CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Monday, May 16, 2011

Entry Untuk Dia:Si Intan Payung ku.

As Salam..

Salam hari isnin. Walaupun mood bekerja dah takder dan yang datang hanya mood bercuti(Kuching...here we come), namun ku gagah kan diri jugak datang. Harap dapat settlekan banyak benda sebelum bertukar ke Unit Baru (welcome to Hell) .Ape pun entry ni bukan untuk saya tapi untuk intan payung saya : Wan Muhammad Fawwaz Rifqi. Kesayangan saya dan Encik Suami (Kadang 2 boleh buat darah tinggi juga). Lama tak bercerita mengenai dirinya. Mari kita lihat wajah- wajah terkini beliau yang semakin bijak, susah nak control, banyak cakap dan seangkatan dengannya. Sempena besday der esok 17 May 2011. Dia akan genap 4 tahun. Alhamdulillah , Ya Allah aku bersyukur kerana engkau telah kurniakan anugerah yang paling terindah di dalam hidup kami, iaitu Dia : Wan Muhammad Fawwaz Rifqi.


Tak sedar yang dia dah besar.

Fawwaz;

Fawwaz adalah anugerah yang tak terhingga pada kami. Tanpa anakku itu rasanya hidup kami bosan. Walaupun bebelan der kadang 2 buat kami pening ( banyak cakap sangat) tapi tanpa nya walau sesaat buat kami sunyi. Maafkan mama kalau kadang2 mama termarah dan tercubit sebab kenakalan mu Fawwaz . Bukan Membenci tapi just nak ajar fawwaz agar jadi manusia
berguna. Lebih baik mama bertegas dari sekarang agar fawwaz akan menghormati kami. Mama marah fawwaz mandi lama-lama, mama tak nak fawwaz jadi seorang pembazir. Mama marah fawwaz malas...mama tak nak fawwaz jadi pemalas. Papa marah bila fawwaz suka main tapi tak pandai simpan sebab nanti yang der yang kena kemas hehe...tak , sebab papa nak ajar fawwaz jadi bertanggung jawab tentang hak milik fawwaz.



Fawwaz:

Fawwaz sekarang dah 4 tahun: banyak yang kamu dah pandai seiring dengan perkembangannya, (dan badannyer yang tak pernah surut). Mama bersyukur sebab fawwaz sihat dan mama harap kesihatan fawwaz akan berkekalan. Fawwaz dan pandai ABC, mengira , mengaji Al -Quran. Kebolehan mu buat mama dan papa bangga dan hairan sebab kadang2 kami taida masa untuk mengajarmu. Syukurlah kamu cepat tangkap di sekolah.Mama dan Papa tak berkira demi untuk fawwaz pandai. Ape saja buku yang fawwaz minta akan kami cuba beli sebab kami nak suh fawwaz pandai. Syukur juga sebab selain bermain, fawwaz juga suka baca buku. Fawwaz selalu buat mama terpegun dengan kepandaian fawwaz, Dan Mama bersyukur sebab dapat anak sepandai fawwaz.


Fawwaz,

Kelahiran Fawwaz ditunggu-tunggu oleh kami bagi melengkapkan lagi dunia kami yang indah. Bila hadir mu. Makin indah dunia kami. Kami tak rasa sunyi dan telatah mu bagaikan satu benda baru bagi kami. Walau kadang-kadang mama penat untuk mengimbangi dunia mama sebagai pekerja, ibu, isteri dan bebelan kamu tapi mama bahagia sebab punya kamu dan papa dalam hidup mama. Semoga Bahagia ini milik mama selama-lamanya.


Fawwaz

Harapan kami pada mu sangat tinggi. Kami berharap kamu akan capai ape sahaja yang kamu inginkan dalam hidup kamu. Walaupun bila mama tanya , fawwaz nak jadi ape bila besar nanti kamu jawab : nak jadi polis (satu2 kerjaya yang menjadi kepantangan dalam keluarga mama) tapi kalau kahendak tuhan itu kerjaya kamu suatu hari nanti , mama redha dan pasrah. Kecenderungan kamu dengan senapang dan pistol buat mama lagi risau (sebab mama nak kamu jadi doktor...hehehe). Jadi lah ape saja yang kamu mahu...kejarlah ape yang kami inginkan dan kami sebagai ibu bapa akan setiasa menyokong kamu dari belakang.


Fawwaz

Kesempatan ini kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI pada fawwaz. Hadiah sila tuntut dengan papa. hehe....semoga segala impian mu akan terlaksana dan kamu sentiasa diberkati Allah. Papa dan Mama sayang kamu sangat-sangat. Kami ada kerana kamu dan tanpa kamu mungkin tiada kami. Kamu pengikat kasih sayang kami. Kamulah racun dan kamu juga penawar.

SELAMAT HARI JADI SAYANG.......Dari Papa dan Mama.....Sepenuh Hati Kami Menyayangimu.



From Papa A.k.a Best fren Mu


Dam Mama yang selalu menyayangi mu

4 comments:

Unknown said...

happy birthday fawwaz...semoga menjadi anak yg soleh..

MAMAFAWWAZ said...

ija:terima kasih.....mmmm

haz@ris said...

happy birthday fawwaz...

MAMAFAWWAZ said...

haza:mekasih.....ummuahhh