CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Saturday, December 10, 2011

5th week pregnant- welcome baby W.FR




Assalamulaikum...
alhamdulillah, baru berkesempatan untuk menulis. perasaan kala ini , bahagia kerana sekali diberi peluang oleh illahi untuk mengandungkan baby W.FR

Kalau ikut  babycenter..kandungan saya yang berusia 5 minggu  adalah sebesar ini sekarang:-

kecil jer kan tapi kalau tak bermula daripada sekecil ini maka takderlah ianya menjadi besar.

ok, 5 minggu kehamilan ape yang saya rasa dan alami.

1) Rasa nak makan benda-benda yang masam especially laksa, rekod terkini rasanya 5 hari berturut boleh hadap laksa pagi dan petang tanpa jemu.sadis bukan.Lepas laksa nak makan soto, lepas soto makan tomyam. Setakat ini benda-benda yang teringin nak makan masih boleh dicari .Takderlah meleleh air liur baby.

2)Masih tiada masalah alahan lagi, masih betenaga untuk buat kerja rumah dan melayan karenah fawwaz yang mahukan itu dan ini, cuma saya perasan, fawwaz terlalu dekat atau rapat dengan saya. Nak melekat jer.

3)Selalu rasa sakit perut terutamanya malam...normal ke tu. saya bimbang ianya tidak normal.

4)ada sikit mood swing, kadang2 ok..kadang rasa nak nangis dan sensitif.

5)ada rasa pening-pening kepala....tapi takderlah berpanjangan.

6) Dah start minum susu Anmum Materna..tapi jenuh nak perabehkan sebab rasa kembang tekak. Lepas campur milo ok sikit.

7) Continue amik asid folik. memang sebelum confirm mengandung lagi saya dah amik supplement asid folik. Katanya elok untuk otak baby.

hopefully, Allah permudahkan sepanjang pregnant ni. Jangan terlalu teruk alahan macam mengandungkan Fawwaz dahulu.

moga saya anak dapat secomel ini.....amin....


peace yo.....

4 comments:

ShueUemura said...

Congrate wan....hmm....aku pun x sabar nak cepat2 tmbah bby lg....dah lm x wat entry pasal preggy....huhu....doakan aku pulak ye ;)

MAMAFAWWAZ said...

Shu:insya allah akan sampai masa shu nanti...hehehe

Unknown said...

tahniah yea kak wan.. nape xbli anmum yg coklat.. best sikit pd yg asli.. hehe.. jaga beby elok2 yea..moga dapat baby gegirl yg comel.. hehe

MAMAFAWWAZ said...

nurul:thanks ek...doakan dapat gegirl jugak...hihihihi