CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, November 27, 2010

Hari Kedua-Cherating

second Day.

Hari dimulakan dengan aktiviti bersenam. Poco2 pun ada. Instructor tu memang bersemangat betullah.Tapi memang best sebab ada semua pergerakan.Bukan saja poco2 malah semuanyalah, hindustan pun ada. Aku ngan Auni turun lambat tapi masih sempat berpoco2. Lepas breakfast kelas dimulakan dengan taklimat mengenai KYKO(know urself). .Aktiviti bergambar sebelum kelas memang wajib.

wif Auni

with geng-geng BSFJ

Kul 10 ada aktiviti bergambar beramai-ramai untuk kenang2an. Hari kedua ni aku still bersemangat lagik nak terima ilmu, walaupun kusut pale dok fikirkan pasai intan payung ngan encik suami..huhu. Rindu sangat kat mereka. Dahlah nak tido semalam rasa berat sangat. Seb baiklah ada kawan2 yang happening cam Auni, shidah dan Linda. Pembahagian Kumpulan kumpulan 1 hingga kumpulan 6 dilakukan. Seba baik dapat group yang sangat best dengan ketua group yang best. Ketua group aku Encik Rusdi(Pegawai Khas KP). Humble sangat orangnya ngan sangat supportive. Ahli group pun sangatlah best. Task yang susahpun jadi senang sebab mereka jenis akal yang genius2. Akhirnya kelas yng bosan habis jugak. Kami merancang untuk berenang petang tu..

So turunlah aku ngan budak2 tuh ke padang..permainan pertama kiterang main netball...fuh lam sungguh tak men netball, memang pancit sangat. Patu budak2 laki ajak men bola tampar...kami main jugak walaupun rasanya sebagai yang buat huru hara game. Yelah..tenaga kami dengan mereka memang tak terlawan. Bosan men bola tampar akhirnya kolam renang yang tersergam indah tu kami terjah..memang best.

Malas nak citer tentang aktiviti kelas. Nak citer aktiviti lepas kelas. Kepala sakit tapi budak2 ni g ajak minum. Rasanya masa tu dah kul 11.30 malam kot. So glah minum kat satu kedai yang masih buka kat situ.Balik minum sambung dengan men ping pong laks dan tak sangka malam tu jugak berpeluang belajar satu lagik permainan iaitu snooker atau pun pool...best sangat.Kredit tu encik hakim ngan shidah yang ajar aku men pool tu hingga aku jadik ketagih..hehehe. Malam tu rasanya dalam 2.30 a.m baru tido. Gilerlah, semua sukan aku rembat main malam tuh.












No comments: