CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Thursday, June 30, 2011

"Dalam Hati ada Taman"

As salam....

Sebulan dah masuk unit baru. Baru rasa takder benda best yang berlaku dalam hidup kami lately. Tiba-tiba terasa ingin ke tempat romantik yang ada dalam filem. Pernah meroyan nak pegi ke tempat "Syamsul ngan scha dating masa citer "evolution KL drift"....saya just main2 dengan encik suami yang saya rasa nak pegi ke tempat tus...maka encik suami bawa saya ke "LOOK OUT POINT" dekat ngan Ampang. Lokasi dalam citer tu sebenarnya kat tepi jalan, tapi memandangkan isu keselamatan maka kami pegi betul2 kat tempat der. Memang rasa romantik sangat tempat tu..nampak seluruh KL. Impian tercapai walaupun bukan tempat sebenarnya..layankan gambar.


Look out point Ampang best tengok view sambil minum2

Ada satu tempat jugak dalam filem yang saya nak pergi sangat-sangat sebenarnya. yang dalam citer "lagenda Budak Setan", tempat farid kamil ngan Lisa Surihani dating tu. Sangat best view kat situs.Macam cantik dan sesuai untuk saya dan encik suami berdating sambil menghirup udara segar. Suka tempat tu sebab mengingatkan saya citer kartun "UP". Best jugak kalau pergi sambil leh tenang2kan fikiran.

Nak g sini ..nak g jugak...tapi kat mana ni ek?..

saya nak berdating......

Tapi yang pasti saya dah survey dan saya mahu ke satu tempat best yang tak jauh dan tak perlukan saya menginap. Perlukan satu aktiviti baru sebab rasa macam perjalanan hidup saya sangat mendatar dalam sebulan ini. Lagipun bulan depan saya dah start berodit ke sana sini. saya mau ke sini encik suami, plishhhh.....

KAMPUNG KUANTAN, Kuala Selangor.....tengok kelip-kelip...waduhhh romantiknya....

saya perlukan tempat yang cantik2 begini.....

Baca dalam satu blog yang bagi information pasal tempat ni, nak tengok kelip2 ni kena naik bot lagilah saya teruja. Tapi safety jacket provided...ok, bagus so tak risau nak bawak intan payung.satu boat lebih kurang RM 40, ok not bad tak mahal sangat. so mula pasang angan2 untuk ke sana. Mintaklah takder aral melintang. Cuma lepas ni kena google tempat der.

Lepas tu saya nak ke I-City lagi sekali untuk try snow walk. Blom berkesempatan lagi nak try walaupun dekat jer ngan umah. Hari minggu sebelum ni saya dok umah jew...serius tak tipu, sebab penat sangat otak. So mengqada tido adalah benda yang terbest yang saya nak buat daripada kuar berjalan2. Encik suami pun heran nape saya tak ajak der kuar berjalan. Minggu ni kena pastikan kuar dari rumah sebelum outstation...hehehe....minta2lah tercapai dan rasa best kat sana.amin....

Tuesday, June 28, 2011

"Kestressan" makin terasa

As salam....

2 hari dah aku balik kerja dalam keadaan stress. aku pun tak tahu aku stress pasai pe. Mungkin sebab penat dah kot asyik jadi mangsa keadaan. Hari ni ada benda yang buat aku stress bila tahu kena tinggalkan intan payung banyak kali dalam bulan depan. Adeh...sayu aku tengok muka intan payung. Muka encik suami sekali. Walau pun encik suami kata.."pergi jer sayang...nak buat camner", tapi aku tahu dalam hatinya mesti agak susah hati. Adoi, penatnyer jadi mangsa keadaan ngan J*R ni.

Mula2 aku try jugak berlagak cool masa mula2 masuk unit baru ni. Tapi bila suatu tahap aku fikir, aku kerja bermatian2 pun untuk ape. Dan bila mana pula melibatkan family time aku, lagi aku rasa stress dan nak rasa marah ngan J*R ni. Tapi seb baik ada dia, encik suami yang faham situasi aku ni.

Semoga pengorbanan kami ni berbaloi.....pendek jer entry ni sebab rasa stress dah rasa dah....adeh...Ya Allah, beri lah kesabaran dan permudahkan setiap urusanku...aminnn

Saturday, June 25, 2011

Entry Untuk Buah hati saya:Encik Suami...Happy 5th Anniversary...

As salam

wah hari yang dinanti telah tiba. Hari ini 25hb Jun 2011. 5 tahun yang lepas hari ini saya telah diijabkabulkan dengan encik suami. Alhamdulillah...5 years and still strong together. Walaupun banyak onak dan duri dalam perkahwinan kami, tapi setakat ini berkat kesabaran kami, kami masih mampu bertahan. Kehadiran intan payung pelengkap kasih sayang kami. Apepun entry ini untuk si dia encik suami saya.


encik suamiku, WAN MOHD FAIZAL

Selamat menyambut ulangtahun yang ke 5. ingat tagline kita " TRUE LOVE NEVER RUN SMOOTH". Memang setiap perhubungan perkahwinan pasti akan diuji, begitu juga kita, Tapi walau sehebat mana pun di uji , Insya-Allah sekiranya kita bersatu kita akan kuat. Terima kasih kerana menjadi kekuatan saya selama. Walau ape pun situasi mama, papa sentiasa menyokong mama. Terima Kasih encik suami.


Encik suami ku, WAN MOHD FAIZAL

Memang saya banyak kekurangan, tapi kelebihan anda melengkapkan kekurangan saya. Saya PELUPA, anda yang mengingatkan.....Saya CEPAT MELENTING, anda yang mengcoolkan saya. Saya suka buat keje LAST MINIT...anda yang menjadi REMINDER saya. Saya BOROS, anda yang mengawal kewangan saya. terima kasih kerana melengkapkan hidup saya.


Encik suamiku, WAN MOHD FAIZAL

anda dan saya umpama KLCC dan BENDANG PADI yang kalau dilihat pada zahirnya macam mustahil untuk bersatu. Namun begitu perbezaan itu yang mendekatkan kita dari sehari ke sehari kerana bila dua insan menyintai kerana ALLAH maka dia dekatkan hati kita. Buktinya kita sudah mempunyai FAWWAZ. Terima Kasih Encik suami. so tagline Maya Karin "saper kata kata KLCC dan BENDANG PADI tak bulih bersatu adalah benar2 belaka...hehe..ceh macamlah saya artis kan....ekekekeke.....


Untuk encik suamiku, WAN MOHD FAIZAL.

Moga kegembiraan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tuhan merahmati kita.Terima kasih kerana kejutkan saya dengan tiket ke MAHARAJA LAWAK AKHIR. hadiah ulangtahun yang tak terhingga untuk tahun ini. Dirimu penuh dengan kejutan dan saya tahu semua itu anda lakukan untuk melihat saya gembira dan bahagia..dan memang saya bahagia bersama anda encik suamiku.....mencintaimu sampai hujung nyawa...

Terima asih encik suami....hadiah ulangtahun yang besttttttttttt.........dan yang penting SEPAH menang...ngeeeee.....






ceritera yang dah lapuk kot tpi still mahu diceritakan

As salam....

Lamanya tak bercerita, blog pun hampir2 nak bersawang ni. Bukan sibuk sangat pun. Nak dikatakan tekanan kerja, malas dah nak pikir sebab kalau dok tensen pasal kerja pun takkan kemana kan?cuma banyak benda yang berlaku dalam kehidupan aku 2-3 menjak ni.

Cerita pertama

Majlis bertandang untuk adik bongsu ku.(10 jun 2011)

Penutup kepada adik beradik kami. Adik aku yang bongsu dah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jayanya. hari tu kami ke Segamat, so kali ni tiba masanya mereka datang ke Kuala Besut pula. Kami adik beradik merangkap ahli jawatankuasa majlis bertandang telah bertungkus lumus...ceh padahal sebagai penyibuk tak rasmi untuk majlis bertandang tersebut. pepe pun memang best bila boleh berkumpul ramai. Dengan adik beradik dan juga anak2 sedara yang dah lama tak jumpa walaupun jarak dari rumah kat Shah Alam ni bukanlah sejauh mana pun...hehe...jom layan gambau jerlah.

The Day-hari yang sibuk....

orang -orang kuat majlis bertandang.

sepanjang majlis berlansung....ngeee


antara gambar-gambar semasa kejadian...

tu jerlah serba sedikit....banyak sebenarnya gambar2 semasa majlis berlansung tapi saya yang agak kemalasan nak menghupdate blog lately....warghhhh.....



Monday, June 6, 2011

Happy 4th Birthday Intan payung.....alhamdulillah

As salam....

Alhamdulillah, selesai jugak misi menyambut besday fawwaz kat sekolah der. Sedikit terkilan jugak sebab tak sempat bersama2 nak menyambut besday der di sekolah. Tapi seb baiklah dah kirimkan kamera kat cikgu-cikgu untuk disnap sempena majlis besday der berlansung..kalau tak. takderlah kenangan untuk mama dan papa.Tersenyum, puas dan bahagia. tulah perasaan bila lihat intan payung gembira. Meleret senyuman nya sampai ke telinga. Mama akan cuba ape yang terdaya untuk bahagiakan fawwaz. Hilang serabut kerja jap melihat intan payung tersenyum. Mama akui senyuman intan payung adalah yang paling termanis dan ikhlas. Kalau rasa nak marah pun mesti tak jadi melihat senyuman cair der.

senyuman penawar gundah gelana saya.....dia!

Pencarian kek fawwaz dilakukan pada hari sabtu.Kali ni memang semua dilakukan last minit. So nak tempah kek Ben 10 pun agak gagal ler. So kami beli jer kek yang dah siap, cuma pilihan di tangan intan payung untuk memilihnya. Walaupun pada mulanya saya nak kek yang perasa mangga tus, tapi intan payung nak kek yang ada decoration doraemon. So we all decide abil kek tu. kata kek der, biar jerlah der pilihkan. Kalau kek mama fawwaz, bulan 7 jer ek...hehehe.

Kek fawwaz yang hampir ranap....seb baik kena sikit jew

Lepas cari kek fawwaz plak, pencarian untuk buat goodies bag fawwaz pula. Dari dalam kete dok terfikir2 nak sumbat hape lah dalam goddies bag tus.Kalau beli mainan, macam tak mendidik pula. So kami decide nak letak kaler pencil untuk kawan2 fawwaz. Yang lain macam biasalah kenalah ada gula-gula, jelly dan juga snack dan semestinya air. Hasil pencarian goodies bag fawwaz maka terhimpunlan seperti gambar2 di bawah. Besanya kalau beg goodies bag mesti ada gambar happy besday, kalini we decide nak lain sikit. ala2 macam nak bagi goodies bag untuk kenduri gitus...hehehe..persiapan awal lah kot. Masing2 sibuk memasukkan barang2 dalam goodies bag. Best rasanya. Besanya buat untuk 20 jer kali ni kena buat goodies bag untuk 30 pax. yelah, kawan2 fawwaz kan ramai.

persiapan buat goodies bag fawwaz.

dan hasilnyer..hasil kerjasama saya, encik suami dan intan payung......

goodies bag fawwaz.

Since rasa tak cukup lagi kelengkapan birthday fawwaz ngan aksesori seperti topi ngan selainnyer, so saya dan intan payung bergegas lagi ker kedai yang berdekatan untuk melengkapkan lagi. Akhirnya barang2 yang saya pelukan dah dibeli. Kiranya dah complete lah untuk besday party fawwaz.phewww...lega.

ready untuk dihantar ke tadika fawwaz.

So the Day....hari yang ditunggu untuk celebrate besday fawwaz. Ingatkan sempat untuk sama2 celebrate besday dengan dia dan kawan2, tapi terkilan sedikit..sebab sampai2 majlis dah siap. Tapi seb baiklah gambar ada untuk kenangan mama dan papa. Kalau tak hampa...hehehe..suka-suka.

jom jamu mata ngan gambar2 fawwaz kat taska der




Alhamdulillah....berjaya juga misi untuk buat besday fawwaz....love u.

Sunday, June 5, 2011

Jalan-jalan Cari makan- Wong Solo

As salam...

hari minggu datang lagi.Hari yang ditunggu untuk berjalan-jalan dan jalan2 cari makan. So hari ni kebetulan nak cari lagi barang2 untuk goodies bag fawwaz terpikir untuk try restoran " wong solo" kat seksyen 7. Tu pun tahu melalui blog yang ada cawangan"wong solo" kat shah alam. Kalau nak g Bangi cam jauh sangat. ok cut the crap...memang terbaekkk...semua berpuas hati ngan restoran ni.

Wong Solo Seksyen 7

Menu der...cewahhh

siap baring tu...sian der mengantuksss....

ok..mula2 masuk kedai ni terus mata tertangkap ke tempat makan der yang bersila tu. Ala2 tradisional ler. Actually kedai ni boleh pilih nak makan samada atas meja atas bersila. Since trend duduk atas meja biasa jer bagi saya. So walaupun penuh tempat kat tempat duduk bersila tu, rela tunggu.Akhirnya dapat juga duduk

sesi makan tak hengat

perut pun dah lapau.So mencari2 menu yang sesuai untuk santapan. Yang best kedai ni der dah bagi yang set atau al carte untuk dipilih. So tak susah nak buat keputusan. Dan yang best nya harga RM 10.90 untuk set-set yang telah disediakan. So saya pilih "ayam penyet" nyer set, encik suami pilih menu "empel sapi (daging)" dan anak saudara saya amik menu "ayam goreng" set.

Bab minuman yang menterujakan sebab ada tertulis air2 yang memang spesel...mata terus tertancap kat air alpukat (avocado)..lama dah dengar pasal air ni. Alpukat atau jus avokado ni der campur ngan rasa coklat sket. Mula2 minum macam tak besh...lama2 layan gakslah. encik suami pula order carrot sisu. Walaupun set der dah provide air mineral..tapi sifat nak mencuba tu mengatasi segalanya (perghhh ayat)

Memang terbaekkk.....puas hati. encik suami pun suka. ape yang saya suka ialah sambal der yang marvelous.tempe der pun besh. semualah best. boleh bagi 4/5 ranking untuk kali ini. Highly recommended.overall....persekitaran dan makanan 4/5. sila pegi.lokasi der kat seksyen 7 sebelah kedai baju ape ntah lupa.Satu kawasan dengan blok Jakel Shah alam.


Thursday, June 2, 2011

kerja kahwin...

As salam...

Lupa nak update dalam blog pasal kenduri kawen adik bongsu saya. Macam tak caya jer yang der dah kawen sebab perangai ntah pepe...(sorry yea, kalau terbaca. anda lah yang paling sengal..kahkahkah). Dahlah jumaatnya saya balik outstation dari Seremban, sabtu plak ke Segamat.So saya dan kakngah berkonvoi ker Segamat. malam sebelumnya, saya dan encik suami jalan-jalan cari buah, sebab saya ditugaskan untuk menderma buah-buahan kepada pengantin..(masing2 ada tugas key)hehehe..

traveling day ke Segamat...Bertolak lebih kurang kul 11 pagi. Perjalanan lancar takder halangan. Sampai ke Segamat lebih kurang kul 2.00 p.m. Saya dok terbayang nak jalan-jalan cari makan kat segamat ni tapi kakngah decide untuk makan kat fast food yang bedekatan jerlah since dekat ngan hotel. Kami check in kat Hotel Golden lake. Since hotel penuh sempena cuti sekolah ni, so kami takder pilihan..walaupun...adehh...takyahlah citer. saya bagi 2.5/5 hotel ni. nak tangkap gambar hotel pun takder selera.

Malam berinai. pukul 7 bergerak dari hotel.Ikut program katanya lepas isyak. Dari bandar Segamat ke Felda selancar mengambil masa lebih kurang 20 minit. ibu dan ayah saya dok homestay. So berkumpul kat rumah tu sebelum ke umah pengantin. So usaha gubah mengubah pun bermula, seb baik ada kakak yang tangan kreatif. So yang lain tu tukang tinjau jerlah. terliur plak tengok buah strawberry tus, tahan jerlah sebab nak bagi kat orang.

Acara mengubah buah....

Tunggu punya tunggu, tukang isyarat dari rumah pengantin tak muncul. Perut lapar giler. Ibu dan ayah pun dah start mengomel2 dah. Akhirnya lebih kurang kul 10.00 tukang isyarat datang. Selepas makan, acara yang ditunggu2 tiba. Memang pertama kali rasanya saya menghadiri malam berinai. Macam bersanding juga tapi rasanya lagi meriah, sebab mengikut adik saya ada acara karoks plak lepas tangkap2 gambau. Nyesal tak tunggu...tapi agaknya dah penat, so lebih kurang kul 12 sampai kat hotel. Cantik combination kaler biru dan pink yang dipilih untuk malam tus. Adik saya yang kelam tu pun nampak berseri2. Tapi yang harunya, paluan kompang main dalam umah. Bergema macam nak tercabut jantung, Sian Affan ( anak sedara baru) sampai terkejut2 dibuatnya.Ape2 pun satu pengalaman baru buat saya sebab sebelum ni keluarga kami takder buat malam berinai ni. Malam berinai tu, saya dan encik suami sedondon memakai baju kaler hijau.

Our family...ramai sungguh rasanya

cantikkan combination kaler biru dan pink....so sweet

Keesokan harinya, adalah hari persandingan mereka berdua. So kami bertolak dari hotel lebih kurang kul 11.00 pagi. Cuaca panas sungguh so masing prepare ngan kipas tangan masing2. tenpat berkumpul di homestay tu semalam juga. Kali ni kak long dan anak2 der pun akan join. So bila berkumpul ramai2 memang macam2 citerlah yang keluar. Yang pling kelakar adalah insiden muka mak andam adik saya yang choi tu sebijik cam muka sudin(anak sedara saya) . maka bertambahlah kecoh kat umah tuss...

bila semua berkumpul

sama plak 2 orang niss...

selepas ditouch up oleh mak andam..maka adik saya pun kelihatan segak...tak cukup putih, kena tambah bedak lagi.haishh naseb lah..ramai2 tak lepas peluang nak bergambar ngan pengantin, ada yang nak amik berkat ada juga yang nak turunkan berkat (aku lah tuss...haha)

K.A.M.I yang happening

Untuk hari tu tema saya ialah purple...tema pengantin plak putih kuning.Sebab anak dara tak cukup, so mak dara diberi peluang untuk bawak hantaran...ngeee.Cuaca panas menyebab kan intan payung sedikit mengamuk. Dan lah kena rash kat kulit semalam,so bila berpeluh agaknyer tak selesa. Tapi mantain macho intan payung saya tus...

gadis2 hantaran..cehhh

kompanggg!

persandingan....


sekali lagi saya berpeluang menepung tawar adik bongsu saya tus. pergh bangga jugalah. Masa makan beradab pun kami berpeluang dok semeja ngan pengantin. Orang lain makan kontrol, kami selamba jer baham..haha.masa nilah peluang kan. Ape2 pun tahniah kat adik saya. lepas ni majlis kat umah kami pulak yer adik ipar. selamat datang dalam keluarga kami. Cepat2 lahirkan anak saudara baru.

hehehe....best2

dan si kecil ( adam . affan dan intan payung) tetap bergaya dengan baju masing2...hehehe

intan payung..adam dan affan.....

pelbagai rasa...moga dipermudahkan

As salam....

Hari ni dah lapor diri bertugas di unit baru. pheww...dah lepas satu stage. Moga dipermudahkan selepas ini ape saja yang akan mendatang. Nape ntah rasa macam2 nak masuk unit ini. makin terhimpit dengan masa yang kian hampir. Yelah pekerja K**ntrak lah katakan. Rasa berkecamuk setiap kali isu C*S ni dibangkitkan. bodoh lah J*R.hambik ko aku rasa marah.


Hari ni dah rasa sibuk sangat sampai dah takder mood dah nak layan FB.entah ape yang sibuk pun tak tahulah. Maybe bos gelabah so aku pun jadi gelabah gaks.adehh..moga pesekitaran baru kat tingkat F tu menyenangkan aku. Ini pertama kali aku di sini. dan moga2 aku dapat biasakan diri dengan keadaan tersebut.

moga aku kuat, dan moga diberi kesabaran untuk aku bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir di JKR, Walaupun secebis kepercayaan dalam diri tapi sedikit sebanyak aku tengah belajar menjadi hati kering.Ape saja yang orang cakap pasal keje aku sekarang ni aku terima jer. Kalau orang tanya "tak cari keje lain kew"...jawab jer tengah cari. Moga tuhan mendengar doaku setiap hari...amin..beremosi plak petang2 ni.


Wednesday, June 1, 2011

Work + makan2=moment at JKR

As salam....

Sepatutnya hari ni masuk ke Unit Baru, tapi semalam dah start memulakan tugas. Blom report duty, tapi dah kena g audit kriteria penerimaan....suka sebab memang suka bidang tugas yang teknikal...tak suka sebab....arghhh....takyah dengar cakap orang...redahhh jew...(cam poyo jer aku niss...ntah2 seminggu dua lagi aku nangis dok ngadu emo kat dalam nisss)..saya berserah pada yang atas. Selagi Allah bersama ku ape jua aku sanggup hadapi. aminnn.....semoga Allah selalu merahmati ape jua yang aku bakal hadapi.

ape2 pun...kerja tetap kerja...makan tetap makan. sanggup bertolak dari ofis sebab nak lunch kat Shah Alam. at last, kami lunch kat "Ayam Penyet Ria" kat Seksyen 7. Pilih punya pilih, saya pilih ayam penyet....minum plak honey dew shake.



Menu saya tu, ayam der macam ayam goreng..setapppp dan garing tapi malangnya bagi saya yang tak tahan pedas ni sambal der wahhh meletop sampai nak berasap jugak kepala hotak. Mula2 jer saya bedal sambal tu lepas tu bila perut rasa lain macam saya stop. Rasanya saper yang suka pedas akan sukakan sambal der. Tapi member saya kata ayam penyet kan "wang Solo" lagi best...harus saya g try nanti ngan encik suami.

Air honeydew der terbaekkk....manis dan menyegarkan. Ditambah plak bubble yang kenyal tus lagilah heaven. Sampai sedutan terakhirlah minuman tu saya minum. Sebab direkomen oleh member saya juga..kami order satu lagi menu : dendeng belado (daging goreng letak sambal kot) .sama juga, daging der ok tapi sambal tetap pedas. So memang saya makan daging der jerlah.

honeydew de...terbaik....3.8/5..hehehe

dendeng belado.....bulihlah

ape2 pun....restoran ni + makanan der+minuman der = 3/5. Location der kat Seksyen 7. dekat dengan blok baru. Kalau anda nak menuju ke ICT...kedai der belah kanan. Lepas ni nak try ayam penyet "wang solo ler"