CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Thursday, June 2, 2011

kerja kahwin...

As salam...

Lupa nak update dalam blog pasal kenduri kawen adik bongsu saya. Macam tak caya jer yang der dah kawen sebab perangai ntah pepe...(sorry yea, kalau terbaca. anda lah yang paling sengal..kahkahkah). Dahlah jumaatnya saya balik outstation dari Seremban, sabtu plak ke Segamat.So saya dan kakngah berkonvoi ker Segamat. malam sebelumnya, saya dan encik suami jalan-jalan cari buah, sebab saya ditugaskan untuk menderma buah-buahan kepada pengantin..(masing2 ada tugas key)hehehe..

traveling day ke Segamat...Bertolak lebih kurang kul 11 pagi. Perjalanan lancar takder halangan. Sampai ke Segamat lebih kurang kul 2.00 p.m. Saya dok terbayang nak jalan-jalan cari makan kat segamat ni tapi kakngah decide untuk makan kat fast food yang bedekatan jerlah since dekat ngan hotel. Kami check in kat Hotel Golden lake. Since hotel penuh sempena cuti sekolah ni, so kami takder pilihan..walaupun...adehh...takyahlah citer. saya bagi 2.5/5 hotel ni. nak tangkap gambar hotel pun takder selera.

Malam berinai. pukul 7 bergerak dari hotel.Ikut program katanya lepas isyak. Dari bandar Segamat ke Felda selancar mengambil masa lebih kurang 20 minit. ibu dan ayah saya dok homestay. So berkumpul kat rumah tu sebelum ke umah pengantin. So usaha gubah mengubah pun bermula, seb baik ada kakak yang tangan kreatif. So yang lain tu tukang tinjau jerlah. terliur plak tengok buah strawberry tus, tahan jerlah sebab nak bagi kat orang.

Acara mengubah buah....

Tunggu punya tunggu, tukang isyarat dari rumah pengantin tak muncul. Perut lapar giler. Ibu dan ayah pun dah start mengomel2 dah. Akhirnya lebih kurang kul 10.00 tukang isyarat datang. Selepas makan, acara yang ditunggu2 tiba. Memang pertama kali rasanya saya menghadiri malam berinai. Macam bersanding juga tapi rasanya lagi meriah, sebab mengikut adik saya ada acara karoks plak lepas tangkap2 gambau. Nyesal tak tunggu...tapi agaknya dah penat, so lebih kurang kul 12 sampai kat hotel. Cantik combination kaler biru dan pink yang dipilih untuk malam tus. Adik saya yang kelam tu pun nampak berseri2. Tapi yang harunya, paluan kompang main dalam umah. Bergema macam nak tercabut jantung, Sian Affan ( anak sedara baru) sampai terkejut2 dibuatnya.Ape2 pun satu pengalaman baru buat saya sebab sebelum ni keluarga kami takder buat malam berinai ni. Malam berinai tu, saya dan encik suami sedondon memakai baju kaler hijau.

Our family...ramai sungguh rasanya

cantikkan combination kaler biru dan pink....so sweet

Keesokan harinya, adalah hari persandingan mereka berdua. So kami bertolak dari hotel lebih kurang kul 11.00 pagi. Cuaca panas sungguh so masing prepare ngan kipas tangan masing2. tenpat berkumpul di homestay tu semalam juga. Kali ni kak long dan anak2 der pun akan join. So bila berkumpul ramai2 memang macam2 citerlah yang keluar. Yang pling kelakar adalah insiden muka mak andam adik saya yang choi tu sebijik cam muka sudin(anak sedara saya) . maka bertambahlah kecoh kat umah tuss...

bila semua berkumpul

sama plak 2 orang niss...

selepas ditouch up oleh mak andam..maka adik saya pun kelihatan segak...tak cukup putih, kena tambah bedak lagi.haishh naseb lah..ramai2 tak lepas peluang nak bergambar ngan pengantin, ada yang nak amik berkat ada juga yang nak turunkan berkat (aku lah tuss...haha)

K.A.M.I yang happening

Untuk hari tu tema saya ialah purple...tema pengantin plak putih kuning.Sebab anak dara tak cukup, so mak dara diberi peluang untuk bawak hantaran...ngeee.Cuaca panas menyebab kan intan payung sedikit mengamuk. Dan lah kena rash kat kulit semalam,so bila berpeluh agaknyer tak selesa. Tapi mantain macho intan payung saya tus...

gadis2 hantaran..cehhh

kompanggg!

persandingan....


sekali lagi saya berpeluang menepung tawar adik bongsu saya tus. pergh bangga jugalah. Masa makan beradab pun kami berpeluang dok semeja ngan pengantin. Orang lain makan kontrol, kami selamba jer baham..haha.masa nilah peluang kan. Ape2 pun tahniah kat adik saya. lepas ni majlis kat umah kami pulak yer adik ipar. selamat datang dalam keluarga kami. Cepat2 lahirkan anak saudara baru.

hehehe....best2

dan si kecil ( adam . affan dan intan payung) tetap bergaya dengan baju masing2...hehehe

intan payung..adam dan affan.....

No comments: