CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Wednesday, April 30, 2008

Tengah Busan..dan emo ngan boss

TAG
You.Can.Only.Type.One.Word.* Not as easy as you might think ;) *malas nak ikut..tip lebih daripada satu pun suka hati akulah..blog haku..

1.Where is your cell phone?
:: handbag

2.Your boyfriend/girlfriend ?
::did i get B.F..Im married woman ma...but who knows(hehehe)*alamak lebih dari satu..lantaklah.

3.Your hair?:
: Straight

4.Your mother?
:: beatiful..

5.Your father?
:: Funny...

6.Your favorite thing?
:: My handset

7.Your dream last night?::
dont have time to dream..selalu terjaga dengar fawwaz nangis..

8.Your favorite drink?
:: COFFEE(addicted)

9.Your dream car?
:: MPV(perodua nutical)

10.Say something about life
::fun, happy but sometimes down.

11.Your ex?
:: All sucks compare to my hubby...

12.Your fear?
:: ALLAH

13.What do you want to be in 10 years?
:: Profesional engineer..or maybe boutique owner

14.Who did you hang out with last night?
:: My son, Fawwaz

15.What you're not good at?
:: So far i am good at all..

16.Muffins?:: YUMMY

17.When you DIE, u'd rather be CREMATED or BURIED?:
:: BURIED

18.Where you grew up?
:: Terengganu

19.Last place you've been to last night?::
Pearl point Hotel..

20.What are you wearing?
::Brown blause withblack cardigan and brown pant

21.Where are you?
:: OFFICE22.

22.Your pet/s?
:: NONE

23.Your laptop?:: rosak...

24.Your life?
:: All about my family..

25.Your mood?
:: Suam2 kuku emo ngan boss

26.Missing
:: Hubby and fawwaz

27.What are you thinking about right now?
:: My bed

28. Your favoutire color?:: Blue and pink

29.Your work?:: CHALLENGING

30.Your summer?:: whatever!

31.Your relationship status?
:: happy couple..love is in the air

32.Your favorite food?:: Japanese food

33.When was the last time you laughed?:: last morning when chatting with hubby

34.Last time you cried?:: last week coz too tired with my workload

35.School?:: EXCITING

ni pun comel kan...


comel tak?


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Pagi yang penat...

hari ni sangat penat coz dah 2 hari fawwaz lambat tido..kalau dier lambat tido maknanya lagilah penat coz dia ni bukan yang nak main sorang2 tapi nak pusing2 rumah kesana kesini cam tak ada istilah penat dalam hidupnya. Dahlah 2-3 hari sibuk ngan kerja yang bertimbun kat office. Sabarlah kalau ada anak kecik ni..hubby plak keje malam minggu ni. Lagilah..mulanya rancang nak masak untuk hubby since semalam pun hubby yang tolong masak. Dahlah dier rehat kejap jer, pastu kena masak plak. Tapi semalam pun fawwaz kul 11 baru ngantuk. Yang menguap tue adelah kat 50 kali aku bilang tapi tak nak tido gak. Takut dier lapar, supkan 'nestum kat dier' tapi tak tido gak..last2 tanggalkan baju n seluar dan letak dalam buai barulah dia lena tu pun mengamuk2 dier. penatnyer..pagi ni pun sakit2 badan coz fawwaz tue ringan sangat..nasaib baik esok cuti. So kawan2 ape planning korang? hehehe..kalau gaji hari ni, esok terus nak IKEA nak beli kerusi idaman tue...''SELAMAT HARI PEKERJA BAGI KAWAN YANG BEKRJA..YANG HOME MAKER..CUTI GAKLAH EK.'

Tuesday, April 29, 2008

BZ lagi..

hari ni tak sempat nak update blog..keje tengah banyak..lagipun takder citer best nak share. Maybe esok bila dah kurang cket keje k...love u all.

Monday, April 28, 2008

Sunday..

hari ahd kuar g sunway pyramid coz hubby nak g beli grill untuk birthday party fawwaz...tapi sian kat hubby coz stock tue grill tue dah out...kecewa nampak hubby saya..tapi kebetulan plak hari tue jcard day..seronok tul nak membeli belah..tapi banyak barang untuk fawwaz jerlah . Takper nanti gaji masyuk..leh ajak hubby shopping...



tengok aper tue fawwaz...(kat oldtown white coffee)

suka sangat kalau orang snap gambar dier...

baru lepas tukar baju dan mandi sekali..(J.J)

ngan papa plak...

dah malam baru balik rumah....penat fawwaz ngan papa ikut mama shopping ek...hehehe

Fawwaz ukur ketinggian




hari sabtue tue saya mamaksakan diri untuk g keje coz ader keje yang terpaksa dihabiskan. So hubby darling terpaksa jaga fawwaz. Before that, uruskan semua lu seperti basuh kain(jemur encik hubby), masak bubur for fawwaz, kemas2 rumah. Lepas dah puas hati barulah g keje. Tapi snap photo fawwaz yang sedang ukur tinggi ngan papanyer..cute. Dahlah tak pakai seluar.





baper ek tinggi anak mama ni...76 cm.



lepas ni cepat jalan plak ek...


encik hubby berjaya menjaga anaknya witout supervise ngan jayanya..buktinya fawwaz happy and look fine masa aku balik keje kul 4.00. Tahniah untuk encik hubby. Yelah fair lah kan asyik ngan mama dier jer sesekali bagilah plak kat papa dier jaga untuk test power. Malam tue tengok konsert A.F ngan hubby, tapi dia tengok jap jer. Dia lagi prefer main internet dari tengok A.F. Tapi malam tue suka tengok STACY ngan Rizz. Coz lagu 'dont speak tue', lagu favourite and banyak kenangan, dan mula minat kat rizz masa dier nyanyi lagi seribu tahun tue..touching siot. Lagu tue lagi better rizz yang nyanyikan dari emran ajmain kan. Tapi Stacy memang superb...so masa kat akhir2 tue tanya hubby saper yang akan kuar..so hubby cakap 'mama rina'.memang betullah....encik hubby ni bijak tul.Last week pun dier ramak saida yang kuar.


best...

best gak..

lepas ni aderlah mood cket nak tengok A.F

Friday, April 25, 2008

Indahnya ungkapan ini...

Special dedication for my hubby sayang....

"DALAM GELAP AKU TERBANG"
"DALAM GELAP AKU TERANG"
"DAN JADIKANLAH ENGKAU SENJA"
"KERANA GELAP KAU ADA"
"kERANA GELAP AKU INDAH"
"AKU HANYALAH KUNANG2"
"DAN KAU HANYALAH SENJA"
"DALAM GELAP KITA BERBAHAGI"
"DALAM GELAP KITA ABADI"

-PUISI DARI FILEM LOVE-

"P/S: SORRY FOR EVERYTHING...THANKS FOR EVERYTHING.

Thursday, April 24, 2008

Monthly check-up fawwaz

semalam monthly check-up for fawwaz, so aku ngan hubby amik cuti. Cadangnyer nak g 'dating' berdualah lepas tue tapi babysitter fawwaz plak takleh jaga dier hari tue. So pagi lagi dah sampai kat klinik tapi orang dah ramai. Bila sampai turn fawwaz, memula kena timbang lu..fuhh 10.21 kg berat dier. Lepas dah abis check and doktor pun cakap takder masalah, kiteorang nak g jejalan lah lepas tue. Terus ajak papa g IKEA..kan hari tue tak jadi nak g. Sampai sana, memang giler coz semua barang2 dier tengah ader sale especially bedding nyer..giler sangat kat situ sampai tak ingat kat papa ngan fawwaz dah. Dekat 2 jam lah kat situ dan kiteorang beli cermin untuk letak kat hall ngan curtain untuk buat border untuk living hall ngan dining..Tapi ader usha satu armchair yang cantik sangat kat situ dan bertekad dapat gaji nak sambar kerusi tue..claim mileage pun cam masyuk bulan ni..hehehe.pastue balik jer singgah kat tempat kete tanya dah leh release ker blum kete aku tue. Biasalah SAGA baru ni ramai yang tempah..so maybe masa yang terdekat ni kiteorang dapat dapat kete..walaupun saga jer oklah kan..setakat nak balik kg ngan barang2 fawwaz tue. kereta kelisa dah tak muat. sangat tak sabar...sesuailah ngan budget kami..nanti kalau dah kaya seksok..tukar MPV plak...



kaler bakal kete kami..ni Saga yang di make-up..

ni plak aktiviti papa ngan fawwaz yang tengah practice berjalan..sehari kena 15 minit pratice..kejam tak mama n papa dier..heheh. Please ignore sexy papa tue..tengok fawwaz dahler..nanti jeles plak i.

video

Tuesday, April 22, 2008

My manja yang sangat manja...

hari ni masa nak g antar fawwaz kat umah kak ani, tiba2 jer fawwaz menjadi sangat manja coz tak nak ngan mak aninyer..terharunyer tengok dan nak tinggalkan dier untuk g keje. Sabar yer sayang, mama kena keje coz nak cari duit for ur milk powder, pampers and all ur stuff. Masa jemur kain pagi tadi pun menangis2 nak dokong. My manja makin manja ngan mamanyer.. yelah orang kata berkat breastfeeding, anak kiter akan jadi makin rapat ngan kiter. Bukan yang tak breast feed tak rapat tapi u tahu kan bila kita breast feeding anak kiter, masa2 yang hilang masa kiter pegi keje kita dapat 'catch-up' balik. Masa menyusu tuelah kita leh belai2 dier, check2 ape yang patut kat telinga dier ker, hidung dier ker?. for me balik keje tue mesti kena B.F dier coz nak spent masa yang hilang tue masa g keje...tapi kalau tengah menyusu tue ader iklan TV3,OLIGO,RIBENA or KFC, mesti dier berhenti jap, pastue pandai plak buka baju aku dan sambung balik menyusu. Fawwaz ni gak memang leh berdiri tapi dia sangat takut nak jalan sendiri. Orang kata 'berat'. Maybe coz dia pandai bercakap dulu dan tumbuh gigi cepat, tu yang dier lambat jalan ek? Ntahlah. Takpelah..lambat atau cepat anak mama berjalan janji fawwaz sihat dan aktif. Kalau dah pandai berjalan nanti lagilah penat mama dan papa nak kejar. Esok fawwaz appoinment untuk monthly checkup..kena mintak leavelah esok.Papa pun dah mintak cuti. Nak tanya pasal kahak dier yang sangat banyak tue..

Monday, April 21, 2008

Birthday Party

hari ahad plak dapat invitation to birthday party by Una..So kami pakai kaler "kuning" as our theme colour. Masa kat Birthday party tue sian fawwaz yang jadi 'Grumpy' coz tak cukup tido. oh, BTW Una ni anak sedara saya. masa nak tiup lilin tue saya ngan fawwaz kat atas coz fawwaz nak tido..so dengar nyanyi dari atas jerlah. Tapi lepas tue gilir2 ngan hajar(una sister)jaga fawwaz coz mama fawwaz nak makan puas2. Yelah mama fawwaz no seorang yang kuat makan..hehe


papa n fawwaz in 'yellow'


mama and fawwaz in 'yellow'



in da car



hajar, mamafawwaz n fawwaz



birthday gal..

yang bestnyer tengok diaorang main games cam kotak beracun, rebut kerusi ngan pepatung..kelakar. Sempat gak snap photo satu handmade cupcakes yang cantik. Cupcakes ni antara birthday present untuk una. Dahlah cantik, sedap plak tue...



comel kan?

malam tue plak g dinner kat restoran'slumberrr' kat Taman seri muda. Decoration restoran tue sangatlah cantik. Berkenan plak kalau dapat rumah sendiri nanti. Dahlah fawwaz suka duduk kat situ coz leh tengok fish..n ikan stim dier sangat sedapp...i like. Thanks my hubby atas sponsor. Air buah dier pun leh tahan. cuma tom yam dier kureng..tapi dihabiskan gak oleh hubby..



tengah tengok fish..('pish' bak kata fawwaz)

ikan stim yang sangat sedap..puas hati tul...

Again!!!

Hari sabtue tue g shopping lagi untuk toys fawwaz. Actually nak g tengok our car yang dah sampai stock tue tapi dier punyer sales manager plak kata ader hal..so ape lagi melenconglah g tengok mainan fawwaz. Actually mulanya nak beli toys yang ader stereng tue tapi jumpa activity walker sekali so beli jugak untuk dier. Bestnyer dapat 2 mainan baru si fawwaz ni. Anak tengah sorang ni leh lah manjakan lagi kan...yang activity walker tue nak ajar dier berjalan coz dier ni takut nak stand alone.




dapat mini driver baru from mama and papa..



activity walker..



habis rumah kena sepah ngan fawwaz



nak mandi pun nak main gak..



ni kat shopping complex tue..

matching ngan kete...

Comfortable car seat


remember yang me ader beli car seat yang baru so petang jumaat masa nak g amik fawwaz, berkobar-kobar nak tengok dier punyer reaction. ni lah gambar2 dier dapat comfortable car seat yang baru. So far dier oklah ngan car seat dier tapi kena bagi dier main something..
sampai tertido2 anak mama ni...


comel tak car seat saya yang baru...

Friday, April 18, 2008

Fawwaz 11 bulan 1 minggu..

sedar tak sedar dah 11 bulan 1 minggu anak teruna aku tue so let check it out dier punyer milestone..

Baby development...

Talking up a storm Words and wordlike sounds are now spilling out of your baby, and he's able to use them meaningfully. As his brain continues to develop, so does his ability to reason and speak.Encourage his interest in language and his understanding of two-way communication by being an avid listener and responding to his sounds. To polish his memory skills, play games like patty-cake and peek-a-boo.At this age, your baby can probably imitate word sounds and inflections. He may be able to follow simple one-step directions, such as "Please bring me the ball" or "Pick up the spoon." Help him learn by separating multistep commands into easy-to-follow single steps, reinforcing them with gestures.Remember to cherish this brief but remarkable period when your baby's communication skills are emerging: They're perhaps his most important skill..



At 11 M 1 w..fawwaz able to..



1) berdiri sendiri without support..tapi kejap jer lepas tue dier akan malas...

2)Understand what papa and mama siad like 'dont, No, Come, Jom, bye-bye.

3)Independent..kalau tinggal main sorang2 dah tak nangis..

4)Very active and strong..

5)dah naik campak 2 kali

6)Like to explore..ex: suka tengok kereta a.k.a traffic jem..ni base on observation masa balik keje and d

Duit shopping dari hubby...

hari ni saya dapat duit shopping dari hubby. semalam merungut kan yang fawwaz lasak sangat dalam kete so takleh guna dah carseat yang lama..for uollls information carseat for my baby 2 in 1 leh jadi car seat ngan rocker in case kalau berjalan jauh leh dodoikan jer fawwaz dalam tue..ni my sister beli kat U.K untuk baby dier dulu. so sekarang anak dier dah besar dier bagilah kat adik dier plak..car seat ni dah banyak bagi benefit for us..coz fawwaz ni sejak kecil memang tido berbuai so kalau nak g jalan mana2 car seat a.k.a rocker nilah yang buai fawwaz kalau dier nak tido..back to the story hubby pun bagi duit untuk beli 'comfortable car seat' brand anakku punyer..gambarnyer seperti di bawah...


keciknyer gambar dier..tapi takper..

mintak2lah lepas ni fawwaz tak lompat2 lagi dalam kete..semalam nyaris saya accident coz dier nak pegang stereng..rasanya kena beli stereng plak kat dier..next key..hubby gak bagi saya 100 untuk saya shopping ape2 jer...100 sikit ek..tapi saper nak kasi duit sedikit tue pun..parkson ader sale sekarang..kena wat list ni..hehehe...love u hubby. BTW saya beli baju tido untuk fawwaz, botol susu baru ngan baju t-shirt KIKO yang cute. Nanti tunjuk gambar ek..tak sabar nak suruh fawwaz jadi model petang ni...

MY manja jatuh katil...

Semalam aku tido awal sangat..around kul 10 masa tengok 'grey anatomy' terlelap..before that hubby dah suruh tido since tengok aku ni penat giler. So padam semua lampu terus masuk bilik ngan fawwaz. Tapi antara sedar tak sedar terdengar suara fawwaz menangis. Rupa2nya dia dah dok tepi katil dah..ayoyoyo camne boleh berlaku tue. Dia jatuh ker atau dier gelongsor turun. by the way , sebelum ni kitaorang tido kat hall coz takut fawwaz jatuh katil, since bilik tido dah diubahsuai so tido kat bilik sekarang..tapi alih2 fawwaz plak taknak tido atas babycot dier..what to do kenalah letak dier bersama atas katil kan? So far dia aktif jer pagi ni tapi still kena pantau gak. tengah hari jap lagi kena tanya samada dier ada muntah ker tak aktif ker. Ya Allah janganlah ader aper2 kat fawwaz. Perasaan aku sekarang ni sama ngan keadaan mamaryan yang anak dier pun jatuh katil..memang curios giler ni...

Thursday, April 17, 2008

mmmm...let it go.

hari selasa hari tue main hide n seek ngan boss gara2 masuk lambat ofis. Yelah kena hantar fawwaz g klinik for flu ngan cough dier tue. Sampai Dr dah kenal ngan fawwaz coz baru jer g klinik sebab kena campak hari tue. But Budak kecik memanglah camtue. Tapi Fawwaz ni very strong boy coz even though he got sick, fawwaz sangat aktif dan tak merengek. Cuma aku je yang curious kot2 something wrong with him..lepas hantar fawwaz kat umah kak ani..dah kul 10.00, BTW aku ader 1 appointment ngan IWK guy pasal project STP dier tue..tapi hal anak kena dahulukan kan? Yang tak bestnyer file construction tue tertinggal plak kat ofis so supposedlah kena g ofis lu. Masa sampai ofis kebetulan nampak kete bos selisih ngan kete aku..after park my car, terus rush g amik file tue n blah jer cepat2. Fuhhh..nasib baik tak terserempak ngan dier. Kalau tak...Yang bestnyer our discussion going well. Minggu ni kena travel sedunia..sampai nak update blogpun tak sempat. Ni baru leh mengadap betul since my bos dah takder.gambar fawwaz yang dapat flu, but still maintain chomel...


sianlah kat dier ek...sayang anak mama, cepat sembuh ek..

buat muka comel...

anak mama yang manja kalau sakit...

RM 15,000

kalau lah dapat wang sebanyak ni nak wat aper ek???? Nak gak tanya Mr hubby aper yang dier nak wat ngan duit tue..tapi kalau bagi kat aku duit sebanyak tue ni lah antara listnyer yang akan saya considerkan...

1)perabot
2)down payment rumah
3)Beli baju baby banyak2..
4)Beli baju sendiri banyak2
5)Nak tambah koleksi high heel n kasut...
6)Nak tukar langsir
7)Nak join Monsun
8)simpan...ye ke?
9)Invest..hahaha..

camner kalau soalan ni wat tag kat seme orang ek...best gak ni..

Tuesday, April 15, 2008

Chef fawwaz In Da House

Ladies and gentlemen..Chef Fawwaz In Da House

kalau bagi periuk ngan senduk..cam nilah.



masak aper tue sayang..

kusyuk memasak...

Saya sangat sibuk dan saya happy!!!!!

hari ni saya sangatlah sibuk..tapi saya dah tahu perkara gembira dari hubby tadi. Tentang aper? Seganlah nak bagitahu..takpelah biarlah rahsia nanti orang kata saya riak plak..ok start dari pagi, saya sangat bengang ngan anak saya coz masa bawak kete, si fawwaz ni tak nak duduk diam so dia keraskan badan dia sampai car seat belt tu tercabut. Pastue dia nak pegang stereng. Dahlah jalan tengah jem n im driving okkkk...sabar jerlah..last2 saya bawak kete sebelah n sebelah tangan lagi pegang dier yang nak tekan itu dan ini..*zikir banyak2 mama fawwaz*. Sangat lasak dia sekarang. Ni kali yang 2 dier wat perangai camni..ape nak buat ha..night mare tul waktu nak hantar dier g umah babysitter. Dahlah umah saya ngan kak ani tue agak jauh dan kawasan tue sangat jem pagi dan petang...

key2..actually saya baru masuk ofis coz kena g inspect manhole kat ampang..ni for project yang current buatlah. Masuk kena drafting plak. Ni baru berpeluang nak tulis blog..hehe sangat teruja dan tak sabar nak tulis blog n baca blog kenkawan sekalian. Hati tengah berbunga2 ni..seronok..happy..gila!!!! Nanti nak post gambar chef fawwaz.

Monday, April 14, 2008

Red..i like it!!!!


Dah lama tgu someone tag saya yang ni..haha..why, becoz i love red. Me n hubby suka gak pakai baju kaler merah..sedondon gitu hahaha..sebabnyer baju saya banyak kaler merah kan so hubby kenalah ikut sama. kali ni anasfadilah yang tag saya..mekacih.


tag nye berbunyik begini::1. Post YOUR photo wearing red, may it be red top, bottom, the least would be red accesories if u hate wearing red. If u can’t find one, u still have an option.Either post your significant other’s photo or your child’s photo, if u have one.Of course, they should be wearing red.::Banyak sebenarnyer yang pakai baju kaler merah tapi post dua jerlah ek since janganlah lebih2..hehe. Check it out. tapi kan best tag baju kaler biru..lagi banyak tau..


sedondon ngan hubby lagi
i love red!!!!!


2. Let us know the reason why u were wearing that particular day.Was it ur birthday? Is red ur fave color or was it the shirt that u first saw in ur closet that day?
the reason: Ntahler..suka kaler merah. Yang gambar first tue coz nak pakai sama ngan hubby.gambar yang kedua tue kat ofis..sajer nak cheer up..
ok..saya nak tag
1)cik dayu..hehehe..sama uitm kan..
2)cik awien
3)rinanda..
4)alongarman
5)kepada mama2 sekalian..heheh
tag jangan tak tag..

jalan-jalan cari makan dan cari pasal...

saturday..(12/4/08)
hari tue rasa cam nak keje, tapi memikirkan yang rumah dah beberapa minggu tak ubahsuai so bertekad ngan hubby decorate rumah(takyah lah tunjuk gambar..private). Lagipun fawwaz tak sihat minggu ni..tiba2 hubby teringin nak makan nasi ayam KFC yang baru tue..macam orang mengantuk di sorongkan bantal ape lagi siap2 kan fawwaz and terus ke KFC yang terdekat lah. Ingatkan lepas makan nak g jalan2 kat taman Shah Alam tue tapi hujan plak so jalan2 dalam kete jer lah..ok..ok.., about the meal, bukanlah best sangat cam digembar-gemburkan kat tv tue..cuma ayam dier jer yang best. Dahlah nasi cam mentah ckit..ni mesti tak pandai masak ni. Tapi since hubby nak belanja, why not kan..tapi ader citer panas tentang fawwaz. masa makan kat situ aderlah babygirl yang ader makan kat situ gak, si fawwaz ni tak malunyer dok usha babygirl ni, siap tegur2 lagi. Yang babygirl tue pun bagi respon plak..ape lagi makinlah..fawwaz ni. hai budak kecik ni..kelakar pun ader. Nanti nak rakam fawwaz dah pandai sebut ta..ta..ta..sambai lambai (alah..bye-bye la tue), comel sangat bunyinyer. masa dok amik gambar tuepun dok sibuk tengok babygirl yang cun tue..alah bahasa budak kecik kan hanya diaorang yang tahu. Hari tue dia good boy masa dok atas babychair.

ngan papa...tembamnyer..mengomel aper ntah

jahatlah papa..amik gambar candid kami..hehe

tengok tue..tengah usha bbgirl nun di sana..

good boy for that day

tengah tengok toy ngan papa

Friday, April 11, 2008

Cara didik anak cara islam..insya-Allah nak buat

PENDIDIKAN suatu proses berterusan daripada seorang anak itu dilahirkan sehingga ke liang lahad. Justeru, ibu bapa perlu memastikan mereka memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak.
Islam sudah meletakkan kaedah yang baik boleh diikuti ibu bapa dalam mendidik anak-anak, antaranya:

- Didik anak makan dengan tangan kanan, baca Bismillah, mulakan dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya. Elak daripada memandang makanan dan orang yang sedang makan.

- Jangan tergesa-gesa ketika makan. Kunyah dengan baik dan jangan masukkan makanan ke mulut sebelum habis yang ada di mulut. Suruh anak anda berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

- Latih anak agar tidak bermewah-mewah dalam makanan supaya menimbulkan erti kesyukuran dengan apa yang ada. Usah makan terlalu banyak untuk mencegah daripada kebiasaan buruk, iaitu mementingkan perut saja.

- Dahulukan orang lain dalam hal makanan dan latih dengan makanan sederhana serta tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak.

- Didik anak memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan daripada sutera kerana ia hanya untuk wanita.

- Elak anak daripada berkawan dengan mereka yang suka bermegah-megah dan bersikap angkuh. Ini bagi mengelakkan anak anda dipengaruhi sifat buruk seperti suka berdusta, mengadu domba dan keras kepala.

- Tanamkan anak cinta membaca al-Quran dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Anak juga harus dibiasakan menghafal nasihat yang baik, sejarah orang soleh, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan mencontohi mereka.

- Jauhi anak daripada lagu cinta yang sekadar menuruti hawa nafsu kerana ia boleh merosakkan jiwa dan hati.

- Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia, usah segan memujinya atau memberi penghargaan. Jika anak anda melakukan kesalahan kali pertama, usah hebohkan kepada orang ramai, sebaiknya berinya nasihat secara baik.

- Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam berkomunikasi dengan anak. Jangan kasar ketika berbual, berbincang secara hormat.

- Elak anak daripada tidur pada siang hari kerana boleh menyebabkan sifat malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, pada waktu malam, biarkan anak tidur dan jangan paksa dengan aktiviti lain.

- Jangan sediakan anak tempat tidur mewah kerana boleh mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi menjadi kaku kerana terlalu lama tidur.

- Larang anak daripada membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanan di hadapan teman sepermainan. Biasakan bersikap tawaduk, lemah-lembut dan menghormati teman.

- Jauhkan anak daripada kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang hingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

- Ajari anak duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua-dua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Itulah cara duduk yang dilakukan Rasulullah (saw).

- Cegah daripada banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.

- Elak anak daripada banyak bersumpah, baik sumpah benar atau dusta agar hal itu tidak menjadi kebiasaan.

- Anak juga harus ditegah mengeluarkan perkataan keji seperti melaknat atau mencaci maki. Jangan bergaul dengan orang yang suka melakukan perbuatan itu.

- Terapkan anak dengan jiwa berani dan sabar. Puji jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal berkenaan.

- Jika anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkannya bersolat dan jangan dibiarkan meninggalkan wuduk. Cegah dia daripada berdusta dan khianat.

- Biasakan anak mentaati orang tua, guru, pengajar dan mereka yang lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.

Insya-Allah...

Kekuatan Wanita..

benarkah ape orang kata yang disebalik kekuatan wanita adalah dengan adanya lelaki di belakangnya..benar kah? ok for myself..definitely right coz saya menjadi sangat tabah dan kuat dengan adanya dua orang lelaki yang berdiri dibelakang saya iaitu my husband and my fawwaz. But believe it or not, wanita tak memerlukan lelaki yang bergelar suami pun untuk menjadi kuat tapi biasanya demi anak2..yes. Cuba perati dan tengok kes2 penceraian antara suami dan isteri(nauzubillah), di mana isteri mendapat kekuatan untuk melawan balik si suami kerana ingin hak penjagaan ke atas anak2 nya..so lelaki2 di luar sana..jangan underestimate ngan kekuatan wanita..ader gak pernah dengar ungkapan bahawa "wanita ni macam air teh, bila direndam dalam air barulah keluar ion2 teh tersebut membentu air teh yang yummilicios tue(sorry..i prefer coffee). So cam wanita gaklah bila di uji ngan badai barulah terserlah perwatakannya yang sebenar., kekuatan nya yang sebenar.
BLurrrr jap...
baru baca cara didik anak cara islam...yelah kena start dari awal kan..just nak share ngan ibu2 sekalian...

1)pendidikan anak bermula dari dalam perut iaitu bermula dari kosong hari. setiap ibu yang mengandung digalakkan membaca, mengaji dan menjaga hati. Setelah anak dilahirkan anak akan dijaga dan di asuh
2)kalau boleh masa anakmasih merah(1 hari) bacakan buku,bercakap,mengaji disisinya dan bercerita.
3)meskipun anak baru berumur 2 tahun mesti memberi nasihat dan teguran sekiranya anak melakukan kesalahan .
4)Cara asuhan yg kedua sekiranya anak masih tak mahu mendengar nasihat "tegur dengan tegas" dan jikan masih degil jentik jari anak dan yg keempat rotan tapak tangan anak dengan tangan.
5) kalau bleh peluk anak 7 kali sehari...

ad lagi tak...kalau ader lagi silalah kongsi ngan saya ek..

Aku Rindu Kamu...

Ngaper ek..hari ni sangat rasa tak sabar nak jumpa my fawwaz, rindu sangat ni. Tak sabar nak bergurau ngan dier lagi. Tak sabar nak nyanyi "10 little Indian Boy", "Tepuk amai-amai" dan macam2 lagi. Kenapa rasa sangat rindu kat dia..rasa nak nangis pun ader gak coz terlalu rindu. Cepatlah 5.30 p.m..tak sanggup lagi tanggung rindu.*gile apakah aku ni*. Semalam naluri keibuan ini meruntun bagai disentap2 apabila terbaca satu blog ni..(saper yang terasa, minta maaf sesangat ek), Kagum pada mulanya dengan semangat both ni menjaga babynyer yang sakit hingga ke akhir hayatnya. Bila part yang baby tue pergi tak kembali lagi, aku menangis teresak-esak..air mata bagai takleh di tahan2. Nasib baik sorang2 masa tue kalau hubby aku tahu maunyer dier tumpang nangis sama(iyer..hubby saya seorang yang manja). Siap ader gambar beberapa jam sebelum baby diaorang "pergi". So bila direnungkan kembali, kalau benda tue terjadi kat diri sendiri ntahlah..maybe aku perlu masa untuk terima kenyataan, tapi insya-Allah selagi hubby ader di sisi aku mampu harunginya tapi aku tak rasa yang hubby aku sekuat aku, coz dia memang berhati lembut. Maybe depan orang dia takkan menangis tapi bila depan aku maybe dia akan teresak2 kerana kehilangan orang yang dia sayang. OK...OK..OK...berbalik pada citer tadi, couple tue sekarang dah ader anak yang lain tapi dier tetap anggap anak dier yang pegi tue anak sulung dier selama2nyer..semalam masa citer kat hubby pun aku takleh tahan air mata, ntahlah sejak jadi ibu ni sangatlah tersentuh kalau berkaitan ngan baby ker..kalau citer "bersamamu" pun mesti mengalirkan air mata gak kalau berkaitan ngan baby. Aku dah ader pengalaman masa fawwaz kena masuk spital ngan keadaan dier yang sangat bad condition coz cirit birit, masa tue aku menangis takut kehilangan dia sangat2 sampai dah cam tak betul...makan tak lalu, tido pun tak nak sebab aku takut akan terlepas saat2 bersama dengan dia...Aku tak sanggup tengok dia sakit, kalau boleh aku minta tuhan pindahkan kesakitan tue padaku..fawwaz..fawwaz...mama sayang kat fawwaz..jangan sakit lagi ek..ingatkan lepas tukar panggilan ni dier sihat, tapi still ader gak sakit2..adakah aku terlalu emo..kalau tak sakit tak namalah budak. Tak suka bila fawwaz sakit. Semalam cam tak puas hati cara doktor tue check fawwaz, sekejap sangat, perlukah aku g jumpa pakar kanak2..sangat curious ngan rash dier tue.


tak sanggup tengok fawwaz masa ni...

oh my fawwaz..mama love u..see drip kat leher dier tue..

Fawwaz kena rash satu muka...

siannyer kat anak mama ni asyik sakit jer kan..tapi so far fawwaz tak meragam takpelah kan. Pagi ni masa bawak kete barulah dapat amik gambar dier yang naik rash tue, semalam kat muka tak banyak sangat, hari ni makin banyaklah plak tengok. Semalam masa g amik dier, babysitter dier bawak fawwaz g maner tah, malam baru dapa jumpa manja i tue, Tapi sebelum tue sempat gak main badminton ngan bibik, fuh berpeluh tak hengat. Yelah lama tul tak bersukan ni,. Nasib baiklah rumah my sister dekat ngan umah babysitter fawwaz tue. Sampai2 jer konfius jap ngan baju yang fawwaz pakai coz tak pernah tengok dier pakai baju tue, ruapanyer mak ani dier yang belikan baju tue..so fawwaz get another new oufitlah kan. Sayang tul mak ani dier ngan fawwaz tue.


sian muka anak mama dah tak licin...cepat sembuh ek sayang

nyum2..sedapnya baby bites

Thursday, April 10, 2008

giler ah test camni...but just try kan




You Will Die at Age 70



You're pretty average when it comes to how you live...

And how you'll die as well.

Saya tengah berduka..

hari ni saya emergency leave coz my fawwaz kena rash satu badan..actually dier sihat jer..very active, makan ok, tak merengek tapi saya tetap risau ngan anak kesayangan saya tue..tapi dah bawak jumpa dr, Alhamdulillah, DR cakap takder ape2 dan dah bagi ubat, tapi kesian fawwaz, habis seluruh badan dier berbintik2, ader gak suspect dengue fever since kat selangor ni memang tengah banyak kes kan..tapi dier tak demam and very active. But baby sitter fawwaz cakap better g check takut2 kena virus "kuku n mulut" lah aper lah..sian tengok kat my manja. Tapi so far dier tak merengek takperlah..Fawwaz, mama pray for your wellness..get better soon k. Jangan sakit2 tau.
saya ni memang alah kalau tengok anak sakit.. i will blame myself for not be a good mother because make my son sick..Cepat sangat panik dan mulalah fikir macam...Dah serik masa dier kena cirit birit lu and kena admitted kat SJMC, moment tue saya takkan lupa sampai bila2.

one more tag...

keylah..atas permintaan cik idayu saya buat satu lagi tag..hehehe..suka sangat saya..tapi hari ni sebenarnya saya tengah berduka..anak kesayangan saya kena rash..bintik2 seluruh badan..nanti saya citer di next post k...

fakta tentang One Rohaiza:8? banyak tue

1. Suka shopping sesangat..dan try new food kat everywhere..tapi since duit tak berapa nak ader kan, shopping berpada2lah..tapi bab mentry makanan tue best sebab hubby pun tak kisah walau pun time kering ker..mesti usaha nak g tempat makan baru. Dua2 kuat makan dan suka makan.

2. Jenis yang selalu hangin satu badan- tapi bertempat yek..kalau belum kawin lu, tension ngan study mesti lepas kan mood hangin tue ngan window shopping dan lepaskan kat hubby, tapi lepas dapat anak ni, kalau mood tue datang lagi lepas main ngan anak, terus hilang rasa nak moody tue..what a miracle.

3. Sangat suka dengar lagu "Bubbly" dan "Cantik" recently..ngaper?Mestilah ader someone dedicate kan...

4. Suka makan tempoyak gak cam cik dayu yang cantik manis tue...kalau lunch mesti kena tambah menu tempoyak, tapi kalau tak makan ngan clientlah..kalau tak leh mengaku tak makan benda2 ni kat derang..keji nyer kan.

5. Suka kemas rumah ngan decorate rumah..kalau ader rumah sendiri nanti, mesti setiap minggu kena tukar ubahsuai rumah tue....

6. Suka beli baju baby kalau ader duit lebih..hubby saya dah bising. Biarlah untuk Fawwaz gak kan?

7. Kalau saper yang first time jumpa saya mesti cakap saya ni sombong and garang, tapi bila dah kenal mesti cakap saya ni friendly and fun..tak gitu kawan2 sekalian...

8. Selalu fikir camner nak jana duit lebih..kan moto saya.."show me the money"..hahahakit....


nak tag saper ek?
Kasik kat derang ni lah:

yang tengah baca blog saya ni..haha..jangan lupa yer...
Selamat men'scan virus tag ni okay... Later...

Wednesday, April 9, 2008

Thanks cik Dayu kerana Tag saya

thanks dayu coz tag wan ek...wan pilih soalan yang first tue coz interesting ckit kot..takpun kalau rajin wan jawab jer dua2...

Ni soalan-soalan dia:

1. Apa superpower idaman anda?

Superpower idaman idaman mestilah yang sentiasa leh menolong saya dalam kesusahan terutamanya dari segi kewangan untuk saya bershopping dan segala2nya lah..satu lagi super power tue mestilah menjadi my shoulder to cry on. Ntah ape pe lah..



2. Siapa superhero atau watak yg mempengaruhi pilihan itu?
Sape? Dia ialah Mr hubby saya...

3.Kenapa atau untuk apa superpower itu yg anda pilih?
sebab dier selalu menyelamatkan saya time saya dalam kesusahan dan kesedihan..i can count him everything.

4.K
elemahan superpower anda?
Kelemahan dier ialah dier tak pandai bergaduh ngan orang kalau saya kena kacau...suruh saya berdamai @ minta maaf aderlah..maklumlah super hero..peace to all jer lah.

5. Nama anda sebagai hero?
kalau diberi peluang jadi super hero..saya nak jadi Super Millionair girl..kenapa..i love money.

6.Motto anda sebagai superhero?
"show me the money..no money no business key...hahaha..tak aman lah dunia kalau dapat super hero cam aku.

next yang aku nak tag...mama2 sedunia...


1. Dila
2. mamahariz
3. Yaya
4. Awien.

Kepada, insan-insan terpilih, sila lah jawab ye... jgn segan, jgn silu..

The best and worst things about being a mom

today, i want to share ape yang best n tak bestnyer jadi seorang ibu ni..for me the the best lagi bnayaklah daripada the worst because i love my son. and to be a mom, aku rasa kalau tak bersedia pun takper just like me..during the pregnant i banyak fikir yang bukan2 whether i can be a good mom or worst..but once ur baby deliver and first time u see his/her face is the most heaven in the world. By the moment ur baby in ur arm, u know u can be and try to be a good mum..ok check it out ke

the best
1) Rasa tak keseorangan lagi bila hubby kena keje malam coz i already have a company
2) Bile balik dari keje, walaupun penat sangat pun mesti seronok coz i have my own clown that make me laugh..its therapy also..
3) Sometimes i dont realize that i have strength that i dont expect i have it..mostly when my baby get sick or crying over the night..pagi tue i leh bangun dan g keje cam biasa.
4)Tak payah lagi berdepan ngan orang kampung yang akan bertanya"bila nak dapat anak"
5) i get attention whereever and whenever i go because of my baby...he always get attention from everyone.
6) My parent in law and me get more closed because of my son..also my parent which always concern about him.
7) Get an activities every week..hari minggu ni nak g maner ek, nak bawak fawwaz jalan2.
8) I dont have to worried about my diet and get fat since im breastfeeding and believe or not banyak mane makan pun still leh maintain my weight..thanks to bf
9) Iam be more manage person coz i have to manage my career, homemaker and mom
10) Hubungan ngan hubby lebih rapat coz hari2 ader je citer nak kongsi ngan hubby pasal parenthood.


yang tak best
1)kalau nak g mane2 mesti kena spent masa 1 jam coz nak siapkan baby dulu..tapi oklah since ader hubby,
2) Takleh nak tido lena sampai ke pagi coz fawwaz kuat mengigau sekarang.
3)tak leh nak shopping lebih2 dah sekarang coz kena spare for susu dan pampers fawwaz..tapi fawwaz ni selalu dapat sponsor pampers dari uncle2 n autie dier
4)kalau leh manjakan diri atau berlama2 masa mandi tue..alangkah indahnya. Dulu leh berlulur n scrub badan seminggu sekali sekarang ni..tgu hubby tak keje baru bleh nak lama2.
5) Sakit badan coz fawwaz makin berat..berat badan saya pun menurun.
6)kalau g shopping complex takleh lama2 coz si fawwaz ni tak nak tido dalam stroller so sian kat dia berjaga lama.
7) Nak g maner2 kena rancang dulu takleh main nak g jer..especially kalau nak g vacation...
8)Geram kat dier kalau time dier lasak sangat dan masa tu sangat lah penat balik dari keje...
9)takleh nak bermanja2 ngan hubby..ader org jeles..hahahaha

banyak gak yang tak bestnyer kan..but what ever it is, i'm enjoy being a mother for my fawwaz because i love him and i thank to Allah coz give him to. Fawwaz...mama love u, and i will try to be a good mother. And for my hubby, thanks coz give a hand to me. Glad to have u as my husband..

Tuesday, April 8, 2008

Gone with the flow..

haih...wan rohaiza mengeluh lagi tapi Alhamdulillah benda2 yang memeningkan dah ringan ckit sekarang after get explaination and some argue with my boss, my section design accepted. 2 days i menghadap benda ni just nak dapatkan section member yang sesuai..gara2 the owner wanna get the cheapest and economic for his factory and then i must get the smallest but must pass with all the test..(what a crazy failure we have)[*entah korang faham ke tak ape yang aku merepeksi ni..since aku tuan punyer blog..so please follow my way k*]. Finallay we get satisfied section for portal frame design(benda yang aku lukis tue).

now aku nak bersenang-lenang ckit sebelum balik...today my hubby dapat air yang kiteorang order. So pukul 7 kena tgu kat depan kilang dier. So kena balik lambat ckitlah. Si Accountant aku, Jasmine dok promote herb dier yang buang toksik tue kat aku, yelah aku pernah citer kat dier yang aku ader sembelit, so dier kata herbs ni membantu. Aku dah beli sebotol(Rm 160.00), tapi aku ni memang payah nak stick ngan rutin minum benda tue. Bukan seorang yang rajin untuk follow the rule. But recently, badan cam tak larat dah sakit2, satu maybe urat orang yang dah bersalin ni n tak jaga cam aku ni(tak sempat okkk) kot dua maybe toksin2 aku dah bertimbun2 balik. Sebab aku rasa badan berat sangat dan cepat letih. Perlukah aku minum herbs tu balik? malasnyer....maybe kena minum air masak2 banyak..ni tak asyik minum coffee ajer ngan ais, rasa nak g berurut hujung minggu ni. Leh bawak fawwaz sekali. Tapi Mr hubby jagalah...

fawwaz 10 month, 4 week(11 month to be)

Your child - 10 months old: Week 4
Birthday: May 17, 2007 Change your child's birth date
April 3 - April 9
THU
3
If your baby's babbling doesn't include "real"words like Mama and Dada yet, don't worry. Our expert says everything's probably fine.
FRI
4
Is your baby keeping you too busy to promptly organize your photos? Store them by month or season so that when you do have time to arrange them, they're already in order.
SAT
5
Get inspiration from other parents for ideas on how to celebrate your baby's first birthday.
SUN
6
About 63 percent of BabyCenter parents say their babies made it through their first year without catching more than two colds.

MON
7
Does your baby still see books as mere chew toys? Find out how other BabyCenter parents handle this situation.
TUE
8
Changing your baby's clothes may be getting easier. Maybe your little one is even helping a little by raising his or her arms. These are steps toward
self-care.
WED
9
In the BabyCenter Store: Moms love Zutano clothing because it's adorable, practical, and so easy to mix and match.

April 10 - April 16
THU
10
Learn what the doctor might ask at your baby's 12-month visit — and why —with our worksheet.
FRI
11
Snoring, snorting, head banging, and rocking can all be normal sleeping behaviors for babies — but find out when they may signal a problem.
SAT
12
If you're curious about when other new parents' babies reached major milestones — from walking to talking — take a look at our development polls.
SUN
13
If you (or someone you know) still needs birthday gift ideas, try blocks, a push toy, or a play phone. All entertain children at this age and complement their developing skills.
MON
14
Your baby probably understands what the word "no"means by now, but that doesn't mean your little one can act on it. Find out more.
TUE
15
If your baby has started toddling around outside, it's time to invest in some supportive shoes that are wide and flexible enough to allow feet to wiggle.
WED
16
In the BabyCenter Store: Toys, toys, everywhere! These toy chests will help you keep it under control.

will be continue..fawwaz schedule this month

koreje...

nilah benda yang aku design sekarang..nampak jer simple tapi kalau takder column kat tengah senang tapi kalau ader tue yang bengong jadinyer..baper kali analisis guna program but still not ok..busan. section baper lagi yang sesuai untuk portal frame ni...ngaperlah client ni nak wat kelainan plak. wat biase2 dahlah ikut cam factory lain...

benda ni wat aku bengong..jiwa kacau.

adoilah...dah nak tercabut otak dah ni..dahlah paper work pun kena buat.

Monday, April 7, 2008

Shopping Day

Hari ahad berjalan lagi..kali ni g tesco coz nak beli barang2 dapur kan. Dekat 3 jam gaklah bersiar2 kar situ sampaikan fawwaz tertido..penat kot nasib baiklah dah bagi kenyang siap2 kat rumah..balik tue singgah kat kedai makan nasi beriani yang sangat sedap dan boleh tahan gaklah dier punyer menu..tapi banyak amik gambar fawwaz coz dier comel sangat, siap pakai jam tangan lagi..wakakaka. Dier good boy sangat hari tue.

tengok tue ngan papa dier..see his new watch,,but mr elephant dah ilang,,

baby bites for fawwaz..

nak bangunlah tue...

sedapppp...