CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Tuesday, October 18, 2011

P.L.A.S.T.I.K


As salam....

Tuhan tak pernah uji sesuatu lebih daripada kemampuan kita.Mungkin aku tergolong daripada golongan yang kuat walaupun aku ni agak cengeng, maka tuhan menguji aku. Sebelum ni aku yang kena menjalani pembedahan, tapi kali ni intan payung pula. Dan sebab musababnya adalah Plastik!owh, kenapalah kamu hinggap di hidung permata hidup saya wahai encik plastik. Jom story mory

kisah bermula lebih kurang seminggu yang lepas apabila, kami terdetect bau yang annoying yang kuar daripada hidung intan payung. Naluri keibuaan saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Tapi sebab desakan tugas ke kedah minggu lepas, maka encik plastik itu telah berada di dalam hidung intan payung saya lebih kurang 2 minggu.

 sebaik sahaja aku pulang dari Kedah, kami membawa intan payung ke Klinik favourite der, untuk dapatkan rawatan. Selama sejam bertungkus lumus tetapi hasil tetap mengecewakan. Dan masa ini , kami hanya dapat melihat ada benda asing di dalam hidung intan payung tanpa leh menjangka apekah yang ada di dalam hidung der tu. sangat susah hati okey. walaupun der relax jer tanpa menampakkan kesusahan bernafas.hai anak,,anak...anda memang fighter. wan muhammad fawwaz Rifqi

kat klinik Nik Ishak semasa mendapatkan rawatan- Gagal

So Dr. Badrul menyerahkan surat refer letter ke Hospital Serdang...hello again...miss me?Pagi2 lagi keesokkan harinya, encik suami dan fawwaz dah terpacak ke sana untuk refer kes der ni. Aku.?still di pejabat dan sempat menghadiri mesyuarat penyelarasan UPSJ Utara. Gigih bukan. *sigh*. Lepas mesyuarat aku terus bergegas ke Hospital. Lebih kurang kul 3.30 p.m baru kami di panggil masuk berjumpa pakar. Masa ni der masih boleh bagi cooperation. Dr di hospital telah cuba sebaik mungkin untuk mengeluarkan benda di dalam hidung der. Tapi oleh sebab intan payung sangat gagah perkasa...maka jalan terakhir..bius keseluruhannya dan tarik benda ituw keluar. Sound familiar dengan kes aku sebelum ini. Aduyai..cuba kuatkan diri.

Masa ni ok lagi kot, bila dah 3 kali percubaan gagal, maka semua orang kena marah dengan der.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, fawwaz admit  kat Wad Pediatric (5B) dan diarahkan puasa. sian kat intan payung. Kelaparan dan keletihan selepas bergelut dengan Dr tadi. Beberapa kali dia minta nak makan, tapi arahan Dr yang mengarahkan der berpose jadi berlagak hati kering jer masing2. Kami pun tak makan sekali. Memang tak lalu dah bila memikirkan prosedur yang akan fawwaz akan lalui pada malam itew. 

di suruh baring pun tak nak...trauma sebab di paksa tadik..sian anak mama.

sempat lagi posing walaupun mata dah bengkak...sedih..huhuhu

Tepat pukul 9.00 malam katil yang akan di bawa ke bilik pembedahan sampai. Fawwaz diarahkan menukar baju pembedahan, dan dibacakan prosedur pembedahan pada malam tersebut. Masa ni, aku memang dah start nangis dah. Memang tak kuat sangat masa ni. Berkali fawwaz dipeluk dan dicium. bila nurse suh tukar baju, der excited, mungkin bagi der nak main permainan ape lah kot. 

muka keletihan...sian anak mama di arah berpuasa.

sayu sangat masa ni

dan ditolak keluar ke dewan pembedahan

tangan tak lepas daripada papa der...sayu sangat masa ni.

Sampai ke tempat dewan bedah, masa ni memang air mata tak henti-henti keluar. Encik suami jer berlagak tenang walaupun saya tahu der pun tengah sedih. Masa ni Dr tanya sama ada ayah atau emak yang akan escort fawwaz ke tempat bius. Saya pandang encik suami. Saya memang tak boleh dan tak kuat. Encik suami di pakai pakaian macam fawwaz.Saya pula menunggu di bilik menunggu, Perasaan ?tak boleh nak citer sebab air mata tak henti-henti keluar. Rasa nak g jengok intan payung tapi tak berdaya. selang 5 minit, encik suami join saya. Rupa2 nya beliau hanya boleh meneman fawwaz pada masa bius sahaja. Lepas tu,intan payung sendirian di dewan bedah. Encik suami pun memang tak boleh menahan perasaan.dah  lama saya tak tengok der nangis. Maybe der pun sedih nak2 fawwaz memang rapat dengan der. sayu situasi masa tu. Kami berpegangan tangan. dua-dua nangis.

pukul 10.00 malam, kami dipanggil untuk menunggu fawwaz. Masa ni masing2 dah okey sikit. tapi still rasa sedih. Tepat pukul 10.30 malam, fawwaz ditolak keluar. Kesian tengok fawwaz masa ni. Der masih blom sedar. Tumpah lagi air mata. Kesian sangat kat dia, yelah der masih kecil.

lepas kuar daripada dewan bedah..huhuhu

Masih blom sedar.

sedih sangat,,,,

Lps sedar, der ngadu pening. Kesan daripada ubat bius. Kami cuba menenangkan der. kul 11.30 selepas recovery, fawwad ditolak ke wad semula. Masa ni der tak berdaya, yelah dahlah tak makan. Cuma bergantung pada drip jer. Lepas dok merengek2, akhirnya der tertido sampai pagi, Encik suami pulang sebab hanya seorang dibenarkan menunggu. kul 5.30 pagi baru intan payung nak minum. 

paginya , keadaan der beransur ok. Dah tak pening dan leh makan . Dua pinggan nasi goreng habis. Lapar agaknya. Lebih kurang kul 2.00 petang, kami dah leh discharge. Alhamdulillah. Memang tak dapat dilupakan. Ape yang ada di dalam hidung saya. Rupa-ruapanya..;


tak boleh nak imagine caner der leh masuk ke dalam hidung saya....serammm.maafkan mama yer intan payung


Sunday, October 16, 2011

Audit Di Kedah + Jalan-jalan cari makan



As salam....

 Selesai jugak audit di Kedah. Best sebenarnya audit kali ni sebab banyak makanan2 yang tak pernah jumpa kat KL kat sana. Dahlah disambut dengan pemandangan-pemandangan yang best juga kat sana. Yelah, aku memang adore dengan pemandangan bendang padi yang menghijau itew. oohhh, jatuh cinta.tak caya tengok ni
indahnyer kan?

siyes saya terkenang citer "Cun"

Lebih kurang kul 4.00 petang saya sampai di Kedah. Check In hotel dan lepak-lepak with my roomate sepanjang 4 hari tu, Si Chuah. So malamnyer, kami di bawa oleh ketua Audit , Mr H, kat tempat makan-makan dia sewaktu zaman sekolah der kat Medan Selera Teratai. Char kuey Tiau der sangat mari okey. Walaupun ala2 mamak, tapi berlainan sikit dengan mamak di KL. tempat der dekat dengan hotel so kami jalan kaki jer ke sana. Hasrat nak g pusing2 kat kawasan tersebut terbantut sebab hujan. Gambar pun lupa nak snap, sebab bagi saya makanan der takder lah spesel sangat. ( gila berlagak ko wan...ekekekek)

Malam pertama makan malam kami

Hari pertama...destinasi jalan-jalan cari makan ialah selepas waktu bekerja iaitu Laksa kat Teluk Kechai. Kata orang laksa kat sini best. Walaupun Zaim dan Ishak ( budak2 elektrik) dah cakap kat saya jangan bagi harapan yang tinggi tapi semangat untuk mencuba tetap tinggi. Dan kesimpulannya, memang tak best sangat pun. Kecewa dengan kuah laksanya yang cair . Tapi yang pelik ada sambal kelapa yang kena makan bersama laksa tersebut, Pun tak bagi kepuasan kat saya..star rating 2/5.

 Nama tempat laksa  tersebut


bolehlah...yang bekas kecik tu sambal der.

Malam plak, kami ke Nasi Royale pulak. Yang ni sebab dah bagi cadangan kat Mr. H sebagai tempat buka pose beliau. Tempat der kecik jer..first impression, macam geli geleman jugak tekak sebab semua kuah dicampurkan bersama-sama, dan kebersihannya pun agak kureng. Sebab kenyang lagi dan perasaan kecewa terhadap laksa tadik masih berbaki, so makan sikit jer. tapi walawey, rasa kari de terangkat sangat, Memang puas hari setakat ni. Kuah der pun agak manis2 sikit, so memang kena dengan selera saya yang berlidah kelantam...ngee...yang ni two thums up. Lokasi der..t korang google jerler ek, sebab agak terkenal kot kat Kedah ni.

nama tempat der....best2

Saya order yang ni..nampak bersememah kan, tapi rasa der "wow"


sempat lagi amik gambar sebelum mamam....mekasih yer chuah.

Hari kedua...saya jumpa makanan yang best kat Kuala Nerang, Memang makanan ni saya tak pernah rasa kat mana2 pun. Mengikut kata Mr.H, Gulai kawah umbut pisang ni jarang terdapat kat mana2. makanan ni mengingatkan saya tentang satu makanan kat Kelantan, tapi kat sana mereka guna umbut kelapa. Tapi Kat Kuala Nerang , mereka guna umbut pisang hutan yang dimasak bersama gulai kawah...memang best dan terangkat..makin berlemaklah.

ohhh...dah jatuh cinta..mana nak cari kat KL ni yer?

Malam plakss....Mr H bawak kami kat kedai makanan kawan ayah der, nama der BOb Char Kuey Tiau.. Destinasi der dekat kat ngan hotel kami. Jalan kaki pun sampai kot, tapi ada kubur, so memang taklah kot .Best dan Maweles gak tapi tangan guwe gatal2 kena gigit ngan menatang kat kedai tus.Satu pattern yang saya dapati kat Kedah ni, mereka suka buat kedai makan depan umah mereka.Senang nak g tukar baju ngan semayang kot, tapi memang autentik. 

Hari Last kat kedah, budak2 elektrik ( zaim dan Ishak) bawak kami g makan dekat satu port dekat kuala kedah. Nama tempat tu Pak engku Otak2 Kukus. Memang ramai orang yer masa kami sampai kat kedai tersebut. Mereka suggest supaya saya try otak2 kukus der, memang terangkat jugak dan first time tengok dan rasa otak2 kukus ni, Kalau ada yang frozen dah lama bawak balik.

 otak2 kukus...

kat dalam der..bersememah jugak...tapi two thums up...

Dan satu lagi menu maweles kat sini, gulai ikan ape ntah..(sebab tak tahu nama ikan tersebut). ikan kembung kot ek. Ni pun sangat sedap, memang setiap meja memang semua order ikan ni. Dan semestinya fresh.Kenyang, Alhamdulillah....


gulai ikan kembong kot ek...lupa nak tanya pakcik kedai...

so kawan2,,,since kedah ni banyak tempat makan2 yang best..so mai kedah ramai2 yer....insya-Allah, will rotate here soon with encik suami and intan payung...peace yo!



Thursday, October 6, 2011

Citer outstation + tempat makan best2 yang hampir basi..

As salam..

Walaupun hampir basi tapi kena update jugaklah untuk pengalaman yang berharga untuk diri sendiri. Okey, untuk citer outstation ke Perak Tengah. Macam besa, geng2 audit yang best dan juga ketua audit yang best jugak so kerja-kerja audit pun menjadi sangat awesome.

Bertolak dari ibu pejabat sehari sebelumnya untuk mengelakkan penat. Bermalam di Syuen Hotel. Ok , not bad sebab der punya decoration bagi aku sangat best dan cantik. tak caya tengok ni.

pemandangan yang sangat awesome di lobi hotel.

Dalam perjalanan lagi dok pikir tempat makan-makan yang best dekat perak. Seb baik lah ketua audit sporting. Beliau sebut pasal sup belut kat Nasi Lemak ayam Kampung kat ipoh tu. mmm, nasi lemak, kedengaran macam biasa jer, tapi melibatkan sup belut, harus dicuba juga ek. Yelah last time makan sup belut masa tengah pantang . Memang superb, yang penting jangan imagine lah. So lepas maghrib, bergerak lah kami ke tempat nasi ayam tersebut. Agak famous amos jugaklah kat Ipoh kedai ni.

pemandangan pada waktu malam...

tak sabar nak cuba walaupun agak rasa gerun juga

ketua audit order sup belut, begitu jugalah aku. so bab rasa...agak awesome jugaklah, isi belut tu taklah hanyir dan sup der bleh tahan, dan sangat banyak ok, sampai kena pass baton kat ketua audit balik. Yang geng audit sorang lagik pulak , liza memang takut nak mentry.

gambar tak berapa nak clear, sebab pilih port yang agak2 romantik.
so star rate 3.5/5

so rasa bleh tahan dan imagine yang takkan ternampak makhluk yang aku makan tadik kat sini, tapi sebaik saja g basuh tangan..masya-Allah...terus aku jadi pening dan rasa nak muntahkan balik. Boleh plak der pamer kat pintu masuk kedai tersebut. sabar jerlah.

gigih amik gambau walau tengah geli geleman...

so esoknya kerja-kerja pun bermula. bab kerja malas nak citer, tapi masa audit dijalankan , bleh plak tayar kete pancit, tapi yang best der pancit kat satu tempat pemandangan yang sangat besttttt....rasa tak mau balik. ( eh yeker).Kat sawah, dahlah ada gerai cendol plakss..memang mari wa cakap lu.

tempat strategik untuk tayar pancit..hehehehe

pandai betul der carik port ek

setelah melalui hari yang agak penat, malam tu makan plak kat Restoran Simpang tiga kat Ipoh...mmm, takder spesel sangat tapi oklah. Cuam persekitaran dia ala2 wang solo kat shah alam.

inilah restoran der

ni yang aku order..star rating 2.5/5....besa2 jer

overall, tu jerlah kisah makan2 sambil keje...next trip ke kedah plakss...so tengah pikir2 nak cari tempat makan2 yang best.chau chin cau.

Sunday, October 2, 2011

Intan payung goes to Zoo dan Nasi Ayam mencongkam



Tercapai jugak hasrat kami nak bawak intan payung g Zoo. Cita-cita yang agak lama, kononnya kalau intan payung dah pandai jalan nak bawak der g Zoo. Tapi takpelah, cepat ker lambat ker, tetap tercapai sudah hasrat nak bawak der tengok binantang. Bagus jugak untuk pembelajaran dia sebenarnya.

so, so, so....lebih kurang pukul 10.30 a.m , kami bertolak ke Zoo Negara. Parking kat gate B. Yang penatnya bila berkunjung ke sini, semuanya harus dibayar. Takder harga pakej. Bermula dengan parking RM 4.50. Tiket masuk dewasa: RM 20 ringgit dan kanak2 RM 6.00. nak naik buggy der pun kena bayar lagik RM 2.00 seorang ( tu pun bukan semua pun der bawak).Tapi takpelah. Duit boleh dicari kot. Lesson untuk dia si intan payung= priceless.


tiket kami..tiket intan payung lupa nak snap


Masuk daripada gate B, tak lah crowded sangat nak dibandingkan kalau ikut pintu hadapan. Tapi keterujaan nya ilanglah sikit sebab lupa nak bergambar kat gate perdana kan. mmmmmm..terlepas pandang di situ. Tapi takpe...yang penting misi tercapai sebab intan payung really enjoy it. Semuanya der nak tengok dan tak mengadu penat lansung. Aku pulak gigih pakai high heels sampai sakit2 kaki. last2 kena beli flat sliper untuk jalan2 seluruh zoo tu. Haishhh...silly me.

citer banyak pun tak guna kot, so let the picture do the story mory: a journey of intan payung goes to zoo....:)


us at the zoo...ceria!

lokasi pertama: Tempat pameran Lebah (mmm...tak best sangat)

ok kat sini lebih kurang macam kat cameron gaklah, semua spesis lebah kita leh tahu. intan payung yang terlebih excited sebab leh try madu, mak der..mmm..no komen

random picture 1

random picture 2

random picture 3

random picture 4

secara keseluruhannya, ok jer lah. Bagi dewasa cam kita ok jer, tapi bagi intan payung, good lesson to him. Banyak yang der tanya. Nama binatang tu, nama binatang ni. Mak ngan ayag der, posing jerlah lebih kan...heheh. Lebih kurang kul 5.30 petang kami meninggalkan zoo. Lepas tu pulak sebalum balik, jalan2 cari makan plak, destinasi kali ni: NASI AYAM MENCONGKAM KAT gombak tus.jeng..jeng..jeng...


sempat lagik...seb baik tuan kedai tak marah snap gambar kedai der...

Perut pun lapar sebab masa dalam zoo tadik makan yang ringan2 sebab nak jelajah semua kawasan dalam zoo. menu pun dah sampai. saya order: nasi ayam garing, encik suami order, nasi goreng ayam garing dan intan payung nasi ayam biasa.


sorang muka keletihan,,sorang lagi muka kelaparan.....

mine:nasi ayam garing....sedap....3.8/5

encik suami nyer:nasi goreng ayam garing...sedap gak katanya...

But nobody perfect kan...pendapat sendiri, makanan der terlebih rasa masin dan ada juga terlebih rasa manis nak2 tang kicap dan ambal der tus. Memang tak salah, tapi agak terlampau.. Cuma kalau sesaper nak rasa nasi ayam yang boleh dikatakan sedap tu lehlah datang kat sini. Jangan marah ..hot fm pun pernah sampai kat kedai ni. Mengikut kata encik suami, dulu kedai ni kecik jer. kalau tak caya hot fm pernah lepak kat kedai ni cer tengok plat ni...

tudia....

tu jerlah kot ek....