CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label Moment at JKR. Show all posts
Showing posts with label Moment at JKR. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

work+leisure+makan=moment at JKR

As salam...

Alhamdulillah, dah selamat mendarat di teratak kesayangan setelah 3 hari berada di luar kawasan. sesi mendobi dah siap dijalankan, dan sesi melepaskan rindu pada yang tersayang pun dah buat. so leh update blog sekarang.Boleh dikatakan perjalanan outstation kali ni best dan lancar atas kahendakNya jua..amin. Pasal kerja tak mau citer sangat cuma nak share pengalaman makan2 dan leisure untuk kenangan sendiri dan juga mereka yang saya sayang...hehehe..

saya bertolak ke Gua musang pada hari selasa petang. setelah melalui perjalanan yang menyakitkan punggung dan pinggang akhirnya sampai juga ke tempat penginapan. tanggapan pertama pada tempat ni memang agak kureng tapi melihat pada harga dan condition bilik...not bad dan agak puas hati jugaklah...hehe..jom layan gambar.

Damar Inn=3/5..cayalah

Pagi tu breakfast dengan harapan nak cari nasi dagang(makanan wajib)..tapi nak buat caner nasi dagang tak jumpa so nasi berlauk pun oklah kan.Nasi kerabu saya dah dapat yang best masa makan kat Gua musang sebelumnya ( gamba tak snap pun sebab batt henset abis).... Tapi ada satu menu roti canai kat kedai ni yang menggelikan hati saya.."roti canai cotek". Sebab kenyang saya tak cuba pun.

Setelah melalui sesi auditan yang memenatkan tapi lancar, kami semua ke pasar malam yang berada di pusat bandar Kuala Krai. Misinya adalah untuk mencari musang king kalau ada. Dapat pulak ketua audit yang sekepala, so memang best sangat. jelajah punya jelajah, 2 makanan kegemaran saya dan serius saya dah lama tak jumpa makanan ni, "Kuih manja". dulu kalau balik dari sekolah , kuih ni adalah kuih wajib yang saya akan bawak pulang ke rumah. dan nasi air, makan kegemaran saya selama-lamanya. Tetapi ada suatu scenary yang menarik di sini. Jual beli ketika azan maghrib dilaugkan adalah dilarang. Pada mulanya saya tak faham kenapa penjual buat derk jer bila kami kata nak beli, rupa nya penguatkuasa akan menangkap sesiapa yang berjual beli sewaktu azan. Masya-Allah, kagumnya dengan budaya di sini. Moga amalan ini akan berterusan di negeri serambi mekah.."Allahuakbar"

sesi auditan yang lancar dan makan tengah hari yang disponsor.....rena restoran=2.5/5

Sesi makan tepi hotel....dan melantak dorian...saya dapat makan kuih manja...weehuuu....

Sesi melantak durian....hehehe.

keesokannya ..sesi penutup audit juga berjalan dengan lancar juga. lebih kurang kul 5 kami bertolak ke Gua Musang. On the way ke Gua Musang, sesi mencari lemang pun bermula. Since ketua audit saya berpuasa ingat nak jamu dia ngan lemang. Cari punya cari dapat juga lemang yang dipuja. Macam lama nor tak makan lemang kan...hehe.

Keesokannya, pasukan kami bertolak dari Gua Musang ke KL semula. Sepanjang perjalanan macam2 buah yang kami rasa. Memang bertekad untuk mencari durian musang king dan Nangka Madu kat bentong. Buat pertama kalinya saya akan merasa musang king yang diidam-idamkan itu, ketua audit saya best, cakap jer nak makan per. mesti usaha mencari dan dia jugak yang membayar. Memang rocksss!. Pengalaman merasa musang king adalah pengalaman yang terindah. Complete rasanya, manis, pahit , lemak...adoinyeee bak kata JOZAN. sangat best. Musang king 4.5/5 wa kasi bintang sama lu. Nangka madu biasa jer. tapi tetap best sebab ketua audit juga melanja.....hehehe.

Sesi makan-makan buah...hehehehe

Musang king terbaik....hehehe 4/5...cayalah

Lebih kurang kul 3.30 p.m kami selamat sampai ke KL. Rasa tak sabar nak peluk yang tersayang. Ape2 pun, memang sesi audit memang best dengan geng2 sekepala dan ketua audit yang best. Tikah, Naam, encik Haridzan...kamu semua rocks key.


Monday, May 30, 2011

Work+Leisure=Moment At JKR

As Salam....

hadoi..baru boleh nak update blog. Lappy kat kat rumah takleh nak buka blog sebab ada detect virus dalam blog saya. Hapekah?huhuhu...caner ek.Janganlah saya terpaksa menutup blog kesayangan ni sebab oleh virus.Ada cadangan ke kawan2.

ok..minggu lepas saya dengan paksa dalam rela telah mewakilkan bos saya untuk menghadiri mesyuarat kat Seremban. Tiba2 bosh takleh g. Saya pula berharap tak yah g sebab nak buat preparation untuk besday fawwaz. Minta pandangan encik suami dengan harapan der pun tak bagi saya pegi. Alih2 kena pegi jugak...seb baik ada geng yang sekepala yang g jugak. kalau tak mau sangap.

lebih kurang kul 4 aku bertolak ke Seremban. Check in kat KLANA RESORT Seremban....weehuuu....besh jugak der punya resort. Tapi ada yang tak best sebab takder astro. Tapi yang lagi haru kena dok sorang2 sebab ganti bosh kan. Requirement2 lain such as iron ngan fridge ada kat dalam bilik. So yang fail hanya takder astro...aduih gila bosan.


Klana Resort..tempat tinggal untuk 3 hari


Klana Resort...hehe

Bilik Saya No 622 (selalu kena tukar kad..adehhh)

Lepas check in...besalah takkan nak dok dalam bilik jer kan. pencarian makanan2 best di Seremban pun bermula. Hehehe....bonus leh jumpa kawan lama, Sakinah. So we all jumpa kat food court dekat Ampangan. Saya try makan chicken chop dan cendol ice cream der. mmm NOt bad jugak, walaupun waitress der kurang mesra pelanggan. Chicken chop der agak garing dan berbeza sikit dengan tempat2 lain yang saya makan..haishh makan jer. ok layan gambar sat.

chicken chop der best....3/5

Cendol ice cream -banyak dan best...3/5 jugak

Yang pasal kerja rasanya tak berminat nak describe sebab meeting2 bos2 kan. So saya sebagai pemerhati jerlah kan. Oklah jugak walaupn kadang2 terbabas juga. ada pembentangan, ada taklimat ada bengkel semua ada lah. malas nak citer....

di sini ku berada selama 3 hari....

kebanggaan kami ..Ir Dato' Hamizan

hehehehe.....bosan.Ni dah hari kedua....

Bengkel habis lebih kurang 4.30 p.m....hehe, dah janji ngan Sakinah untuk pekena nasi arab petang ni. So tepat kul 6 kami bertolah fari hotel ke Destinasi Jalan2 cari makan kat Nasi Arab Damsyik. Kat ampangan tak silap. Memang best. Tak sia2. Thanks sakinah melanja aku. Nasi der macam nasi minyak tapi lagi sedap kot.ayam der besau2 , puas hati makan.

menu makanan.....bulat?ada jugak dalam bahasa arab...shai=Teh.

ngan Sakinah....lama tak jumpa der,

my menu:nasi arab = 4/5 (highly recommended)

manggo lassi : 4/5 ....yang ni pun highly recommended

Nasi ayam Damsyik kat ampangan.

Hari terakhir pula..check in lebih kurang kul 12 tengah hari. Lepas jumaat bertolak balik. Satu lagi destinasi yang dicari..NASI AYAM KENYALANG. orang kata nasi ayan kat sini terbaekk...tapi bagi saya 3/5 jer. Tak ok sangat. cuma ayam der best. And BTW, mee kolok pun ada dijual disini. ingatkan sama macam saya makan kat sarawak, tapi yang ni dogoreng...yang ni 4/5..sedap....adehh. memang balik, seluar jean ketat.


Warung Ayam Panggang Kenyalang.....

Nasi ayam kenyalang. Harga RM 4.50 = 3.5/5

Mee Kolok..yang ni best = 4/5

ok tu jerlah kot....gatal tangan nak update blog..s dah terlerai jua....hehehe




Thursday, April 1, 2010

Kursus Arch View 3.2




salam...
dari hari isnin hingga hari rabu saya berkursus..kat mana, kat JKR sajork, tapi kursus kali sangat best tapi kadang2 buat kepala saya biol sikit sebab dia teori+practical...ape2 pun best. Len dari yang len. actuallt software ni saya dah guna masa saya belajar dulu. Tapi masa tuh sebab terpaksa. Ni plak sebab nak cukupkan kredit performance pekerjaan saya..tapi agak heran, rasanya baru minggu lepas dah kursus, minggu ni kena kursus lagi.

bestnya, sebab leh jumpa geng2 dari terengganu, pahang dan selangor yang tak sangka akan join jugak kursus ni. Seb baik gak sebab duduk sebelah hafiz yang banyak ajar saya sepanjang kursus ni. walaupun sedang kursus, sempat gaklah check email, check itu dan ini kat komputer. Bagi lagi budak2 advance macam aku kursus hands on macam ni, memanglah bahagia.haha

ape2 pun nak present hasil kerja aku selama tiga hari ni, korang akan nampak benda yang simple tapi sebenarnya agak berpeluh ketiak gaklah nak siapkan hasil yang cenggini. Tapi baguslah lepas ni leh apply untuk kerja..insya-Allah kalau ada peluang kan.check it out!

walaupun simple..tapi dapat pujian dari tutor..kembang lubang hidung beb, sebabnya tambah kaler kat belakang tuh..orang len kaler putih jer..hehehe..

tangkap gambar sendiri ngan kawan2 mestilah kena kan..thanks apis tolong layan mama yang gila bergambar cam aku ni..ape2 pun kursus ni sangat best...GIS kolo bleh buat lagik ek kursus macam ni...

hari kedua- nampak tak yang belakang tuh,

aksi suam2 kuku....

thanks to them coz make my day..sonok kursus ada korang

nak makan smpat lagi posing...

Wednesday, March 17, 2010

Macam-macam yang saya mahu update pasal kehidupan yang saya lalui(fuhhh..panjang tajuk)

salam

Beberapa minggu ni saya sangat sibuk dengan kehidupan karier saya, sehingga terlupa moment -moment indah yang saya perlu saya catatkan untuk ingatan saya sendiri dan orang2 yang saya sayang. Bukan sengaja, tetapi memang tak sempat untuk saya berblog apelagi berblogwalking blog kawan2 saya...(huhuhu..bz bebenor ker aku ni)

tapi semua yang indah-indah tue saya simpulkan menjadi satu entry.

Moment pertama

-lawatan ke Kilang precast (HUME)

ni merupakan lawatan yang pertama setelah masuk JKR, kalau kerja swasta dulu memang selalu buat factory visit tapi ntahlah, bila pegi melalui jabatan ini, perasaan tu sangatlah lain terasa sebabnya..tak stress dan tak dikelilingi dengan makhluk2 tuhan yang kurang menyenangkan. happy, walaupun Auni tak ikut, percayalah auni kalau ko ada lagi happening lawatan ini..hahaha. Tapi geng2 yang lain ikut sama tue yang macam best sikit. Jom tengok gambar jerlah..senang...


with su..sebelum bertolak

with haza..ala-ala manja..sebelum bertolak

geng-geng rombongan pada hari tue.

hehe..sebelum sampai ke kilang tue, singgah breakfast lu kat maner ntah.

friend of the day...haza, su, siti dan shidah



pasal perjalanan kat kilang tu tak yah lah citer ek...nanti ada yang muntah hijau nak dengar...tengah hari kitaorang lunch kat resort maner ntah.. asyik tak ingat nama jer...huhuhu
tengoklah gambar lagi..
makanan nak masuk hidung..hahaha

mengadap makanan


outdoor version

dengan su..

nak balik sempat lagi posing kat bas


Moment ke-2

hari jumaat kena g audit kat PKFZ...walau pun tengah kerja tapi mesti maintain amik gambar gak..besalah.kalau bleh tak leh terlepas peluang moment-moment yang indah tu...manalah tahu suatu hari saya bukan lagi kat sini kan...tengok gambar lagi...

sebelum start audit


kat batang paip pun jadi..hahaha

ngan ernie

ape kat belakang tue...

sempat lagi posing

hahaha...oklah tue....sayang semua....







Thursday, March 4, 2010

memori itu milik kita.

salam...
hehe..tadi baru g amik gambar ni ngan Che pah..baru bleh nak update gambar main bowling hari tu..best sangat bila ingatkan balik memori itu. Kalau bleh jangan lah berakhir persahabatan kita yek...korang memangh besh.


nanti kita organize main bowling sesama kita plak ek

Monday, March 1, 2010

Audit @ Pahang(audit rutin)-22-25hb Februari 2010

home sweet home..(tersenyum sampai ke telinga)..Salam semua. Akhirnya lepas 3 hari outstation, sampai juga rumah kat shah alam.Perasaan tak payah citerlah betapa seronoknya. rindu kat my baby boy dan my handsome one( hehe..kalau en suami dengar ni mau perasaan bangga a.k.a perasan lebey-lebey ni). Just nak share my experience dan untuk ingatan saya sendiri..pengalaman masa g audit hari tu

22/2/2010
Bertolak ke Pahang kul 10.00 pagi dengan perasaan yang tak besh sangat sebab, ntahlah. Jalan pun tak sibuk sangat.Adda drive pun sangat besh, tak terhuyung hayang. Not so badlah. saya menjangkakan yang salah seorang yang saya tak suka akan join perjalanan ini, tapi seb baik dia g sendiri(ikhlas sungguh pengakuan ku ni..biarlah, blog haku, aku punya sukalah.).Cuma teringat kat anak jerlah..ntahlah sebab pagi tu masa en suami hantar saya pegi ofis, fawwaz tido lagi.Tak sempat nak dengar suara dia cakap "bye..bye mama"..emo tak?(perasaan keibuan tiba2 muncul kalau nak berjalan jauh tanpa anak ni..huhuhu.)

Kami tiba kat pahang lebey kurang kul 1 petang. Cari hotel lu mana yang besh dan bersesuaian dengan harga..besalah, nak yang besh tapi murah. Jarang dapat tempat menginap yang macam tu kan? tapi kat Hotel season view ni boleh...tak caya datang sendiri(hehe..leh jadi duta pelancongan lepas ni). Memang puas hati sangat hotel ni. walaupun murah tapi bilik dia sangat cantik siap floor depot lagi(sorry gambar dah terdelete..huhuhu...blame me). Walaupun niat asalnya nak cari hotel yang ada kolam renang, tapi seb baik buat keputusan yang bijak untuk duduk kat sini.

Petang tu sempat jugaklah berjalan jap ke TC(telok cempedak) ngan geng2 tu. (gambar pun terdelete gak..huhu..sedey-sedey). Mlmnya aku, adda dan lin layan karaoke jap kat EC mall.Shopping complex baru kot. (gambar pun tak sempat nak snap sebab syok sangat karaoke).hehe..memnag sporting habis budak-budak tu melayan mak orang macam aku ni yang gila karaoke..hehe thanks korang.

aku dok sebilik ngan Rozi(Ellen) dari UPPJ terengganu. Budak ni pun sama kepala ngan aku. Sama bahasa kot yang menyebabkan kitaorang leh masuk..rindu bangat sama kamu ellen. Minah ni..aku cakap sepatah, gelak dia berpatah-patah..aku pun tak faham, kelakar sangat ke ape yang aku cakap..ok...tue baru mukadimmah..ni yang sebenar2 citer...lepas karaoke tu apis (UPPJ Pahang) ajak kami g tanjung lumpur untuk minum2. happening jugak kat bandar kuantan ni..masa tu ada lah kul 12++ tapi bandar tu still hidup)..tengok gambar lu.

gambar gelap sikit..kata guna kamera henset

hari audit(23-2-2010)

breakfast kat hotel jer...western.makanan pun superb kat hotel ni.Tapi takder buffet lah.oklah, berpatutanlah ngan harga kan?lepas meeting, minum lagi kat kedai ape ntah kat Bay route(katanya famous kat Kuantan(saper tahu nama sila inform guwe)..tapi aku tak makan pun..yelah yang dah breakfast pagi tadi pun tak hadam lagi.Kami start audit kat Bahagian sempadan Segamat Johor lu. Since kereta Road care pecah enjin so En Ibrahim kata(hehe..follow the leader)..jom g segamat lu.Ape lagi bermulalah pencarian tempat2 menarik kat sana..alih2, kedai JAKEL kami terjah.hasilnya:

buah tangan dari segamat

Malamnya dinner kat restoran seafood yang aku lupa namanya..tapi rasanya cam superb. Tapi konsesi ni selalu sangat kalau nak belanja kitaorang makan..ajak makan restoran yang cam ghini.mana tak naik 2 kilo aku malam tue..ape2 kita tengok gambar lu.

aku ngan ellen..best buddy masa kat audit hari tu..

makanan malam tu..yang buat aku makin berlemak-lemak.

Badan dah penat tapi insist gak tengok wayang. si ellen mulanya nak tengok avatar, tapi GSC kat EC mall tu bleh tutup.so kitaorang g tengok wayang kat Mega mall. Citer Percy Jackson and the ligthning thief..bleh tahan gaklah dia punya citer..cuma agak lawak bodoh gaklah.tapi best moment antara aku ngan Ellen.Sebab penat aku tersengguk2 jugak sementara citer tu habis.

hari kedua(24-2-2010)

bertolak dari hotel kul 8.30 a.m .breakfast kat restoran kemira.nasi kerabu ayam+daging bakar dia memang superb..sorry tak sempat nak snap gambar sebab best sangat makan. Hari tu, audit siap menjelang kul 3 sebab ada separuh jalan yang tak diaudit. Lunch dekat dengan restoran yang makanan dia supeb jugak..haha..lagilah bertambah lemak aku. restoran syuhada namanya.



udang yang separuh dah aku ngan ellen melantak.

lauk pauk yang dibelanja en encik kontraktor lunch tu...

mana aci amik gambar lauk jer..haruslah amik gambar sendiri kan


geng-geng audit(aku, ellen ngan su(new mom yang sebok dok tanya aku petua itu, petua ini)

geng2 audit yang besh(en ibrahim, en din, su, aku dan ellen)

malam tu..dinner plak dekat Sri Affa Steamboat..(makan lagi).benda free memanglah besh tak..melantak.tangkap gambar lagi...ingatnya nak tengok wayang ke atau main bowling malam tu, sebab report untuk present sok tak siap lagi, so aku ngan ellen stay up sampai kul 5.00 pagi..memang penat.tapi berbaloi kot.


makanan sebelum dihumban dalam steampot tu...

dan lagi...

haruslah amik gambar kan...


orang len dok borak..kami haruslah amik gambar kan..


hari ketiga(bertolak balik)
meeting dan presentation untuk audit habis kul lebeh kurang kul 12.00. checkout...then lunch.En Ibrahim belanja..makan free lagi.as conclusion,audit yang aku berat hati nak pegi ni taklah teruk sangat pun sebabnya, aku segroup dengan UPPJ len.Memang best dan banyak yang aku boleh belajar dan memberi pengalaman yang bermakna. Nak2 bila segroup dengan orang yang pengalaman banyak dari aku. En ibrahim dan ellen banyak ajar aku, tak lupa ngan en.din(Penolong Jurutera) yang besh gak...thanks to you all.


audit pahang(22-25 februari 2010)