CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Sunday, September 13, 2009

puasa ke 23- Im rebonding my hair-but sucks key

hari ni kami tak bangun sahur..2-2 tak sedar. so kesudahannya..sampai ke pagi kami tido.Aku cuti pose hari ni so pepagi lagi dah breakfast ngan fawwaz.papa..telan air liur jelah tengok kami makan..sian papa.sabar yer sayang.

semalam buka pose kat Restoran Thai dekat sek. 20..hampeh..nampak jer ekslusif tapi masakan dia biasa 2 jer...papa makan western..lamb black pepper..aku plak takder perasaan nak makan nasi so order lah kue tiau cantonese..semuanya tak sedap tapi nasib baik air dier sedap.aku minum jus banana..sedappp...yang papa plak tak ingat air papa, tapi rasanya pelik. Si kecik tue agaknya lapar habis makan nasi ayam ngan ais milo. Lupa plak nak tangkap gambar..yelah nanti di katakan gila bergambar plak..wak lu..suka hati aku lah.

seharian gak aku kat salon rambut semalam..merebondingkan rambut aku ni. Hasilnya oklah..nak kata puas hati sangat tue takderlah..ingatnya nak kaler sekali tapi hubby plak tak izinkan..dia kata nak kaler rambut..guna kaler pencil jer. ape punya hubby ni bagi cadangan yang tak bernas lansung.

masa tengah berbuka semalam..aderlah satu kakak ni usik2 jer si fawwaz ni..last2 dia bagi mercun yang baling2 tue. Fawwaz ni kalu bawa dia g mana mesti dia jadi tumpuan..yelah mulut cam murai..mengomel membuat kan orang sekeliling tak percaya umur dia baru 2 tahun..sebabnya dia sangat petah.so sebelum naik ke rumah semalam..hubby ngan fawwaz main mercun yang baling2 tue...

papa and fawwaz main mercun...tapi main yang baling tue jer..

Thursday, September 10, 2009

Puasa ke 20- alamak terlepas satu entry?perasaan sekarang:bahagia;)

salam.semua...adooiii terlepas plak satu entry untuk puasa ke 19. Penat sangat kot semalam..semalam g Nilai lagi. Dan dengan jayanya Puteri Confession Of Shopaholic iaitu aku berjaya habiskan duit yang tak seberapa kat Nilai 3. Tapi aku puas kerana mission kali ni nak beli tudung untuk raya tecapai. Baju tido untuk fawwaz pun dah beli.Oh ya, samping ngan songkok fawwaz pun dah beli..so ape lagi ek yang tak beli. Tapi perjalanan ke Nilai semalam memang best sangat. Sebab dah kenal tempat nak menyopping kan. Lepas jer submission ke Majlis Perbandaran Nilai, berdesup kete aku ke ke Nilai 3. Gigil siot sebab nak shopping. Akhirnya aku berjaya gak cari tudung untuk di matchingkan dengan baju raya aku..huhuhu..dahlah lawa harga plak negotiable plak tue. Pegi hari biasa memang best sebab orang tak ramai sangat..taklah sesak. Penatnya tak hingat..nyaris terbuka dalam kete tapi sabarkan gak..yelah sayang kan.oklah enough by hari semalam...

ok..untuk entry hari ni..banyak gler keje hari ni. Tiba2 banyak keje datang..bukan aku tak suka actually sebab bila banyak keje aku rasa waktu berkjalan dengan amat pantas sekali..terbukti hari ni, sampai dekat dengan 4.30 tadi pun still lagi dok dalam bilik bos..nasib baik bos mengerti yang aku memang nak balik awal kan...

hari ni aku dapat durian runtuh..alhamdulillah.walau pun tak seberapa tapi ura2 yang bonus dibagi pada yang selected tue tak betul.hehehe..happy nya. Bleh lah gak buat persiapan raya. Tapi nasib baik aku dah buat persiapan awal dari awal2 lagi coz dah tahu bila nak dekat raya, harga makin melambung naik. So bleh la simpan duit tue untuk balik kampung nanti.yelah nak balik terengganu kena guna kos yang agak tinggi gak..perjalanan yang 9 jam tue confirm akan jadi berbelas jam. Biasalah jalan ngan budak kecik...kena berhenti selalu.

ok bab berat badan plak.pose ni aku kurang makan nasi so berat badan cam turun sikit. semua baju yang ketat dah bleh pakai balik..oklah..nak maintain lagi kalau bleh.Yelah target nak turunkan berat badan sebelum raya kan..insya-Allah, blehlah bergaya ngan baju yang aku dah beli kat Mudah.my tue
oklah that all for today.

Tuesday, September 8, 2009

Puasa ke-18-Apa yangsaya rasa?

salam....apa yang saya rasa pusaa dah masuk hari ke 18. Sedih pun ade gak coz kejap sangat tengok2 dah nak habis bulan pose. Jap lagi raya...huhuhu.tak puas lagi bersagur dan berbuka.maksudnya nanti raya...patutnya rasa excited. Tapi ntahla..tak rasa semua tue. Rasa cam tak nak balik jer kampung.Ngaper ek...ntah..keje banyak kot?perjalanan yang penat..ntahlah.semua ader. Mungkin sebab bonus tak dapat lagi..huhuhu..bila lah dapat bonus ni..dah bosan menunggu ni. Duit dah semakin surut ni..esok nak kuar lagi..duit claim mileage pun belum dapat lagi..ngaper serba serbi rasa lambat.Ada lagi preparation yang belum selesai cam aku ni..tudung pun tak beli lagi..kasut pun tak beli lagi..huhu..tak nak raya!...tak meriah!.

tahun ni balik umah mak aku kat kuala besut. so preparation kenalah lebih sikit sebab semua pun camtue..semua tak sabar nak nak tengok fawwaz..aku ntahlah tak excited lansung nak balik kampung..letih badan.cuti kena advance pastue miss chiew mengkarung tue bising sebab amik cuti banyak sangat.mak aku plak perfectionist..mesti tanya itu tanya ini...kakak2 plak mesti cakap pasal shopping mereka kat *somewhere you may know the place*..adik aku plak mesti cerita pengalaman dia tengah mengandung dan rumah baru dia. aku..takder citer nak share, just pegi balik keje..main ngan fawwaz. Cuma fawwaz la sebab mengapa aku nak balik..sian dia kat sini takder kawan2..kalau kat kampung dia ramai kawan.Cuma aku rasa something missing somewhere bila aku dah kawin ni..penat nak gilir2 umah mak mertua.Orang kata kawin dekat ni takder masalah nak balik kampung tapi masalah tu tetap ader..penat nak gilir sehari ke sini sehari ke sana...kalau tak balik ke rumah sana..mulalah yang sana tue telefon..benda2 ni yang aku malas nak balik..

nak jer aku raya kat sini..tapi meriah ker?yang sebenarnya.bila kita dah dewasa raya tue bukan untuk kita lagi. tapi untuk kanak2. dulu masa kanak2 kita tak tahu yang ibu bapa kita punyalah fikir untuk cari duit demi raya. yang kita fikir..baju raya kena ada 4 pasang..kasut raya kena yang baru.beg raya pun kena yang baru. tapi bila dah jadi ibu ni..aku plak yang jadi pemikir..baju cukupkah untuk fawwaz..alamak kasut tak beli lagi,songkok tahun lepas dah tak muat dah..kena beli yang baru...samping.?macam2lah..sampai keje pun takde mood memikirkan raya ni...bonus plak dengar khabarnya hanya untuk yang selected sahaja..dan ramai yang dapat plak kaum mereka jer..eh c'monlah...kami yang nak raya,,yang korang nak dapat bonus tue ape kejadahnya...korang nak beli baju raya ker...biskut raya ker....heeeee what the fucklah...

Yang pentingnya...puasa tahun ni lebih mencabar dari tahun2 sebelumnya..dan aku tak rasa ape2 pun.

Monday, September 7, 2009

Puasa ke 17-Nuzul Quran

dah sahur ngan suami kejap tadi...alhamdulillah. sejak kahwin ngan en. wan mohd faizal ni barulah aku belajar bangun sahur. kalau dulu sebelum kawin, sahur ni selalu tinggal, kadang2 sahur kadang2 tak. tapi ngan hubby, memang kena bangun sebab dia memang sahur. Mungkin perut dia tak tahan kot..so nak tak nak pun kena bangun sahur. Bangus gak..sebab dalam sahur kan ada keberkatan.

oklah..semalam saya masak jugak untuk suami. Menjadi gak resepi sambal udang petai tu. Saya masak tengok buku resepi jer tapi ader modified ckit.resultnya yummilicious gaklah.so jimat lagi saya semalam..hari keje saya selalu keluar g merata-rata Majlis for submission socuti 2 hari ni believe or not saya dok umah jer..kesian si fawwaz dah jadi grumpy gler sebab takleh kuar..bukan aper saya risau dengan keadaan udara sekarang yang penuh dengan virus.Sian si manja saya tue..lama dah tak jalan2. Nati yer sayang as soon keadaan dah selamat balik kita keluar cam dulu key. Yerla korban terbaru H1N1 ni tak der dalam golongan berisiko tinggi pun..takutlah gak.tak bleh imagine dah..so far kami still sihat. dah 2 minggu gak lah aku menelan pil bawang putih. hubby plak bila di ajak makan sekali tak nak makan dah lepas kes insiden dia punya pil terpecah lepas tersangkut kat tekak.terus serik nak makan.Fawwaz plak saya beri minum air BIO-Aura banyak2..bukan nak promote ek..tapi salah satu petuanya untuk menjauhi H1N1 aialah minum air beralkali.at least kita ikhtiar kan.

nila masakan aku yang tak seberapa..aku memang suka benda2 yang masak merah ni.Ayam masak merah, udang masak merah,sotong masak merah..hai..rindu masakan mak dekat kampung.Tak berpeluang ke nak berbuka kat kampung tahun ni. balik pun dah last minute nanti.

sambal udang masak petai...fuhh pedas tak hengat.

sayur campur....

budu letak mangga muda(muda lagi ker?)-sedap....

biasalah 2-2 orang pantai timur so budu ni memang dah jadi kegemaran kami berdua. stok budu selalu ader kat rumah. Tapi kami tak pernah beli kat sini..selalu import dari kampung..

semalam gak..hubby keje tapi kul 11..gigih tul lah hubby aku keje bulan ni. Yelah nak cari duit lebih..yela boleh gak buat support balik kampung. Semua persediaan raya dah ready kot. nasib baik beli awal2 so sekarang dah bile relax atau bleh tambah ape yang patut. Minggu depan g Nilai lagi so blehlah cari tudung raya plak..heheh..sambil menyelam sambil minum air gakkan..tengah tengok tv, tiba2 perasan si 2 beranak ni tengah surf internet together2..eloklah tue...sempat gak snap gambar 2 bestfriend ni..suka tengok...fawwaz..fawwaz...tak bleh papa dia hilang dari mata sikit.

apelah yang ditengok 2 beranak ni...hehehe..so sweet.

Sunday, September 6, 2009

Puasa ke 16-First time masak untuk suami ramadhan ni.

salam semua...sedar tak sedar dah separuh bulan kita dah berpuasa.Sahur tadi saya berjaya bangun untuk temankan suami.Fawwaz pun bangun tapi tak kacaupun kami...baiknya anak saya tue.tapi lupa nak masak lauk untuk sahur sekali..so saya hanya makan roti canai segera, hubby plak teringin nak makan maggi tomyam..sian hubby.

BTW, berbuka semalam saya berjaya masak...huhu.Pertama kali saya masak untuk hubby dan saya sendiri puasa ni. Maksudnya kami berjaya jimat 20 -30 ringgit dari terbang kalau pegi ke bazar ramadhan macam sebelum ni. Saya sangat berpuas hati dengan masakan semalam..hubby pun puji 2 thumb up...tima kasih sayang. sebelum ni bukannya saya tak nak masak..tapi kalau hari keje tu. sampai jer kat rumah dah penat. mana nak menyinsing tangan lagi kat dapur, nak uruskan anak lagi so baik beli jerlah kat bazar ramadhan.since hari cuti ni..so hajatnya nak masak2 sikit kat rumah.ape yang saya masa semalam..hehehehe...

ketam masak merah..yummy.


Kangkung masak belacan...also yummy


telur dadar special........rekaan sendiri.

Actually hubby keje semalam..tapi untuk tidak menghampakan saya, hubby saya balik jugak berbuka dengan saya di rumah.nasib baik tempat keje dier dekat jer dari rumah, so bolehlah lari.Tugasnya yang terpaksa kerja di hujung minggu membuatkan saya kena lah jadi seorang isteri yang memahami dan independant.Waktu suami keje hujung minggu saya kena uruskan rumah dan fawwaz sorang2. so dah biasa sangat. tapi kalu dia ader dia akan tolong saya uruskan rumah dan fawwaz.macam pagi tadi, balik kul 7.00 terus dia uruskan anaknya seperti sediakan makanan dan suapkan makan kat fawwaz..mak dier ape lagi masih tido lagilah.Fawwaz pun rapat dengan hubby ni yelah ngan anaknya cakap bukan main lagi lemah lembut..anak papa tul..Masa tengah berbuka pose semalam..satu lipstick saya jahanam dikerjakan anak teruna saya tue..oh..liptick maybelline ku...rasa nak nangis pun ader coz memnag suka pakai lipstick tue..tapi memang salah saya gak coz selalu letak barang make-up saya merata2.huhu.....

sekarang ni suka sangat main barang-barang saya..tengok tue dia tengah pakai skarf rambut saya...

fawwaz nak naik kete mama ke kete papa


oklah ..that all for today....selamat berbuka pose semua.

Saturday, September 5, 2009

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

salam...sajer jer nak try masuk contest ni manelah tahu ada nasib kan. Just for fun, adat menang atau kalah dalam pertandingan lain kira yang penting semangat nak masuk peraduan.

oklah untuk tuan tuan penganjur contest ni, i present my PRINCE,

Name of this PRINCE: Wan Muhammad Fawwaz Rifqi
Age of this PRINCE: 2 tahun 4 bulan. kami kenalinya dengan nama 'fawwaz atau abang'

gambar ni diambil pada 18/7/2009 at Genting Highland

bleh tak satu lagi gambar yang nak bagi...

yang ni ala-ala majalah punya cover lagi..gambar diambil 20.8-2009

ni plak gambar wan(mother to fawwaz) dengan fawwaz.

gambar ni di ambil pada 18-07-09 di genting highland..

so camner cik penganjur...sila nilai ok...
terima kasih.

cita-cita fawwaz...bleh caya ker kata2 budak 2 tahun...

Salam..huhuhu, hari tak sahur. ntah lah malas nak bangun walaupun hubby dah kejut banyak kali.liat nak bangun. sebenarnya bila dah bangun takpe plak..hehehe nilah dikatakan ikut nafsu. sian hubby sahur sorang2 , tapi so far lauk dah ader tersedia tgu hubby panaskan jer.

dah takleh ikutkan dah pose yang ke berapa, sebab tak ingat dah. kira summarizekan lah aktiviti yang lau..

hari khamis(Puasa ke 13)..
balik dari amik fawwaz dari umah baby sitter, fawwaz tiba2 nak pakai topi transformer yang aku belikan kat dia tue.Bila start pakai topi tue tiba-tiba dia berlagak kononnya dia tue sorang polis...pastue bila aku tanya fawwaz nak jadi polis ke nanti besar nanti, dia kata nak jadi polis, biar betul anak aku ni. ape yang dia tahu pasal cita2..tahukah dia?. Tapi aku doakan walau ape pun dia akan jadi yang penting bidang tue dia suka. aku ngan papa takkan paksa untuk fawwaz mahu jadi ape juga yang dia nak.Yang penting jadi orang.Aku takkan biarkan fawwaz jadi macam aku yang ditentukan ape yang aku nak jadi dulu...dahlah..okleha jom tengok INSPEKTOR FAWWAZ. hai anakku tue...jadi lah orang yang berguna suatu hari nanti..amin.

fawwaz ni kalau di ajak bergambar. so sweet lah fawwaz...permata hati kami
jangan bergerak..nanti inspektor fawwaz akan tembak

hari jumaat(Puasa ke 14)

rutin keje...tapi alhamdulillah 2 task aku dah selesaikan iaitu Ulu tiram ngan Lot 1122 dan 1121.Keadaan keje aku dah bertambah baik dah sekarang. situasi tempat keje pun dah kembali menyeronokkan kerana ada kawan seperti idham, remi, jijah, kakyana , kak ina dan abang zizi. so sangatlah ceria. adanya jijah menyebabkan topik perbualan aku ngan idham banyak berkisar camner nak tackle budak jijah tue..heee kelakar tul.yelah sian gak kat idham tue. dialah sahabat aku sekarang.ok tak nak comment lebih..

sejak hubby keje malam ni, terpaksa buka sorang2. tapi ok gaklah, sebab buatkan kami lagi bertanggung jawab dan tahu tugas masing2. contohnya..sebab dia keje malam so dia yang aka pegi bazar ramadhan dan beli makanan. aku pulak amik fawwaz. so kitaorang sempat gurau kat ruma sebelum dia masuk keje kul 7.00. sebelum buka masing hantar msg selamat berbuka just like masa kami bercinta dulu...oklah gak..ader hikmah gak tuhan satukan kami walaupun waktu kerja kami berbeza. aku keje ikut waktu ofis berbanding hubby yang ader shift. so ape 2 urusan waktu siang yang aku takleh nak uruskan...hubby boleh catch up kan untuk aku...ok gak kan.

that all just now

Wednesday, September 2, 2009

Puasa ke-12-confession of shopaholic....

Semalam saya pegi ke Nilai i mean Majlis Perbandaran Nilai.pegawai ke sana sangat baik and friendly compared authority kat sini yang kebanyakkan hampeh.Lepas selesai semua urusan mestilah pegi Nilai 3 kan..tak sah lah hidup kalau aku tak pegi..

huhu..hari ni aku membeli -belah lagi..takleh tahan beb.Tapi yang pasti banyak yang aku beli ikut checklist yang nak dibeli untuk hari raya.Penat gler tak ingat .Mau rasanya aku nak berbuka time tue gak..tapi kuatkan iman. Satu lagi tragedi aku kena drive sampai ke seremban gara2-gara nak cari tempat plan yang boleh dilinenkan..as requirement from the majlis...macam2.tuepun tak jumpa gak.what the placelah.Tapi first time aku memnadu jauh daripada K.L without sipervise daripada Hubby.Dahlah jalan pegi ikut highway..balik ikut jalan kampung yang banyak lori.penat sangat.Tapi berkat kesabaran, semua tue dapat ditempuhi sampai lah berbuka pose.buka pun semalam ngan murtabak jer...in on diet key.i think it worth since semua baju yang ketat sebelum ni dah bleh pakai balik...suka!.Jomlah check aper yang Mrs Shopaholic a.k.a akulah tu.

1)baju ayang papa

amik pandangan belakang jer...model ni sangat pemalu.

2)Tudung panjang yang coraknya sangat cantik

murah plak tue...10 jer

3)beg transformer dan topi transformer fawwaz

sekarang ni beg fawwaz dah jadi tiga...kecik2 dah banyak beg.nak lawan mama ek?

4)baju raya fawwaz5)baju jalan2 fawwaz untuk matching ngan papa

puas hati walau penat..sebab hanya keluar duit 100 jer tapi dah beli macam2..macam nak pegi lagilah...oklah..quick update hari ni...

testing on my signature

ok let look for my signature

Puasa ke 12--terawal plak...

ni baru nak update untuk hari ni...today might be busy with my submission thing. S***...pasal keje lagi. Hari ni sahur tetap sama cam semalam..hubby gak yang prepare everything...susah tullah nak bangun pagi. Sian tengok hubby, dahlah keje malam pastue kena prepare sahur..sorry my dear hubby, sungguh saya terlupa untuk masak nasi semalam..punyalah beria nak bangun kul 11 semalam, last kul 5 lepas hubby kejut baru saya bangun...tue pun mula2 nya cakap tak nak sahur. Tapi kesian tengok muka hubby, saya temankan gak. Nak kata ader lagi s******, semua dah kena ikat. so ini sebenarnya diri saya yang susah sangat nak bangun pagi. Saya akui, bab2 terjaga saya boleh harapklan hubby.

Minggu ni hubby saya keje malam..actually dah terbiasa ngan situasi shift ni. So minggu ni saya akan berbuka sorang2 dan fawwaz akan jadi pendiam coz dia punya best friend keje. fawwaz pun dah cuba memahami tugas papanya. dan bila papa dia takder dia tahu papa dier keje. Cuma aku kadang2 takleh terima keadaan kerja kami yang berbeza....selanjutnya no commet. Biarlah masa yang menentukan.

Puasa Ke-11-Lambat sehari untuk update

salam...Lambat sehari untuk update blog tapi tetap nak update. Tak mahu terlepas sehari pun saat2 ramadhan yang tercinta ni.

semalam hari pertama datang keje lepas 3 hari cuti yang panjang dan duduk rumah jer(gara-gara H1N1). tak sangka plak kerja sangat banyak di ofis. Cam biasa Ulu Tiram still ader lagi nak di design.Tapi yang paling banyak saya buat kat ofis semalam ialah buat call kat authority. Since ramai senior engineer yang tak datang, relexlah ckit tapi still kena siapkan earthwork untuk lot 1121 and 1122.

tapi yang paling saya hangin semalam waktu call P1-Wimax semalam.Dahlah suh tgu 45 hari nak refund balik duit registration pastue still lagi suh saya tgu lagi 2-3 minggu. ape kejadahnya ni...kena lah sebijik semalam kan.Saja jer nak cabar keimanan saya yang berpuasa. Masa nak suh orang beli bukan main lagi promote itu..promore ini.pastue bila dah buat termination, duit orang tak nak bayar...sakit hati.heeeee hangin betul saya.

Kesian kat fawwaz, kenapalah lately, dia banyak buat aku dan suami naik angin ngan perangai lasaknya.Hubby pun cam moody semalam, marah2 kat fawwaz. Ntahla, maybe dia(fawwaz) nak lepas perasaan kat rumah. Sikapnya yang tak dengar cakap(atau perlukah aku cakap yang dia degil) buat kami geram..tapi dia hanyalah seorang budak 2 tahun yang sedang explore everything. itu yang aku terangkan pada papa masa dia cubit fawwaz(again) semalam.Kesian kat dia..masa nak tido dia ngadu kat mama dia ni "mama...papa cubit". Sangat terang dan jelas anakku itu kalau nak mengadu.Dia dah pandai beritahu segalanya...masa bapak dia(suami babysitter) pukul dia pun (saya pun tak tahu macam mana dia pukul, tapi saya sangat marah time tue , tapi takleh nak wat ape) dia bleh bagitahu aku.Macam mana kami nak bentuk fawwaz supaya dia lebih dengar cakap. Silap kami ke yang memanjakan dia dulu. Tapi dia cuma budak 2 tahun. Kebanyakan budak yang umur 2 tahun ader yang still takleh bercakap, tapi dia petah. Semua perkataan(almost) dia dah bleh sebut without lack.Ya Allah, Tolonglah hambamu untuk jadi seorang ibu yang baik.