CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, August 29, 2009

Puasa yang ke-7-Akhirnya terpaksa keluar gak...

fuhhh..baru je selesai solat terawikh dengan hubby...sangat indah bila dapat bersolat berjemaah dengan yang tersayang.walupun banyak gangguan daripada fawwaz tapi akhirnya kami dapat gak selesaikan solat terawikh tue.heeee fawwaz ni buat kami rasa nak gelak ngan gelagatnya.geram jer.terpaksalah solat kat rumah yelah kalau solat kat masjid mane nak letak si kecik tue,dahlah suara cam tak payah pakai mic kuatnya..kalah tok iman di buatnya.tapi nak buat camner, kitaorang semayang dalam bilik permainan dia.

hari ni terpaksa keluar gak g shopping kat tesco walaupun amat takut ngan virus H1N1..ramai gak orang kat tesco.Tapi kalau kami layan jer ketakutan tue dan dok memerap je dalam rumah cam minggu lepas...sangat boringnyer cam nak mati sebab terlalu bosan.si Fawwaz tue lagilah, meragam coz tak leh nak kuar.Yelah, memang biasanya hari minggu kami memang tak lekat kat rumah, ader jer tempat yang nak g terjah. tue kerajaan tak ishtiharkan darurat,kalau darurat camnerlah,terpaksa berkampung dalam rumah sepanjang hari ..no work, no sightseing no shopping(kinda scared ha), no jalan-jalan.. no everything...

sian so fawwaz ..dah lama tak kuar g jalan kan?

so kesempatan yang ader ni kami beli barang2 dapur..so esok leh masak2 kat rumah.ingat cam nak wat ayam papriklah esok.semestinya yang tak pedas sebab si Fawwaz tue tak makan pedas..atau, masak makanan lain untuk dia. Fawwaz plak sampai tesco, lepas kena cubit sebab nak tolak troli laju-laju,terus tido dalam troli(tak bolehlah kalu tak cubit...dia sangat tak dengar cakap), bayang kan banyak barangyang dah beli kena reserved suku jer coz ader budak besar dah makan space dalam troli tue...sian fawwaz. penat agaknya.
Ni memang dia nangis ek, bukan lepas kena cubit.

hari ni berbuka ngan KFC...papa yang belanja.Papa makan ngan nasi, aku plak cam trauma ngan nasi lately, Hopefully, target untuk turunkan berat badan berjaya sebelum raya..so far dah timbang baru satu kilo turun...tue pun dekat 2 minggu tak makan nasi...lama lagilah kena puasa nasi...adoiii seksanya nak cantik ni. tapi tak makan nasi ok gak, badan rasa ringan.puasa tak lesu.tapi dah membesar dari kecik ngan nasi, kadang teringin sangat tapi dah masanya aku control my weight...saya sangat takut ngan gambar saya sendiri.
dah gemok!!!!!

masa ni saya rasa cam kurus sikit...

BTW, dah tukar background blog..tapi still heran maner yang 3 column blog tue, walupun kelebaran dah bertambah, tapi still lagi 2 column gak, Saya rasa saya dah ikut instruction dengan betul tapi takpelah, dah dapat background yang cantik, so ader mood ckitlah nak update blog.

1 comment:

hUdZ said...

che chik,kalau nak blog 3 column juz cr template yg 3 column..kalau che chik nye template pn 2 column mmg xkan jd la 3 column..hehe