salam.semua...adooiii terlepas plak satu entry untuk puasa ke 19. Penat sangat kot semalam..semalam g Nilai lagi. Dan dengan jayanya Puteri Confession Of Shopaholic iaitu aku berjaya habiskan duit yang tak seberapa kat Nilai 3. Tapi aku puas kerana mission kali ni nak beli tudung untuk raya tecapai. Baju tido untuk fawwaz pun dah beli.Oh ya, samping ngan songkok fawwaz pun dah beli..so ape lagi ek yang tak beli. Tapi perjalanan ke Nilai semalam memang best sangat. Sebab dah kenal tempat nak menyopping kan. Lepas jer submission ke Majlis Perbandaran Nilai, berdesup kete aku ke ke Nilai 3. Gigil siot sebab nak shopping. Akhirnya aku berjaya gak cari tudung untuk di matchingkan dengan baju raya aku..huhuhu..dahlah lawa harga plak negotiable plak tue. Pegi hari biasa memang best sebab orang tak ramai sangat..taklah sesak. Penatnya tak hingat..nyaris terbuka dalam kete tapi sabarkan gak..yelah sayang kan.oklah enough by hari semalam...
ok..untuk entry hari ni..banyak gler keje hari ni. Tiba2 banyak keje datang..bukan aku tak suka actually sebab bila banyak keje aku rasa waktu berkjalan dengan amat pantas sekali..terbukti hari ni, sampai dekat dengan 4.30 tadi pun still lagi dok dalam bilik bos..nasib baik bos mengerti yang aku memang nak balik awal kan...
hari ni aku dapat durian runtuh..alhamdulillah.walau pun tak seberapa tapi ura2 yang bonus dibagi pada yang selected tue tak betul.hehehe..happy nya. Bleh lah gak buat persiapan raya. Tapi nasib baik aku dah buat persiapan awal dari awal2 lagi coz dah tahu bila nak dekat raya, harga makin melambung naik. So bleh la simpan duit tue untuk balik kampung nanti.yelah nak balik terengganu kena guna kos yang agak tinggi gak..perjalanan yang 9 jam tue confirm akan jadi berbelas jam. Biasalah jalan ngan budak kecik...kena berhenti selalu.
ok bab berat badan plak.pose ni aku kurang makan nasi so berat badan cam turun sikit. semua baju yang ketat dah bleh pakai balik..oklah..nak maintain lagi kalau bleh.Yelah target nak turunkan berat badan sebelum raya kan..insya-Allah, blehlah bergaya ngan baju yang aku dah beli kat Mudah.my tue
oklah that all for today.
Thursday, September 10, 2009
Puasa ke 20- alamak terlepas satu entry?perasaan sekarang:bahagia;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
teringin nak ke nilai soping situ tapi asik takde masa je huhuuu, rajinnye wat n3 tiap2 ari posa ehh ..kagummm..
tima kasih ek aleeya...
Post a Comment