Macam-macam citer yang ada dalam kepala. Macam citer 2 nak bagitahu. Banyak benda yang ingin diutarakan. ok let's go one by one...
Citer Pertama- Review citer Chinese Fairy Tale yang hanya ditonton di rumah
Semalam agenda menonton Nur Kasih tak kesampaian. So Kami menghabiskan masa menonton citer yang di download kat syok.org (sila pegi melawat). Layan citer cina pun oklah.Citer kat tv pun takder yang menarik pun semalam.
Chinese Fairy Tale
Rupa2nyer pelakon kegemaran saya Louise Khoo berlakon citer ni. Antara aktor chinese yang memang kegilaan saya sebab kulit der tanned bagi chinese....weee..sadly citer ni hampes. Bosan sampai menguap dekat 100 kali sebelum we decide baik tido kowt. Citer der pasal "ghost buster" yang jatuh cinta ngan hantu. Macam mengarut. Tapi ada scene gaduh2 lah. Hari tu dah release kat panggung tak pasti sekarang ada lagi ker tak. boleh bagi ranking 2.5/5 jerlah. Tu pun sebab aku nak tengok hero pujaan hati aku tu. Kalau tak..memang tak tengok...suka tang mulut senget der tus..aduh cair.
hensemmmm.....
Citer kedua-alkisah mimpi
macam pelik kenapa harus termimpi seseorang yang kalau boleh dah tak mau dah jumpa der. Adeh. Pelik. Kenapa harus mimpikan makhluk tu. Ape petandanya. Rindu ker..? sangat tak...mm. Maybe mainan tido jer kot. mimpi tu makhluk tu cakap ngan aku tapi aku buat muka selenge jer...haishh..malas nak ingat. Tak pasal2 punah mood aku untuk hari ni.
Citer ketiga- Review Akhabar
banyak2 berita pagi ni..berita ni paling aku tak tahan baca.."ANAK TIGA TAHUN LEMAS DALAM KERETA-AYAH TERLUPA" .kenapalah cuai sangat ayah dia sampai boleh tertinggal anak sendiri sampai lemas dalam kete. Kesian..budak berusia 3 tahun tu menjadi mangsa. so kawan2 kat luar sana..sila berhati2 dan pastikan anak anda sentiasa bersama anda walaupun anda nak isi minyak. Pengalaman sendiri : saya selalu bawak Intan payung isi minyak..walaupun hanya nak g bayar, saya memang pastikan akan bawak der bersama. Rasa tak pantas kalau tinggalkan dia berseorangan dalam kete. Sebab saya tahu walaupun der dok sorang2 dalam kete, macam2 leh jadi. Ok berbalik pada kisah tadi tak pasal2 pagi saya menjadi sayu , Tak habis lagi dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan anak2 yatim kat hulu langat tu, citer ni plak. Haishh.....sebagai seorang ibu, cukup tersentuh kalau baca kisah2 sedemikian. rasa nak balik peluk intan payung sekarang juga...huhuhu.
Citer keempat-Adakah anda?
Baca kisah hiburan Juliana Ibrahim selepas berkahwin dengan suaminya warga belanda. Tak kenal saper juliana Ibrahim..ni gambar der. Selepas berkahwin dia hanya menjadi surirumah tangga dan dah jarang2 tengok der berlakon kan sebab nak utamakan kehidupan rumah tangga der.
Cantik kan dia.
Bukan nak citer pasal kehidupan der sebenarnya cuma mahu share pendapat sendiri. Adakah anda akan berhenti kerja atau tinggalkan segala2nya sekiranya anda sudah berkahwin .It means being a housewife sepenuh masa .Pendapat saya dan bukan nak cakap kat sapa2: rasanya baik jangan..sebab kita tak tahu ape yang akan jadi kat kita nanti. Mungkin suatu hari sekiranya dia takder atau meninggalkan kita, kita akan kehilangan punca sebab kita tak pernah bekerja. Better bekerja juga untuk cari aset sendiri (such as kereta dan rumah dan duit poket) . Kalau bukan diri sendiri pun at least sebagai langkah berjaga2. Bukan doa cuma baik kita berjaga sebelum kena. Bare in mind "always have a back up plan". Personally saya memang tak bulih kalau tak bekerja. Walaupun mungkin saya tiada jodoh JKR nanti insya Allah saya akan terus bekerja. Sebab saya mahukan jaminan hidup saya sendiri sebelum menjamin hidup orang lain juga harta saya dunia akhirat, Fawwaz. Seseorang yang berpengalaman pernah kata...sebanyak mana anda sayang kan orang itu....tinggalkan juga kasih sayang itu pada diri sendiri. Jangan serahkan 100% kasih sayang itu. Betul ker. ?ada betul jugak.
mood meroyan pagi hari ni sebab baca kes budak pompuan mati lemas tu...Hidup memang tak dapat dijangka kan.?
No comments:
Post a Comment