Sambungan daripada Part 1:
Lepas habis melawat Kampung Budaya Sarawak...sangat penat dan pancit. Since esok flight pagi so memang kena pegi terjah kedai kek lapis Sarawak. Fikir punya fikir dan atas bantuan encik garmin juga kami berjaya sampai di kg Gersik di mana terletaknya Kedai kek Lapis Dayang Salhah...yang meletop gitus. Perut pun bulih tahan lapar so sesi test kek lapis satu persatu bermula. Mula2 jer rasa teruja lepas tu muak nyer. Tapi yang bagusnya, pembeli bulih try sampai nak termuntah sebelum membeli. Tak tahu nak pilih yang mana satu, so saya tanya kepada kakak2 kat sutu yang mana paling best dan fofular orang suka beli. Kakak tu kata "siti nurhaliza masa datang sini der beli kek lapis "evergreen"...so harus amik. Yelah siti nurhaliza punya taste..kenalah cuba. Kek lapis lady gaga poker face pun ada...aduih pendek kata macam2 ada.mmm...sebat jangan tak sebat.
lepas menghabiskan duit kat Dayang Salhah...kami bertekad untuk cari mee kolok dan laksa sarawak yang direcomend oleh orang tempatan (pekerja kat hotel) kat pasar satok. Lokasi der bukan lah kat pasar satok sangat tapi berdekatan. Ok clue nyer, kedai kedua dari kedai hartz Chicken Buffet (sila cari kedai ini kalau mau try laksa sarawak dan mee kolok best) memang terbukti sangat best. Tak lah kami balik K.l dalam keadaan frust sebab takleh try makanan wajib sarawak nis...two thumb up makcik. walaupun gerai biasa jer tapi mabelus.tak caya sila try sendiri.Teh C peng der pun leh tahan. Oh lupa nak mention kat boyan tu teh C peng lagi sedap dari kat sini.
laksa Sarawak dan mee kolok...terbaekk kat sini
Lepas tu ke water front lagik sebab nak cari tempat yang wajib bergambar. Alah yang ada tugu kuching tu.Saya memang sangat penat dah..tapi encik suami kata nanti menyesal kalau tak amik gambar kat sini. Parking memang susah yer sebab tugu ni kat tepi jalan. So sila cari shopping berdekatan. Kalau tak silap saya..kami park kat satu mall ni . Parking der 1.00 jer. Tapi lupa nama per mall ni.Lepas penat posing kat tugu kucing tu...ternampak gintell (yang urut badan tus) ada juga kat sini. Oh please saya memang perlukan urutan badan. Sangat penat.lepas diurut..baru rasa best. Tapi tulah kami lagi tak subuh lagi tu tak reti nak balik..hehe...
so balik hotel dan zzz.....
So hari ketiga...dah nak balik. Sedih pun ada sebab akan balik pada rutin asal balik. Banyak tempat sebenarnya yang kami nak pergi . Salah satunya Pasar Sarikin yang hanya buka pada sabtu dan ahad..kempunan. Tapi takpe kalau ada jodoh kita jumpa lagi Sarawak.So far memang satu pengalaman yang baru buat kami. Sangat best dan encik suami len kali jom kita buat lagi percutian gamble seperti ini....ummuuahh.....fin.
sampai berjumpa lagi Sarawakk......
3 comments:
Best wan baca pengalaman ko nie... Tertarik rasanya ke serawak nie
Hasrul:so sila tempah tiket ke sana...hotel dan camno nak tempah kete ker sila tengok yang aku link kan tus...
Hasrul:so sila tempah tiket ke sana...hotel dan camno nak tempah kete ker sila tengok yang aku link kan tus...
Post a Comment