CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Monday, June 6, 2011

Happy 4th Birthday Intan payung.....alhamdulillah

As salam....

Alhamdulillah, selesai jugak misi menyambut besday fawwaz kat sekolah der. Sedikit terkilan jugak sebab tak sempat bersama2 nak menyambut besday der di sekolah. Tapi seb baiklah dah kirimkan kamera kat cikgu-cikgu untuk disnap sempena majlis besday der berlansung..kalau tak. takderlah kenangan untuk mama dan papa.Tersenyum, puas dan bahagia. tulah perasaan bila lihat intan payung gembira. Meleret senyuman nya sampai ke telinga. Mama akan cuba ape yang terdaya untuk bahagiakan fawwaz. Hilang serabut kerja jap melihat intan payung tersenyum. Mama akui senyuman intan payung adalah yang paling termanis dan ikhlas. Kalau rasa nak marah pun mesti tak jadi melihat senyuman cair der.

senyuman penawar gundah gelana saya.....dia!

Pencarian kek fawwaz dilakukan pada hari sabtu.Kali ni memang semua dilakukan last minit. So nak tempah kek Ben 10 pun agak gagal ler. So kami beli jer kek yang dah siap, cuma pilihan di tangan intan payung untuk memilihnya. Walaupun pada mulanya saya nak kek yang perasa mangga tus, tapi intan payung nak kek yang ada decoration doraemon. So we all decide abil kek tu. kata kek der, biar jerlah der pilihkan. Kalau kek mama fawwaz, bulan 7 jer ek...hehehe.

Kek fawwaz yang hampir ranap....seb baik kena sikit jew

Lepas cari kek fawwaz plak, pencarian untuk buat goodies bag fawwaz pula. Dari dalam kete dok terfikir2 nak sumbat hape lah dalam goddies bag tus.Kalau beli mainan, macam tak mendidik pula. So kami decide nak letak kaler pencil untuk kawan2 fawwaz. Yang lain macam biasalah kenalah ada gula-gula, jelly dan juga snack dan semestinya air. Hasil pencarian goodies bag fawwaz maka terhimpunlan seperti gambar2 di bawah. Besanya kalau beg goodies bag mesti ada gambar happy besday, kalini we decide nak lain sikit. ala2 macam nak bagi goodies bag untuk kenduri gitus...hehehe..persiapan awal lah kot. Masing2 sibuk memasukkan barang2 dalam goodies bag. Best rasanya. Besanya buat untuk 20 jer kali ni kena buat goodies bag untuk 30 pax. yelah, kawan2 fawwaz kan ramai.

persiapan buat goodies bag fawwaz.

dan hasilnyer..hasil kerjasama saya, encik suami dan intan payung......

goodies bag fawwaz.

Since rasa tak cukup lagi kelengkapan birthday fawwaz ngan aksesori seperti topi ngan selainnyer, so saya dan intan payung bergegas lagi ker kedai yang berdekatan untuk melengkapkan lagi. Akhirnya barang2 yang saya pelukan dah dibeli. Kiranya dah complete lah untuk besday party fawwaz.phewww...lega.

ready untuk dihantar ke tadika fawwaz.

So the Day....hari yang ditunggu untuk celebrate besday fawwaz. Ingatkan sempat untuk sama2 celebrate besday dengan dia dan kawan2, tapi terkilan sedikit..sebab sampai2 majlis dah siap. Tapi seb baiklah gambar ada untuk kenangan mama dan papa. Kalau tak hampa...hehehe..suka-suka.

jom jamu mata ngan gambar2 fawwaz kat taska der




Alhamdulillah....berjaya juga misi untuk buat besday fawwaz....love u.

No comments: