As salam....
Sebulan dah masuk unit baru. Baru rasa takder benda best yang berlaku dalam hidup kami lately. Tiba-tiba terasa ingin ke tempat romantik yang ada dalam filem. Pernah meroyan nak pegi ke tempat "Syamsul ngan scha dating masa citer "evolution KL drift"....saya just main2 dengan encik suami yang saya rasa nak pegi ke tempat tus...maka encik suami bawa saya ke "LOOK OUT POINT" dekat ngan Ampang. Lokasi dalam citer tu sebenarnya kat tepi jalan, tapi memandangkan isu keselamatan maka kami pegi betul2 kat tempat der. Memang rasa romantik sangat tempat tu..nampak seluruh KL. Impian tercapai walaupun bukan tempat sebenarnya..layankan gambar.
Look out point Ampang best tengok view sambil minum2
Ada satu tempat jugak dalam filem yang saya nak pergi sangat-sangat sebenarnya. yang dalam citer "lagenda Budak Setan", tempat farid kamil ngan Lisa Surihani dating tu. Sangat best view kat situs.Macam cantik dan sesuai untuk saya dan encik suami berdating sambil menghirup udara segar. Suka tempat tu sebab mengingatkan saya citer kartun "UP". Best jugak kalau pergi sambil leh tenang2kan fikiran.
Nak g sini ..nak g jugak...tapi kat mana ni ek?..
saya nak berdating......
Tapi yang pasti saya dah survey dan saya mahu ke satu tempat best yang tak jauh dan tak perlukan saya menginap. Perlukan satu aktiviti baru sebab rasa macam perjalanan hidup saya sangat mendatar dalam sebulan ini. Lagipun bulan depan saya dah start berodit ke sana sini. saya mau ke sini encik suami, plishhhh.....
KAMPUNG KUANTAN, Kuala Selangor.....tengok kelip-kelip...waduhhh romantiknya....
saya perlukan tempat yang cantik2 begini.....
Baca dalam satu blog yang bagi information pasal tempat ni, nak tengok kelip2 ni kena naik bot lagilah saya teruja. Tapi safety jacket provided...ok, bagus so tak risau nak bawak intan payung.satu boat lebih kurang RM 40, ok not bad tak mahal sangat. so mula pasang angan2 untuk ke sana. Mintaklah takder aral melintang. Cuma lepas ni kena google tempat der.
Lepas tu saya nak ke I-City lagi sekali untuk try snow walk. Blom berkesempatan lagi nak try walaupun dekat jer ngan umah. Hari minggu sebelum ni saya dok umah jew...serius tak tipu, sebab penat sangat otak. So mengqada tido adalah benda yang terbest yang saya nak buat daripada kuar berjalan2. Encik suami pun heran nape saya tak ajak der kuar berjalan. Minggu ni kena pastikan kuar dari rumah sebelum outstation...hehehe....minta2lah tercapai dan rasa best kat sana.amin....
No comments:
Post a Comment