CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Wednesday, November 24, 2010

Hari Pertama di Cherating-Rindunyer!

Salam...
tadaa..saya dah sampai di Cherating dengan selamatnya. Kredit to hakim dan uzair yang membawa kami dengan selamat. Dengan pertolongan Encik Garmin saya juga, kami telah berjaya menjejaki kaki ke Suria Cherating Beach Resort. Melangkah ke lobinya, boleh tahan juga cuma pekerjanya kurang mesra sikit. Serba sedikit dah banned semangat aku untuk kembali ke sini lagik.

First activity, haruslah check in bilik dulu kan..ni lah gambar bilik saya yang tak seberapa( 2 1/2 bintang jer tahap kepuasanya sebab banyak kekurangan bagi saya berbanding hotel yang pernah pergi sebelum ni. Rasanya Holiday Villa Cherating lagik best kowt. Gambar ini adalah sebelum bilik ini disepahkan..sekarang jangan tanya.Hehe.


Lepas menunaikan kewajipan pada yang Esa, bermulalah pemerayapan aku, shidah, Jen (peserta bidan terjun) dan hakim mencari tempat2 menarik di kawasan cherating ni. Sebelum bertolak ke destinasi haruslah bergambar dulukan? Ni lah gambar kat front desk ngan Shidah.


After that, So kami singgah dekat satu pantai nama Pantai Mak Nik rasanya kalau tak salah. Kami berempat sempat lah menjamu makanan wajib dimakan kalau bertandang di Terengganu iaitu keropok lekor. Dengan kepakaran bahasa ibunda saya (terengganu) so dapatlah kemesraan daripada tauke kedai tersebut...dapat mesra pun jadiklah kan.

minum air kelapa...best

jen ngan hakim yang sama2 kami petang tuh.

aktiviti seterusnya, kami terus ke pantai untuk menghirup udara segar yang memang lama dah saya rindukan. Rasanya pulang ke kampung sendiri. Bak sireh pulang ke gagang lah pendek katanya. ruginya gambar takleh diupload.Oleh kerana masih ada masa lapang, kami bermain bola tampar. Walaupun tak pandai tapi oklah kowt setakat nak angkat( ceh tipu jer, padahal bola datang aku cabuttt!) serius lama tak bersukan.

Aktiviti suai kenal dilakukan pada malamnya..Sumpah mata aku takleh buka dah sebab mengantuk sangat. Dahlah dikerah jawab test aperntah, memanglag jawab dalam keadaan kurang waras...huhuhu.Akhirnya hari ini berakhir juga. Akhirnya boleh landing juga di katil empuk ini sambil upate blog. Rindu kat encik suami ngan intan payung..mesti derang dah tido kan masa ni...Lambatnya hari jumaat, mau pulang ke sisi mereka. Rindu teramat sangat, Seb baiklah ada internet ni.


No comments: