Tengok orang lain wat entry citer raya, teringin juga nak update citer raya kali ni. Satu perkataan yang boleh diungkapkan "awesome"...sebab meriah dan gempak. Tahun ni merupakan tahun raya kat umah mak saya di Kuala Besut, tu sebab semangat der lebih sikit.Persiapan pun memang gempaks sikitlah, maklumlah semua nya kena vogue2 macam mak saya juga.
Kami bertolak balik pagi sabtu ( 27.8.2011). Perjalanan jauh makinlah terasa jauhnya sebab kena bekerja sambil balik kampung.Dahlah kalau balik satandard makan masa 8 jam...kalau sambil bekerja mmm dah jadi 12 jam jugaklah jadinya.Seb baiklah intan payung relax jer.
baring sambil dengan lagu raya.
Lebih kurang kul 10 malam kami sampai di rumah mak mertua di Jertih. Berbuka pose di perjalanan. Dan yang sedih berbuka dalam kereta sebab hujan. Ahad ( 28.9.2011) merupaka iftar perdana di rumah mak saya. Semua sudah diingatkan agar berkumpul di Kuala Besut. Meriah dan kecoh bila semua dapat berkumpul. Dari yang sulung sampailah yang bongsu semuanya hadir.
Memang kecoh bila semua berkumpul
Malam keesokkannya pulak, buka pose perdana belah mertua saya pulak. Meriah jugak. Dan yang paling best sebab "open air". Memang gempak dan macam2 lauk. Adehh...memang aktiviti makan jer sejak balik kampung.
Buka pose belah keluarga mertua
Lepas buka pose balik semula ke rumah ibu terchenta. So malam tu ler dok gosok2 baju , berkemas ape yang patut. Untung juga kolo umah mak dan mak mertua dekat. So boleh lari2.
"berlalulah sudah Ramadhan", Syawal menjelma. Alhamdulillah, tiba juga hari raya. Alhamdulillah juga tahun ni buat pertama kalinya setelah 4 tahun dapat solat raya. Sebelum ni , memang tak berkesempatan nak solat raya sebab kekangan daripada fawwaz. Tahun ni fawwaz dah besar dan der pon berpeluang ikut sekali g solat raya.Lepas solat raya, sesi amik gambar outdoor dijalankan. So kita layan kan gambar jerlah ek...penat nak bercerita.
Pagi raya.
My family...kecohhh
Keluarga Besar Kami- Wan Yusoff & Che Rogayah
Tu jerlah kot...gambar yang lain rasanya banyak dah upload dalam FB. Raya 2011 yang sangat bermakna buat kami.
Wan Mohd Faizal & Wan Rohaiza= Wan Muhammad fawwaz Rifqi
2 comments:
wan selamat hari raye...comey jek fawwaz dgr lagu tuh...
sya:selamat hari raya jugak...hehe...
Post a Comment