As Salam....
Rasanya dah 4 tahun aku memulakan karier, namun kenangan persekolahan memang tak boleh dilupakan. Sangat manis untuk dikenang kembali. Dan bila dikenang sangat rindu kat kawan-kawan. Mana ek kawan2 dan geng2 saya dulu, Si Nini, Mokwe dan Linda.
Sebenarnya tingk 1-3 saya bersekolah di sekolah arab. Kenangan kat situ memang totally saya lupa sebab tak banyak gambar. Lepas PMR saya ke Sekolah Teknik. Kelas KEJURUTERAAN (KA2) tetap dalam kenangan. Disini saya mengenal nini, mokwe dan linda maka terbitlah "Geng Ujala". Napa namanya lagu tu..sebab kami suka nilakan baju sampai biru. saper yang sezaman ngan saya mesti kenallah nila ni. famous kot ek?
Geng ujala (dari kiri:mokwe, linda, Nini dan juga saya)
belakang:Sir Maidin, ajar subjek English
ngan cikgu kimia....hehe..geng suka lawan cikgu dan suka juga bodek cikgu...ngeee
Banyak kegiatan2 yang kami lakukan bersama termasuklah study bersama-sama. Dating pun pakat jugak. Nak dikatakan kami ni laku, masa ni memang semua dah ada pakwe....ngeee..mokwe lah yang paling ramai peminat sebab ngan muka comey der dan badan pun kecik jer. Linda ranking kedua...nini plaks couple ngan budak sekelas. Saya takyah cakaplah, saya mempunya encik suami dah masa ni. so memang tak pandang orang lain dah...hehe...
Gambar kecik jew sebab tak maulah kecoh2 kan....tu encik suami saya.Alhamdulillah berkekalan...
Kelas KA2 sentiasa dalam ingatan sampai bila2. Budak pompuan hanya ada 10 dan selainnya adalah budak lelaki. Memang semua baik2 dan juga nakal-nakal, tapi bukanlah jahat. Biasalah budak2 baru nak kenal dunia. Masa ni rasanya ada lawatan tapak ke mana ntah. Tapi kami dijahendaki berjalan start dari sekolah sampai ke Kuala Besut. Jauh tu jalan. Yang bestnyer, kami sekelas ada T-shirt sendiri. Hehehe..kenangan yang sangat indah.
KA2 selamanya di hati.
Geng KA2 yang pompuan pun ada yang sepakat walau ada lah jugak gaduh2 manja sampai pada suatu masa aku kena dipanggil pada PKHEM sebab nak settlekan pergaduhan antara geng aku dan juga geng yang satu lagi( tak yah sebutlak kot...hehe) dah lah PKHEM tu garang nak mampus. Memang dari dulu kalau gaduh2 aku yang selalu kena jadi orang tengah. hehe...tapi apepun korang sangat best. tengok kita leh pakat pakai seluar yang corak lebih kurang sama, leh huha bersama-sama. Even Zafirah yang skema tu pun leh masuk port.saya, mokwe , linda dan Nini takyah cakaplah, memang the "kecohwest" dalam kelas.Tak pernah dok diam, ada jer aktiviti yang dirancangkan. nak lompat pagarlah, nak g beli kopok lepas preplah, keluar outing sama2lah nak curi2 tengok tv waktu malamlah...macam2..indahnyer kenangan itew.
Serikandi-serinkandi Kelas KA2..masa ni ada kelas malam kot.Bila ek nak jumpa
Adda, Nini, Ain(dah pernah jumpa kan?), Mokwe, Jue, Nor, Zafirah dan Tuan Emma. Bila nak wat reunion niss....adehhh
ada lagi gambar2 lama yang disimpan kemas dalam lipatan...rindunya kenangan lama...
ngan Linda...baru balik dari kelas lukisan kejuruteraan. Selamba kami pakai selipar g kelas..hehehe
masa perkhemahan kepimpinan...(geng2 langgar arahan termasuklah aku yang memang susah nak timer arahan kan.)
Terima kasih SMTB kerana mendewasakan aku...sayang kamu SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BESUT Selamanya.....ummuahhh...
Terima Kasih kerana mempertemukan "kami"