CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Tuesday, October 18, 2011

P.L.A.S.T.I.K


As salam....

Tuhan tak pernah uji sesuatu lebih daripada kemampuan kita.Mungkin aku tergolong daripada golongan yang kuat walaupun aku ni agak cengeng, maka tuhan menguji aku. Sebelum ni aku yang kena menjalani pembedahan, tapi kali ni intan payung pula. Dan sebab musababnya adalah Plastik!owh, kenapalah kamu hinggap di hidung permata hidup saya wahai encik plastik. Jom story mory

kisah bermula lebih kurang seminggu yang lepas apabila, kami terdetect bau yang annoying yang kuar daripada hidung intan payung. Naluri keibuaan saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Tapi sebab desakan tugas ke kedah minggu lepas, maka encik plastik itu telah berada di dalam hidung intan payung saya lebih kurang 2 minggu.

 sebaik sahaja aku pulang dari Kedah, kami membawa intan payung ke Klinik favourite der, untuk dapatkan rawatan. Selama sejam bertungkus lumus tetapi hasil tetap mengecewakan. Dan masa ini , kami hanya dapat melihat ada benda asing di dalam hidung intan payung tanpa leh menjangka apekah yang ada di dalam hidung der tu. sangat susah hati okey. walaupun der relax jer tanpa menampakkan kesusahan bernafas.hai anak,,anak...anda memang fighter. wan muhammad fawwaz Rifqi

kat klinik Nik Ishak semasa mendapatkan rawatan- Gagal

So Dr. Badrul menyerahkan surat refer letter ke Hospital Serdang...hello again...miss me?Pagi2 lagi keesokkan harinya, encik suami dan fawwaz dah terpacak ke sana untuk refer kes der ni. Aku.?still di pejabat dan sempat menghadiri mesyuarat penyelarasan UPSJ Utara. Gigih bukan. *sigh*. Lepas mesyuarat aku terus bergegas ke Hospital. Lebih kurang kul 3.30 p.m baru kami di panggil masuk berjumpa pakar. Masa ni der masih boleh bagi cooperation. Dr di hospital telah cuba sebaik mungkin untuk mengeluarkan benda di dalam hidung der. Tapi oleh sebab intan payung sangat gagah perkasa...maka jalan terakhir..bius keseluruhannya dan tarik benda ituw keluar. Sound familiar dengan kes aku sebelum ini. Aduyai..cuba kuatkan diri.

Masa ni ok lagi kot, bila dah 3 kali percubaan gagal, maka semua orang kena marah dengan der.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, fawwaz admit  kat Wad Pediatric (5B) dan diarahkan puasa. sian kat intan payung. Kelaparan dan keletihan selepas bergelut dengan Dr tadi. Beberapa kali dia minta nak makan, tapi arahan Dr yang mengarahkan der berpose jadi berlagak hati kering jer masing2. Kami pun tak makan sekali. Memang tak lalu dah bila memikirkan prosedur yang akan fawwaz akan lalui pada malam itew. 

di suruh baring pun tak nak...trauma sebab di paksa tadik..sian anak mama.

sempat lagi posing walaupun mata dah bengkak...sedih..huhuhu

Tepat pukul 9.00 malam katil yang akan di bawa ke bilik pembedahan sampai. Fawwaz diarahkan menukar baju pembedahan, dan dibacakan prosedur pembedahan pada malam tersebut. Masa ni, aku memang dah start nangis dah. Memang tak kuat sangat masa ni. Berkali fawwaz dipeluk dan dicium. bila nurse suh tukar baju, der excited, mungkin bagi der nak main permainan ape lah kot. 

muka keletihan...sian anak mama di arah berpuasa.

sayu sangat masa ni

dan ditolak keluar ke dewan pembedahan

tangan tak lepas daripada papa der...sayu sangat masa ni.

Sampai ke tempat dewan bedah, masa ni memang air mata tak henti-henti keluar. Encik suami jer berlagak tenang walaupun saya tahu der pun tengah sedih. Masa ni Dr tanya sama ada ayah atau emak yang akan escort fawwaz ke tempat bius. Saya pandang encik suami. Saya memang tak boleh dan tak kuat. Encik suami di pakai pakaian macam fawwaz.Saya pula menunggu di bilik menunggu, Perasaan ?tak boleh nak citer sebab air mata tak henti-henti keluar. Rasa nak g jengok intan payung tapi tak berdaya. selang 5 minit, encik suami join saya. Rupa2 nya beliau hanya boleh meneman fawwaz pada masa bius sahaja. Lepas tu,intan payung sendirian di dewan bedah. Encik suami pun memang tak boleh menahan perasaan.dah  lama saya tak tengok der nangis. Maybe der pun sedih nak2 fawwaz memang rapat dengan der. sayu situasi masa tu. Kami berpegangan tangan. dua-dua nangis.

pukul 10.00 malam, kami dipanggil untuk menunggu fawwaz. Masa ni masing2 dah okey sikit. tapi still rasa sedih. Tepat pukul 10.30 malam, fawwaz ditolak keluar. Kesian tengok fawwaz masa ni. Der masih blom sedar. Tumpah lagi air mata. Kesian sangat kat dia, yelah der masih kecil.

lepas kuar daripada dewan bedah..huhuhu

Masih blom sedar.

sedih sangat,,,,

Lps sedar, der ngadu pening. Kesan daripada ubat bius. Kami cuba menenangkan der. kul 11.30 selepas recovery, fawwad ditolak ke wad semula. Masa ni der tak berdaya, yelah dahlah tak makan. Cuma bergantung pada drip jer. Lepas dok merengek2, akhirnya der tertido sampai pagi, Encik suami pulang sebab hanya seorang dibenarkan menunggu. kul 5.30 pagi baru intan payung nak minum. 

paginya , keadaan der beransur ok. Dah tak pening dan leh makan . Dua pinggan nasi goreng habis. Lapar agaknya. Lebih kurang kul 2.00 petang, kami dah leh discharge. Alhamdulillah. Memang tak dapat dilupakan. Ape yang ada di dalam hidung saya. Rupa-ruapanya..;


tak boleh nak imagine caner der leh masuk ke dalam hidung saya....serammm.maafkan mama yer intan payung


4 comments:

Unknown said...

huhuhuh
alhamdullilah.. nak keluar dah ansir dlm hidung fawwaz
camne na leh masuk palstik tu kan
perrghhh
tak sanggup kan tgk anak sakit2 kena operate gini

Unknown said...

sedihnya kak wan.. syukurlah semuanya dah selamat..:)

Yaya said...

plastik ape tu..alahai siannye dia...hope cpt baik..

Ibu Lala said...

alhamdulillah. cane plastik tu leh dok dlm tu. memang suspen giler ke bila anak nk msk ke OT tu. seram je..memang kena operate ke?? (excited nak tau.)