CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Friday, March 5, 2010

Fawwaz kena cirit birit

salam...
hari ini saya terpaksa E.L gara-gara fawwaz kena cirit-birit. Alhamdulillah, keadaan dia tak seteruk semalam. Hari ni dia dah mampu mengomel, bermain, dan lasak seperti biasa..cuma mengikut doktor keadaan dia perlu dipantau. Semalam, keadaan dia buat saya rasa kejadian lebih setahun dulu akan berulang lagi.

masa ni fawwaz kena rotavirus..kena admit 2 minggu kat SJMC

sian kat fawwaz....


semalam, saya amik dia seperti biasa kat umah babysitternya. Memang masa mula2 sampai tu, keadaan dia dah lain. fawwaz ada mengadu sakit perut, tapi saya ingat dia just bergurau, sebab memang kadang2 dia agak berdrama dengan saya untuk dapatkan perhatian. tapi saya dah boleh detect kelainan pada tapak kakinya nya yang sejuk...selepas tu memang dia muntah untuk kali pertama dengan banyaknya sampai habis gaklah carpet kat rumah baby sitternya tu.

dah tukar baju semua..dalam kereta dia muntah lagi..tersekat2 muntahnya seperti lekat sesuatu..saya panik sebab dekat separuh lagi perjalanan untuk sampai ke rumah. encik suami saya hubungi..saya tak balik ke rumah tapi terus ke tempat kerja encik suami. kami terus bawak fawwaz ke klinik yang memang dekat dengan rumah. Doktor terpaksa masukkan ubat tahan muntah ikut punggung fawwaz. fawwaz yang didukung oleh encik suami terus meraung, saya pun sekali menangis tengok azab fawwaz, saya memang sensitif kalau melibatkan anak ni..luckily encik suami seorang yang cool..cuma masa doktor menjelaskan keadaan fawwaz semalam, dia yang banyak itu dan ini secara detail..saya tahu ada rasa kebimbangan dalam hatinya pasal anak kesayangannya itu.

fawwaz kelihatan sangat penat lepas muntah banyak kali..dia nak tido tapi dia ngadu sakit perut. surah al-fatihah saya baca ketika saya sapu ubat ke perutnya. tenang seketika bila dia dapat tido.tapi rupanya bukan setakat itu sahaja..menjelang tengah malam, dekat 5-6 kali juga dia sedar sebab sakit perut. Perutnya keras menandakan angin dah banyak masuk dalam perut. Seb baik ada encik suami ada untuk tengok2 kan anaknya. kali pertama dan kedua saya tak sedar bila masa fawwaz bangun mengadu dia sakit perut..tapi kali ketiga saya tersedar..rupa2nya encik suami declare yang fawwaz takleh tido sebab perut dia sakit...dan tercirit dalam pampers. Sian fawwaz. jangan derhaka ek bila besar nanti kat papa kamu..kamu patut bertuah sebab mendapat papa kamu sebagai ayah. kalau ayah kamu sejahat ayah tiri syafiah..silap diterajang nya kamu.(nauzubillah...mintak2 lah dijauhkan)

menjelang pagi..saya dan encik suami dah bleh tido sebab fawwaz dah tak mengadu sakit perut lagi..alhamdulillah. Cuma saya kesal dengan babysitter saya tu, ape lah yang di kasi pada fawwaz sampai dia sakit perut begitu. Biasanya mak ani tak pernah culas bila bab menjaga fawwaz. Entahlah. Saya memang agak takut kalau fawwaz kena cirit-birit..sebab masa kecil dia ada masalah usus dan penah kene rotavirus sampai kena admit.panjang plak entry hari ni...kesimpulannya, fawwaz dah tak cirit birit lagi, cuma buat masa sekarang saya tengah pantau ape yang di makan dan diminumya.

muka kepenatan lepas muntah semalam..sian.


Fawwaz, mama dan papa doakan fawwaz sihat key..bosan kalau fawwaz tak mengomel sehari..rasa nak gila mama dan papa tau tak dengar bebelan fawwaz.

3 comments:

Sya Ahmad said...

sabo la yek...aku rse pas nie better ko prepare semo mknn 4 fawwaz utk anto kt umah bbsitter

Jiey Mien said...

harap2 pasni dah tak jadi lagi dah..
Alhamdulillah Fawwaz dah ok..

MAMAFAWWAZ said...

sya:huhuhu...aku cukupkut kalau fawwaz kena cirit birit

jiey mien:dia dah ok..tapi still kena pantau lagi.