CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, May 21, 2011

Cuti -Cuti Kuching-Day 1 (hari penuh Dugaan)

As Salam....

Alhamdulillah..dah kembali bertapak di Bumi Shah Alam setelah 3 hari berada di di Sarawak. Percutian kali ni..sangat best walaupun pada mulanyer penuh dengan dugaan.Ingatkan takkan sampai dah kat Sarawak. Tapi tulah nak dikatakan kuasa tuhan. Saper pun tak bulih halang kan. Cer citer..cer citer...hehe...jom-jom.

Hari Pertama.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang kul 5.30 a.m. Tu pun encik suami dah bebel sebab lambat. Tengah dok pikir barang ape lagi yang tak pack. Sampai air port lebih kurang kul 6.00 a.m. Rasa cam dah lambat. Dek sebab dah lambat kena check -in kat kaunter. Sampai kaunter.."puan, mintak ic semua orang"...dem, surat beranak fawwaz tertinggal. Cuak giler, sebab kami tak dibenarkan berlepas tanpa surat beranak fawwaz. Aduhh.....last2 kena penalti . RM 300 melayang. Kesian encik suami kena patah balik ke Shah Alam amik surat beranak fawwaz.


sepeninggalan encik suami-sempat lagi bergambar.

So kami dapat waktu pelepasan yang baru lebih kurang kul 9.45 a.m. Masa tu dah rasa kebulur dan lapar sangat. Emosi pun kembali stabil balik dan cuak pun hilang sebab dah dapat boarding pass ke Kuching. So melantak dululah kat Mc Donald. So far intan payung sangat bagus. Maybe dah banyak kali travel so memang der takder masalah untuk dibawa.So lepas ni kita leh fly selalu ek intan payung.


fuh..lega.Dapat jugak terbang.

Bila dah masuk dan dah lepas sekuriti check...rasa sangat lega. Intan payung pun nampak excited jer ngan second experience naik kapal terbang. Yelah first time masa der baby dulu.So ni kali kedua. So far masa nak naik tu der tak takut pun. Malah der pulak yang tak sabar2 nak suh kapal terbang tu naik cepat. memang der mengejutkan kami sebab kami yang risau der tak selesa. Alih2 der lagi berani dari saya. Seat saya, intan payung dan encik suami tak sama pada mulanya. Tapi sebab seat saya ada kosong...so tempat tu encik suami bulih duduk.yeay...tu yang saya harapkan agar dapat bersama2.



Kul 12.oo a.m kami tiba di Kuching. Satu lagi dugaan datang. Teksi yang kami book together ngan flight takder. Bila baca term and condition..der hanya tgu 2 jam saja. Since memang kami delay 2 jam, so memang tak provide lah kan. Seb baik ada backup plan. Dah book kete siap2 dari blog ni. http://cutidikuching.com/tips-bercuti/tempat-tempat-menarik-di-kuching. Tapi rasanya tak baper recommendedkan sebab condition kete der kurang puas hati. Bak kata encik suami macam bawak lori balak. Sian der. Better than nothing kan.

Sampai kat hotel....Subhanallah, rasanya ini yang tebaik untuk hari yang penuh dugaan ni. Service der bagus, bilik superb, nice view. Semuanyer terbaekk...boleh bagai 5/5 lah pendek katanya untuk hotel ni. Leh klik kat sini http://www.starwoodhotels.com/fourpoints/property/overview/index.html?propertyID=3277...
terbaekk:5/5

So lepas check-in. kami decide untuk pergi tempat2 yang sempat dan terdekat dulu since plan tak berjalan seperti yang dirancang. Satu lagi dugaan datang, garmin encik suami off. Hadoi, pasai pa lah der tak charge henset der.So kena baca peta (amik kat airport). Dahlah tak baper pandai nak baca peta-peta bagai ni. Tapi berkat kesabaran sampai jugak destinasi pertama: Muzium Sarawak dengan Akuarium Bandaraya. Muzium Sarawak ni berdekatan jugak dengan muzium islam..muzium kucing ngan muzium2 yang seangkatan dengannya. Malangnya kami sempat melawat muzium sarawak jer, sebab da nak tutup...hapekah.nak buat caner.


Muzium Sarawak + akuarium Bandaraya.

Lps tu bertolak ke destinasi seterusnya, dan tempat yang memang dalam itenary kami: Waterfront. Parking punyer jauh...menapak jauh untuk naik bot ke seberang sana. Tujuan sebenarnya nak cari mee kolok yang tersohor dekat food court di Boyan. Kena naik bot untuk ke sebarang, Tapi kalau nak g ngan kete pun boleh juga. But sebelum tu kami bercadang nak naik river cruise. Memandangkan river cruise kelas pertama about RM 60 hengget, kelas kedua RM 45 (still mahal) so kami naik yang kelas ketiga jer lah . It cost RM 19 hengget jer. Still ok kot dan fun jugak. Ia akan bawak kita ke hulu dan ke hilir sungai. Masa nak naik ni memang dekat ngan sunset dah. So sangat romatik rasanya.


Intan payung takut masa naik bot ni. Maybe der tak biasa. Tapi lepas tu der ok. Mama dan papa der macam biasalah, excited dalam ape jua perkara.New experience lah, walaupun sekejapjer rasa teruja pastu rasa nak tido sebab bot tu takder lampu. Tapi feel romantic tu tetap ada sebab dah lama nak merasai pengalaman naik bot bersama encik suami. On da way ke Hilir, kami diturunkan di Boyan @ kg Gersik untuk dinner. Menu yang dicari2 adalah Mee Kolok.Tapi kat sini saya tak recommend kat kawan-kawan. Tak best lansung. Laksa sarawak ada tapi tak try pulak. Encik suami pula try ayam penyet yang juga perlu di try kalau datang ke Sarawak. pendek kata memang tak puas hatilah. Intan payung jer yang berselera malam tu.

pengalaman baru naik river cruise.


Sunset di water front Kuching


Mee Kolok dekat Boyan.

Lepas makan seberang sungai lagi guna penambang. It cost RM 0.50 sen sorang. Hehehe....seronok jugak ek guna penambang ni. Oleh kerana kete parking jauh sangat. Sangat penat hokey nak berjalan. Tapi respek kat intan payung sebab memang der bertenaga sepanjang percutian ni. Tak grumpy. Cuma menangis penat tu adalah sikit. Saya pulak pantang ada masa mesti terlelap. Nape ntah. Padahal saya rasa encik suami lagi penat dari saya. hehe....sasyik kena snap gambar masa tido oleh encik suami. Kurang asam tul . So tamat hari pertama yang penuh dugaan tapi last2 seronok juga. Hari kedua- ke Kampung budaya...will be updated

3 comments:

Unknown said...

aku pun hampir lupe surat beranak bebudak tu msa trip to sbh last time...sib baik x tgl...x psl2 kene fine 300!

Bestnye kuching...plan nk g sna gaks :)

MAMAFAWWAZ said...

Ija:tahu takpe, ilang mood kejap, seb baik berjaya juga menjejakkan kaki ke Sarawak

BTW..sarawak best jugak kalau nak g...aku dah bagi hotel yang best ngan kalau nak sewa kete..so klik2 jer.

Unknown said...

tu ar, aku tgk hotel kau duk tu terbaik lah. Good info...suke!