CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, June 25, 2011

Entry Untuk Buah hati saya:Encik Suami...Happy 5th Anniversary...

As salam

wah hari yang dinanti telah tiba. Hari ini 25hb Jun 2011. 5 tahun yang lepas hari ini saya telah diijabkabulkan dengan encik suami. Alhamdulillah...5 years and still strong together. Walaupun banyak onak dan duri dalam perkahwinan kami, tapi setakat ini berkat kesabaran kami, kami masih mampu bertahan. Kehadiran intan payung pelengkap kasih sayang kami. Apepun entry ini untuk si dia encik suami saya.


encik suamiku, WAN MOHD FAIZAL

Selamat menyambut ulangtahun yang ke 5. ingat tagline kita " TRUE LOVE NEVER RUN SMOOTH". Memang setiap perhubungan perkahwinan pasti akan diuji, begitu juga kita, Tapi walau sehebat mana pun di uji , Insya-Allah sekiranya kita bersatu kita akan kuat. Terima kasih kerana menjadi kekuatan saya selama. Walau ape pun situasi mama, papa sentiasa menyokong mama. Terima Kasih encik suami.


Encik suami ku, WAN MOHD FAIZAL

Memang saya banyak kekurangan, tapi kelebihan anda melengkapkan kekurangan saya. Saya PELUPA, anda yang mengingatkan.....Saya CEPAT MELENTING, anda yang mengcoolkan saya. Saya suka buat keje LAST MINIT...anda yang menjadi REMINDER saya. Saya BOROS, anda yang mengawal kewangan saya. terima kasih kerana melengkapkan hidup saya.


Encik suamiku, WAN MOHD FAIZAL

anda dan saya umpama KLCC dan BENDANG PADI yang kalau dilihat pada zahirnya macam mustahil untuk bersatu. Namun begitu perbezaan itu yang mendekatkan kita dari sehari ke sehari kerana bila dua insan menyintai kerana ALLAH maka dia dekatkan hati kita. Buktinya kita sudah mempunyai FAWWAZ. Terima Kasih Encik suami. so tagline Maya Karin "saper kata kata KLCC dan BENDANG PADI tak bulih bersatu adalah benar2 belaka...hehe..ceh macamlah saya artis kan....ekekekeke.....


Untuk encik suamiku, WAN MOHD FAIZAL.

Moga kegembiraan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tuhan merahmati kita.Terima kasih kerana kejutkan saya dengan tiket ke MAHARAJA LAWAK AKHIR. hadiah ulangtahun yang tak terhingga untuk tahun ini. Dirimu penuh dengan kejutan dan saya tahu semua itu anda lakukan untuk melihat saya gembira dan bahagia..dan memang saya bahagia bersama anda encik suamiku.....mencintaimu sampai hujung nyawa...

Terima asih encik suami....hadiah ulangtahun yang besttttttttttt.........dan yang penting SEPAH menang...ngeeeee.....






2 comments:

iJa adaMaYra said...

so suwiiiiiitttttt *__*

MAMAFAWWAZ said...

ija:sweet ker....hehehe...alhamdulillah boleh lah