CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Showing posts with label Tempat-tempat menarik yang telah dlawati. Show all posts
Showing posts with label Tempat-tempat menarik yang telah dlawati. Show all posts

Monday, July 11, 2011

"Roses Are Forever"

As salam....

Aktiviti hujung minggu. Memanglah aku tak betah dok umah.kepala otak selalu berpusing nak g mana. Terbaca status FB pasal FLORIA kat putrajaya, so kami ke sana selepas mengorder Dominos. Cadangnya nak berpiknik tapi apekan daya baru terpikir nak piknik kat mana kat Putrajaya tus . dahlah baru lepas hujan kan. So batalkan niat piknik terus shoot ke FLORIA 2011. Tempatnya bertempat depan Waterfront presint 2.

copy dari Google.

Scenary bunga-bunga yang sangat cantik dan menggoda. Sayang nya aku jenis bertangan panas so memang takkan tanam bunga. Mula2 masuk tengok gerai2 bunga memang membosankan, tapi bila masuk ke perkarangan taman bersebelahan gerai bunga2 ni, memang bersemangat habis.kredit tuk encik suami yang ambik gambar lawa2. let picture do the talking jewlah

kat nursery bunga-bunga....pokok bunga dijual pada peminat bunga.

The Garden-cantik2 dan menggoda......

Pameran "garden" ni semuanya cantik2 dan di persembahkan oleh badan2 dan agensi seperti sekolah dan universiti.Sangat kreatif dan cantik sangat. Rasa nya kalau dok lama2 kat sini pun takper. Hampir keseluruhan garden yang kat situ nak amik gambar. Yang cantik jer..yang tak cantik memang takder dalam lensa encik suami.

cantik2 uolsss

us

Ada jugak dibuat Mini hutan yang berperanan untuk anak2 kita mengenali dan mencintai hutan.redah masuk jugaklah....adeh penat tapi seronok ar sebab intan payung enjoy.

tu dia....intan payung kalau posing

memang ada lagi tempat yang tak jelajah sebenarnya kat FLORIA nis...tak larat dan semput nak habiskan..tapi memang warna -warni dan best.ape lagi silalah terjah yer pada peminat2 bunga dan taman,tak rugipun pergi. Masuk pun percuma.

Thursday, June 30, 2011

"Dalam Hati ada Taman"

As salam....

Sebulan dah masuk unit baru. Baru rasa takder benda best yang berlaku dalam hidup kami lately. Tiba-tiba terasa ingin ke tempat romantik yang ada dalam filem. Pernah meroyan nak pegi ke tempat "Syamsul ngan scha dating masa citer "evolution KL drift"....saya just main2 dengan encik suami yang saya rasa nak pegi ke tempat tus...maka encik suami bawa saya ke "LOOK OUT POINT" dekat ngan Ampang. Lokasi dalam citer tu sebenarnya kat tepi jalan, tapi memandangkan isu keselamatan maka kami pegi betul2 kat tempat der. Memang rasa romantik sangat tempat tu..nampak seluruh KL. Impian tercapai walaupun bukan tempat sebenarnya..layankan gambar.


Look out point Ampang best tengok view sambil minum2

Ada satu tempat jugak dalam filem yang saya nak pergi sangat-sangat sebenarnya. yang dalam citer "lagenda Budak Setan", tempat farid kamil ngan Lisa Surihani dating tu. Sangat best view kat situs.Macam cantik dan sesuai untuk saya dan encik suami berdating sambil menghirup udara segar. Suka tempat tu sebab mengingatkan saya citer kartun "UP". Best jugak kalau pergi sambil leh tenang2kan fikiran.

Nak g sini ..nak g jugak...tapi kat mana ni ek?..

saya nak berdating......

Tapi yang pasti saya dah survey dan saya mahu ke satu tempat best yang tak jauh dan tak perlukan saya menginap. Perlukan satu aktiviti baru sebab rasa macam perjalanan hidup saya sangat mendatar dalam sebulan ini. Lagipun bulan depan saya dah start berodit ke sana sini. saya mau ke sini encik suami, plishhhh.....

KAMPUNG KUANTAN, Kuala Selangor.....tengok kelip-kelip...waduhhh romantiknya....

saya perlukan tempat yang cantik2 begini.....

Baca dalam satu blog yang bagi information pasal tempat ni, nak tengok kelip2 ni kena naik bot lagilah saya teruja. Tapi safety jacket provided...ok, bagus so tak risau nak bawak intan payung.satu boat lebih kurang RM 40, ok not bad tak mahal sangat. so mula pasang angan2 untuk ke sana. Mintaklah takder aral melintang. Cuma lepas ni kena google tempat der.

Lepas tu saya nak ke I-City lagi sekali untuk try snow walk. Blom berkesempatan lagi nak try walaupun dekat jer ngan umah. Hari minggu sebelum ni saya dok umah jew...serius tak tipu, sebab penat sangat otak. So mengqada tido adalah benda yang terbest yang saya nak buat daripada kuar berjalan2. Encik suami pun heran nape saya tak ajak der kuar berjalan. Minggu ni kena pastikan kuar dari rumah sebelum outstation...hehehe....minta2lah tercapai dan rasa best kat sana.amin....

Sunday, May 22, 2011

Cuti -Cuti Kuching-Day 2 (Seronok + Penat+Pancit)-Part 2


Sambungan daripada Part 1:

Lepas habis melawat Kampung Budaya Sarawak...sangat penat dan pancit. Since esok flight pagi so memang kena pegi terjah kedai kek lapis Sarawak. Fikir punya fikir dan atas bantuan encik garmin juga kami berjaya sampai di kg Gersik di mana terletaknya Kedai kek Lapis Dayang Salhah...yang meletop gitus. Perut pun bulih tahan lapar so sesi test kek lapis satu persatu bermula. Mula2 jer rasa teruja lepas tu muak nyer. Tapi yang bagusnya, pembeli bulih try sampai nak termuntah sebelum membeli. Tak tahu nak pilih yang mana satu, so saya tanya kepada kakak2 kat sutu yang mana paling best dan fofular orang suka beli. Kakak tu kata "siti nurhaliza masa datang sini der beli kek lapis "evergreen"...so harus amik. Yelah siti nurhaliza punya taste..kenalah cuba. Kek lapis lady gaga poker face pun ada...aduih pendek kata macam2 ada.mmm...sebat jangan tak sebat.


lepas menghabiskan duit kat Dayang Salhah...kami bertekad untuk cari mee kolok dan laksa sarawak yang direcomend oleh orang tempatan (pekerja kat hotel) kat pasar satok. Lokasi der bukan lah kat pasar satok sangat tapi berdekatan. Ok clue nyer, kedai kedua dari kedai hartz Chicken Buffet (sila cari kedai ini kalau mau try laksa sarawak dan mee kolok best) memang terbukti sangat best. Tak lah kami balik K.l dalam keadaan frust sebab takleh try makanan wajib sarawak nis...two thumb up makcik. walaupun gerai biasa jer tapi mabelus.tak caya sila try sendiri.Teh C peng der pun leh tahan. Oh lupa nak mention kat boyan tu teh C peng lagi sedap dari kat sini.


laksa Sarawak dan mee kolok...terbaekk kat sini

Lepas tu ke water front lagik sebab nak cari tempat yang wajib bergambar. Alah yang ada tugu kuching tu.Saya memang sangat penat dah..tapi encik suami kata nanti menyesal kalau tak amik gambar kat sini. Parking memang susah yer sebab tugu ni kat tepi jalan. So sila cari shopping berdekatan. Kalau tak silap saya..kami park kat satu mall ni . Parking der 1.00 jer. Tapi lupa nama per mall ni.Lepas penat posing kat tugu kucing tu...ternampak gintell (yang urut badan tus) ada juga kat sini. Oh please saya memang perlukan urutan badan. Sangat penat.lepas diurut..baru rasa best. Tapi tulah kami lagi tak subuh lagi tu tak reti nak balik..hehe...


so balik hotel dan zzz.....

So hari ketiga...dah nak balik. Sedih pun ada sebab akan balik pada rutin asal balik. Banyak tempat sebenarnya yang kami nak pergi . Salah satunya Pasar Sarikin yang hanya buka pada sabtu dan ahad..kempunan. Tapi takpe kalau ada jodoh kita jumpa lagi Sarawak.So far memang satu pengalaman yang baru buat kami. Sangat best dan encik suami len kali jom kita buat lagi percutian gamble seperti ini....ummuuahh.....fin.

sampai berjumpa lagi Sarawakk......

Cuti -Cuti Kuching-Day 2 (Seronok + Penat+Pancit)-Part 1

As Salam...

Hari kedua di Kuching. Sarapan yang sangat hebat sebab buffet der banyak dan sedap. Lebih kurang 10.30 a.m kami bertolak ke Sarawak Cultural Village a.k.a Kampung Budaya Sarawak. Perut pulak tiba2 meragam. adeh...tapi seb baik tak mudarat sangat. Garmin encik suami pulak pada mulanya bawak kami ntah ke mana ntah. Boleh pulak Kampung Budaya Sarawak tak boleh calculate route dalam garmin. Hulu sangat agaknye. So nak tak nak kena lah tanya jugak orang tempatan. Seb baik laluan der still di atas landasan. Buatnya yang nak pergi tu hulu tapi kami kat hilir, memang naya.


Berkat kepakaran encik suami tentang jalan ni akhirnya kami sampai jugak kat situ. Memang hujung dunia lah. Sampai kat situ lebih kurang kul 12 lebih. mengikut front desk tuh penghuni2 kat rumah situ tengah berehat, So kami dibagi option samada nak berjalan2 dulu atau nak makan dulu. So perut still lagi kenyang we decide untuk teruskan berjalan. By the way performance kul 11.00 a.m dan 4.00 p.m. So nak catch up performance tus kami teruskan menerjah dari satu rumah ke satu rumah yang ada di situ. Oh ye, bayaran untuk masuk ke Kg. Budaya Sarawak RM 60.00. Agak mahal tapi berbaloi, sebab menjelejah kampung ini seolah2 sudah menjelajah seluruk etnik2 di Sarawak ni. Layan gambar dululah.


Selepas bayar untuk masuk, kami dibekalkan dengan passport. Macam pegi ke Taman tamadun islam dulu. So kami kena dapatkan cop untuk setiap rumah yang kami lawati. Rumah pertama yang kami lawati ialah Rumah Bidayuh dan Next rumah Iban.Nak citer lebih pun tak reti..layan gambar jerlah.

Rumah bidayuh
aktiviti:try guna kisar padi, try alat muzik der, try guna sumpit

Rumah Iban...rumah der cantik...

BTW, kat kampung budaya ni kita leh sewa costume etnik2 kat sarawak dengan harga 10 hengget jer. Tapi leh pakai untuk jalan2 kat tempat terdekat jew. Atas nasihat akak tu, saya dipakaikan dengan costume Puteri Iban. Sarat nyah. Ngan mahkota bagai. So hasilnyer....hehehe.Encik suami dan intan payung tak mau join saya. padahal akak tu beria suh intan payung pakai ala2 paklawan iban (pakai cawat) . Sebab tulah der tak nak.

macam lawak pun ada.....layankan jerlah.

Lepas tu perjalanan diteruskan dengan rumah penan, rumah orang ulu dan macam2 rumah lagi, Setiap rumah ada keistimewaan der sendiri. Tapi kebanyakkan rumah derang ni tinggi. Penat mak nak mendaki. Kalau bawak baby, memang penat lah nak memanjat. Seb baik intan payung relax jer. Dahlah mulut tak mau diam. Semua orang mau disapa nyer. Rasa nyer setiap rumah yang kiterang masuk, semua orang nak kawan dengan dia. Kuat tul penangan intan payung. Next rumah just layan gambor jerlah. Tak ingat nak describe satu-satu.


Rumah orang ulu dan Orang Melanau.Lps jalan penat minum air....heaven

Banyak-banyak rumah..rumah yang yang kira bersih dan kena buka kasut ialah rumah melayu. Macam malas masuk pada mulanya sebab rumah melayu memang biasa kita tengok di mana. Tapi sebab nak penuhkan cop kami masuk juga.Buat pertama kalinya intan payung belajar main congkak. Saya ngan encik suami pula ke dapur tengok camner kuih sepit (love letter) dibuat.Rumah melayu sarawak lebih kurang rumah kat Melaka, sebab reka bentuk der cantik.Next rumah cina. kami tak singgah sebab hampir kul 4 .00 p.m. Dan saya dah penat. Rasa cam nak duduk jer. cop pun tak amik. Terlepas satu cop.

Rumah Melayu dan Rumah Cina....

Pukul 4.00 p.m, persembahan kebudayaan pun bermula. Semua tarian2 etnik kat sarawak dioersembahkan satu persatu. Berwarna -warni itulah yang boleh dikatakan dengan persembahan derang. Terhibur dan hilang penat tawaf kampung budaya ni. pukul 5.00 p.m kami meninggalkan kampung budaya dengan perasaan puas hati. Cuma satu je, tak sempat nak beli seveniur kat situ. Adeh, terkilan sebab takder kenangan yang boleh buat balik. Takpe ar cukuplah gambar sebagai kenangan.


persembahan budaya....rocks!

Best dan pancit.....



Bersambung Part 2- Kek lapis Dayang Salhah ngan Land mark Sarawak.....


Saturday, May 21, 2011

Cuti -Cuti Kuching-Day 1 (hari penuh Dugaan)

As Salam....

Alhamdulillah..dah kembali bertapak di Bumi Shah Alam setelah 3 hari berada di di Sarawak. Percutian kali ni..sangat best walaupun pada mulanyer penuh dengan dugaan.Ingatkan takkan sampai dah kat Sarawak. Tapi tulah nak dikatakan kuasa tuhan. Saper pun tak bulih halang kan. Cer citer..cer citer...hehe...jom-jom.

Hari Pertama.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang kul 5.30 a.m. Tu pun encik suami dah bebel sebab lambat. Tengah dok pikir barang ape lagi yang tak pack. Sampai air port lebih kurang kul 6.00 a.m. Rasa cam dah lambat. Dek sebab dah lambat kena check -in kat kaunter. Sampai kaunter.."puan, mintak ic semua orang"...dem, surat beranak fawwaz tertinggal. Cuak giler, sebab kami tak dibenarkan berlepas tanpa surat beranak fawwaz. Aduhh.....last2 kena penalti . RM 300 melayang. Kesian encik suami kena patah balik ke Shah Alam amik surat beranak fawwaz.


sepeninggalan encik suami-sempat lagi bergambar.

So kami dapat waktu pelepasan yang baru lebih kurang kul 9.45 a.m. Masa tu dah rasa kebulur dan lapar sangat. Emosi pun kembali stabil balik dan cuak pun hilang sebab dah dapat boarding pass ke Kuching. So melantak dululah kat Mc Donald. So far intan payung sangat bagus. Maybe dah banyak kali travel so memang der takder masalah untuk dibawa.So lepas ni kita leh fly selalu ek intan payung.


fuh..lega.Dapat jugak terbang.

Bila dah masuk dan dah lepas sekuriti check...rasa sangat lega. Intan payung pun nampak excited jer ngan second experience naik kapal terbang. Yelah first time masa der baby dulu.So ni kali kedua. So far masa nak naik tu der tak takut pun. Malah der pulak yang tak sabar2 nak suh kapal terbang tu naik cepat. memang der mengejutkan kami sebab kami yang risau der tak selesa. Alih2 der lagi berani dari saya. Seat saya, intan payung dan encik suami tak sama pada mulanya. Tapi sebab seat saya ada kosong...so tempat tu encik suami bulih duduk.yeay...tu yang saya harapkan agar dapat bersama2.



Kul 12.oo a.m kami tiba di Kuching. Satu lagi dugaan datang. Teksi yang kami book together ngan flight takder. Bila baca term and condition..der hanya tgu 2 jam saja. Since memang kami delay 2 jam, so memang tak provide lah kan. Seb baik ada backup plan. Dah book kete siap2 dari blog ni. http://cutidikuching.com/tips-bercuti/tempat-tempat-menarik-di-kuching. Tapi rasanya tak baper recommendedkan sebab condition kete der kurang puas hati. Bak kata encik suami macam bawak lori balak. Sian der. Better than nothing kan.

Sampai kat hotel....Subhanallah, rasanya ini yang tebaik untuk hari yang penuh dugaan ni. Service der bagus, bilik superb, nice view. Semuanyer terbaekk...boleh bagai 5/5 lah pendek katanya untuk hotel ni. Leh klik kat sini http://www.starwoodhotels.com/fourpoints/property/overview/index.html?propertyID=3277...
terbaekk:5/5

So lepas check-in. kami decide untuk pergi tempat2 yang sempat dan terdekat dulu since plan tak berjalan seperti yang dirancang. Satu lagi dugaan datang, garmin encik suami off. Hadoi, pasai pa lah der tak charge henset der.So kena baca peta (amik kat airport). Dahlah tak baper pandai nak baca peta-peta bagai ni. Tapi berkat kesabaran sampai jugak destinasi pertama: Muzium Sarawak dengan Akuarium Bandaraya. Muzium Sarawak ni berdekatan jugak dengan muzium islam..muzium kucing ngan muzium2 yang seangkatan dengannya. Malangnya kami sempat melawat muzium sarawak jer, sebab da nak tutup...hapekah.nak buat caner.


Muzium Sarawak + akuarium Bandaraya.

Lps tu bertolak ke destinasi seterusnya, dan tempat yang memang dalam itenary kami: Waterfront. Parking punyer jauh...menapak jauh untuk naik bot ke seberang sana. Tujuan sebenarnya nak cari mee kolok yang tersohor dekat food court di Boyan. Kena naik bot untuk ke sebarang, Tapi kalau nak g ngan kete pun boleh juga. But sebelum tu kami bercadang nak naik river cruise. Memandangkan river cruise kelas pertama about RM 60 hengget, kelas kedua RM 45 (still mahal) so kami naik yang kelas ketiga jer lah . It cost RM 19 hengget jer. Still ok kot dan fun jugak. Ia akan bawak kita ke hulu dan ke hilir sungai. Masa nak naik ni memang dekat ngan sunset dah. So sangat romatik rasanya.


Intan payung takut masa naik bot ni. Maybe der tak biasa. Tapi lepas tu der ok. Mama dan papa der macam biasalah, excited dalam ape jua perkara.New experience lah, walaupun sekejapjer rasa teruja pastu rasa nak tido sebab bot tu takder lampu. Tapi feel romantic tu tetap ada sebab dah lama nak merasai pengalaman naik bot bersama encik suami. On da way ke Hilir, kami diturunkan di Boyan @ kg Gersik untuk dinner. Menu yang dicari2 adalah Mee Kolok.Tapi kat sini saya tak recommend kat kawan-kawan. Tak best lansung. Laksa sarawak ada tapi tak try pulak. Encik suami pula try ayam penyet yang juga perlu di try kalau datang ke Sarawak. pendek kata memang tak puas hatilah. Intan payung jer yang berselera malam tu.

pengalaman baru naik river cruise.


Sunset di water front Kuching


Mee Kolok dekat Boyan.

Lepas makan seberang sungai lagi guna penambang. It cost RM 0.50 sen sorang. Hehehe....seronok jugak ek guna penambang ni. Oleh kerana kete parking jauh sangat. Sangat penat hokey nak berjalan. Tapi respek kat intan payung sebab memang der bertenaga sepanjang percutian ni. Tak grumpy. Cuma menangis penat tu adalah sikit. Saya pulak pantang ada masa mesti terlelap. Nape ntah. Padahal saya rasa encik suami lagi penat dari saya. hehe....sasyik kena snap gambar masa tido oleh encik suami. Kurang asam tul . So tamat hari pertama yang penuh dugaan tapi last2 seronok juga. Hari kedua- ke Kampung budaya...will be updated

Thursday, May 19, 2011

Baik-baik sayang aku ada untukmu

As Salam

hari ini aku akan bercuti ke Kuching. Me decide untuk tidak membawa lappy kesayangan sebab rasanya tak pantas untuk mengupdate blog sambil bercuti. So encik lappy ku...baik-baik sayang yer. Jangan risau lepas 3 hari i akan menghadap u balik.

Percutian "gamble" yang kali ke berapa ntah. Memang aku ngan encik suami selalu gamble jer. Rasa nak pegi ke suatu tempat, buka web site air asia, tempah flight...dan jalan. Ini adalah kali kedua si intan payung akan naik belon.(first time masa baby...dari kota bharu ke kuala Lumpur).

So maybe ni adalah entry yang pendek cuma mahukan doa kawan2 agar aku sekeluarga selamat pergi dan juga selamat kembali. Doakan juga aku menikmati percutian ini. Sebelum ni yang kat Cameron Highland tu...mmmm.....mungkin tak akan ku jejaki lagi.

Mungkin percutian kali ni aku akan jumpai diriku kembali. Aku rindukan diriku yang dulu ..yang happy, yang rockstar , yang kental walau ape jua yang datang. Selepas peristiwa "itu"....aku seolah hilang dan tak kenal lagi saper diri aku sendiri.So harap percutian ini akan mengubah kembali menjadi aku yang dulu.aminnn......

hehe....setakat ni perasaan teruja tu suam2 kuku lagi. Seronok tapi tak mau terlalu meletakkan harapan yang tinggi sebab takut tak best, Tapi aku akan usahakan agar menjadi sangat best demi encik suami dan juga intan payung.

So for you encik lappy..sila jaga diri kamu baik....dan untuk pengetahuan kawan2 yang terchenta...entry ni adalah dischedulekan untuk diposting. Doakan kami...love u ummuaahhh....


Wednesday, May 18, 2011

Pening mempacking......hadoii...Sarawak

As Salam....

Hari ni el sebab nak uruskan banyak benda sebelum berlepas esok. Banyak benda jer rasa tak buat lagi padahal nak g nyer 3 hari jer. Tapi tulah bila travel bersama budak kecik a.k.a intan payung tus..rasanya tak semudah yang disangka. Tengah pening nak packing baju tapi still memblog. since pagi dok pikir ape yang nak bawak..ape yang nak buat....banyak benda yang list down. tapi baju still tak masukkan lagi dalam beg. So far benda penting yang kena buat dah confirmkan.

1) Call orang yang nak book kete, Encik Khairol kat mana nak juma sok-done
2) Print voucher hotel dan flight-done
3)Fotostat IC dan lesen memandu -undone


baju per nak bawak...baju per nak pakai (supaya sentiasa kelihatan vogue walaupun sedang bercuti).....oh yeah, saya perlukan sandle baru yang selesa untuk saya berjalan2 sepanjang hari tanpa rasa sakit kaki. tak beli lagi...beli kat airport sok lah(ada kew?).Seb baik encik suami balik awal hari ni so lehlah tolong saya packing yer encik suami.

Macam-macam dok pikir.Tapi saya suka melayan perasaan keterujaan ini. Harap percutian ke Sarawak akan menjadi sangat best dan seperti yang diharapkan. Layankan jerlah.

Saturday, May 14, 2011

Lamanya tak update Blog....hadoii...


Salam....

Hampir bersawang dah blog aku ni.Lama sungguh tak lawat blog kesayangan aku ni. Bukannyer sibuk sangat pun walaupun agak sibuk juga dengan tugas seharian. Tapi rasa cam bosan pulak dengan rutin seharian yang pergi keje balik keje pastu tido. Banyak yang telah berlaku sebenarnya dalam kehidupan saya sejak melangkah ke Tahun 2011.Ada suka dan ada duka tapi yang pastinyer moto saya selepas ni ialah saya akan update lokasi-lokasi yang telah saya lawati dan bagi sebanyak mana informasi yang boleh.Manalah tahu kawan2 pulak yang mahu pergi.

Antara tempat-tempat yang telah saya jelajahi atau yang banyak saya tertinggal untuk update dalam blog..cheh macam preview pulak kan. Aku dan encik suami memang suka menjelajah berjalan-jalan perabih duit dan masa...hehe...tapi kiterang dapat masa kualiti bersama:-

1) Universal Studio Singapore(USS)

(9 Dec 2010)

2) Sentosa Island

(10 Dec 2010-best-best)

3) New Year at Genting....(last2 bunga api tarak..hampeh)


(31hb Dec 2011)

4) Bukit Tinggi..(selepas 4 tahun..kami kembali ke sini)


Harap perasaan nak update ni akan berkekalan. amin....hehe....dan coming soon jugak nak update jugak tempat makan2 baru.