CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Friday, August 12, 2011

Puasa Ke 12-Perang yang tak berkesudahan

As salam....

Ramadhan ke 12. Alhamdulillah, segala dugaan beransur pergi dari hidup saya. Fawwaz dah sihat, encik suami pun dah sihat. Saya pun tak jadi beroutstation meninggalkan mereka. Allah Maha Kaya, dia turunkan hujan untuk hadiahkan saya pelangi. Saya percaya itu. Allah tahu yang terbaik untuk kita semua. Pelangi demi pelangi Dia hadiahkan pada saya, Dengan panggilan interview yang semakin datang..bonus yang tak disangka dan kebahagian hati yang saya jarang temui. Alhamdulillah Ya Allah.

Namun begitu perkara yang terbaru yang terjadi dalam hidup saya apabila pegawai bawahan saya yang terkantoi dengan unit kewangan mengenai pemindaan claim. Sungguh saya tak boleh terima bila berhadapan dengan orang tak jujur. Dan perang ini masih berpanjangan, masih lagi dalam proses penjernihan. Maybe tuhan ingin tunjuk perbuatan dia selama ini. Maybe sebelum ini Allah masih memberi peluang dia berubah, tapi saya rasa bertanggungjawab mahu semua ini terhenti di sini.

Susah untuk diterangkan, tapi cukup saya katakan ianya melibatkan nama saya. Bila ini berlaku, rasanya tugas saya untuk clearkan nama saya. Bukan saya nak tutup periuk nasi orang lain tapi ini melibatkan nama dan signature saya. Saya benar..dan saya tak takut dengan apa yang akan berlaku lepas ni.Kemungkaran harus dicegah...semoga Allah bersama dengan saya, Dan orang yang cuba menjatuhkan saya kerana duit itu akan tersungkur. Kalau bukan di dunia, maka terimalah pembalasan di akhirat nanti. Ya Allah, kalau betul tindakan ku ini, selamatkan aku dari segala mudarat...aminnn





1 comment:

♪♪ AuniFz ♪♪ said...

sbr la wan..stiap yg bnr pasti akn menang x kira d dunia or d akhirat..n pd mhkluk halus tu sdr la..bl kte mkn dt x berkt ni, rzeki yg kte beri bini mkn pn x berkt...insfla sblm t'lmbt :)