CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label all about fawwaz. Show all posts
Showing posts with label all about fawwaz. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Puasa ke Lima =cerita kul 2 pagi

As salam....

Dugaan berpanjangan sepanjang Ramadhan ni.. Bermula dengan intan payung demam pada ramadhan yang pertama,Lepas tu encik suami pula menyusul demam. Memang ituew sudah di agak. Kalau salah seorang sakit, memang kena standby untuk sorang lagi baby boy akan sakit. Maybe agaknya pertalian darah yang agak rapat menyebabkan derang jatuh sakit serentak. janganlah t dapat anak kedua pun cenggini. Haru dibuatnya, kalau semua ikut papa der saki
By the way, semalam saya berterawikh sorang2 since encik suami tak sihat. Intan payung saya tinggalkan bersama encik suami. Kul 2 pagi encik suami kejutkan saya dan bagi isyarat suh saya rasa badan intan payung. Panas dan bahang. Lepas amik suhu, Ya Allah, mencapai 39.8. Dengan pantas saya ajak encik suami ke DEMC untuk refer. Sebelum ni der demam, pastu dah baik. Ni demam balik, so tindakan segera ialah bawak der terus ke hospital...takut dengue.

Tepat 2.30 a.m saya tiba di unit kecemasan DEMC. Memang takder orang kecuali kami. Lepas diambil berat dan suhu, ternyata still tinggi dan tahap membimbangkan. So bullet dimasukkan ikut punggung untuk redakan demamnya. Masa ni memang si intan payung tak bagi kerjasama sebab der tahu masukkan bullet tu agak sakit. Tapi lepas diugut t kena cucuk, akhirnya proses tu berjaya.

Jumpa DR, lupa namanya, tapi sangat baik. Buat prosedur biasa, Saya request untuk ambil darah. Just untuk kepastian. Sekiranya bukan denggi saya agak lega. Sementara tgu pathology datang, intan payung di nebulizer sebab batuk yang agak teruk jugak. Yang ni sebab der dah biasa so der diam jer.

nebulizer untuk kesekian kalinya

asapppp.....


sokongan moral dari papa...terharu sangat tengok 2 beranak ni....

Lepas nebulizer, proses amik darah plak..tu pun 3 pagi. intan payung still bagi kerjasama lagi, memang dia seorang fighter. Mama bangga ngan kamu intan payung. Kesian plak kat encik suami sebab terpaksa dukung intan payung ke hulu ke hillir. Saya tahu dia risau. Nak 2 bila melibatkan intan payung. Ikut kata der der nak suh intan payung admit jugak. Tapi DEMC penuh.


amik darah...

Result darah negative denggi, tapi Dr kata disebabkan bakteria. Sebab darah putih naik.lepas urusan pembayaran dan amik ubat lebih kurang kul 4 pagi sampai umah. Terus sahur termasuk intan payung sebab nak makan ubat. Kamu buat mama nyaris kena heart attack nak...masih dalam tempoh berjaga-jaga lagi. Doakan moga intan payung saya sembuh...amin









Wednesday, July 13, 2011

Intan payung goes to Doctor...

As salam....

hari saya E.l since nak hantar fawwaz jumpa doktor. tangan intan payung saya luka. Katanya kena gigit nyamuk. Tapi makin lama makin teruk pulak saya tengok. Sampai keluar gelembung besau. Semalam plak tiba2 suhu badan dia naik. kena infection kew?.

so saya decide nak bawak der jumpa Dr. Badrul yang memang serasi dengan keluarga kami since fawwaz berusia 2 tahun lagi. Intan payung pun kalau sakit mesti dia kata. "mama, jomlah jumpa Dr. Badrul...fawwaz demam neh.".

kat klinik...fawwaz ok jew. sebab der dah kenal ngan Dr tus. macam kawan dia pulak. Dr tegur badan dia naik dan nasihatkan saya supaya control makan si intan payung. Tu yang susah tu, sebab selera der memang tengah naik. satu pertanyaan Dr yang buat mak sentap..."bila nak bagi fawwaz adik....hehehe, susah nak jawab jugak tus. last2 aku senyum jewlah..jom tengok proses dressing tangan fawwaz.

berbual-bual dulu ngan Dr...

tangan fawwaz dicuci ngan antiseptik..sian anak mama.

Fawwaz tak nangis kan....fawwaz kan kuat....:)

tangan fawwaz yang dah siap di dressing...moga cepat sembuh...amin

fawwaz dapat antibiotik ngan ubat sapu....

Bukan setakat g klinik...upah sebab nak g klinik pun kena. Ada pulak dia minta set masak2 untuk dibelikan. U're boylah Fawwaz mana bleh main masak2. last2 beli kapal terbang upah sebab nak g klinik. Moga cepat sembuh yer intan payung.....ummuah, sayang dia

Saturday, July 2, 2011

Fawwaz Look Alike-me or papa

As salam...dah lama tak buat test ni. Dulu masa fawwaz kecil dah buat test ni. Lepas 3 tahun buat balik..tapi macam tak kena jer ngan meter ni..betul ker ni?



MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph

Monday, May 16, 2011

Entry Untuk Dia:Si Intan Payung ku.

As Salam..

Salam hari isnin. Walaupun mood bekerja dah takder dan yang datang hanya mood bercuti(Kuching...here we come), namun ku gagah kan diri jugak datang. Harap dapat settlekan banyak benda sebelum bertukar ke Unit Baru (welcome to Hell) .Ape pun entry ni bukan untuk saya tapi untuk intan payung saya : Wan Muhammad Fawwaz Rifqi. Kesayangan saya dan Encik Suami (Kadang 2 boleh buat darah tinggi juga). Lama tak bercerita mengenai dirinya. Mari kita lihat wajah- wajah terkini beliau yang semakin bijak, susah nak control, banyak cakap dan seangkatan dengannya. Sempena besday der esok 17 May 2011. Dia akan genap 4 tahun. Alhamdulillah , Ya Allah aku bersyukur kerana engkau telah kurniakan anugerah yang paling terindah di dalam hidup kami, iaitu Dia : Wan Muhammad Fawwaz Rifqi.


Tak sedar yang dia dah besar.

Fawwaz;

Fawwaz adalah anugerah yang tak terhingga pada kami. Tanpa anakku itu rasanya hidup kami bosan. Walaupun bebelan der kadang 2 buat kami pening ( banyak cakap sangat) tapi tanpa nya walau sesaat buat kami sunyi. Maafkan mama kalau kadang2 mama termarah dan tercubit sebab kenakalan mu Fawwaz . Bukan Membenci tapi just nak ajar fawwaz agar jadi manusia
berguna. Lebih baik mama bertegas dari sekarang agar fawwaz akan menghormati kami. Mama marah fawwaz mandi lama-lama, mama tak nak fawwaz jadi seorang pembazir. Mama marah fawwaz malas...mama tak nak fawwaz jadi pemalas. Papa marah bila fawwaz suka main tapi tak pandai simpan sebab nanti yang der yang kena kemas hehe...tak , sebab papa nak ajar fawwaz jadi bertanggung jawab tentang hak milik fawwaz.



Fawwaz:

Fawwaz sekarang dah 4 tahun: banyak yang kamu dah pandai seiring dengan perkembangannya, (dan badannyer yang tak pernah surut). Mama bersyukur sebab fawwaz sihat dan mama harap kesihatan fawwaz akan berkekalan. Fawwaz dan pandai ABC, mengira , mengaji Al -Quran. Kebolehan mu buat mama dan papa bangga dan hairan sebab kadang2 kami taida masa untuk mengajarmu. Syukurlah kamu cepat tangkap di sekolah.Mama dan Papa tak berkira demi untuk fawwaz pandai. Ape saja buku yang fawwaz minta akan kami cuba beli sebab kami nak suh fawwaz pandai. Syukur juga sebab selain bermain, fawwaz juga suka baca buku. Fawwaz selalu buat mama terpegun dengan kepandaian fawwaz, Dan Mama bersyukur sebab dapat anak sepandai fawwaz.


Fawwaz,

Kelahiran Fawwaz ditunggu-tunggu oleh kami bagi melengkapkan lagi dunia kami yang indah. Bila hadir mu. Makin indah dunia kami. Kami tak rasa sunyi dan telatah mu bagaikan satu benda baru bagi kami. Walau kadang-kadang mama penat untuk mengimbangi dunia mama sebagai pekerja, ibu, isteri dan bebelan kamu tapi mama bahagia sebab punya kamu dan papa dalam hidup mama. Semoga Bahagia ini milik mama selama-lamanya.


Fawwaz

Harapan kami pada mu sangat tinggi. Kami berharap kamu akan capai ape sahaja yang kamu inginkan dalam hidup kamu. Walaupun bila mama tanya , fawwaz nak jadi ape bila besar nanti kamu jawab : nak jadi polis (satu2 kerjaya yang menjadi kepantangan dalam keluarga mama) tapi kalau kahendak tuhan itu kerjaya kamu suatu hari nanti , mama redha dan pasrah. Kecenderungan kamu dengan senapang dan pistol buat mama lagi risau (sebab mama nak kamu jadi doktor...hehehe). Jadi lah ape saja yang kamu mahu...kejarlah ape yang kami inginkan dan kami sebagai ibu bapa akan setiasa menyokong kamu dari belakang.


Fawwaz

Kesempatan ini kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI pada fawwaz. Hadiah sila tuntut dengan papa. hehe....semoga segala impian mu akan terlaksana dan kamu sentiasa diberkati Allah. Papa dan Mama sayang kamu sangat-sangat. Kami ada kerana kamu dan tanpa kamu mungkin tiada kami. Kamu pengikat kasih sayang kami. Kamulah racun dan kamu juga penawar.

SELAMAT HARI JADI SAYANG.......Dari Papa dan Mama.....Sepenuh Hati Kami Menyayangimu.



From Papa A.k.a Best fren Mu


Dam Mama yang selalu menyayangi mu

Wednesday, March 31, 2010

hak milik kekal

fawwaz baru umur 3 tahun,,but look ape yang dia ada untuk dirinya...

SSPN-in case kalau dia nak masuk U nanti
Prudential BSN-untuk simpanan dan bantuan hospital

tue tak termasuk akaun- akaun bank yang papa dia bukakan untuk nya...semua tu untuk masa depan fawwaz.

To fawwaz sayang:
papa dan mama sayang sangat kat fawwaz tau, fawwazlah cinta hati kami..fawwazlah intan payung kami..

papa dan mama love u..

kami ada kerna ada kamu....



from papa and mama with love.....

Wednesday, March 17, 2010

Hari tengok wayang dengan little boy...

hari sabtu hari tue..saya pegi tengok wayang dengan intan payung saya...since encik suami kena kerja, so saya memang dah nekad kalau citer 'Alice and the wonderland' keluar kat cinema..saya nak g tengok..sebab chenta hati saya(hahaha) johnny deep pun berlakon sama..walaupun dia tak hensem dalam tue tentap chenta..hahaha(gila meroyan aku.)..so around kul 2.00 saya dan intan payung saya tu gerak dari rumah menuju ke USJ Summit..ceritanya kul 4.00 p.m, so saya sempat g lunch dengan intan payung saya itu ..macam dating plak tapi dengan budak kecik..dan macam janda anak satu pun ada sebab laki takder tapi anak ader..hahah(mengarut lagi aku)...sempat g lunch ngan fawwaz dekat 'restoran ayam penyet ria' kat situ, tapi rasanya hampeh dan sangatlah tak sedap..tapi fawwaz maintain makan jer...hahaha


sayang intan payung saya



tengok tue....macam-macam..

gambar ni dia yang suh saya tangkap tau..."mama...tangkap gambar mama kat sini"..boleh?


bercerita pasal intan payung saya tue..saya dah hantar dia balik ke jagaan babysitter yang lama sebabnya...pertama) saya kesian tengok dia yang tak bermaya sebab kena bangun pagi(kak ida kata saya terlalu memanjakan dia..ye ker) ..kedua)fawwaz kena selsema dengan batuk sejak ke taska itu..(huhu lagi tak sanggup tengok dia teruk batuk)..dan banyak lagilah. dan yang saya takleh tahan...badan dia dah kecik...

hari kedua saya hantar dia kat taska....masa ni dah nampak leher dan muka dia kecik

walaupun teacher Syikin kata semua teacher kat situ suka kat fawwaz sebab dia banyak cakap, dan pengetua dia pun baru jer jumpa fawwaz dan puas hati dengan prestasi dia, saya terpaksa sebab seperti yang saya tulis dalam entry lepas..biarlah dia bermain2 sepuas2 nya sebelum dia sekolah. Dan saya rasa dia juga perlukan tido yang secukupnya.

kerana batuk dan selsema hari tu, saya bawak dia g klinik...doktor Joy kata kahak fawwaz banyak, dan paru2 dia tak clear so sampai kena guna nebulizer untuk bukakan paru2 dia. tapi besalah, macam biasa fawwaz takkan bagi kerjasama punya dalam hal-hal begini...baru jer doktor tunjuk alat tu dia dah meraung...hahaha..lawak2..puas pujuk tapi tak jalan gak...


raugan yang menyayat hati ....




.......

tapi lepas 2 hari dia dah beransur baik..at least dia di bawah jagaan yang saya boleh percayai walaupun dia tak sihat.

minggu depan babsitter saya start g umrah untuk 2 minggu, tengah2 kekalutan kami mencari pengganti babysitter untuk 2 minggu sahaja..muncul seorang makcik yang memang sukakan kat fawwaz menghulurkan bantuan...fuhh....lega.tapi nak try g berjalan umah dia takut tak memuaskan hati..mana ada benda yang boleh puaskan hati kan...tapi tak salah saya mencuba untuk intan payung saya itu..

saya sayang encik suami dengan intan payung saya.