CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Life

Tuesday, November 30, 2010

Jalan-jalan hujung minggu dengan encik suami dan intan payung non-stop

Hari minggu datang lagik..so memanglah kalau hari minggu kami tak betah dok rumah. So kami decide nak pegi ikea since dah lama tak jejak kaki kat sana. Craving plak rasanya. Since menjelang tengah hari kami sampai, so kenalah makan tengah hari dulu..Let picture do tell a story:

hidangan kami: yummeh.

Sambil2 makan tuh,sempat lagik snap gambar intan payung saya yang suka bergambar. Besalah dengan gaya ultraman nyer. Rindu sebenarnya setelah lama tinggalkan dia ke Cherating, masa nilah saya nak luangkan masa bersama2 dengan nya dan juga encik suami. Intan payung saya ni makin lasak dan gelagat der mencuitkan hati. Boleh diharap dah sebagai assistant. Sebab masa saya nak bayar makanan, tiba terkurang 20 sen so saya arahkan dier pegi mintak duit tu dengan encik suami, ingatkan dier takut sebab jarak antara saya dengan encik suami agak jauh jugak, Tapi dia mampu sudahkan task tersebut tanpa gagal...Kami bangga dengan mu intan payung...malas nak bercerita nak letak gambar dier jer banyak2.

Sayang intan payung....

tengah men kat ikea

Lepas g ikea, kami menapak plak kat The curve....saja jalan2. Encik suami dah nak balik dah tapi sebab saya nak pegi jugak, so encik suami yang baik hati menurut jerlah kahendak isteri dier yang terchenta ni kan.Ingatkan tak nak shopping dah tapi sebab PRIMEVERA ada sale terbeli jugak satu kasut ni..huhuhu. Encik suami kritik supaya takyahlah beli sebab terlalu tinggi tapi cam besa saya suka mengikut kata hati saya sendiri,dan beli jugaklah kasut tuh dengan jayanya. Takleh tahan tul kalau bab kasut atau heel. Aduyai....

tu jerlah kot..will up date later

Monday, November 29, 2010

Cherating Bahagian Akhir

Salam..

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga.Kursus ni berakhir jugak. Mode hari terakhir aku:kerinduan pada intan payung ngan tak sabar nak balik.Kalau ajak aku g mana2 pun aku memang tak nak g mana2 kecuali balik ke pangkuan encik suami dan intan payung.Padan muka?hehe, berkali2 encik suami beritahu aku sebab gatal nak pegi sangat. So aktiviti hari terakhir? of courselah bergambar dan bergambar lagik..yang bujang2 tu minta tepon si dara dan yang berani sikit terus mintak nak bergambar kenangan .ehem..ehem..mintak maaf pada yang terasa..tak salah kan?Statemen ape kah ini.


Kumpulan kami: C.E.R.I.A..hehe,memang ceria pun.


kami dengan mode santai

Us...

Segala pengetahuan yang kami dapat di sini akan insya-Allah akan dipraktikkan dengan sebaik mungkin.








Saturday, November 27, 2010

Hari Kedua-Cherating

second Day.

Hari dimulakan dengan aktiviti bersenam. Poco2 pun ada. Instructor tu memang bersemangat betullah.Tapi memang best sebab ada semua pergerakan.Bukan saja poco2 malah semuanyalah, hindustan pun ada. Aku ngan Auni turun lambat tapi masih sempat berpoco2. Lepas breakfast kelas dimulakan dengan taklimat mengenai KYKO(know urself). .Aktiviti bergambar sebelum kelas memang wajib.

wif Auni

with geng-geng BSFJ

Kul 10 ada aktiviti bergambar beramai-ramai untuk kenang2an. Hari kedua ni aku still bersemangat lagik nak terima ilmu, walaupun kusut pale dok fikirkan pasai intan payung ngan encik suami..huhu. Rindu sangat kat mereka. Dahlah nak tido semalam rasa berat sangat. Seb baiklah ada kawan2 yang happening cam Auni, shidah dan Linda. Pembahagian Kumpulan kumpulan 1 hingga kumpulan 6 dilakukan. Seba baik dapat group yang sangat best dengan ketua group yang best. Ketua group aku Encik Rusdi(Pegawai Khas KP). Humble sangat orangnya ngan sangat supportive. Ahli group pun sangatlah best. Task yang susahpun jadi senang sebab mereka jenis akal yang genius2. Akhirnya kelas yng bosan habis jugak. Kami merancang untuk berenang petang tu..

So turunlah aku ngan budak2 tuh ke padang..permainan pertama kiterang main netball...fuh lam sungguh tak men netball, memang pancit sangat. Patu budak2 laki ajak men bola tampar...kami main jugak walaupun rasanya sebagai yang buat huru hara game. Yelah..tenaga kami dengan mereka memang tak terlawan. Bosan men bola tampar akhirnya kolam renang yang tersergam indah tu kami terjah..memang best.

Malas nak citer tentang aktiviti kelas. Nak citer aktiviti lepas kelas. Kepala sakit tapi budak2 ni g ajak minum. Rasanya masa tu dah kul 11.30 malam kot. So glah minum kat satu kedai yang masih buka kat situ.Balik minum sambung dengan men ping pong laks dan tak sangka malam tu jugak berpeluang belajar satu lagik permainan iaitu snooker atau pun pool...best sangat.Kredit tu encik hakim ngan shidah yang ajar aku men pool tu hingga aku jadik ketagih..hehehe. Malam tu rasanya dalam 2.30 a.m baru tido. Gilerlah, semua sukan aku rembat main malam tuh.












Wednesday, November 24, 2010

Hari Pertama di Cherating-Rindunyer!

Salam...
tadaa..saya dah sampai di Cherating dengan selamatnya. Kredit to hakim dan uzair yang membawa kami dengan selamat. Dengan pertolongan Encik Garmin saya juga, kami telah berjaya menjejaki kaki ke Suria Cherating Beach Resort. Melangkah ke lobinya, boleh tahan juga cuma pekerjanya kurang mesra sikit. Serba sedikit dah banned semangat aku untuk kembali ke sini lagik.

First activity, haruslah check in bilik dulu kan..ni lah gambar bilik saya yang tak seberapa( 2 1/2 bintang jer tahap kepuasanya sebab banyak kekurangan bagi saya berbanding hotel yang pernah pergi sebelum ni. Rasanya Holiday Villa Cherating lagik best kowt. Gambar ini adalah sebelum bilik ini disepahkan..sekarang jangan tanya.Hehe.


Lepas menunaikan kewajipan pada yang Esa, bermulalah pemerayapan aku, shidah, Jen (peserta bidan terjun) dan hakim mencari tempat2 menarik di kawasan cherating ni. Sebelum bertolak ke destinasi haruslah bergambar dulukan? Ni lah gambar kat front desk ngan Shidah.


After that, So kami singgah dekat satu pantai nama Pantai Mak Nik rasanya kalau tak salah. Kami berempat sempat lah menjamu makanan wajib dimakan kalau bertandang di Terengganu iaitu keropok lekor. Dengan kepakaran bahasa ibunda saya (terengganu) so dapatlah kemesraan daripada tauke kedai tersebut...dapat mesra pun jadiklah kan.

minum air kelapa...best

jen ngan hakim yang sama2 kami petang tuh.

aktiviti seterusnya, kami terus ke pantai untuk menghirup udara segar yang memang lama dah saya rindukan. Rasanya pulang ke kampung sendiri. Bak sireh pulang ke gagang lah pendek katanya. ruginya gambar takleh diupload.Oleh kerana masih ada masa lapang, kami bermain bola tampar. Walaupun tak pandai tapi oklah kowt setakat nak angkat( ceh tipu jer, padahal bola datang aku cabuttt!) serius lama tak bersukan.

Aktiviti suai kenal dilakukan pada malamnya..Sumpah mata aku takleh buka dah sebab mengantuk sangat. Dahlah dikerah jawab test aperntah, memanglag jawab dalam keadaan kurang waras...huhuhu.Akhirnya hari ini berakhir juga. Akhirnya boleh landing juga di katil empuk ini sambil upate blog. Rindu kat encik suami ngan intan payung..mesti derang dah tido kan masa ni...Lambatnya hari jumaat, mau pulang ke sisi mereka. Rindu teramat sangat, Seb baiklah ada internet ni.


Tuesday, November 23, 2010

Hari pertama-Travelling day ke Cherating

Salam...

Seawal 5.30 bangun hari ni. Bukan semangat nak g kursus team building tuh, tapi sebab mengingatkan ada lagik barang tak dimasukkan lagi ke dalam beg, baju pun tak gosok lagik dan macam2 lagik persiapan akhir sebelum bertolak ke Cherating hari ni. 6.15 saya menunggu Puan Faizan kat stesen petronas di temani encik suami dan muka monyok intan payung yang tak cukup tido...huhuhu.sian lah intan payung nak kena tinggal. Batuk dia ada sikit lagik bersisa..hopefully tak melarat.

6.45 dah sampai ofis.Almaklumlah nek ngan faizan schemucher(betul ker ejaan aku ni)..hehe. Dok berborak-borak tak sedar dah sampai ofis. h breakfast so tengah tunggu supir panggil untuk bertolak ke Cherating..Hope Allah bless our journey hari ni. Memang perasaan rasa gelisah, berdebar dan rasa unexcited sebab macam2 hal, tapi cuba gagahkan diri sebab gatai bagi nama nak join kan. So nak tak nak kena g jugaklah....

Saya berdoa agar Fawwaz tak sakit sepanjang peninggalan saya, dan encik suami akan bersabar dengan segala karenah nakal Fawwaz. Saya tahu dia boleh menjaga intan payung kebih dari diri saya sendiri sebab dia sayang kan kami lebih dari segalanya....(bertuah dapat suami sepertinya)

will update soon...bila sampai Cherating.Insya-Allah.

Sunday, November 21, 2010

Saya akan cuba rajin mengupdate...

salam..dah lama rasanya aku tak update blog, nak kata sibuk takderlah sibuk malahan sangat free sejak masuk unit baru ni. tapi kedudukan meja cheq yang tak berapa strategik menyebabkan cheq malas nak berblog lagik. Sebenarnya banyak peristiwa yang telah terjadik dalam hidup kami..nak2 pada inan payung..akan saya update kan nanti.sebab saya dah dapat permata hati yang baru...my new lappy(gambar t saya updatekan kendian ek). oklah kawan2..setakat ni dulu. ,alam karang saya update kan lagik.