salam..
hari ni hari ketiga fawwaz ke taska. 2 hari sebelumnya , dia ok2 saja bila dikejutkan ke sekolah, tapi hari ni dia mula buat lemah dan moody bila dikejutkan bangun pagi tadi. Tapi saya noticed, semalam dia macam nak kena selsema, so saya bagi siap2 ubat selsema. Sekarang ni kul 10 malam, saya dah kerahkan dia tido sebab esok dia nak bangun awal.
pagi tadi, lemah sungguh nampak dia, berakfast pun tak nak..lemah jer pergerakannya. Dan perkara2 yang saya takutkan berlaku juga..iaitu dia dah tak nak g taska dan claim nak pegi umah bbsitter dia. Saya tinggalkan selebihnya pada encik suami sementelah saya kena kejar komuter untuk ke tempat kerja. Kalau terlepas, maknanya lambatlah saya akan sampai ke pejabat.
encik suami melaporkan yang fawwaz muntah pagi tadi dan mengadu sakit perut..baru sebentar tadi saya google kat internet..rupanya, apabila toddler kita under pressure pun leh membuatkan dia sakit perut dan muntah..huhuhu..adakah tekanan bersekolah ni buat dia jadi gitu. adoi...takut...risau..emo...semuanya bercampur baur.
teacher syikin saya hubungi bertanyakan keadaan fawwaz, menurutnya, fawwaz ok jer, tengah bermain tapi ia ada mengadu sakit perut. Tapi menjelang tengah hari tadi dia dah ok...hari ni dia dah makan dan maybe masa ni dia tengah tido..kesian anak saya tu.
masih lagi saya confius dengan keputusan sendiri menghantar dia bersekolah...ramai yang bagi pendapat itu dan ini. tapi yang mengalami sendiri situasi itu seperti saya, mesti buntu memikirkannya. Adakah saya terlalu kebudakkan untuk handle anak saya sendiri. salah kah saya mahu yang terbaik untuk intan payung saya. saya hanya mahukan intan payung saya itu bahagia..biarlah dia tak advance macam budak yang bersekolah 3 tahun...kalau prestasi hari ni tidak memberi kegembiraan pada saya. esok saya akan hantar dia ke rumah mak aninya. biarlah dia akan jadi manja balik, suka hati nak bangun kul baper..nak makan time bila...saya tak mahu kebahagiaan yang dia kecapi dulu di rampas dek kerana ketaksuban mak dan ayahnya mahu dia jadi bijak...saya tak mahu menghukum dia. kami dulupun taska 6 tahun, tapi kami mampu berkerja yang bagus dan berbangga dengan kehidupan kami sekarang..saya nekad...kalau hari ni badan dia mengecil dan dia kelihatan lemah, saya mau hantar dia ke rumah mak ani semula. huhu..emo tak tentu pasal mak fawwaz ni. Saya rasa anak saya tak bersedia untuk menghadapi situasi yang sebegini.....
Wednesday, March 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment