As salam
Sedar tak sedar dah Ramadhan ke 17. Sekejapnyer masa berlalu. Dan hari itu juga merupakan hari Nuzul Al-Quran (hari turunnya Al-Quran). Selangor cuti dan automatik Encik suami cuti, intan payung pun cuti, saya juga yang kena g keje. Malas sungguh bila difikirkan tapi nak buat caner, banyak pulak agendanya pada hari tersebut.Meeting pagi dan petang dan semuanya memerlukan komitmen unit UPSJ Utara....hadoii....
Encik suami dan intan payung pun ada agenda tersendiri. Encik suami bawak "My Red" saya pergi servis since nak balik kampung nanti. Sian derang tak cukup rehat.First time dalam ramadhan ni ada yang menghantar dan menjemput saya pergi dan balik kerja. Best nyer kalau hari2 macam ni. Jem teruk camner pun takkan terasa sebab ada dua orang hero kecik dan besar ni...
Tepat 4.30 P.m, encik suami dah tgu saya untuk jemput saya pulang. Memang cadang untuk iftar diluar hari ni. First time ramadhan ada masa untuk iftar diluar. since kami ni jenis gamble dan tak reti2 nak book , so agak kegagalan untuk makan di tempat yang dicadang.Cadangnya nak makan kat Bangkok House kat De Palma Shah Alam...tapi fully booked. Last2 kami berbuka dekat satu restoran namanya Arabian Kitchen. Restoran ni dekat dengan rumah, so senang saya nak balik solat dan encik suami nak g terawikh. So parking kete masuk tanya masih ada tempat ke tidak. Nasib kami agak baik sebab tempat kat tingkat atas still ada yang kosong...phew.
sementara tunggu waktu berbuka...masa ni orang tak ramai sangat.
Takderlah expect tinggi sangat kat makanan kat sini, since kedai der biasa2 jer. Tapi hospitaliti pelayan2 kat kedai ni sangat bagus. Memang "customer always rightlah". Kami dok pilih2 bukan main lama pun derang masih boleh tersenyum. MM...ok not bad. Makanan pun ala2 arab lah kan. Mula2nya ingat nak makan Nasi Mendy jer ( nasi Arab + Ayam+Acar)...tapi rasa berat pulak nak makan nasi. So pilih punya pilih saya pilih "Waslah" ( roti Pita + sup kambing). saya memang bukan penggemar daging kambing, Tupun agak takut2 nak pilih pada mulanya sebab takut saya takleh makan.
inilah Waslah (roti+sup kambing+sayuran)=best!
Bismillah....sempat lagik tangkap gambar
Berdebar-debar tgu Waslah saya tu. Encik suami pula pilih Nasi Mendy Ayam sebab takut saya takleh makan kambing so der bleh tukar dengan saya...sweet kan?ape2 pun memang der sentiasa fikirkan keperluan saya dulu. Sayang dia. Yang bestnya, kat sini kami hanya bayar harga makanan jer, minuman , kuih dan desert dapat free. Wah...kejutan kedua yang buat saya makin suka kat kedai ni.
Menu encik suami=Mendy ayam..
Ok...Bab fasilti...terbaik. Ada surau wanita dan lelaki. ada toilet juag di kedua2 tingkat.dan serrounding yang sangat mendamaikan. kul 7.00 P.m dah start penuh dah orang.7.20 kami dah start amik kuih-muih dan air. Walaupun hanya 2 jenis air yang disediakan iaitu air banung dan air anggur..tapi air der pun sedap. Ok so far semuanya memuaskan hati, Just nak tgu main course jer.
deratan air dan desert yang free dan free flow
Akhirnya "waslah" yang ditunggu2 tu pun tiba. Bismillah....dan,,Subhanallah....sangat besttt...Kambing dia pun tak rasa hamis. Encik suami pun suka. Dan semakin makan makin rasa best. untuk makanan encik suami pulak...katanya biasa2 saja. Tapi Waslah dia terbaik. Sebab tak cukup encik suami request lagi "waslah" ni untuk di tapau.
Best...star rating=4/5
Lepas makan...tuan kedai siap offer lagi kuih muih yang lebih tu untuk dibawa pulang. Dan itu pun free. Since kami bukan peminat kuih yang tegar so kami menolak dengan baik. Tapi saya boleh cakap saya sukakan kedai ni. Dan saya ketagih "waslah " tu. Hari 2 makan pun takpe sebab der roti. Tak menggemukkan kot ek. Daging kambing pun kurang lemak berbanding daging lembukan...ceh dan2 tu jer. Overall star rating untuk kedai ni 4/5. Tanya encik suami pun dia bagi star rating yang sama. so highly recommended sapa yang nak pegi. Lokasi dekat seksyen 20 , Shah alam.
best...best.....