CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Friday, April 11, 2008

Aku Rindu Kamu...

Ngaper ek..hari ni sangat rasa tak sabar nak jumpa my fawwaz, rindu sangat ni. Tak sabar nak bergurau ngan dier lagi. Tak sabar nak nyanyi "10 little Indian Boy", "Tepuk amai-amai" dan macam2 lagi. Kenapa rasa sangat rindu kat dia..rasa nak nangis pun ader gak coz terlalu rindu. Cepatlah 5.30 p.m..tak sanggup lagi tanggung rindu.*gile apakah aku ni*. Semalam naluri keibuan ini meruntun bagai disentap2 apabila terbaca satu blog ni..(saper yang terasa, minta maaf sesangat ek), Kagum pada mulanya dengan semangat both ni menjaga babynyer yang sakit hingga ke akhir hayatnya. Bila part yang baby tue pergi tak kembali lagi, aku menangis teresak-esak..air mata bagai takleh di tahan2. Nasib baik sorang2 masa tue kalau hubby aku tahu maunyer dier tumpang nangis sama(iyer..hubby saya seorang yang manja). Siap ader gambar beberapa jam sebelum baby diaorang "pergi". So bila direnungkan kembali, kalau benda tue terjadi kat diri sendiri ntahlah..maybe aku perlu masa untuk terima kenyataan, tapi insya-Allah selagi hubby ader di sisi aku mampu harunginya tapi aku tak rasa yang hubby aku sekuat aku, coz dia memang berhati lembut. Maybe depan orang dia takkan menangis tapi bila depan aku maybe dia akan teresak2 kerana kehilangan orang yang dia sayang. OK...OK..OK...berbalik pada citer tadi, couple tue sekarang dah ader anak yang lain tapi dier tetap anggap anak dier yang pegi tue anak sulung dier selama2nyer..semalam masa citer kat hubby pun aku takleh tahan air mata, ntahlah sejak jadi ibu ni sangatlah tersentuh kalau berkaitan ngan baby ker..kalau citer "bersamamu" pun mesti mengalirkan air mata gak kalau berkaitan ngan baby. Aku dah ader pengalaman masa fawwaz kena masuk spital ngan keadaan dier yang sangat bad condition coz cirit birit, masa tue aku menangis takut kehilangan dia sangat2 sampai dah cam tak betul...makan tak lalu, tido pun tak nak sebab aku takut akan terlepas saat2 bersama dengan dia...Aku tak sanggup tengok dia sakit, kalau boleh aku minta tuhan pindahkan kesakitan tue padaku..fawwaz..fawwaz...mama sayang kat fawwaz..jangan sakit lagi ek..ingatkan lepas tukar panggilan ni dier sihat, tapi still ader gak sakit2..adakah aku terlalu emo..kalau tak sakit tak namalah budak. Tak suka bila fawwaz sakit. Semalam cam tak puas hati cara doktor tue check fawwaz, sekejap sangat, perlukah aku g jumpa pakar kanak2..sangat curious ngan rash dier tue.


tak sanggup tengok fawwaz masa ni...

oh my fawwaz..mama love u..see drip kat leher dier tue..

No comments: