CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Monday, September 26, 2011

review movie "Johny English " dan Bini2ku Gengster

As salam...

Dah lama tak buat review untuk movie ek. Sebelum ni mood nak tengok wayang suam-suam kuku jer sebab dah leh download citer kat umah, tpi sebab tertarik orang dok kata citer ni best tahap gaban., so balik jer putstation Terengganu terus jer ajak encik suami g tengok citer. Jom layan.

Citer Pertama: Johny English Reborn.

hehe, gambar kredit to Google

kami yang wachaaaa!

hehe, secara kesimpulannya..terbaek (bak kata Boboboy). Mula2 agak bosan gaks. tapi besalah lawak Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean sentiasa menjadi dan berjaya buat intan payung dok diam tanpa berganjak. Banyak action, tapi Mr English tetap cool , maybe sebab dah tua, so nak buat aksi lebih2 karang terpeleot pulang urat2..hehe. ape pun, memang terbaek. Star rating = 4/5. 

Cerita kedua: Bini-biniku Gengster


mmm

ok, yang ni pun not bad. Plot mula2 pon agak bosan ngan sedikit menyampah dengan aksi mengada2 shaheizy sam ngan liyana. Pertengahan citer dah start best dah. Dan yang pling tak tahan sebab orang len tersedak2 ketawa aku plak leh tersedu2...nak2 part liyana izinkan shaheizy sam kawen lain tus. Aduyai, automatik air mata aku menaglir deras.Sebab semua pompuan tak suka share hak milik der kan...nak dijadikan citer, aku paling suka watak manja aka liyana dalam citer ni. Plot bergaduh der sangat power beb. Macam well-trained ar pendek katanya. Apepun satu lagi aku ase citer ni kesinambungan citer "kongsi" sebab akhiran citer kita akan tahu saper herry (shaheizy sam ). karang aku citer macam tak excited plak nak g tengok...so star rating, bawak sikit dari citer pertama 3.8/5...mm...not bad.


Dan citer yang aku tak recommend korang g tengok dan agak membazir kalau korang g tengok kat pawagam ialah, citer "HANTU BONCENG". bukan nak kata tak best , tapi harus tukar tajuk beb. Bagi peminat citer hantu macam aku, citer ni memang tk layak dipanggil citer hantu. Baik namakan citer mat rempit jer..hehe. hangin sebab tak banyak scene hantu. 30 minit pertama jer yang hantu keluar, pastu selebihnya, mengarut dah...so takyah kot g tengok .tgu kuar astro first jer..hehe.ok cau cin cau


Saturday, September 17, 2011

Citer Raya 2011

As Salam...

Tengok orang lain wat entry citer raya, teringin juga nak update citer raya kali ni. Satu perkataan yang boleh diungkapkan "awesome"...sebab meriah dan gempak. Tahun ni merupakan tahun raya kat umah mak saya di Kuala Besut, tu sebab semangat der lebih sikit.Persiapan pun memang gempaks sikitlah, maklumlah semua nya kena vogue2 macam mak saya juga.

Kami bertolak balik pagi sabtu ( 27.8.2011). Perjalanan jauh makinlah terasa jauhnya sebab kena bekerja sambil balik kampung.Dahlah kalau balik satandard makan masa 8 jam...kalau sambil bekerja mmm dah jadi 12 jam jugaklah jadinya.Seb baiklah intan payung relax jer.



baring sambil dengan lagu raya.

Lebih kurang kul 10 malam kami sampai di rumah mak mertua di Jertih. Berbuka pose di perjalanan. Dan yang sedih berbuka dalam kereta sebab hujan. Ahad ( 28.9.2011) merupaka iftar perdana di rumah mak saya. Semua sudah diingatkan agar berkumpul di Kuala Besut. Meriah dan kecoh bila semua dapat berkumpul. Dari yang sulung sampailah yang bongsu semuanya hadir.

Memang kecoh bila semua berkumpul

Malam keesokkannya pulak, buka pose perdana belah mertua saya pulak. Meriah jugak. Dan yang paling best sebab "open air". Memang gempak dan macam2 lauk. Adehh...memang aktiviti makan jer sejak balik kampung.


Buka pose belah keluarga mertua

Lepas buka pose balik semula ke rumah ibu terchenta. So malam tu ler dok gosok2 baju , berkemas ape yang patut. Untung juga kolo umah mak dan mak mertua dekat. So boleh lari2.

"berlalulah sudah Ramadhan", Syawal menjelma. Alhamdulillah, tiba juga hari raya. Alhamdulillah juga tahun ni buat pertama kalinya setelah 4 tahun dapat solat raya. Sebelum ni , memang tak berkesempatan nak solat raya sebab kekangan daripada fawwaz. Tahun ni fawwaz dah besar dan der pon berpeluang ikut sekali g solat raya.Lepas solat raya, sesi amik gambar outdoor dijalankan. So kita layan kan gambar jerlah ek...penat nak bercerita.

Pagi raya.

My family...kecohhh

Keluarga Besar Kami- Wan Yusoff & Che Rogayah

Tu jerlah kot...gambar yang lain rasanya banyak dah upload dalam FB. Raya 2011 yang sangat bermakna buat kami.
Wan Mohd Faizal & Wan Rohaiza= Wan Muhammad fawwaz Rifqi







Thursday, September 8, 2011

citer raya postpone dulu..citer masuk spital dulu

As salam....

Alhamdulillah.....rasa dapat bernafas untuk kali kedua, syukur dan sujud pada Mu Ya Allah kerana telah permudahkan urusanku hari ni. Sangat berdebar pada mulanya sebab first time akan menghadapi pembedahan. Walaupun bukanlah yang major, tapi tetap berdebar tahap dewa.Mulanya nak bercerita tentang raya yang superb itew,,tapi rasanya mahu bercerita tentang pengalaman "operation" ini dahulu. Takut bila dah malas, memang takkan tulis dah kat sini. Untuk pengetahuan semua, saya telah menjalani Minor operation untuk buang IUCD. Kenapa sampai kena bedah..itu panjang sangat untuk diceritakan. *sigh*. Anggaplah itu dugaan untuk dapat baby baru.

Tiba di Hospital Serdang lebih kurang 7.15 pagi . Kena tunggu depan  Wad "Daycare" untuk register. Malam sebelumnya, saya diarahkan puasa sebab akan dibius. Lebih kurang 7.30 pagi wad daycare dibuka. lebih kurang kul 9.00 saya dipanggil masuk ke wad untuk tukar pakaian dan mendengar prosedur ringkas sebelum pembedahan bermula. Takut memang sangat takut, Macam2 pikir tapi cuba calmkan diri sebab encik suami setia di sisi. Mula2 nurse datang amik tekanan darah, ok normal. Pastu datang Dr Ain yang sangat humble menerangkan prosedur yang akan saya jalani lepas ni. lepas Dr Ain, sorang lagi Dr yang merupakan pakar bius menerangkan juga prosedur bius yang dia akan jalankan pada saya. saya akan dibius keseluruhan tapi dalam tempoh yang pendek sebab mengikutnya proses tu sangat sekejap. Masa der bagi peluang bertanya, memang banyak yang saya tanya. Ape risikonya?kalau jadi camni caner..tapi Dr tu tetap tersenyum layan karenah saya. Takutlah jugak kalau tiba2 ada komplikasi ketika pembedahan. Dah lah rasa sedih sangat setiap kali tengok muka encik suami. Manalah tahu takkan jumpa lagi lepas ni. yer, saya seorang yang cengeng.



Mula2 masuk wad

tengah berdebar tapi still nk amik gambar

tangan dicucuk ....sakitt dan sengal


Seterusnya, tangan saya dicucuk jarum untuk dimasukkan ubat. Masa ni tuhan jer tahu betapa cuaknyer bila Dr tus dok masuk dan tarik jarum tu sebab tak jumpa urat. Encik suami pun terkedu sebab banyak sangat cubaan nak masukkan jarum tus. Dahlah setengah jengkal panjangnya jarum tus....Lepas masuk jarum tu, saya diarahkan berjalan untuk masuk ke operation room. Sampai kat pintu depan operation room, dah ada katil tengah tgu . Masa ni, nurse dah sebok tanya saya kenapa pakai IUD kenapa tak try pakai family planning yang len...hapekah?bukannya aku tahu aku nak jadi gini kan. So aku senyum jer dari terus melayan. Baik aku layan berdebar aku ni. Lepas ditolak masuk ke dewan bedah...debaran makin kuat. Rasa nak berlari keluar dan ajak encik suami balik. Tapi memang takleh nak patah balik dah. Memang suasana dalam dewan bedah tu macam dalam citer yang kita selalu tengok. Ada lampu besar der tus.Bibir tak putus2 membaca ayat2 Al -Quran yang termampu. Bila dia tekupkan hidung saya dengan bius...memang saya dah jadi terawang2. siling dah nampak macam berdouble. Selepas Dr suh saya berselawat dan mengucap kalimah syahadah....akhirnya semuanya gelap. Last saya terdengar Dr dan nurse tu dok berborak pasai raya..lepas tu saya dah tak ingat ape2.

Sedar2...saya dengar nama saya dipanggil. Terus saya tanya dah buang ker. Mereka jawab semuanya dah settle. Rasa lega sebab semuanya berakhir dengan baik. Saya masih mampu bernafas.selepas tu saya dihantar semula ke tempat recover dulu sebelum ditolak masuk semula ke wad. Encik suami dah setia tgu saya di wad. Lega bila boleh menatap wajahnyer kembali. Perkara pertama yang saya suh encik suami buat ialah amik gambar, sebab saya tak mau terlepas satu pun saat2 yang tak boleh dilupakan ini dalam hidup.Terima kasih encik suami sebab layan puan isterinya yang gila bergambar. Kepala still rasa weng, tapi rasa sangat tenang. 

beberapa minit lepas keluar daripada bilik pembedahan....syukur

terima call dari bonda yang tak putus mendoakan saya dari jauh....sedih..

Lebih kurang kul 3 petang saya dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulilah, so far takder komplikasi. Tapi pengalaman ini sangat berharga dan tak mungkin akan dilupakan sampai bila. Lepas ni insya-Allah, takkan pakai dah IUD. Pulun untuk dapat baby...hehe...amin. Moga dapat baby dalam masa terdekat ni. Tak sabarrr....