CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label Team Buiding-Cherating.. Show all posts
Showing posts with label Team Buiding-Cherating.. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Hari Pertama di Cherating-Rindunyer!

Salam...
tadaa..saya dah sampai di Cherating dengan selamatnya. Kredit to hakim dan uzair yang membawa kami dengan selamat. Dengan pertolongan Encik Garmin saya juga, kami telah berjaya menjejaki kaki ke Suria Cherating Beach Resort. Melangkah ke lobinya, boleh tahan juga cuma pekerjanya kurang mesra sikit. Serba sedikit dah banned semangat aku untuk kembali ke sini lagik.

First activity, haruslah check in bilik dulu kan..ni lah gambar bilik saya yang tak seberapa( 2 1/2 bintang jer tahap kepuasanya sebab banyak kekurangan bagi saya berbanding hotel yang pernah pergi sebelum ni. Rasanya Holiday Villa Cherating lagik best kowt. Gambar ini adalah sebelum bilik ini disepahkan..sekarang jangan tanya.Hehe.


Lepas menunaikan kewajipan pada yang Esa, bermulalah pemerayapan aku, shidah, Jen (peserta bidan terjun) dan hakim mencari tempat2 menarik di kawasan cherating ni. Sebelum bertolak ke destinasi haruslah bergambar dulukan? Ni lah gambar kat front desk ngan Shidah.


After that, So kami singgah dekat satu pantai nama Pantai Mak Nik rasanya kalau tak salah. Kami berempat sempat lah menjamu makanan wajib dimakan kalau bertandang di Terengganu iaitu keropok lekor. Dengan kepakaran bahasa ibunda saya (terengganu) so dapatlah kemesraan daripada tauke kedai tersebut...dapat mesra pun jadiklah kan.

minum air kelapa...best

jen ngan hakim yang sama2 kami petang tuh.

aktiviti seterusnya, kami terus ke pantai untuk menghirup udara segar yang memang lama dah saya rindukan. Rasanya pulang ke kampung sendiri. Bak sireh pulang ke gagang lah pendek katanya. ruginya gambar takleh diupload.Oleh kerana masih ada masa lapang, kami bermain bola tampar. Walaupun tak pandai tapi oklah kowt setakat nak angkat( ceh tipu jer, padahal bola datang aku cabuttt!) serius lama tak bersukan.

Aktiviti suai kenal dilakukan pada malamnya..Sumpah mata aku takleh buka dah sebab mengantuk sangat. Dahlah dikerah jawab test aperntah, memanglag jawab dalam keadaan kurang waras...huhuhu.Akhirnya hari ini berakhir juga. Akhirnya boleh landing juga di katil empuk ini sambil upate blog. Rindu kat encik suami ngan intan payung..mesti derang dah tido kan masa ni...Lambatnya hari jumaat, mau pulang ke sisi mereka. Rindu teramat sangat, Seb baiklah ada internet ni.


Tuesday, November 23, 2010

Hari pertama-Travelling day ke Cherating

Salam...

Seawal 5.30 bangun hari ni. Bukan semangat nak g kursus team building tuh, tapi sebab mengingatkan ada lagik barang tak dimasukkan lagi ke dalam beg, baju pun tak gosok lagik dan macam2 lagik persiapan akhir sebelum bertolak ke Cherating hari ni. 6.15 saya menunggu Puan Faizan kat stesen petronas di temani encik suami dan muka monyok intan payung yang tak cukup tido...huhuhu.sian lah intan payung nak kena tinggal. Batuk dia ada sikit lagik bersisa..hopefully tak melarat.

6.45 dah sampai ofis.Almaklumlah nek ngan faizan schemucher(betul ker ejaan aku ni)..hehe. Dok berborak-borak tak sedar dah sampai ofis. h breakfast so tengah tunggu supir panggil untuk bertolak ke Cherating..Hope Allah bless our journey hari ni. Memang perasaan rasa gelisah, berdebar dan rasa unexcited sebab macam2 hal, tapi cuba gagahkan diri sebab gatai bagi nama nak join kan. So nak tak nak kena g jugaklah....

Saya berdoa agar Fawwaz tak sakit sepanjang peninggalan saya, dan encik suami akan bersabar dengan segala karenah nakal Fawwaz. Saya tahu dia boleh menjaga intan payung kebih dari diri saya sendiri sebab dia sayang kan kami lebih dari segalanya....(bertuah dapat suami sepertinya)

will update soon...bila sampai Cherating.Insya-Allah.