CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, August 6, 2011

Puasa ke Lima =cerita kul 2 pagi

As salam....

Dugaan berpanjangan sepanjang Ramadhan ni.. Bermula dengan intan payung demam pada ramadhan yang pertama,Lepas tu encik suami pula menyusul demam. Memang ituew sudah di agak. Kalau salah seorang sakit, memang kena standby untuk sorang lagi baby boy akan sakit. Maybe agaknya pertalian darah yang agak rapat menyebabkan derang jatuh sakit serentak. janganlah t dapat anak kedua pun cenggini. Haru dibuatnya, kalau semua ikut papa der saki
By the way, semalam saya berterawikh sorang2 since encik suami tak sihat. Intan payung saya tinggalkan bersama encik suami. Kul 2 pagi encik suami kejutkan saya dan bagi isyarat suh saya rasa badan intan payung. Panas dan bahang. Lepas amik suhu, Ya Allah, mencapai 39.8. Dengan pantas saya ajak encik suami ke DEMC untuk refer. Sebelum ni der demam, pastu dah baik. Ni demam balik, so tindakan segera ialah bawak der terus ke hospital...takut dengue.

Tepat 2.30 a.m saya tiba di unit kecemasan DEMC. Memang takder orang kecuali kami. Lepas diambil berat dan suhu, ternyata still tinggi dan tahap membimbangkan. So bullet dimasukkan ikut punggung untuk redakan demamnya. Masa ni memang si intan payung tak bagi kerjasama sebab der tahu masukkan bullet tu agak sakit. Tapi lepas diugut t kena cucuk, akhirnya proses tu berjaya.

Jumpa DR, lupa namanya, tapi sangat baik. Buat prosedur biasa, Saya request untuk ambil darah. Just untuk kepastian. Sekiranya bukan denggi saya agak lega. Sementara tgu pathology datang, intan payung di nebulizer sebab batuk yang agak teruk jugak. Yang ni sebab der dah biasa so der diam jer.

nebulizer untuk kesekian kalinya

asapppp.....


sokongan moral dari papa...terharu sangat tengok 2 beranak ni....

Lepas nebulizer, proses amik darah plak..tu pun 3 pagi. intan payung still bagi kerjasama lagi, memang dia seorang fighter. Mama bangga ngan kamu intan payung. Kesian plak kat encik suami sebab terpaksa dukung intan payung ke hulu ke hillir. Saya tahu dia risau. Nak 2 bila melibatkan intan payung. Ikut kata der der nak suh intan payung admit jugak. Tapi DEMC penuh.


amik darah...

Result darah negative denggi, tapi Dr kata disebabkan bakteria. Sebab darah putih naik.lepas urusan pembayaran dan amik ubat lebih kurang kul 4 pagi sampai umah. Terus sahur termasuk intan payung sebab nak makan ubat. Kamu buat mama nyaris kena heart attack nak...masih dalam tempoh berjaga-jaga lagi. Doakan moga intan payung saya sembuh...amin









6 comments:

haz@ris said...

fawwaz cepat sembuh ye..

haz@ris said...

fawwaz cepat sembuh ye..

iJa adaMaYra said...

Get well soon fawwaz. Wan, hope u b strong.

MAMAFAWWAZ said...

haza:terima kasih....:(
ija:aku tengah cuba kuat diri walaupun kadang2 hati tak kuat juga..Moga Allah permudahkan ramadhan ku

anata said...

kak wan: sedey tgk fawwaz sakit camni....get well soon my twin (^.^)

MAMAFAWWAZ said...

nina:nina sedey..kak wan lagi sedy..seb baik dia dah sembuh