinya walaupun kadang kala aku rasa dah tak sanggup menghadapinya. ketika aku menulis blog ni..fawwaz tengah main dengan motornya. lucu melihat telatahnya..tapi dia tak kacau mak dier nak berblog pun dah kira baik.

Petang ni nak keluar menghadiri sepupu punya akad nikah..ader ketakutan dalam hati nak bawak fawwaz pegi ke tempat keramaian since H1N1 tengah menular..tapi ape nak buat...kena pegi gak lah coz mother I.L insist nak menghadiri majlis tue.

hati ni sangat risau...yelah bila baca korban H1N1 ni tak kenal umur. Yang paling takut ialah bila mangsanya adalah budak2. Ntahla..aku berdoa sangat kepada tuhan yang virus ni tak kena pada keluarga kami...amin.

latest vacation yang kami pergi ialah Genting Highland sempena menyambut hari jadi Papa...Bestnya kat sana coz fawwaz sangat cerdik dan dah tahu semuanya.Perjalanan kali ni pun dah tak susah masa fawwaz masih kecik. Walaupun still lagi lasak..tapi dah boleh di kontrol.hopefully dia akan berperangai baik petang ni nagan esok coz hari ni akad nikah dan esok hari sanding sepupu.