As Salam...
Hari kedua di Kuching. Sarapan yang sangat hebat sebab buffet der banyak dan sedap. Lebih kurang 10.30 a.m kami bertolak ke Sarawak Cultural Village a.k.a Kampung Budaya Sarawak. Perut pulak tiba2 meragam. adeh...tapi seb baik tak mudarat sangat. Garmin encik suami pulak pada mulanya bawak kami ntah ke mana ntah. Boleh pulak Kampung Budaya Sarawak tak boleh calculate route dalam garmin. Hulu sangat agaknye. So nak tak nak kena lah tanya jugak orang tempatan. Seb baik laluan der still di atas landasan. Buatnya yang nak pergi tu hulu tapi kami kat hilir, memang naya.
Berkat kepakaran encik suami tentang jalan ni akhirnya kami sampai jugak kat situ. Memang hujung dunia lah. Sampai kat situ lebih kurang kul 12 lebih. mengikut front desk tuh penghuni2 kat rumah situ tengah berehat, So kami dibagi option samada nak berjalan2 dulu atau nak makan dulu. So perut still lagi kenyang we decide untuk teruskan berjalan. By the way performance kul 11.00 a.m dan 4.00 p.m. So nak catch up performance tus kami teruskan menerjah dari satu rumah ke satu rumah yang ada di situ. Oh ye, bayaran untuk masuk ke Kg. Budaya Sarawak RM 60.00. Agak mahal tapi berbaloi, sebab menjelejah kampung ini seolah2 sudah menjelajah seluruk etnik2 di Sarawak ni. Layan gambar dululah.
Selepas bayar untuk masuk, kami dibekalkan dengan passport. Macam pegi ke Taman tamadun islam dulu. So kami kena dapatkan cop untuk setiap rumah yang kami lawati. Rumah pertama yang kami lawati ialah Rumah Bidayuh dan Next rumah Iban.Nak citer lebih pun tak reti..layan gambar jerlah.
Rumah bidayuh
aktiviti:try guna kisar padi, try alat muzik der, try guna sumpit
Rumah Iban...rumah der cantik...
BTW, kat kampung budaya ni kita leh sewa costume etnik2 kat sarawak dengan harga 10 hengget jer. Tapi leh pakai untuk jalan2 kat tempat terdekat jew. Atas nasihat akak tu, saya dipakaikan dengan costume Puteri Iban. Sarat nyah. Ngan mahkota bagai. So hasilnyer....hehehe.Encik suami dan intan payung tak mau join saya. padahal akak tu beria suh intan payung pakai ala2 paklawan iban (pakai cawat) . Sebab tulah der tak nak.
macam lawak pun ada.....layankan jerlah.
Lepas tu perjalanan diteruskan dengan rumah penan, rumah orang ulu dan macam2 rumah lagi, Setiap rumah ada keistimewaan der sendiri. Tapi kebanyakkan rumah derang ni tinggi. Penat mak nak mendaki. Kalau bawak baby, memang penat lah nak memanjat. Seb baik intan payung relax jer. Dahlah mulut tak mau diam. Semua orang mau disapa nyer. Rasa nyer setiap rumah yang kiterang masuk, semua orang nak kawan dengan dia. Kuat tul penangan intan payung. Next rumah just layan gambor jerlah. Tak ingat nak describe satu-satu.
Rumah orang ulu dan Orang Melanau.Lps jalan penat minum air....heaven
Banyak-banyak rumah..rumah yang yang kira bersih dan kena buka kasut ialah rumah melayu. Macam malas masuk pada mulanya sebab rumah melayu memang biasa kita tengok di mana. Tapi sebab nak penuhkan cop kami masuk juga.Buat pertama kalinya intan payung belajar main congkak. Saya ngan encik suami pula ke dapur tengok camner kuih sepit (love letter) dibuat.Rumah melayu sarawak lebih kurang rumah kat Melaka, sebab reka bentuk der cantik.Next rumah cina. kami tak singgah sebab hampir kul 4 .00 p.m. Dan saya dah penat. Rasa cam nak duduk jer. cop pun tak amik. Terlepas satu cop.
Rumah Melayu dan Rumah Cina....
Pukul 4.00 p.m, persembahan kebudayaan pun bermula. Semua tarian2 etnik kat sarawak dioersembahkan satu persatu. Berwarna -warni itulah yang boleh dikatakan dengan persembahan derang. Terhibur dan hilang penat tawaf kampung budaya ni. pukul 5.00 p.m kami meninggalkan kampung budaya dengan perasaan puas hati. Cuma satu je, tak sempat nak beli seveniur kat situ. Adeh, terkilan sebab takder kenangan yang boleh buat balik. Takpe ar cukuplah gambar sebagai kenangan.
persembahan budaya....rocks!
Best dan pancit.....
Bersambung Part 2- Kek lapis Dayang Salhah ngan Land mark Sarawak.....
No comments:
Post a Comment