panasnya hari ni..bukan cuaca jer panas tapi keadaan yang panas..cam semalam, nak tido pun susah bila panas. Sian kat anak saya tido semalam pakai pampers jer..terus tak cun anak saya tu.saya plak jangan cakap ar..semauanya pendek2 jer. Tak elok dengan keadaan cuaca sekarang ni. Cepat mendatang kan penyakit.
semalam..keinginan nak minum teh 3 layer terbantut lalu kecewa. Yelah dari tengah hari semalam mengidam nak minum air tu(mengidam?????)..dah beli. sepatutnya lebih sedap kalau diminum terus dari plastik tu since gula melaka dia masih tak tercampur lagi..tapi encik suami sangat rajjin humban semua dalam jug..sampai semuanya bercampur dan jadi tawar ...hangin jer Terus saya jadi emo tak tentu pasal. mood yang pada mulanya baik terus jadi emo..hehe..memang bini encik suami ni suka emo lebey-lebey.encik suami pula tak habis2 minta maaf. hari ni nak claim lagi teh 3 layer tu. kali ni nak minum sorang2 tak nak share(perghhh......perangai bini encik suami ni tak nak ubah2 yer?)
Encik suami study kat rumah semalam..tapi rasanya dia takleh nak study kat rumah, yelah ngan mulut bininya pok-pek...mulut anaknya pun sama naik. sian encik suami.kul baper dia tido semalam pun tak tahu. Memang banyak dugaan bila kena bahagikan masa bekerja dan belajar balik .aku pun sendiri tak leh nak bayang kalau kena belajar balik, dengan rasa penat nya bila balik keje pastu nak concentrate plak nak study..penat badan dan penat otak.
belek surat khabar tadi ada sale 'metrojaya' kat summit usj. Harus ajak encik suami g tinjau ni. Ada hati lagi tu, padahal keadaan kewangan dah tahap negatif...encik suami harap memahami.kawan yang dok shah alam pun sila tinjau jugak yer. rasanya kat tingkat 4. I-City pun tak g lagi. tuelah encik suami ajak hari ahad hari tu tak nak g. pastu tengok blog dayu g sana, cam cantik jer kalau nak tangkap gambar bagi yang gila bergambar macam aku.
Okeylah..that all lah for today...rindu kat little boy saya. tengah buat aper ek dia sekarang. harap2 dia jangan kacau baby yang 'mak ani' baru jaga. baby tu sangat cute. mak ayah dia sangat hensem dan cantik...hai sempat lagi aku cuci mata semalam tengok ayah dia yang cute(cute?)..hahaha..ape nak jadi ngan bini encik suami sorang ni...
saya sayang anak teruna saya.....
bye for now
2 comments:
bagus... dahmakin hebat ber blog mama fawazz nih... memang panas lah sekarang
mamafawwaz to haza
aku kan yang berblog dulu dari korang kan?hehehe
Post a Comment