Fawwaz dah nak masuk umur 3 tahun. So saya decide nak masukkan dia ke sekolah since dia selalu merungut nak g 'school'. Sian dia takder kawan..so biarlah dia g sekolah, at least dia taklah sunyi sangat dan boleh tambah kawan. Banyak tempat jugak saya survey Taska+daycare untuk saya tempatkan permata hati saya itew. Setelah survey beberapa taska+daycare di kawasan rumah, saya jumpa taska ni. Dalam internet pun saya survey..tak sangka akan jumpa link mengenai tadika Al-Husni. Sila tengok di sini .Yang saya tertarik tentang tadika ni ialah tempat ni mementingkan ciri2 islamik yang memang saya ingin terapkan pada permata hati saya itu. Memang saya dan encik suami ada ajar dia baca quran lepas semayang, ajar dia ape itu solat, baca doa sebelum makan..tapi saya mahukan lebih lagi dari itu. My expectation bukanlah sampai dia menjadi imam..cukuplah kalau dia cukup ilmu agama seperti khatam quran dan 5 rukun islam yang lain. Saya dan encik suami ada target sendiri untuk putera saya ini.kalau boleh saya mahu terapkan pendidikan non-formal seperti ayah saya buat dulu pada saya...
Antara target saya dan encik suami untuk fawwaz:
umur 1 1/2tahun- boleh bilang 1-10 (satu sehingga sepuluh) dan (one to ten)-target dah tercapai sebab umur 1 tahun setengah dia dah pandai kira dah pandai bercakap dan mengira.
.
2 tahun dia dah pandai baca al-fatihah...
sekolah tadika(3 tahun)- mahu sekolah agama(itu sedang diusahakan oleh kami bersama)
sekolah rendah-sekolah cina(ya...saya mahu dia jadi disiplin dari aspek akademik dan ko -kurikulum)
so far saya dah buat temujanji dengan pengetua dia Puan Ju untuk tempatkan fawwaz di taska ini..Sebenarnya taska ni takder pengambilan untuk 3 tahun, tapi buat permulaan, saya akan hantarkan fawwaz ke taska ini selama seminggu. Kalau sesuai, bolehlah diteruskan..kalau tak, terpaksalah guna khidmat babysitter sekarang ni. Sebenarnya belum terniat lagi untuk hantar fawwaz ke sekolah, tapi since babysitter nak g umrah dan saya terpaksa cari backup plan untuk jaga fawwaz why not saya terus hantar dia ke sekolah saja..cuma saya dan hubby sangat concern pasal makanan dia...soalan pertama yang encik suami ajukan semasa saya bagitahu dia untuk hantar fawwaz ke Taska ini ialah pasal makanan fawwaz. Yelah sekarang, dia makan tak ikut time..kalau hantar ke taska, makan kenalah ikut time kan...
saya harap minggu depan semua akan berjalan dengan lancar. harap2 fawwaz dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan baru, cikgu baru..hehehe...bimbang sebenarnya. nanti saya snap gambar hari pertama dia ke sekolah
4 comments:
dh beso dh fawwaz cam xcaye jek dh nk skolah...qdess @ smart reader kids (tul ke nie) xbgs ker
bagus...tapi sekolah ni dekat ngan rumah then dia nyer taska ada gak yang ajar establish english. Pengetua dia cakap english ngan aku seh...tapi nak try antar seminggu.kalau ok..leh proceed.kalau tak...kena cari backup len.
bagus..
pengetua mmg always nk tnjk yg terbaik dgn kite cuma kite xtau kblhan teacher2 nye huhuhu..xpe try 1st
Post a Comment