Lamanya tak berblog...lebih kurang 4 bulan meninggalkan arena blog ni.bukan aper, tahler sibuk kot ngan rutin harian. pagi, dah bergegas ke office, balik keje dah penat dan terbongkang dah lepas mandi..so dah tak sempat nak jengok blog kesayangan.bukannya tak rindu nak berblog tapi ntahla..semuanya dah jadi tak betul sejak keje kat ofis baru ni. betul lah kata pujangga lama"ape yang kita suka tue tak semestinya baik untuk kita, dan tak semua yang kita benci tue tak baik untuk kita.anyway..hari ni mood untuk menulis kembali ...takder banyak perubahan sebenarnya dalam hidup aku..cuma bertambah gembira coz fawwaz dah pandai bercakap. so dialah kawan karib aku setakat ni selepas hubby. telatahnya selalu buat kami gembira dan bersyukur kepada tuhan kerana kurniakan anak seprti fawwaz.
lately, macam2 masalah kat ofis yang aku hadapi. tapi dorongan daripada hubby dan fawwaz buat aku tak lemah semangat. aku kena kuat untuk menghadapinya walaupun kadang kala aku rasa dah tak sanggup menghadapinya. ketika aku menulis blog ni..fawwaz tengah main dengan motornya. lucu melihat telatahnya..tapi dia tak kacau mak dier nak berblog pun dah kira baik.
Petang ni nak keluar menghadiri sepupu punya akad nikah..ader ketakutan dalam hati nak bawak fawwaz pegi ke tempat keramaian since H1N1 tengah menular..tapi ape nak buat...kena pegi gak lah coz mother I.L insist nak menghadiri majlis tue.
hati ni sangat risau...yelah bila baca korban H1N1 ni tak kenal umur. Yang paling takut ialah bila mangsanya adalah budak2. Ntahla..aku berdoa sangat kepada tuhan yang virus ni tak kena pada keluarga kami...amin.
latest vacation yang kami pergi ialah Genting Highland sempena menyambut hari jadi Papa...Bestnya kat sana coz fawwaz sangat cerdik dan dah tahu semuanya.Perjalanan kali ni pun dah tak susah masa fawwaz masih kecik. Walaupun still lagi lasak..tapi dah boleh di kontrol.hopefully dia akan berperangai baik petang ni nagan esok coz hari ni akad nikah dan esok hari sanding sepupu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hahaha, che cik, angah ni, asl blog che cik berterabur?
hahaha, hihihihi, fawwaz :)
rindu fawwaz~
ellyn..kak huda link ellyn kat blog kak huda ye..
Post a Comment