Tuesday, February 19, 2008
TODAY IS MUCH BETTER....
hari ni hari kedua datang keje...bayang2 mr ho pun still tak nampak lagi so blehlah aku menulis blog nih,ma(mak mertua) pun dah balik semalam.ntah kenapa masa nak hantar dia kat stesen bas semalam,rasa sayu plak.aku dah mula rasa sayang kat mak mertua aku tue.ada rasa yang halus sedang mengalir dalam hatiku sewaktu aku peluk badan kurus slimnyer tue.rasa cam tak nak lepas dan nak peluk sampai biler2.dulu aku tak begitu.bagiku pangkat emak mertua tak lebih dari emak kedua selepas emakku,tapi sekarang aku dah mula boleh katakan sayang aku kepada emak mertuaku itu sama pangkatnya dengan emakku sendiri.mungkin sifat keibuan yang ada dalam dirinya dan kedudukan suamiku sebagai anak bongsu dan jugak faktor emak mertua ku tue tak ramai anak perempuan membuatkan aku rasa bertanggungjawab untuk membahagiakannya. Dia pun nampak sayang sangat kat aku walaupun aku dah berapa kali melukai perasaan hatinya di atas kelancaran mulutku,yelah nasib lah dia dapat menantu macam aku yang memang susah nak dengar cakap orang tua.tapi dia still ambil berat pasalku.dalam hati aku mula menanam azam untuk lebih rapat dengannya.mak mertua aku ni,kamariah md din namanya,kalau kat jertih memang famous ngan masakannya yang best kalau wat kenduri.walaupun sama umur ngan emakku tapi dier lebih old fashion sementelah emakku lebih up to date baik dari segi berpakaian,handbag,kasut.memanglah takleh lawan,tapi ada sesuatu yang istimewa pasal emak mertuaku tue.first yang aku kagum semasa pertama kali jumpa ialah anak mata dier yang chocolate cair tue...lawa.baru tahu suamiku dapat mata daripada emaknya.rambutnya panjang ikal sampai ke pinggang dan bibir nya yang terbelah.sekarang kakak2 ku pernah bergurau yang anakku(fawwaz) mewarisi wajah neneknya(makmertua)tapi cakap banyak macam tokwecheknyer(emakku).maybe masa aku ngandung makmertua aku selalu ulang alik dari jertih ke kuala besut untuk lihat menantunya yang tengah ngandung ni.so terlekat mukanya.emak mertua aku ni cakapnya lembut berbanding ngan keluarga ku yang lebih kecoh.ada gak macam chinese ckit coz kulitnya yang putih langsat dan pandai bergurau.ntahlah kalau nak citer pasal emak mertua ku tue,aku bersyukur kerana mendapat seorang emak mertua yang sayangkan aku dan tak kerek.kalau dapat cam emakku yang perfectionist...entahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment