CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Monday, July 11, 2011

"Roses Are Forever"

As salam....

Aktiviti hujung minggu. Memanglah aku tak betah dok umah.kepala otak selalu berpusing nak g mana. Terbaca status FB pasal FLORIA kat putrajaya, so kami ke sana selepas mengorder Dominos. Cadangnya nak berpiknik tapi apekan daya baru terpikir nak piknik kat mana kat Putrajaya tus . dahlah baru lepas hujan kan. So batalkan niat piknik terus shoot ke FLORIA 2011. Tempatnya bertempat depan Waterfront presint 2.

copy dari Google.

Scenary bunga-bunga yang sangat cantik dan menggoda. Sayang nya aku jenis bertangan panas so memang takkan tanam bunga. Mula2 masuk tengok gerai2 bunga memang membosankan, tapi bila masuk ke perkarangan taman bersebelahan gerai bunga2 ni, memang bersemangat habis.kredit tuk encik suami yang ambik gambar lawa2. let picture do the talking jewlah

kat nursery bunga-bunga....pokok bunga dijual pada peminat bunga.

The Garden-cantik2 dan menggoda......

Pameran "garden" ni semuanya cantik2 dan di persembahkan oleh badan2 dan agensi seperti sekolah dan universiti.Sangat kreatif dan cantik sangat. Rasa nya kalau dok lama2 kat sini pun takper. Hampir keseluruhan garden yang kat situ nak amik gambar. Yang cantik jer..yang tak cantik memang takder dalam lensa encik suami.

cantik2 uolsss

us

Ada jugak dibuat Mini hutan yang berperanan untuk anak2 kita mengenali dan mencintai hutan.redah masuk jugaklah....adeh penat tapi seronok ar sebab intan payung enjoy.

tu dia....intan payung kalau posing

memang ada lagi tempat yang tak jelajah sebenarnya kat FLORIA nis...tak larat dan semput nak habiskan..tapi memang warna -warni dan best.ape lagi silalah terjah yer pada peminat2 bunga dan taman,tak rugipun pergi. Masuk pun percuma.

3 comments:

Unknown said...

intan payung yg comey

MAMAFAWWAZ said...

autie:mekasih.....heheh

Sya Ahmad said...

cam best jek...nk pi la...