CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Thursday, July 28, 2011

Saya Wanita yang bertuah itu....(^_^)

As salam...

Alhamdulillah...27.7.2011, genap umur saya yang ke 29 tahun(tak perlu rahsia kowt, ape ada pada umur). Setahun lagi umur ku bertambah dan semoga semakin banyak benda manfaat yang akan saya lakukan. Jangan dibazirkan kehidupan yang sekali ini. saya bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku dan memberi kesempatan untuk aku mengecap nikmatMu yang tak terhingga. Memberi peluang padaku untuk hidup disekeliling orang yang aku kasih dan cinta.

saya bertuah kerana hidup dikeliling dengan orang-orang yang menyanyagi saya. Pagi2 lagi semasa bawa kereta, ibu saya dari kampung telefon wish besday. Terasa bersyukur kerana ibu ku itew masih mengingati hari lahir anaknya ini. Dan insya-Allah saya juga akan terus mangingati besday intan payung walaupun dia sudah besar,

kawan-kawan yang tak lupa wish ungkapan keramat itew. Sungguh saya terharu dan rasa sangat dihargai.

dan yang paling penting, encik suami adalah orang pertama yang tak pernah lupa untuk mengucapkan ungkapan indah itew, Walaupun bagi orang lain, hari lahir sekadar biasa, tapi bagi saya dan encik suami, hari jadi saya, dia dan intan payung adalah sesuatu peristiwa yang sangat besar hidup kami.

tapi yang kelakarnya pula, di hari lahir saya kali ini , saya ditugaskan untuk menjadi puan pengerusi majlis untuk mesyuarat warga BSFJ. berdebar, cuak dan tak tenteram...semua perasan ada.Bukan ape, dah lama kot tak berada di khalayak ramai. Untung jugak ada teman, kalau sorang2 mau terkucil jugak. alhamdulillah, urusan itew pun dipermudahkan...amin Ya Allah.

dengan hisyam..partner emcee of today...:)

emcee of da day....hehe....

dan tahun ini..adalah yang terindah seperti selalu, Terima kasih encik suami di atas kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi.Sesungguhnya saya wanita bertuah kerana disayangi oleh anda.Terima kasih kerana tidak pernah mengecewakan saya. Tak pernah memberi ruang untuk saya bersedih di hari lahir saya ini.saya bersyukur kerana saya wanita yang dipilih Allah untuk menjadi isteri anda kerana anda seorang yang penyayang. Terima kasih love.

saya sukaaaaaaaaaaa sangattt........

ohhh...chenta

No comments: