CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Wednesday, May 25, 2011

Bila Si Kecil Berkata-kata

As Salam....

Agak tenang pagi ni..Alhamdulillah...emo Nur kasih pun dah takder dah. Cuma masih terngiang-ngiang kata-kata intan payung masa dalam kete semalam.

"mama..ummi kata kek besday fawwaz takder...sian fawwaz..

Speechless dan terharu sebab insan sebesar fawwaz sudah mengerti erti keraian besday dalam hidupnya. Ingatkan tak nak celebrate besday der tahun ni. Sebab hadiah melancong ke Kuching adalah khas mencapai impian der untuk naik kapal terbang. Tapi kata-katanya itu buat kami terkesima dan sentap sebab teruknya kami sebagai ibu bapa yang gagal buat anak kami happy dengan hari lahirnya...aduihh...sian intan payung. Mama akan cuba bahagiakan fawwaz.

So we decide untuk g survey kek besday der hari ni ngan barang2 nak buat goodies beg. Maybe kami akan celebrate besday kat sekolah der. Biar der pun dapat merasai seperti mana kawan2 der yang celebrate besday kat sekolah. Tarikh cadangan ialah 30hb Mei 2011 (isnin) sempena mengambil keberkatan hari tersebut.

Tema kek....Ben 10 ke Ultraman. Intan payung sangat meminati ultraman. Tapi Ben 10 pun ada kelas der sendiri.

cantikkan...ni copy dari gambar jer.....tapi mesti intan payung suka

Ni mesti der tak sabar nak ngap punyer....

Goodies bag nak buat sendiri ker atau nak tempah jer....rasanyer saya dan encik suami ada masa kot nak buat. Hehe..intan payung pun leh tolong. Tapi masalahnya..minggu ni saya kana menghadiri perkahwinan adik saya kat Segamat....adeh...sempat tak. Ikut hati saya nak goodies bag yang leh letak muka intan payung tus...hehe...gempak sikit kan....Saper ada link yang boleh buat personalised gambar intan payung kat goodies bag....haishh.excited pulak rasa bila melibatkan intan payung....mesti der pun suka. Der memang suka kek.


checklist untuk Besday party intan payung:

1) Kek- samada tema Ultraman atau Ben 10( he will decide)
2) Goodies beg- 40 pax.

Harap dapat jayakannya.....we love u intan payung....:)

No comments: